Saturday 22 December 2012

Memoirs of TAR (Bab 1 - Bab 2)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum semua..

I am back... yuhuuu... I am baaaack... Fuuh.. I thought Bandung was crowded. But Jakarta was even more crowded, hectic and chaotic at the same time. Full of pin! pin! ton! ton! honk! honk! It was so lively, unlike Jogjakarta. To go out, you have to pick your time wisely. Or else, maceeeet (jam) everywhere.. But I salute the Bluebird's taxi service, they were using meter all the time. And Indonesian's positive attitude on the road.. begitu bertoleransi antara satu sama lain. Anda nak tahu, di Jakarta I stayed at the Tune Hotel. Murah wooo.. rp900,000 untuk 4 bilik selama 2 malam. Kalau RM dalam 296. Murah sangat kan? Tapi kena booking thru online masa sale, baru la dapat murah. So, 1 bilik untuk 1 malam dalam RM37 aje. Bilik kecil sedikit tak jadi masalah, yang penting dapat tilam 5 star.

Hmmm.. apa lagi... Ok guys, 21.12.12 sudah berlalu. Nampaknya perancangan kebinasaan dunia dari ramalan kalendar kaum Maya tidak lebih hanyalah ramalan semata-mata. Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang ummi pun tidak tahu tarikh sebenar kiamat, inikan pula ramalan kaum penyembah syaitan. Namun tidak dinafikan, ada juga yang percaya dan yakin akan ramalan tersebut sehingga menjejaskan pemikiran dan kehidupan seharian. Betapa Allah SWT benci para peramal dan mereka yang mempercayainya. Na'udzubillahimindzalik, jauhkanlah kami daripada perbuatan syirik seperti itu ya Allah. Amin.

****

Baiklah, kita sambung kepada post saya kali ini yang terhutang lama dah ni..

Awalnya, fikir-fikir.... fikir-fikir lagi.... (berapa banyak nak fikir daa..) macam nak buat artikel Iskandar Zulkarnain. Tapi dalam masa rehat-rehat tu (konon enjoy la sebab artikel dajjal dah siap), saya pegi la ke blog MoM tengok topik DPN Versi 2.0. Semasa artikel ini ditulis, belum ada topik lain lagi, tapi bila saya nak post, dah ada topik baru dah. Masa tu, baca-baca, kepoh-kepoh dan komen sikit. Ntah dari mana, idea yang langsung tak terfikirkan (wallah, lillah), boleh pulak kat situ saya berjanji nak buat artikel ni. Anda nak tahu artikel apa yang saya terjanji tu? MoM punya pasal la saya terjanji buat artikel ni. Nak tahu apa dia?

Taraaa.... inilah dia, artikel tentang salah seorang tokoh besar yang telah pergi. Perginya meninggalkan sumbangan yang bukan sedikit. Tidak semua memandang baik apa yang telah beliau lakukan dan korbankan. Ramai pula yang salah tanggapan kepadanya kerana tidak tahu duduk perkara sebenar. Beliau tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra. Di artikel ini nanti, kita dapat lihat bagaimana TAR menangkis 'fitnah feymes' yang mengaitkan keterlibatannya dalam perjudian lumba kuda semasa keadaan sedang kucar kacir (13 Mei 1969).

Sebelum pergi lebih lanjut, kita baca dulu dedikasi beliau  :

"Dengan penuh tawadduk saya tujukan buku ini untuk kenang-kenangan kepada semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan, daripada semua lapisan masyarakat, daripada semua kaum dan usia, yang telah mara ke hadapan untuk membantu kerajaan Malaysia ketika bencana yang sangat menyedihkan, kepada semua mereka yang telah mendapat kemalangan atau kehilangan harta benda, dan terutamanya kepada mereka yang terkorban dengan tidak berdosa bukan dengan kesalahan mereka sendiri. Saya tujukan juga buku ini kepada pasukan keselamatan kerana taat setia dan ketekunan mereka menjalankan kewajipan sepanjang tempoh kekacauan itu, dengan memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk tujuan keamanan".

(Saya tak tahu kenapa, di awal pembacaan patah-patah perkataan ayat dedikasi TAR, walaupun ringkas tapi seolah-olah saya terbawa mengembara ke zaman yang penuh kacau bilau dan konflik. Seolah-olah saya berada di situ untuk melihat dan merasa sendiri kesukaran dan kepayahan beliau. Fitnah datang dari kiri dan kanan. Fitnah datang dari luar dan dari dalam. Saya cuba untuk melihat dari sudut pandang beliau menangani masalah yang bukan calang-calang.

Artikel ini sama sekali tiada motif politik, jadi jangan dibaca dengan sentimen politik di benak kepala dan pemikiran anda. Saya cuba berkongsi dengan anda untuk menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku melalui bait-bait perkataan beliau sendiri. Teruskan pembacaan jika anda berminat dan ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku pada sebelum dan selepas 13 Mei 1969. Tarikh bersejarah yang tidak akan pernah luput dari fikiran orang-orang melayu yang ingin berfikir. Namun, ia juga tarikh keramat yang ingin dilupakan oleh segelintir mereka yang terlibat. Kita teruskan..)


BAB 1 : ILHAM DARI HOSPITAL

Apabila seseorang yang sedang terbaring di hospital kerana menanti waktu untuk sembuh daripada pembedahan, banyak waktu yang terluang untuk berfikir. Dalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam, maka terbayanglah dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan yang telah timbul sehingga jelaslah kepadanya masalah dan keadaan yang dihadapi serta cara bagaimana persoalan itu dapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian sedemikian, datang pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikian juga yang terjadi ke atas diri saya ketika bersendirian di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisis besar, dengan takdir Allah SWT saya terpaksa di rawat di hospital meskipun pada ketika itu hati saya runsing dan fikiran saya bercelaru dengan peristiwa sedih yang telah berlaku di Malaysia tiga minggu lalu (13 Mei).

Saya dimasukkan ke hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dengan takdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah kerana terlampau berat memikirkan (siang dan malam) hal-hal ketegangan dan krisis yang sedang berlaku. Saya sendiri sedar bahawa mata kanan saya bertambah rosak dan jika tidak diubati dengan serta merta, mungkin penglihatan saya akan hilang.

Maka dengan nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadi saya, Dato' Dr. Pillai, saya bersetuju supaya dijalankan pembedahan ke atas mata yang telah lama saya tangguhkan. Seorang pakar bedah mata yang terkenal bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield Hospital, England telah dipanggil untuk menjalankan pembedahan itu.  Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada petang itu juga untuk menjalani pembedahan pada keesokan paginya.

Sejak saya menceburkan diri dalam gelanggang politik, menjadi kelaziman saya untuk berfikir dengan semasak-masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi selepas sembahyang subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya sepanjang hidup saya. Peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku dalam beberapa minggu lepas telah menjadi persoalan yang amat berat yang terpaksa saya pikul. Oleh itu, walaupun saya dimasukkan ke hospital dengan cara terpaksa, namun saya menyambut baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya tentang apa yang telah berlaku dalam negara yang saya kasihi.

Buku ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam. Sebelum dimasukkan ke hospital, saya telah membuat keputusan dan telah mengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan pilihan raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan-kesan daripadanya. Maka, boleh dikatakan  bahawa pembedahan ini sebagai satu hikmah daripada Allah SWT, meskipun saya terpaksa menanggung kesakitan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pakar-pakar tersebut dan juga kepada Professor Dato' Danaraj serta kakitangan Hospital Universiti, atas segala layanan yang telah diberikan.

Meskipun saya bukan seorang pengarang, tetapi disebabkan mempunyai masa yang banyak dengan tidak membuat apa-apa ketika terbaring di hospital, maka saya terfikir seelok-eloknya apa yang ada dalam fikiran saya ini dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya teringat kepada kata-kata "dalam sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada orang buta, orang yang mempunyai satu mata akan menjadi raja". Ketika di hospital, hanya sebelah mata saya yang berfungsi, maka inilah peluang untuk saya melahirkan pandangan.

Saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan. Oleh itu, tulisan saya yang merupakan pendapat-pandapat saya dalam buku ini janganlah dinilaikan dari segi kewartawanan dan kesusasteraan. Pada saya, buku ini merupakan satu usaha untuk membuka mata penduduk negara ini menerima hakikat sebenar dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah. Oleh yang demikan, timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masng-masing dengan sebaik-baiknya untuk masa depan negara.

Buku ini tidak ditujukan kepada dunia secara umum, tetapi kepada saudara-saudara saya (rakyat negara ini) yang tahu dan mengenali orang dan tempat-tempat yang disebutkan. Saya suka membentang kepada mereka perkara-perkara dan kejadian-kejadian menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, tentang hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, meskipun ia amat dahsyat. Inilah tujuan saya dan berharap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang telah kita semua alami. Saya berazam bahawa kejadian itu tidak akan berulang buat selama-lamanya.

Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telah menghadapi pelbagai kesulitan yang timbul dari dalam dan luar negeri, namun kita berjaya mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebagai satu bangsa bebas yang hidup serta bekerjasama menurut asas demokrasi yang tulen.

Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab serta sengsara selama 3 tahun semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah 3 tahun berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai percubaan dan penderitaan disebabkan pemberontakan dalam negeri yang dilancarkan dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya - iaitu darurat yang telah berlanjutan selama 12 tahun. Namun, dalam tempoh ini kita telah mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama, kita muncul sebagai satu bangsa  yang bebas dan kemenangan kedua yang gilang gemilang ialah mengalahkan komunis.

Selepas penubuhan Malaysia dalam tahun 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancaman pencerobohan, dan kali ini dari luar negara, iaitu pergaduhan dengan Indonesia selama 3 tahun yang diketahui oleh dunia sebagai 'konfrontasi'. Sukacita saya mengatakan bahawa selepas pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia dan Indonesia kini menjadi sahabat yang rapat dan jiran yang akrab.

Sepanjang tempoh tersebut, suara rakyat sentiasa memainkan peranan yang penting. Mereka melahirkan pandangan dan memberikan undi 4 kali dalam pilihan raya : pertama, dalam tahun 1955, iaitu semasa penjajahan British, dan kemudian dari itu 3 kali dalam masa kita menjadi negara yang bebas, iaitu dalam tahun 1959, 1964 dan akhirnya 1969.

Sejak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, saya telah ditanya berulang kali sebagai perdana menteri, bagaimanakah saya telah dapat menyatu-padukan pelbagai kaum dalam negara ini meskipun mereka mempunyai adat istiadat, agama dan cara hidup yang berlainan serta mengawal mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman antara satu sama lain.

Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak atas tabiat dan rasmi penduduk itu sendiri kerana semua kaum yang ada di sini tahu menjaga perasaan antara satu sama lain serta mempunyai sifat berbaik sangka. Setiap individu bebas menjalani kehidupan masing-masing samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan ataupun politik. Sebagai individu mahupun kumpulan, kita mempunyai perasaan sendiri samada suka ataupun tidak terhadap sesuatu perkara, kita bebas menyimpan perasaan itu. Kita harus bersetuju ataupun tidak dengan sesuatu perkara, tetapi kita hendaklah sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan (ini pandangan Tunku untuk kehidupan  dengan semangat demokrasi, bukan kehidupan sebagai seorang Islam kerana Islam ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan).

Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang telah dilakukan ialah penggubalan Perlembagaan Negara. Isi dan kandungan Perlembagaan itu telah dibahaskan secara terbuka pada setiap peringkat dan golongan masyarakat negara ini. Mereka telah mengemukakan pandangan dengan bebas, samada secara perseorangan ataupun beramai-ramai, sehingga akhirnya wujud satu persetujuan di atas Perlembagaan  itu, termasuklah persoalan yang mempunyai tentangan seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan dan keistimewaan untuk kedudukan orang Melayu. Perlembagaan itu menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikatkan kita semua menjadi satu.

Namun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka ada batasnya. Parti Komunis Malaya telah diharamkan sehingga pada hari ini kerana setelah mengalami pengalaman yang pahit, kita dapati bahawa pada asasnya, tujuan komunis amat bertentangan dengan cara hidup yang kita pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawa yang telah terkorban dan harta benda musnah, serta kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar daripada wang negara, sehingga melumpuhkna ekonomi negara.

Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara. Malangnya, sebagaimana yang akan saya terangkan di dalam buku ini, peristiwa-peristiwa yang berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat komunis masih wujud dalam kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada bagi menentang pengkhianat itu.

Selain itu, Malaysia boleh dikatakan mengamalkan demokrasi liberal dalam semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh ditubuhkan secara bebas dan bergerak dengan terang-terangan. Parti-parti baru pula sentiasa muncul, tetapi secepat itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, terus hidup untuk mempertahankan demokrasi.

Maka dengan semangat persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan rakyat negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya tahun 1955. Semangat ini jugalah yang telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya di peringkat persekutuan dan negeri, sehinggalah berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini.

Sebenarnya, dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia, sehingga saya beberapa kali telah menyebut secara terang-terangan bahawa saa merupakan perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.  Sungguhpun begitu, pada 13 Mei, dengan tidak semena-mena saya dapati bahawa saya seorang perdana menteri yang paling masyhur. Saya tidak merasa syak bahawa dengan rahmat Allah SWT, maka dalam masa yang singkat saya akan dapat sekali lagi merasakan diri saya sebagai seorang perdana menteri yang bahagia.

Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan pada umumnya rakyat Malaysia  telah hidup dengan terlampau bebas dan bersenang-lenang, dengan tidak mengambil berat hal-hal yang berlaku. Kita telah hidup dalam suasana kesenangan dan tidak ada sebab mengapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh berlanjutan buat selama-lamanya.

Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk rusuhan kaum di bandar Kuala Lumpur yag aman ini, iaitu satu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam negara ni.

Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengaah kekacauan dan rusuhan yang ngeri dan dahsyat itu, terutama mereka yang ada di panggung wayang, kelab, kedai makan dan tempat hiburan yang lain. Orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak daripada semua kaum terpaksa mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri.

Banyak yang telah terbunuh dan beratus-ratus pula yang telah tercedera. Rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan dan kenderaan dirosakkan. Seluruh ibukota yang biasanya sibuk  dan aman telah berada dalam kecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang berleluasa seperti itu tidak pernah berlaku pada masa dahulu dalam negara ini, di mana penduduk dari pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan ketenteraman sejak zaman berzaman.

Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati dan sanubari seluruh penduduk negara ini, sehingga kita masih berasa gementar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat itu. Dari segi kedudukan geografi, Malaysia tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, tetapi pada 13 Mei 1969, nyatalah merupakan satu letupan gempa masyrakat dan politik yang amat mengerikan.


BAB 2 : BAYANGAN MASA LAMPAU

Ada orang menyatakan bahawa peristiwa boleh dijadikan sandaran bagi peristiwa yang akan datang. Namun hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968 iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.

Namun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, saya berminat menerangkan beberapa perkara. Pertama sekali, pilihan raya pada 1969 dan huru hara yang berlaku pada 13 Mei itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Semua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan degan sempurna dalam suasana muhibbah dan saling mengerti. Begitu juga hari mengundi ketika pilihan raya 1969 ini yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia Barat. Semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana pilihan raya yang lepas dengan tiada rintangan. Namun begitu, dalam suasana kempen pilihan raya, perbuatan-perbuatan liar telah berlaku dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah diucapkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji apakah yang telah berlaku sebelum pilihan raya dan semasa pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusuhan ini meletus secara tib-tiba.

Perkara kedua yang ingin saya tegaskan ialah, pengaruh fahaman komunis. Tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh berdiri sendiri, mengasingkan diri daripada pengaruh, ideologi dan fahaman luar. Malaysia dan negara-negara Asia pada hari ini sedang menghadapi ancaman daripada cina komunis. Dengan adanya kemudahan alat perhubungan seperti yang terdapat pada zaman kita ini, maka adalah mustahil kita terselamat daripada pengaruh ajaran komunis yang dipancarkan dari Peking itu. Kemudian, ia dipetik dan disebarkan di negara ini secara melulu oleh pihak tertentu.

Terdapat sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan saya terlampau takut kepada komunis seolah-olah ada komunis dalam setiap semak. Namun, menjadi kewajipan saya sebagai perdana menteri, untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dari dalam dan luar kerana saya selalu mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernah memperkecilkan pengaruh yang ditanamkan oleh komunis, Kita mesti sentiasa berwaspada untuk mengamati pada sebarang waktu, kesan dan pengaruh fahaman komunis yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan pemikiran orang kita, terutama sekali golongan belia.

Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 merupakan satu contoh yang menggambarkan sejauh mana penyokong komunis samada yang bergerak secara terang-terangan ataupun sulit sanggup melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan Malaysia.

Pergaduhan kaum telah timbul di sana sewaktu anggota Cina dalam gerakan belia Mao Tze Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai matawang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Beberapa pertempuran telah berlaku. Orang Melayu dan penyokong yang setia kepada kerajaan menjadi sasaran serangan mereka itu. Beberapa orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah berjaya mengembalikan ketenteraman secara serta merta dengan mengenakan perintah berkurung dan menangkap orang yang disyaki.

Tujuan komunis itu adalah untuk melancarkan hartal di seluruh negara tetapi mereka gagal kerana penduduk di tempat-tempat lain tidak mengendahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Dalam bulan Jun 1968, hukuman gantung hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu pihak Soekarno menyerang selatan Malaysia. Perintah hukuman gantung yang sama juga telah ditandatangani ke atas 2 orang Melayu di Perak.

Dr. Tan Chee Khoon yang pada ketika itu menjadi anggota parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menangguh hukuman gantung itu. Bersama-sama dengan ahli Parti Buruh dan penyokong komunis, beliau telah melancarkan satu kempen besar-besaran dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu untuk memungut tandatangan dengan tujuan bagi menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu. Pihak akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini. Anasir-anasir yang pro komunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Namun, rayuan mereka telah ditolak oleh DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Perak.

Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung telah hampir. Di luar pintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu, tunjuk perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang tertentu termasuk belia-belia komunis. Mereka membaling batu ke kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang mungkin membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya sendiri telah menyembahkan rayuan kepada DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Perak bagi pihak orang yang dihukum gantung itu. Baginda bersetuju meringankan beban hukuman itu kepada penjara seumur hidup. Samada tindakan itu betul atau salah, tujuan saya adalah untuk menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan 11 orang komunis di Johor dan 2 orang penderhaka Melayu di Perak daripada dihukum gantung.

Akhirnya tunjuk perasaan itu dihentikan dan keamanan telah dipulihkan. Namun begitu, masih terdapat rasa gelisah seperti api dalam sekam. Dan keraajaan sedar mungkin perkara ini tidak setakat itu sahaja. Maka kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kekacauan dengan cara melipat gandakan pengawasan sebagai langkah berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan bijak.

Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian itu sebagaimana yang terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam hal yang melibatkan 11 orang Cina itu sahaja. Tetapi langsung tidak timbul suara bagi pihak 2 orang Melayu. Hasil daripada pengajaran ini, orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai satu keadaan yang boleh menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang, maka kemungkinan untuk melakukan kekacauan dengan mengapikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akan lebih menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma perlu meniup api itu untuk menyemarakkan satu kebakaran yang dahsyat.

Sebenarnya anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan tidak berlengah-lengah lagi daripada menunjukkan jalan untuk bertindak pada masa hadapan bertentangan dengan kepentingan negara. Selepas 6 minggu komunis dan pengkhianat itu diringankan hukumannya pada 13 Oktober, Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan memulaukan pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1969.

Saya tidak mengerti kenapa ahli politik boleh terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan raya itu. Hal ini kerana percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan Singapura pada masa yang lepas sentiasa menemui kegagalan.

Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru teknik barisan Sosialis Singapura yang enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya dan dengan kedegilannya, berpegang pada polisi ini. Parti itu akhirnya lesap. Mereka menarik keluar ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura tetapi mereka tidak melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana kebanyakan pemimpin kerajaan Singapura adalah orang Cina. Oleh itu Barisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untuk mengekalkan negara itu sebagai tapak untuk kemasukan anasir subversif komunis.

Parti Buruh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali juga mereka hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-pemimpin mereka tidak dapat meramalkan perkembangan seterusnya dan menjangkakan sikap sedemikian akan membawa bencana seperti diharapkan. Memang menjadi taktik komunis menyalakan api kepada seberapa banyak cerek yang boleh dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup dengan sendirinya.

Sebelum kejadian itu iaitu pada 1968, keadaan aman dalam gelanggang politik dengan parti-parti pembangkang. Satu perkembangan terbaru berlaku iaitu perisytiharan penubuhan sebuah badan politik baru pada bulan April, iaitu Parti Pergerakan. Parti ini terdiri daripada mereka yang menggelarkan diri bijak pandai dan golongan terpelajar yang pendiriannya bercanggah dan menentang dasar-dasar kerajaan Perikatan.

Pada masa itu, tiada lagi pengisytiharan pilihan raya. Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu pilihan raya mengejut pada bila-bila masa dalam tahun terakhir tempoh perkhidmatannya. Namun demikian, sebaliknya berlaku, saya telah mengisytiharkan kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama 5 tahun.

Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat kerana mereka yakin saya akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut Perlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan 5 tahun lepas. Ini bermaksud pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang bulan April 1969.

Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis iaitu satu langkah yang belum pernah berlaku dalam negara kita yang demokratik sejak merdeka. Mereka mengisytiharkan akan menarik keluar serta merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam Parlimen, mereka mempunyai 2 orang ahli iaitu Dr. Tan Chee Khoon dan En. Lim Kean Siew.

Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam kabut dan perpecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Jelaslah kepada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini tidak disokong dengan sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. En. Lim mengambil masa berminggu-minggu untuk membuat keputusan ini. Akan tetapi, Dr. Tan pula yang enggan menarik diri dari Parlimen, kemudian telah meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh hanya semata-mata untuk menyertai Parti Gerakan yang baru.

Mungkin juga hal ini merupakan satu muslihat dan tipu helahnya atau partinya untuk menutup kekalahan golongan sosialis dalam pilihan raya yang lepas. Dalam parti baru, Dr. Tan yang menjadi setiausaha agung telah mendapat sokongan kuat daripada ahli Parti Buruh yang telah lumpuh itu dan juga secara rahsia menagih simpati komunis.

Dengan itu, tamatlah perkembangan politik pada tahun 1968, iaitu dengan bermulanya bulan puasa pada pertengahan bulan November dan perayaan Hari Raya dan perayaan Hari Krismas selama 3 hari berturut-turut. Kehidupan masyarakat di Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh semangat persahabatan. Begitu juga kepercayaan dan perasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi dalam tahun baru itu dan pada masa hadapan.


Next -  BAB 3 : PILIHAN RAYA UMUM


p/s : Macamana? Ok tak? Ke nak tukar artikel lain? Sementara anda fikir-fikirkan, saya nak bereskan barang-barang yang masih belum berkemas lagi tu.


Wassalam.




Sunday 16 December 2012

SORRY


Assalamualaikum wbt...


Maaf, lama tak masuk bermain-main ke mari. Follower sudah bertambah, komen juga bertambah. Terima kasih semua sudi berkongsi buah fikiran. Masih belum berkesempatan untuk dijawab semuanya.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sebab tak dapat menunaikan janji untuk publish artikel terbaru. I am  Bandung-ing and Jakarta-ing. Tapi saya akan cuba usahakan selepas pulang nanti. Selepas hilang sedikit capeknya dong..

Actually the article is waiting to be published. Tapi masih belum diperbetulkan kesalahan-kesalahan dan  letak huruf. Tunggu saya balik okey....



Wassalam

Salam dari Jakarta.

Sunday 2 December 2012

Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 13 - Finale)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya kita berada di penghujung sebuah perjalanan untuk kisah dajjal. Saya sangat berharap agar apa yang saya kongsikan dengan anda semua, dapat menambah pengetahuan tentang fitnah  dajjal dan cara untuk menjauhi fitnah-fitnah itu. Walaupun terdapat begitu banyak blog yang membincangkan tentang penyelamat palsu ini, saya juga harap anda dapat sesuatu yang baru disini.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya teruskan sambungan yang terhenti pada perbincangan tentang Surah Al-Kahfi yang banyak berkaitan dengan alam ghaib. Keyakinan kepada alam ghaib inilah yang cuba dipesongkan oleh dajjal dengan kepercayaan kepada dunia ilusi fantasi.

Dalam kisah dajjal, banyak perkara yang tidak logik dan rasional. Banyak penjelasan yang tidak masuk dek akal. Contohnya sepert pulau dajjal, Al-Jassasah, umur dajjal yang panjang, tetap muda, tetap bertenaga, membawa dua buah sungai, memperlihatkan syurga dan neraka dan pelbagai lagi. Kepada yang tidak dapat berfikir secara jernih, ramai yang beralih kepada hujah tamsilan, perlambangan dan takwilan sebagai hujah rasional. Tanpa sedar, kisah dajjal telah menyimpang dari dasar yang disebut oleh Nabi Muhammad saw.

Betapa sukar untuk menjelaskan kesahihan kisah dajjal sebagai satu hakikat atau kenyataan yang benar-benar berlaku kerana landasan hujah golongan yang tidak percaya ini berteras kepada logik akal dan rasional pemikiran sahaja. Jadi, untuk memperbetulkan persepsi ini, mari kta lihat Surah Al-Kahfi. Baca, fahami dan kaji isinya, jawapan ada di situ.

Baiklah, kita ni cenderung mengukur sesuatu perkara dengan jalan akal sebagai asas pembuktian, tetapi apabila kita menolak kemungkinan lain dan menafikannya, sikap obses yang menolak kebenaran ini menjadi agak keterlaluan. Kisah Nabi Musa a.s di dalam Surah Al-Kahfi bermula dari sfat obsesi ni. Ketika Nabi Musa a.s berkata : "Akulah yang paling berilmu di kalangan kamu", maka Allah swt menegur baginda kerana jelas beliau menolak kemungkinan ilmu lain yang wujud dan membuktikan obses seperti itu adalah tidak disukai Allah swt.

Ketika sains sedang bergelut untuk mencari penyelesaian, ibrah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir telah menjawab persoalan ini. Jika diukur dari sudut keilmuan, sudah tentulah Nabi Musa yang mendahului mana-mana manusia di zamannya kerana baginda boleh berbicara secara langsung dengan Allah swt. Tetapi dalam kisah ini, keadaannya bukan begitu. Nyata ilmu yang dimiliki Nabi Khidir a.s  lebih mendahului kefahaman Nabi Musa. Ukuran logik dan rasional tidak dapat menepati setiap perilaku Nabi Khidir. Namun ia adalah dalam batas dan syariat kehendak Allah swt. Di sini, Allah swt menampilkan bahawa kemampuan akal dan pancaindera itu ada had dan limitasi tertentu. Justeru, kepada anda yang hanya berbahas menggunakan logik dan rasional, anda perlu mengambil posisi dan makna daripada surah ini. 

Di dalam Surah Al-Kahfi juga terkait kisah Iskandar Zulkarnain. Sudah tentu ada sesuatu di sebalik kisah ini. Kisah ini menjadi iktibar yang sangat baik. Seperti yang kita sedia maklum, Allah menurunkan ayat-ayat ini kerana adanya pertanyaan daripada ahli kitab iaitu pendita-pendita yahudi yang mahukan kesahihan kerasulan Nabi Muhammad saw. Kisah Iskandar Zulkarnain dan 7 pemuda Ashabul Kahfi adalah kisah silam yang tidak dapat ditemui di dalam naskah dan lembaran bertulis. Ia hanya ada di dalam pengetahuan pendita dan rahib yahudi. Bahkan kisah Iskandar Zulkarnain dan pemuda Ashabul Kahfi ini sukar untuk di terima. Ia dianggap sebagai mitos oleh sesetengah kaum yahudi sendiri.

Begitu juga kisah Iskandar Zulkarnain dengan Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini menghubungkan kisah silam  tentang Iskandar Zulkarnain dengan kisah akan datang turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman. Justeru adalah tidak mustahil, dajjal yang lahir pada zaman Nabi Sulaiman akan muncul semula pada akhir zaman. Jika kefahaman yang serupa diguna pakai, maka kisah dajjal bukanlah khayalan. Boleh juga ambil iktibar kisah pemuda Ashabul Kahfi yang disimpan Allah selama 309 tahun dan bangkit kembali pada zaman yang lain. Ambil dalil ini sebagai sandaran untuk menjawab bahawa kisah dajjal adalah benar. Bukankah fitnah dajjal berkisar pada sebuah keyakinan? Maka surah Al-Kahfi meneguhkan keyakinan itu.

Dengan izin Allah swt , butir-butir dan buah ilmu ini terungkap secara spontan di dalam perbincangan ringkas  antara penulis buku dengan Doktor Muhammad Al-Mahdi. Baginya, ia adalah ilmu yang Allah swt fahamkan untuk melihat Surah Al-Kahfi dan perihal dajjal dengan lebih dekat untuk dikongsikan bersama dengan kita semua. Untuk memahami lebih jelas, mari kita perhatikan maksud dari surah ini :

"Ataukah kamu mengira bahawa para penghun Al-Kahfi dan Ar-Roqim (gua) itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan kami yang menghairankan. (Ingatlah tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung di dalam gua lalu mereka berdoa "Wahai Rabb, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus di dalam urusan kami (ini)". Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun di dalam gua itu, kemudian kami bangunkan mereka agar kami mengetahui yang manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat di dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (di dalam gua itu). Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata : "Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak menyembah ilah (sesembahan) selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai ilah-ilah. Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka)? Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah? Dan apabila kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung di dalam gua itu nescaya Rabbmu akan melimpahkan sebahagian rahmatnya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna untuk kalian di dalam urusan kalian". (Surah Al-Kahfi, ayat 9-16).

Di dalam satu tulisan yang membahasakan mengenai Surah Al-Kahfi menyebut bahawa para pemuda tersebut adalah anak-anak para bangsawan Romawi. Mereka keluar meninggalkan kaum mereka pada hari kebesaran bagi menyembah patung dan taghut. Mereka menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada ilah-ilah taghut mereka. Dengan perintah raja yang bernama Diqyanus. Apabila seluruh manusia keluar berbondong-bondong di dalam perarakan yang besar dengan diiringi paluan muzik dan gendang, pemuda-pemuda tadi dalam diam-diam memisahkan diri dan keluar dengan hati yang berat. Mereka mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh kaum mereka adalah batil dan kerja sia-sia.

Pemuda yang pertama kali memisahkan diri di antara mereka pada waktu itu duduk bersendirian di bawah naungan sebuah pokok, lalu datang yang lain duduk di sampingnya. Kemudian begitulah aksi pemuda seterusnya sehingga mereka berkumpul seramai tujuh orang. 

Di dalam riwayat kitab kisah anbiya' dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Aphese) atau disebut juga dengan nama Tharsus. Setelah Islam datang, kota itu berubah nama menjadi Tharsus (Tarse), sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai raja yang baik. Setelah rajanya meninggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang raja Persia yang bernama Diqyanus. Dia seorang raja yang kafir, amat amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus lalu kota itu dijadikan ibukota kerajaan dengan binaan istana yang agam. 

Istana itu diperbuat daripada batu marmar. Tiang-tiangnya yang berjumlah seribu terbuat dari emas dan lampu-lampu yang berjumlah seribu buah juga, semuanya terbuat daripada emas. Lampu-lampu itu bergantungan pada rantai-rantai yang terbuat daripada perak. Setiap malam, apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya. Di sebelah timur dan barat serambi, dibuat lubang-lubang cahaya sebanyak seratus buah sehingga sejak terbit matahari sampai terbenam selalu dapat menerangi serambi itu.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana dia merasakan dirinya sedemikian sihat dan kuat, kesombongannya mula membuak. Dia merasakan kebesaran-diri seperti apa yang dirasa oleh Namrud, sehingga berani mengaku sebagai tuhan. Dia menafikan kewujudan tuhan yang maha esa yang mencipta seluruh langit dan bumi. Raja Diqyanus pun memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan seumpama pesta yang besar. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan di dalam satu perarakan raksasa yang hebat.

Sementara menunggu Raja Diqyanus tiba, ketujuh-tujuh pemuda  itu keluar secara berasingan dari kota. Mereka menyongsang arus perarakan yang masuk ke kota untuk menyelamatkan diri. Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya di samping sembahan berhala-berhala yang lain dan mempersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut.

Barangsiapa yang setia dan patuh kepada raja akan diberi pakaian dan pelbagai hadiah, tetapi barangsiapa yang tidak taat atau tidak bersedia mengikuti kemahuannya akan segera dibunuh. Keputusan yang pemuda-pemuda itu ambil adalah amat kritikal pada saat yang genting pula. Pergerakan mereka yang menongkah arus disedari oleh tentera. Ketika mereka bertenu, mereka telah menyatakan hasrat untuk sanggup menghadapi segala kemungkinan demi menolak ketuhanan Raja Diqyanus kerana pada mereka, tidak ada tuhan selain tuhan yang menciptakan langit dan bumi iaitu Allah swt. Mereka bergegas lari menuju ke bukit. Di sanalah  terdapat sebuah gua yang dinamakan gua Ar-Roqim.

Kisah ini adalah insiden yang akan berulang kembali. Allah mencatatkan kisah Ashabul Kahfi dengan peristiwa perarakan raksasa seperti yang akan di atur kembali oleh dajjal. Maklumat ini, didapatkan melalui satu kitab lama tulisan Almarhum Syeikh Uthman Jalaluddin bertajuk 'Alamat Kiamat', terjemahan dan huraian dari kitab arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah. Syeikh Jalaluddin menyatakan perhimpunana itu sebagai berikut : pengikut dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan besar-besaran. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan penuh teliti oleh dajjal dan sekutunya.

Tindakan dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan diri sebagai tuhan, menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peristiwa yang telah dan akan berlaku dengan jarak yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata. Subhanallah, sungguh ia satu keajaiban! Gendang perarakan ini telah mula dipalu dan dimomokkan di dalam lagu.

Penulis juga turut menemui insiden yang sama dengan ritual di dalam nyanyian kumpulan rock barat - MY CHEMICAL ROMANCE yang bertajuk 'The Black Parade". Barangkali inilah propaganda awal, satu cara dajjal memasukkan benih-benih keterujaan akan kehadirannya di dalam benak dan jiwa anak-anak remaja kita. Telitikanlah liriknya dengan hati yang terbuka :

When I was a young boy
My father took me into the city
To see a marching band 

He said
"Son , when you grow up
Will you be the saviour 
Of the broken
The beaten and the damned?"

He said
"Will you defeat them?
Your demons 
And all the non believers
The plans that they have made?"
"Because one day
I leave you a phantom
To lead you
In the summer
To join the black parade"

Sometimes I get the feeling
He's watching over me
And other times
I feel like I should go
When through it all
The rise and fall
The bodies in the street

And when you're gone
We want you all to know
We'll carry on
We'll carry on

Though you're dead and gone
Believe me
Your memory will carry on
Will carry on

Terjemahan :

Ketika aku masih remaja
Bapaku membawaku ke kota
Untuk menyaksikan sebuah perarakan

Dia berkata
"Anakku apabila engkau dewasa
Mahukah engkau menjadi penyelamat
Mereka yang rosak
Mereka yang tewas dan terlaknat?"

Dia berkata
"Mahukah kau mengalahkan mereka
Syaitan-syaitanmu
Dan mereka yang tidak percaya
Akan perancangan yang telah mereka aturkan?"

"Kerana suatu hari nanti
Aku tinggalkan engkau berupa bebayang
Untuk memimpinmu di musim panas
Untuk menyertai perarakan kegelapan"

Kadang-kadang aku dapat merasa
Dia selalu menjagaku
Dan ada ketikanya
Aku merasakan yang aku perlu pergi
Mengharungi semuanya
Jatuh dan bangunnya
Tubuh-tubuh di jalanan

Dan bila kau telah tiada 
Kami mahu engkau semua tahu
Kami akan teruskan
Kami akan teruskan

Walaupun engkau mati dan sudah tiada lagi
Percayalah padaku
Ingatan kepadamu akan berterusan
akan berterusan
akan berterusan


Anjuran perhimpunan seperti inilah yang dinantikan-nantikan. Dengan muzik keras yang menghentam langsung ke bawah minda separa sedar anak remaja, jelas ada makna di sebalik seruan ini. Mengajak syaitan, manusia dan semua manusia menyertai gerakan dajjal ini - bayangan kepimpinan gelap yang akan berlaku. Ia adalah pesan di sebalik memori. Semua pengikut dajjal mesti bersedia. Ibarat dipukau, mereka akan memanggil seluruh kaum kerabat, sanak saudara, dan rakan taulan mereka untuk hadir menyaksikan satu keajaiban yang memang dinanti-nantikan iaitu kehadiran tokoh penyelamat akhir zaman.

Inilah percubaan kemuncak dajjal untuk menipu manusia. Kemuncak fitnah ini menyamai kisah Namrud dan Firauan yang mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan di hadapan lautan manusia di dalam perhimpunan  raksasa. Seperti Namrud yang telah memanggil seluruh penduduk kota untuk menyaksikan pengisytiharannya sebagai tuhan tetapi tidak disertai oleh nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim menentangnya melalui protesnya dengan memecahkan semua patung berhala Namrud. Manakala di dalam insiden Ashabul Kahfi, mereka telah meminggirkan diri dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut, melarikan diri ke bukit lalu bersembunyi di dalam gua Ar-Roqim demi menyelamatkan tauhid mereka.

Ia sangat bertepatan dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw melalui hadis riwayat Imam Muslim dari Ummu Syariq, dia berkata : Saya mendengar rasullulah bersabda : "sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung".

Kepada anda yang berfikir, inilah peristiwa yang amat menarik untuk disingkap menjelang kedatangan dajjal. Kita temui semua persamaan ini di dalam Surah Al-Kahfi. Sekiranya anda membaca pertanyaan Kidxx obito  di artikel sebelumnya tentang apa kaitan 7 pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sebagai perisai kepada dajjal, mungkin di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk mengaitkan akan pertalian itu. Sebabnya?

Ok. Baca ni dan fahami betul-betul so you will not missing anything : Perhimpunan dan perarakan raksasa yang sama seperti di masa Namrud dan Diyanus akan berulang (bahkan jauh lebih hebat). Pengumuman sebagai tuhan seperti yang dilakukan oleh Namrud dan Diqyanus akan berulang. Manusia berlalu pergi meninggalkan perhimpunan seperti perbuatan Nabi Ibrahim dan pemuda-pemuda Ashabul Kahfi akan berulang. Melarikan diri ke tempat-tempat tinggi juga akan berulang.....

ANDA NAMPAK TAK? ANDA PERASAN TAK NI? Rahsia ini hanya ada di sini, saya rasa tempat lain takde lagi akan hipotesis seperti ini dikongsikan (mungkin ada tapi saya tidak tahu, so, maaf). Kesimpulannya adalah, penulis buku ini menemui sesuatu yang orang lain tidak jumpa sejak perbincangan tentang keistimewaan Surah Al-Kahfi sebagai benteng dan perisai kepada fitnah dajjal tercetus. Jika anda dapat perhatikan, pertalian alam ghaib dengan Surah Al-Kahfi juga terkupas di sini.

Saya tidak ralat mengeluarkan duit RM37.90 untuk membeli sebuah buku yang penuh dengan penemuan-penemuan baru. Malah saya bangga dapat mengongsikannya dengan anda semua. Walaupun terpaksa bersengkang mata dan tak dapat apa-apa, tidak mengharapkan apa-apa (kecuali redha Allah swt), saya lakukannya demi untuk anda semua, yang masih tercari-cari akan sesuatu yang dirasakan masih kurang. Saya lakukannya demi untuk anda semua, yang masih dahagakan ilmu pengetahuan. The link which is missing, is now complete. My vision to share is finally accomplished. Terima kasih anda semua yang sporting. Komen-komen anda juga memotivasikan saya untuk terus meneruskan usaha ini. Anda semua sangat-sangat berhemah, penuh berilmu dan bersopan santun. Saya juga banyak belajar dari anda. Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan.

Sebelum saya mengundurkan diri, sedikit lagi pesanan dari tuan punya buku ingin saya ketengahkan sebagai penutup. Yang ini penting sebab ia menyangkut tauhid dan keyakinan kita sebagai umat Islam.

Malang sungguh, pada hari ini ramai di kalangan kita yang merasa gagah untuk berhadapan dengan dajjal tetapi dalam masa yang sama tidak mahu memperbaiki tauhidnya. Ketika kita sibuk mencari dajjal, ada yang langsung tidak mengenali Tuhannya yang sebenar. Justeru hadis nabi saw yang berkenaan penghafalan 10  ayat awal Surah Al-Kahfi perlu diberi nilai tambah iaitu kukuhkan tauhid kita dahulu. Tauhid ihsanlah yang akan menjadi benteng akhir di dalam menghadapi fitnah dajjal. Keyakinan kita akan diuji. Tauhid ihsan itu adalah di tahap bilamana kita menyembah Allah, seolah-olah kita melihat dan merasakan kehadiranNya.

Tauhid adalah sebuah keyakinan yang kukuh dalam hati. Ia tidak goyah dan bagaikan akar yang terjunam jauh ke dalam bumi. Telah sepakat para ulama mengistilahkan bahawa makna tauhid atau aqidah itu adalah satu keyakinan yang jitu dalam mengesakan zat, sifat dan asma Allah yang serba sempurna tanpa ada kekurangan dan cela. Akhirnya, keyakinan yang kukuh itu akan dapat terjelma melalui sikap, percakapan, pembawaan diri, akhlak dan gerak hatinya adalah dalam gerak tauhid.

Ketahuilah bahawa tauhid itu bukanlah segunung kitab, tetapi apa yang tertanam dalam hati. Hati orang yang bertauhid perlu melahirkan natijah ihsan, sehingga amal ibadahnya, solatnya, makan dan minumnya, tidur dan baringnya, dan segala yang menyangkut  hal kehidupannya terasa seperti diperhatikan Allah swt (walaupun sememangnya semua di dalam perhatian Allah belaka). Ia merujuk kepada jalan amal yang ditunjukkan oleh Nabi saw yang dengan bersungguh-sungguh dengan jihad memerangi nafsu, istiqamah dalam beramal dan sentiasa memelihara adab. Orang-orang yang tegar tauhidnya adalah mereka yang digeruni dajjal.

Persoalan tauhid menjadi inti pertarungan manusia dengan dajjal. Keyakinan itulah yang mahu direbut dan dimanipulasikan dajjal supaya berpindah keyakinan itu pula kepadanya. Dajjal mahu merenggut keyakinan percaya kepada tuhan yang esa, kepada keyakinan percaya kepada tuhan manusia. Hari ini kita dapat perhatikan betapa celarunya pemikiran umat Islam yang tenggelam di dalam fahaman batil seperti fahaman sekularisme, liberalisme, rasionalisme, ateis dan sebagainya yang semata-mata bersandarkan kepada akal dan logik. Ini kerana mereka tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah sehingga akhirnya jauh daripada naungan dan hidayah Allah swt.

Bencana terbesar umat Islam bukanlah perang atau kebuluran, gempa bumi atau tsunami, tetapi bencana hilang dan pudarnya tauhid Ihsan, iatu krisis keyakinan kepad Allah swt selaku pencipta, pentadbir dan penguasa alam. Hari ini, krisis tauhid atau aqidah sudah sampai ke tahap kritikal. Bukan sekadar murtad, tetapi menularnya fahaman baru yang intinya adalah meleraikan tauhid umat Islam melalui fahaman yang diberi nafas baru dengan nama hak kemanusiaan, kebebasan, demokrasi, toleransi dan yang sewaktu dengannya.

Ilmu tauhid sudah menjadi satu pelajaran yang sukar bagi generasi anak muda sekarang. Ketika kitab tauhid dibuka dan mahu dibincangkan di masjid-masjd dan di surau-surau, hanya orang tua-tua yang mendengar. Malangnya para ilmuan dan cerdik pandai hari ini terus bertelagah di dalam hal-hal cabang dan ranting yang disangkakan satu jihad besar tanpa menyedari bahawa perbuatan itu cenderung kepada memecah-belahkan umat Islam sehingga orang awam menjadi keliru dan mula menjauhi agama.

Putaran ini berlaku dari satu zaman ke satu zaman sehingga umat Islam dikenali sebagai umat yang sering bertelagah dan berpecah-belah. Sedangkan jika benar-benar diperhalusi dengan jujur, perkara yang dibangkitkan dan menjadi perbahasan itu sudah diselesaikan melalu kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama terdahulu, lengkap dengan dalil Al-Quran, As-Sunnah, hadis dan hujah yang sudah muktamad dan disepakati oleh para jumhur ulama yang muktabar sifatnya.

Justeru itu, mari kita simpulkan bahawa dalam menghadapi fitnah dajjal, senjata yang diperlukan adalah tauhid ihsan, iman yang kukuh dan melazimkan bacaan Surah Al-Kahfi. Juga titipan doa daripada Nabi Muhammad saw kepada kita sebagai  umat kesayangan baginda, sebagai senjata ampuh untuk menghadapi fitnah dajjal. Leraikanlah segala sengketa remeh demi sebuah kesatuan ummah. Ketahuilah, sengketa dan kebencian haruslah dileraikan kerana ia adalah mainan yang didalangi oleh dajjal.

Semoga Allah swt memelihara kita serta anak dan cucu kita dari jatuh ke dalam fitnah dajjal yang besar ini. Semoga kita bersama-sama memeranginya dan mengenali segala tipu dayanya.

Seperti yang dijanjikan, buku yang menjadi wadah perkongsian kita ini bertajuk 'Membongkar Misteri Dajjal' sebuah karya Mohd Khalid Yahya atau nama penanya Muhammad Nurani Maarif. Dah habis buat artikel ni baru saya tergerak nak google beliau. Ternyata ramai juga yang membincangkan buku yang ditulis oleh beliau pada 2010 ini. Tapi guys, saya rasa (tanpa langsung rasa riak atau sombong), inilah satu-satunya blog yang mengongsikan secara penuh isi kandungan buku beliau (walaupun tak 100 % kerana yang 20% tu mungkin anda membaca tulisan saya sendiri).

Saya mengaku, saya ada melakukan pengubahsuaian sesuai mengikut gerak hati dan rasa. Isinya juga saya tidak ambil dan percaya bulat-bulat (hasilnya adalah pembongkaran tentang tengkorak kristal dan pembetulan maklumat peta Piri Reis. mungkin akan ada pembetulan tentang penemuan lain di masa hadapan, siapa tahu). Terjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia, saya perbaiki mengikut tahap kefahaman saya. Jika anda beli bukunya, anda akan dapati ada perbezaan di sana-sini kerana saya menyampaikan isinya kepada anda secara friendly dan santai supaya tidak bosan dibaca sekaligus mendatangkan minat untuk digali ilmunya sampai habis.. Ayat yang berulang-ulang yang terdapat dalam buku ini juga seboleh-bolehnya saya elakkan.

Walaupun saya ketengahkan buku orang lain, setiap persoalan yang dibangkitkan, saya dah cuba menjawab dengan semampunya. Sekarang ni saya sedang meneliti soalan-soalan permintaan daripada para tetamu dan memikir-mikir nak paparkan kisah apa pulak. Ada permintaan dari Mohd Firdous yang suruh buat artikel Iskandar Zulkarnain dulu. Pasal piramid pun ada yang tanya. Kalau anda sendiri bagaimana pula? Andai ada idea, jangan malu-malu hantarkan melalui ruangan komen.

Sebelum memulakan projek baru, beri saya berehat dulu beberapa ketika.

Sekian dahulu untuk kali ini, wassalam.



Thursday 29 November 2012

QA Pembaca 1 - Kidxx obito


Bismillaahirrohmaanirohiim..
Assalamualaikum wbt sidang pembaca yang dihormati lagi disanjungi..





Post ini saya buat khusus bagi menangani pertanyaan yang memerlukan jawapan panjang. Jawab pendek-pendek takut maksud saya tak sampai. Follower saya, Kidxx obito (gambar atas) yang dah ada blog sendiri, timurbangkit.blogspot, bertuah sebab komen beliau adalah yang pertama saya ulas. Yang lain akan menyusul kemudian. Komen ini diberikan beliau selepas membaca Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 12). Dah jawab dalam ruangan komen tapi tak cukup ruang la pulak, tu yang copy paste bawa ke sini. (ni gambar anda sendiri ke Kidxx obito?)

Kita ikuti komen beliau :

1)  dlm surah kahfi menceritekan pemuda yang lari dri sistem pemerintahan yg zalim pada zaman tersebut. bagaimana kita mahu mengaitkannya untuk menjadi perisai mukmin kpd dajal?

2)  sy masih mushkil perihal sungai yg dibawa dajal. kalau ikut logik akal seperti metafora/kiasan tp bole jgk jd realiti, ape2 pun kehendak Allah jua.

ini teori dari sy, sekirenya ia realiti ape mungkin sungai yg dijanjikan itu merupakan sungai yg perlu dilalui bukan sekadar meminumnya. ia seolah seperti jalan yg akan menuju ke suatu destinasi (alam ghaib yg telah disiapkn dajal) bagi memanipulasi penontonnya (kitalah). kenapa air? tu sy tak tau tp yg pasti air mempunyai pengaruh yag teramat kuat contoh seperti berwuduk, sumber kehidupan, evolusi cell binatang yg bermula dari air, tubuh dipenuhi air, syaitan bergerak memasuki tubuh melalui darah dan bnyk lg lah.

Bayangkan sekirenya dajal kononnya sebagai penyelamat yg akan menyelamat kn manusia yg ketika itu dlm kesusahan telah menawarkan sebuah PLANET BARU yg boleh didiami dengan syarat menyembah dia. Kalau inilah terjadi bayangkan macam mana keadaan nya, oh ya sudah tentu satu promosi telah dibuat untuk mind control ke arah DUNIA BARU tersebut dan kita pula melihat kejadian itu seperti mainstream aja.

3)  Sy jangkakan imam mahdi sekurg kurng nya mempunyai ilmu laduni hakikat seperti nabi khidir yg menjadi antara faktor beliau berjaya dlm perjuangannya menentang yg batil. Keadilan pun senang dicapai dengan adenya ilmu seperti nabi khidir itu. sesuai dengan jolokan imam mahdi sebagai pemerintah yg adil.

28 November 2012


Kidxx obito dan anda semua, sila baca jawapan saya yang tak seberapa, semoga ada yang boleh diambil  :

1)  Persoalan ini menyentuh tentang aqidah dan kepercayaan kepada yang ghaib. Benteng yang bagaimana, kita kena yakin dan serahkan kepada Allah saja kerana Dia yang lebih mengetahui. Bukan yakin gitu-gitu aje, ianya mesti disertai dengan iman yang kuat. Setakat percaya tapi iman takdak, Allah tak pandang and we can go to hell! heee... seram.

Tapi sekarang kita ada pengetahuan tentang aura. Semua benda dalam dunia ni tak kira hidup atau mati, benda atau binatang, ada aura tersendiri. Saya percaya setiap huruf dalam Al-Quran juga ada aura tersendiri. Bayangkan bila aura huruf-huruf itu digabung menjadi satu surah dengan perintah tertentu daripada Allah swt sendiri melalui lidah Nabi yang ummi, mesti begitu kebaboom hasilnya. Tapi sebab tak nampak, kita tak perasan kehebatan itu kecuali jin dan syaitan. Jadi, kita pun malas nak baca...

Bila kita rajin baca dan hafal sehingga jadikan kebiasaan, dan kita yakin akan janji Allah, sudah tentu cahaya aura pertahanan yang Allah swt kurniakan kat surah tu, turut jadi benteng juga untuk kita, sampaikan jalur-jalur dan aura fitnah yang dibawa konco-konco dajjal itu hancur begitu saja. Semakin lama dibaca, maka semakin terang pula cahaya aura itu akan meliputi kita. Kepada anda yang punya ilmu lebih tentang ini, sila lah kongsi dan perbetulkan persepsi saya ni jika tersilap. Sesungguhnya, ini hanya mengikut kefahaman saya sahaja.

2)  Yang tentang 7 pemuda tu, mungkin telah tiba masanya Allah swt mahu kita belajar tentang relativiti matter, time and space dengan lebih jauh. Dajjal telah menguasai ilmu ini seperti makan kacang putih (maksudnya dah terer sangat ar tu) dan tujuannya tentulah untuk menipu manusia iaitu dengan menggunakan ilusi silap mata bagi mengelabui mata kita. 

Contoh paling cun adalah filem The Matrix. Dengan memanipulasi reseptor-reseptor tertentu dalam otak, minda diprogramkan dan dipergunakan untuk merasakan semuanya walaupun secara realitinya badan hanya terbaring kaku. Jadi, semuanya berkaitan dengan minda yang ingin disilap matakan. Seolah-olah seperti kisah 7 pemuda yang dialih-alih oleh Allah swt ke tempat lain dalam abad yang berbeza dan dikatakan akan dibangunkan semula untuk membantu perjuangan Imam Mahdi. Kan macam silap mata tu.. tetapi silap mata Allah is the greatest, so yakinlah dengan Allah. Al-Quran pula, sebagai mukjizat yang nyata, sentiasa sesuai dengan matter, time and space. Dari sejak zaman Nabi Muhammad saw sampai zaman sains dan teknologi, pelbagai persoalan yang dikemukakan, penyelesaiannya pasti ada dalam kitab suci ini walaupun seringkali disanggah oleh mereka yang jahil dan kufur.  Macam tak percaya? Tapi itulah hakikatnya.

Kemusykilan tentang sungai pula. Cuba anda bayangkan Allah swt yang mampu melakukan apa saja dengan kun fayakunNya. Allah telah memberi dajjal peluang untuk menjadi tuhan walaupun palsu selama 40 hari.  Kalau dah jadi tuhan, mestilah macam-macam boleh buat, kan? Minda kita hanya dapat mengungkap logik dan rasional melalui pemikiran (IQ) dan emosi (EQ), jadi tanpa kecerdasan spiritual (SQ - tahap keimanan dan keyakinan yang tinggi), memang sukar untuk kita memahami yang ghaib. Kerendahan tahap SQ inilah yang sedang dimanipulasikan dengan sehebat-hebatnya oleh dajjal. So, Allah mahu kita sebagai hambanya yang begitu banyak kekurangan ini, hanya percaya dan yakin padaNya dan ayat-ayatNya. I think that's the whole point. 

TAPIKAN, kalau ikut pemikiran akal saya yang sempit ni, sungai-sungai dajjal tu boleh juga dilambangkan sebagai air yang diisikan ke dalam 2 jenis water tank yang super duper besar, ada gambar api yang menyala-nyala dan satu lagi gambar air yang jernih lagi sejuk. Letak atas lori, datang buat agihan, tinggal kita nak pilih yang mana. heeee... boleh gitu?

Kalau anda ingat tentang ley lines dan binaan batu-batu, yang dibawahnya terdapat sumber-sumber air bawah tanah, mungkin dari situlah dia akan mendapatkan air (ni dajjal mesti marah sebab kita dah tahu rahsia dia). Kena ingat tau, kita kena pilih air yang ada gambar api yang menyala-nyala, jangan minum yang gambar air sejuk dengan ais kerketul-ketul macam iklan coca cola tu.. (ini berkaitan dengan ilusi minda juga, dah la haus-haus rasa macam nak mati, lagi nak pilih api, mati la kita.. naya je yeob.. tapi kena pilih juga sebab Nabi Muhammad saw dah pesan). Zaman huru-hara macam tu dah tak terfikir kot nak mandi ke nak cantik-cantik lagi dah, bersuci pun dengan tayammum, nak bersuci dari hadas pun guna batu.

Air memang essential dalam kehidupan. 70% badan kita adalah air. Beberapa hari tak makan takpe, janji ada air. Di sini, dajjal mengambil peluang mempengaruhi manusia untuk beriman dengannya juga melalui pengagihan air (setelah tiga tahun tak hujan dan bumi menghentikan hasil secara berperingkat). Kalau ikut logik, mana kita boleh hidup dengan bacaan zikir, kan macam mustahil kan? Tapi di sinilah kita kena betul-betul yakin dengan Allah swt. Tapi bagaimana? 

Dengan ilmu dan iman untuk menolak tipuan dajjal. Dengan zikir, tasbih dan tahmid untuk dijadikan makanan oleh tubuh badan. Walaupun takde makanan untuk dimakan, takde air untuk diminum, namun, nampak tak janji Allah untuk memelihara umat Islam yang mukmin? Mata memang tak nampak makanan, tangan memang tak menyuap, mulut memang tak dapat nak merasa, tapi jiwa raga, hati dan minda kita dapat terus bertahan hidup dengan zat-zat yang Allah beri melalu kalimah-kalimah zikir tersebut. Maha Suci Allah, tiba-tiba terasa rindu denganNya.. Jom cepat-cepat perbaiki iman dan kukuhkan keyakinan kita... jom, jom.

Jangan lupa, syaitan juga menggunakan air untuk mengumpan kita supaya kufur semasa sakaratul maut. Semuanya berkaitan dengan deria. Dalam kita sakit dan rasa kehausan yang amat sangat, tiba-tiba syaitan yang menyamar sebagai ibu dan ayah kita, bawa air yang sejuk nyaman macam air dalam iklan coca cola (tengok lah, ini namanya mind control melalui iklan, so far, daripada iklan mind control pasal air minuman, ni yang paling bagus sekali, tak ingat air lain lagi dah). Tinggal kita nak terima ke tidak. Memang malang sungguh kalau kita terima. Dengan perkataan : "iya, aku mahu air itu", terus dia menghilang. Dengan air-air sekali hilang. Dengan iman-iman sekali melayang.  Maka tabir neraka pun terangkat dan itulah yang kita lihat di penghujung hayat. Bukankah itu permainan ilusi namanya? Dari ilmu inilah syaitan mengajar dajjal tentang fantasi ilusi ni untuk memanipulasi minda kita semua..

Tentang promosi dan propaganda dunia baru, planet baru, jangan terlalu difikirkan. Perkara ini hanya dibesar-besarkan oleh manusia jahil dan hanya akan diikuti oleh mereka yang sama jahil, kufur dan lemah iman. Memang nantinya dajjal akan memperlihatkan lembah syurga dan lembah nerakanya setelah tabir alam jin terbuka melalui gerbang-gerbang stargate yang kita dah bincangkan dulu. Jin syaitan memang terrer bab-bab silap mata ni. Kat sinipun mungkin dia suruh kita pilih, nak syurga ke nak neraka.

Kalau pilih syurganya, segala kenikmatan keduniaan zahir batin boleh anda kecapi. Maksiat berleluasa dan semuanya halal belaka. Tempat tinggal anda subur, rumah besar, makan minum tak jadi hal kerana semuanya berkecukupan sehingga harta melimpah ruah. Tapi kalau pilih nerakanya, kering kontanglah kampung kita bak padang jarak padang tekukur. Semua harta yang tertanam ikut dia pergi. Yang ada hanyalah penderitaan. Itu belum kira anak isteri yang lari meninggalkan kita kerana terpesona dengan kilauan harta kebendaan. Pada masa tu kita hanya ada Allah, hanya kepadaNya lah tempat kita mengadu. Jadi saudara, tugas kita sekarang. Tingkatkan iman dan takwa, jangan tangguh lama-lama sangat, nanti takut tak sempat. Ajar sekali anak-anak dan isteri untuk sama beringat-ingat.

3)  Imam Mahdi sebagai waris keturunan paling istimewa, sudah pastilah baginda pun istimewa juga. Tugas untuk memimpin umat adalah tugas yang bukan calang-calang, mesti disertai dengan ilmu yang besar. Apalagi yang nak diperangi adalah dajjal dan kaum-kaumnya. Yang tu, kita tak perlu risau sebab semuanya adalah kerja dan perancangan Allah swt semata-mata. Apa yang kita perlu buat adalah, yakin dan yakin seyakin-yakinnya akan perancangan itu.


Kan saya dah kata jawapan ni panjang. Dah macam artikel dah kan? Harap Kidxx obito dan anda semua boleh terima jawapan saya yang tak seberapa. Kalau salah tolong tunjukkan.


Wassalam.





Tuesday 27 November 2012

Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 12)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt. Berjumpa lagi kita... harap anda sihat-sihat hendaknya.. Artikel yang lalu menceritakan bagaimana akan kemungkinan Perang Dunia Ketiga di masa kita atau di masa  anak cucu kita. Kegetiran hidup yang akan dihadapi. Keperitan yang akan membelenggu umat Islam yang bagai terpinggir di bumi sendiri. 

Ketika dajjal muncul, saat huru hara dunia pun bermula. Malanglah bagi kita yang belum mengenali Tuhannya yang sebenar. Malanglah bagi kita yang masih tipis imannya. Malanglah bagi kita yang Islamnya hanya sekadar di bibir saja. Ini kerana, dengan kualiti pegangan yang sebegini, kita pasti akan mudah terpesona dan menyongsong kedatangan dajjal. Bukan mudah untuk menolak apa yang ditawarkan (harta, wang ringgit, kemewahan, kemasyhuran, perempuan dll). Pada saat dajjal muncul, semuanya sudah terlambat. Kita hanya akan bergantung kepada apa yang kita usahakan selama ini. Jika ketika ini kita sibuk mengejar kemewahan dunia dan meninggalkan amal, maka waspadalah. Jika ketika ini kehidupan kita masih bergelumang dengan maksiat, maka ingatlah. Kita mungkin calon terbaik yang akan ditarik ke dalam 'wilayah pengaruh dajjal'.

Ingatlah, dajjal akan datang umpama ribut taufan atau fitnahnya umpama sekawan lebah hitam yang mahu mengerumuni kita. Dia bersama sekutunya dari kalangan jin, syaitan dan manusia bergabung tenaga di dalam jumlah yang tidak dapat dibayangkan. Mereka akan datang sehingga ke depan pintu rumah kita dan akan memasuki kamar anak-anak kita. Dia dan wakilnya akan menarik kita dan kaum kerabat untuk bersatu di bawah payung kekuasaan dajjal. Jika tidak berjaya, kita akan diancam sehingga hidup di dalam ketakutan.

"... lalu Allah mengizinkan dajjal, segerombolan syaitan-syaitan yang ada di timur dan barat dan mereka pun datang berbondong-bondong ke hadapannya dan menunjukkan kesediaan mereka untuk menuruti perintahnya. Mereka berkata kepada dajjal : "Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu". Dajjal menyambut : "Ya, aku akan berbuat demikian. Maka pergilah kamu kepada sekalian manusia dan berusahalah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkan kepada mereka bahawa aku telah membawa syurgaku dan nerakaku". Kemudian, syaitan-syaitan itu pun bertebaran di mukabumi dan masuk ke rumah orang-orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk setiap rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma di dalam bentuk ayah dan ibu tuan rumah (yang telah mati), di dalam bentuk rupa anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya.....".

Bagi mereka yang terpedaya dengan fitnah dajjal, dan bagi mereka yang tetap mahu mengikutinya atau hanya pasrah dengan segala fitnah dajjal, maka ingatlah peringatan daripada Nabi Muhammad saw ini :

".... barangsiapa yang beriman kepadanya (dajjal), membenarkannya dan mengikutinya, maka amal kebaikannya yang terdahulu tidak ada gunanya....". (hadis riwayat Imam Ahmad).

Umat Islam yang berpegang teguh akan dimusuhi bahkan diperangi. Mereka yang bersimpati dengan umat Islam akan disisihkan. Umat Islam akan di'cop' dengan pelbagai gelaran hina. Pada masa ini saja, umat Islam  sudah dipalitkan dengan label pengganas, militan, ekstrimis dan sebagainya. Apatah lagi ketika dajjal berkuasa, umat Islam pasti akan lebih tertindas. Pada waktu itu, kita akan berada di dalam keadaan yang paling getir. Ujian yang peling berat yang disebut oleh Nabi Muhammad saw telah bermula dan kita tidak ada masa untuk mencari iman pada ketika itu. Sedangkan kita begitu perlukan perlindungan diri. Siapkan dan usahakan ia dari sekarang sebelum tiba saat segalanya sudah tidak bermakna lagi.

Sungguhpun saat yang digambarkan amat getir, namun janganlah berputus asa. Allah tetap akan menjadi pembela dan pelindung umat Islam selagi kita melindungi dan berpegang kuat dengan agama kesayangan kita ini. Itulah janji Allah swt melalui lidah Rasulullah saw dan ia adalah intipati tauhid. Jangan berputus harap. Di dalam keadaan tertekan, umat Islam akan ada pemimpinnya. Umat Islam akan bernaung di bawah panji Imam Mahdi.

Kedatangan seorang pembela tidak dapat dipisahkan dari skrip kemunculan dajjal. Pembela yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi. Oleh kerana itu, subjek Imam Mahdi ini perlu disentuh dengan teliti. Imam Mahdi datang bertepatan dengan kemungkinan huru hara perang ini. Dia akan tampil untuk membela umat Islam.

"Dari Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasulullah saw bersabda : Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunan nabi) yang namanya sama dengan namaku". (hadis riwayat Tarmizi).

"Bahawasanya Allah memilih buat keluargaku akhirat daripada dunia dan keluargaku setelah pemergianku (wafat) akan mendapat bencana, penyingkiran dan pengusiran, sehingga datang satu kaum dari arah timur, mereka membawa bendera berwarna hitam, lalu mereka meminta roti namun tidak diberikan lalu mereka (tentera Imam Mahdi) memeranginya maka diberikanlah apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya, sehingga mereka serahkan kepada seorang daripada keluargaku, lalu dia memenuhinya dengan keadilan sebagaimana meluasnya kekejian, barangsiapa di antara kamu yang mendapatnya, maka datangilah dia walaupun terpaksa merangkak di atas salji.".

Turutan perjalanan akhir zaman perlu difahami. Jika diizinkan Allah, huru hara dunia akan sampai ke satu puncak yang tidak dapat dielakkan iaitu Perang Dunia Ketiga yang hebat dan dahsyat. Musuh di seluruh dunia akan bersatu di bawah payung dan pimpinan kroni dajjal untuk menentang umat Islam. Bagaimanapun, kemenangan umat Islam di dalam memerangi dajjjal tidak akan tercapai di tangan Imam Mahdi. Sebaliknya kemenangan total akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. Sebelum itu, dajjal tetap dan masih bermaharalela. Dajjal tetap mempunyai pengaruh, justeru persiapan pengetahuan adalah perlu.

Kemunculan dajjal, zahirnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s adalah saling berturutan. Ia terkandung di dalam satu skrip yang sama. Itulah kisah yang telah tertulis. Zahirnya kehadiran Imam Mahdi adalah untuk membantu dan menguatkan umat Islam, menegakkan yang haq dan memusnahkan yang batil. Munculnya dajjal sebagai fitnah terakhir dan turunnya nabi Isa a.s sebagai satu-satunya orang yang mampu menghapuskan dajjal.

Cerita mengenai kedatangan Imam Mahdi bukan sekadar penyedap halwa telinga. Saya pasti, tentu ramai daripada anda di luar sana yang bercita-cita amat tinggi untuk menyertai ketumbukan tentera Imam Mahdi. Di sini, check and balance itu penting. Bercita-cita itu tidak salah saudara, tetapi keputusan samada kita layak atau sebaliknya adalah kerja Allah swt, bukan kerja kita. Kerja kita adalah berusaha untuk mempertingkatkan iman dan taqwa. Samada kita terpilih menjadi tentera Imam Mahdi atau tidak, ia bukan dengan penentuan dan kehendak kita. Seperti mana Imam Mahdi sendiri, bukan baginda yang ingin menjadi Imam Mahdi. Baginda dipilih Allah apabila sudah tiba masa dan ketikanya.

Satu perkara yang perlu kita fahami adalah, sebenarnya kemunculan Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s telah dipergunakan sepenuhnya oleh dajjal untuk meluaskan jajahan takluk kekuasaan. Dia telah melancarkan propagandanya di setiap kitab dan di segala kesempatan (kecuali Al-Quran). Dia menyatakan bahawa Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s yang ditunggu-tunggu oleh sekelian manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah merujuk kepada kemunculannya. Inilah fitnah yang tidak disedari oleh kebanyakan umat manusia. Propaganda kedatangan penyelamat disambut oleh segelintir umat Islam tanpa usul periksa. Kerana dungu atau tidak berilmu barangkali, sebahagian besar umat Islam bahkan menyambutnya kerana terikut-ikut dengan kepercayaan golongan kufur dunia yang menyatakan bahawa tuhan mereka adalah sama, maka mereka harus bersatu hati menunggu penyelamat yang sama. Na'udzubillah, semoga kita dijauhkan dari terjebak ke dalam fitnah ini.

Ketika orang kristian menanti kemunculan Nabi Isa a.s, ketika kaum yahudi menunggu Moschiach, ketika penganut hindu menunggu kelahiran semula Krishna, umat Islam pula sedang ternanti-nanti Imam Mahdi tanpa memahami susur galur hadis Nabi Muhammad saw. Tambah parah apabila dikatakan bahawa kita semua sedang menunggu individu yang sama. Betapa bahayanya jalan fikir sebegitu.

Jika kita membaca maklumat yang tersebut di kalangan penganut kristian sendiri, hal seperti ini telah menular sehingga masuk ke inti ajaran kristian itu sendiri. Turunnya Nabi Isa a.s yang disebutkan di dalam kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, jelas jauh menyimpang dari konteks asal. Dajjal dan sekutu-sekutunya menokok tambah sehingga seluruh versi kitab mereka turut berubah dan menyatakan bahawa nantinya yang turun untuk menyelamatkan umat manusia adalah Dajjal The Anti-Christ. Kepercayaan kembalinya Nabi Isa a.s di kalangan orang kristian juga tidak sama dengan kepercayaan kita. Asas utama perbezaan itu adalah mereka percaya bahawa Nabi Isa a.s itu wafat dan akan kembali hidup sedangkan umat Islam meyakini bahawa Nabi Isa a.s telah diangkat Allah swt ke langit sebelum sempat disalib.

Kekalutan insiden kembalinya Nabi Isa a.s dapat dilihat dalam karya-karya kontemporari ahli gereja. Jika diteliti, karya Dan Brown melalui novel The Da Vinci Code yang diterjemahkan ke layar perak adalah menifestasi akan hakikat ini. Sungguh suatu pembohongan. Masyarakat umum mengangkatnya sebagai sebuah karya bestari sedangkan ia mengandungi rahsia-rahsia yang sulit untuk difahami. Filem tersebut mengisahkan bagaimana pihak gereja yang berlainan kepercayaan mencari waris Jesus untuk membuktikan Jesus adalah manusia yang berkahwin dan punya anak. Fenomena ini mula disedari oleh golongan konservatif gereja dan mereka mulai menyerang balas idea aneh yang diketengahkan. Ini dilakukan oleh pihak gereja untuk memulihkan kembali ajaran kristian yang sememangnya sudah terpesong yang mengangkat Jesus sebagai tuhan.

Oleh itu, seluruh umat Islam perlu dingatkan supaya tidak meniru sikap kaum yahudi dan nasrani ini yang dimomokkan dengan harapan palsu dan begitu menunggu-nunggu akan kedatangan seorang penyelamat. Sungguhpun benar sabda Nabi Muhammad saw bahawa Imam Mahdi akan datang membela nasib umat Islam, namun sikap menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa adalah sesuatu perkara yang salah, sia-sia dan perlu diubah. 

Ketahuilah, sebesar apapun masalah yang ada di atas mukabumi ini, Allah swt telah menjelaskan penyelesaiannya di dalam kitab suci Al-Quran. Kitab Al-Quran tidak hanya untuk dibaca dan kemudian dialmarikan atau dipojokkan. Sebaliknya, kitab suci ini harus dibaca dengan kefahaman dan jadikan kefahaman itu dalam setiap amal dan tindakan seharian. Barulah kita akan selamat dari azab hari akhirat. Walaupun kita akan terpaksa menderita di alam dunia, Allah swt telah menjanjikan setiap penderitaan dan kesengsaraan kita dengan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita redha dan ikhlas menerima ketetapan Allah swt.

Cakap memang senang, namun jalan untuk menuju syurga tidak semudah membaca abc atau alif ba ta kan saudara? Apalagi kita seringkali dilalaikan dengan begitu banyak hiburan, keselesaan dan kebahagiaan hidup, harta benda dan wang ringgit yang melimpah ruah (ni pada sapa yang banyak harta la konon ni), apa yang kita hendak, semua boleh dapat tanpa bersusah payah. Kesenangan seperti inilah yang membuatkan kita sukar untuk melepaskan diri. Kita sudah terperangkap terlalu dalam. Kita sudah terlalu selesa. Kekayaan dan keselesaan inilah yang menyukarkan hubungan kita dengan Allah swt. Jadi, nak buat macamana sekarang ni? Macamana kita nak mulakan langkah pertama? Anda ada idea?

Mungkin anda di luar sana tergolong di dalam kumpulan yang warak dan beriman, tak lekang bacaan zikir dan puji-pujian kepada Rabb kita. Namun, untuk orang seperti saya, yang biasa-biasa, banyak kelemahan dan kekurangan, cetek pula pengetahuan ilmu agama. Saya hanya praktikkan apa yang saya tahu. Sebagai permulaan, kita harus mulakan perubahan secara perlahan-lahan. Sekiranya kita ikhlas untuk berubah, Allah akan memudahkan segala urusan. Mulakan dengan mandi sunat taubat dan solat sunat taubat 2 rakaat. Cuba jaga solat sebaik mungkin, itu yang penting. Nescaya yang lain akan menyusul. Dah kukuh tiang agama kita, barulah move on to yang sunat-sunat. Tapi yang penting, JAGA SOLAT. (puan ibu, jangan pandai nasihat orang, awak pun sama kena jaga solat awak tu, asyik terlewat aje, berblog punya pasal ... heeee, insyaAllah...).

Baiklah, back to our topic. Yang ni menceritakan keistimewaan Surah Al-Kahfi. Sekiranya kita membicarakan tentang dajjal, Surah Al-Kahfi memang tak boleh tinggal. Anda pasti tahu kisah apa yang ada di dalam Surah Al-Kahfi kan? Tapi takpe, kita baca lagi. Surah Al-Kahfi ini masyhur dengan kisah 7 pemuda Ashabul Kahfi yang melarikan diri ke gua daripada pemerintah yang zalim ketika itu. Pastu ada kisah Iskandar Zulkarnain yang membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj dan kisah Nabi Musa a.s yang bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Namun yang peliknya, di dalam Surah Al-Kahfi ini tidak menyinggung sedikitpun tentang dajjal. Bagaimana pula surah ini boleh menjadi benteng pertahanan antara kita dan fitnah dajjal? Nabi Muhammad saw bersabda di dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Darda' :

"..... Sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah dajjal".

Di dalam versi lain, riwayat Muslim dari Abu Darda', Hajjaj berkata : "Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhr Surah Al-Kahfi....".

Berdasarkan hadis nabi Muhammad saw, Surah Al-Kahfi adalah senjata ampuh untuk menghadapi dajjal. Ramai yang bertanya, mengapa surah ini, sedangkan tiada disentuh langsung mengenai dajjal? Terdapat juga persoalan bagaimana surah ini berfungsi melindungi kita di dalam keadaan huru hara dan penipuan yang dahsyat nanti.

Bagaimana mekanisme perlindungan Surah Al-Kahfi dari fitnah dajjal? Wallahu a'lam, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Yakinlah dengan janji Allah tanpa banyak tanya. Tapi, kita sebagai manusia ni tak dapat lari dari banyak bertanya. Untuk mengetahui sesuatu duduk perkara, kita kenalah bertanya. Kalau tak bertanya macamana nak pandai. Tapi sebenarnya dalam kes ni, kita tak tanyapun. Dah penulis yang nak terangkan, kita baca ajelah, kan?

Kembali kepada keajaiban Surah Al-Kahfi, surah istimewa ini sunnah dibaca pada setiap Jumaat. Kebanyakan daripada kita melazimkan pembacaan Surah Yaasiin. Paling kurang, bacaan dibaca pada 10 ayat pertama jika mahu berlindung dari fitnah dajjal. Lebih bagus, tambah 10 ayat terakhir. Apa yang pasti surah ini mengandungi rahsia tersembunyi. Mungkin dengan mengamalkan pembacaan surah ini, raga/jasad kita mempunyai benteng aura yang kukuh menjadikan gelombang panahan fitnah-fitnah dajjal menjadi sirna dan hilang kesannya.

Mudah-mudahan takdelah sesiapa yang menggantung surah ni kat depan pintu rumah nanti ya. Konon untuk mengelakkan dajjal dan konco-konconya daripada memasuki rumah kita. Dah terlambat dah saudara, selagi kita tidak berubah, fitnahnya mengelilingi kita 24/7. Sebenarnya, kerjasama antara dajjal, iblis dan manusia sudah berjalan sejak lama dahulu. Manusia pengikut dajjal gigih mencipta propaganda dan menyampaikan mesej-mesej tersembunyi (subliminal message) melalui filem tidak kira filem kemanusiaan, sci-fi, fantasi, peperangan, komik, game anak-anak, lagu-lagu, novel dan sebagainya. Tempat-tempat hiburan dan maksiat mesti didirikan dimana-mana supaya senang manusia nak release stress. Dia yang buat kita stress, dia yang nak hilangkan stress. Memang baguih perangai dajjal ni no.. Sungguh baik hati nak releasekan stress kita..

Karya filem lucah pula diangkat dan tidak dikeji. Perlakuan yang di luar batas adab manusia seperti hubungan sesama jenis mesti disokong. Piagam hak asasi manusia mesti diperjuangkan. Mesti dipertahankan. Mana boleh dibiarkan. Ini harus dilakukan semata-mata untuk melemahkan minda anak-anak muda dan mengacu kepada kehidupan bersifat penuh materialistik dan hedonistik. Mereka mahu punya kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan tanpa ada kekangan dan aturan. Jalan inilah yang sedang dilorongkan kepada anda dan saya supaya bila tiba masanya untuk penyembahan satu tuhan, satu agama, kita sudah bersedia melakukannya dengan rela. Bagaimana? Anda di pihak mereka kah? Anda pendokong hak asasi kah? Keluarlah saudara, selagi anda masih ada masa... Tinggalkanlah kawan yang lebih mebawa kepada kesesatan. Pulanglah ke pangkal jalan.

Syaitan pula, dengan greenlight daripada ketua mereka si iblis, sungguh, dengan penuh dedikasi dan kerja keras melakukan hasutan-hasutan dan pujukan-pujukan halus membuatkan semua perbuatan songsang dan serong terlihat indah, mulus dan menyenangkan hati. Mereka menghembus kata-kata pujukan :

"engkau nak berubah? engkau nak sembahyang? sekarang?
nantilah dulu kawan... relaxlah sekejap... chill bro... 
buat apa nak buat cepat-cepat.... 
malam masih muda... masa masih panjang... 
engkau masih muda... kita enjoy dulu... 
rugi bro engkau taubat sekarang...
nanti semua benda tak boleh nak buat dah...
dah puas enjoy barulah taubat... 
esok-esok pun boleh taubat.... 
dah tua-tua nanti pun boleh taubat... 
dah nak mati nanti pun boleh lagi taubat what... 
Allah kan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya...." 

Anda ingat, kita kah yang fikir benda-benda ni semua? Inilah hasutan-hasutan iblis dan syaitan yang selalu kita ikut tu saudara. Fitrah kita sebagai manusia, hanya mahukan yang baik-baik saja. Tapi bila nafsu sudah menjadi raja, kita adalah puppet yang mudah diperkotak-katikkan, seperti kuda yang mudah ditarik tali kekangan, seperti bola yang boleh disepak terajangkan (frust betul team malaysia kalah 3-0 dengan singapura). Inilah sebenarnya yang iblis mahukan sejak terhumbannya dia ke dunia. Untuk menyesatkan anak cucu Adam seluruhnya. Apa lagi, besarlah hatinya apabila ada kalangan anak Adam sendiri datang menawarkan khidmat hanya kerana nafsu besarnya yang ingin menjadi tuhan yang disembah. Inilah manusia, walaupun ilmu yang dianugerahkan baru sekuman, dunia sudah diinginkan dalam genggaman.

Bahagialah mereka yang masih menjadikan Islam sebagai pegangan, bahagialah mereka yang masih kukuh memegang tali iman. Semoga kami  berada dalam golongan tersebut ya Allah, amin.

Ooops, terlebih sudah tazkirah....

Mambaca Surah Al-Kahfi ini amat menarik. Ketika kita yakin ia dapat menjadi pelindung di era fitnah dajjal, menghayati maknanya pula seperti membaca buku cerita. Penceritaan di dalam Al-Quran bukan sekadar cerita-cerita kosong dan khayalan, tetapi ia mempunyai pengajaran samada terang atau tersembunyi. Allah mahukan hambanya berfikir.

Di sini, penulis buku menyingkapkan dua pendapat dari dua tokoh ilmuan yang mengupas Surah Al-Kahfi dari sudut sains Islam iaitu Adnan Oktar yang lebih dikenali dengan nama penanya, Harun Yahya dan Almarhum Dr. Muhammad Al-Mahdi. Pendapat dua tokoh ini telah berjaya merintis hubungan Surah Al-Kahfi dengan fitnah dajjal secara langsung dan tidak langsung. Dr. Muhammad Al-Mahdi adalah seorang ahli psikologi muslim berbangsa Amerika. Beliau pernah menetap di Malaysia dan mengasaskan Institut Khalifah.

Dari wacana ilmiah dan perbincangan ringkas ketika menyorot pandangan beliau mengenai 'Modern Science Finds God', beberapa maklumat menarik telah dapat disingkap. Antaranya perbincangan mengenai subjek matter, time and space (benda, masa dan ruang) yang hangat bertebaran di laman-laman blog dewasa ini. Seolah-olah semua orang sedang membincangkannya atau sekadar mengutip pengetahuan daripadanya.

Beliau merujuk kepada Surah Al-Kahfi sebagai inti perbahasan. Perkara ini telah dikupas dengan lebih terperinci oleh Harun Yahya di dalam bukunya, 'Matter, The Other Name For llusion'. Sungguhpun tidak semua subjek perbincangan secara khusus mengarah kepada fitnah dajjal, namun ia jelas mengungkap hakikat dan penipuan manipulasi dajjal yang amat kompleks.

Ketika membahas Surah Al-Kahfi, Dr. Muhammad Al-Mahdi telah merujuk kepada pertemuan di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s sebagai satu huraian yang penuh dengan tamsilan sains. Pertemuan ini terjadi ketika Allah swt memerintahkan Nabi Musa a.s untuk mencari seorang lelaki di pertembungan dua arus laut. Perintah ini terjadi ketika Nabi Musa a.s terdetik di hatinya, bahawa dialah manusia yang mengetahui banyak perkara berbanding manusia biasa kerana mukjizatnya yang mampu berkata-kata secara langsung dengan Allah swt. Oleh kerana sikap itu tidak harus ada pada seorang nabi, maka baginda ditegur kerana kesombongannya itu.

"Sesungguhnya pada suatu hari, Nabi Musa a.s berdiri di khalayak Bani Israel lalu baginda ditanya : "Siapakah orang yang paling berilmu?". Jawab Nabi Musa, "Aku". Lalu Allah swt menegur Nabi Musa a.s dengan firmanNya : "Sesungguhnya di sisiKu ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua buah lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu". (Surah Al-Kahfi, ayat 66).

Salah satu pandangan menarik daripada Dr. Muhammad Al-Mahdi adalah, pertemuan di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s adalah pembuktian yang tersirat bahawa telah berlaku pertemuan antara insan alam nyata (Nabi Musa a.s) dan insan alam ghaib (Nabi Khidir a.s). Di sinilah wujud pembuktian bahawa alam ghaib itu ada mempunyai fungsi serta berjalan tanpa henti walaupun ia tidak diketahui oleh para manusia secara terperinci. Terdapat sempadan yang memisahkan dan hanya dengan izin Allah swt, sempadan itu dapat disingkap.

Pertemuan dua arus laut masin dan air tawar, sekali lagi menurut Dr, Muhammad Al-Mahdi membuktikan sempadan yang dimaksudkan. Satu garis pemisah yang tidak kelihatan namun jelas memisahkan. Inilah yang dimaksudkan di dalam ayat berikut :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi (Surah Al-Furqan, ayat 53).

Satu tamsilan mengenai alam ghaib dan alam nyata dipisahkan oleh satu sempadan yang tidak kelihatan dan sukar untuk diungkap oleh manusia seperti kita. Bagaimanapun, perbahasan mengenai dua alam yang difahami sebagai terpisah dijelaskan dengan tamsilan yang sungguh baik di dalam Surah Al-Kahfi. Hari ini, alam ghaib yang telah disebutkan di dalam Surah Al-Kahfi cuba dialihkan kepada konsep fantasi dan ilusi oleh dajjal. Di sinilah titik penipuan dajjal bermula. Terdapat arus atau kecenderungan yang mahu mengubah persepsi alam ghaib ini kepada alam fantasi-ilusi. Alam ghaib juga di sebut di dalam Surah A-Baqarah :

"....kitab Al-Quran tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfaqkan rezeki yang kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah, ayat 2-3).

Alam ghaib adalah alam halus yang dihuni oleh pelbagai makhluk di dalam lapisan alam yang berbeza. Termasuk di antara mereka adalah para arwah, para jin, para syuhada', para malaikat dan segala makhluk yang tidak kita sedari kewujudannya dan tidak kita ketahui akan namanya. Ia adalah lapisan alam barzakh, alam mahsyar, alam mizan (timbangan), alam syurga, alam neraka, 'arasy dan alam yang tidak diketahui oleh manusia melainkan di dalam pengetahuan Allah swt Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Bijak mengatur segalanya.

Di dalam bicara ahli sufi, terdapat lapisan alam halus yang tidak dapat dikesan oleh indera mata manusia iaitu alam malakut dan alam jabarut. Di sana, terdapat himpunan lapisan alam halus yang di luar jangkauan batas akal, logik dan rasional manusia. (Ibrahim Mohamad : Cahaya Di Atas Cahaya, m/s 19-21).

Ramai daripada kita kurang menghiraukan subjek alam ghaib kerana kewujudannya yang tidak terlihat. Kerana kewujudannya yang sukar untuk kita mengerti dan fahami. Maksud tidak menghiraukan di sini adalah dari segi kewujudan, fungsi dan kebesaran Allah swt di dalam mentadbir alam ghaib ini. Jika ada pun kefahaman alam ghaib pada generasi muda pada hari ini, amat menyimpang kerana tidak dirujuk kepada Al-Quran. Keyakinan kita tentang alam ghaib cuba dipesongkan.

Oleh kerana terlalu banyak terdedah kepada filem dan drama seram, dimomokkan dengan filem animasi, fantasi dan ilusi, maka alam ghaib yang difahami lebih menjurus kepada magik dan fantasi juga. Seolah-oleh jin dan syaitan lebih berkuasa di sana. Ada pula sihir hitam dan sihir putih. Kita tidak dapat melihat keperkasaan Allah swt dalam mentadbir alam-alam ghaib ini kerana minda kita seolah-olah telah diblock untuk melihat lebih jauh. Maha Berkuasa Allah ke atas setiap sesuatu. Tanpa kita sedari, kita terlepas pandang akan kebesaran Allah mentadbir alam nyata dan ghaib yang saling menyokong dan menetapi fungsi masing-masing. Pemikiran kita bagaikan tertutup untuk menyedari fungsi alam-alam ghaib, seolah-olah ia tidak wujud.

Fahaman alam ghaib sebagai alam magik, fantasi dan ilusi sudah lama mengambil tempat melalui karya-karya yang menghasilkan keuntungan jutaan dollar. Karya-karya ini sengaja dipaparkan secara terancang sehingga terhasil satu keyakinan bahawa ia satu tanggapan yang benar di alam bawah sedar kita. Alam ghaib seperti ini bukanlah apa yang dimaksudkan di dalam Al-Quran saudara. Ia adalah salah satu inti penipuan dajjal untuk menjauhkan kita daripada hakikat sebenar. Untuk menjauhkan keyakinan kita akan kebesaran Allah swt dan apa yang ghaib.

Tanpa kita sedari, perubahan persepsi ini sudah, sedang dan akan terus berlaku untuk mewujudkan lompong kosong yang menerbitkan krisis keyakinan terhadap kekuasaan Allah swt. Secara teorinya, dajjal lebih arif untuk mengisi ruang lompong itu dengan apa. Dengan mengkaji minat dan selera kita, dia menyebarkan fahaman fantasi dan ilusi dengan jayanya melalui penciptaan alam ghaib mengikut versi ciptaannya dengan sewenang-wenangnya menerusi layar perak.

Ramai yang tidak menyedari arus gelombang yang sengaja dicipta secara konsisten melalui karya-karya filem sepert Jumanji, Matrix, Lord of The Rings, Narnia, Stardust, Harry Porter, Enchanted, Golden Compass, Underworld dan senarainya terus memanjang dan berkembang. Ini belum termasuk siri-siri animasi yang menjadi tontonan anak-anak kita seperti pokemon, digimon, avatar, dragon ball dan entah apa lagi yang menjangkau hingga ratusan malah puluhan ribu judul. Bagaimana pula dengan penggunaan permainan interaksi melalui playstation, melalui aplikasi canggih telefon bimbit, melalui komputer dan sebagainya? Semuanya mengarah kepada pembentukan kepercayaan alam fantasi dan ilusi tanpa sedar. Ia masuk secara perlahan-lahan namun konsisten ke dalam pemikiran bawah sedar dan menjauhkan kita dari mempercayai alam ghaib yang sememangnya ghaib dari pandangan mata.

Selama dajjal hidup bebas mengembara, dia tidak pernah tinggal diam. Pengembaraannya dalam mencari ilmu, membawanya melepasi alam jin, alam singgahsana iblis, alam di mana manusia tidak pernah sampai. Boleh dikatakan, alam pengembaraan dajjal sering ditampilkan contohnya melalui filem The Lord of The Rings dan Pirates of The Carribean. Jalan cerita ini seolah-olah diilhamkan sendiri oleh dajjal. Mungkin benar juga apa yang dikatakan oleh Muhammad Isa Dawud di dalam bukunya 'Dajjal Akan Muncul Di Segitiga bermuda' :

"... kadang-kadang, para pembaca merasa hairan kalau saya katakan bahawa dajjal menulis sebahagian autobiografinya dan beberapa kisah yang diubah menjadi filem Hollywood. Autobiografinya yang tersembunyi, kisah-kisahnya berpetualang dan rancangan-rancangan kezalimannya pun tersimpan di bukit benteng besarnya di perpustakaan yang tersembunyi".

Ramai yang curiga akan perjalanan kisah aneh di sebalik layar itu tanpa mengetahui bahawa watak-watak yang tersembunyi adalah kisah perjalanan dajjal itu sendiri. Dia singgah di setiap negeri di dunia ketika manusia belum sempat menjelajah bumi. Allah menganugerahkan kepadanya untuk mengetahui banyak ilmu. Dari sini dia mengetahui banyak sistem perjalanan alam, bintang dan kehidupan manusia. Dari situ dia mengkaji, mereka dan mencipta fitnah, khusus untuk meruntuhkan sistem keyakinan manusia. Dia tahu, dunia hanyalah ilusi yang tercipta daripada pancaindera iaitu dengan apa yang boleh kita rasa, kita lihat, kita bau,  kita dengar dan kita sentuh.

Menurut Harun Yahya, idealisme Barat yang sesat dan berasal daripada dajjal mengandungi benih ini iaitu fantasi dan ilusi. Ia memadamkan kewujudan alam-alam halus yang disebutkan sebelum ini. Dunia telah terkongkong dengan fahaman materialisme yang tidak terkawal. Material itu pada hakikatnya tidak lebih dari penjelmaan melalui pancaindera yang lima. Dajjal dengan kecerdikannya bermain-main dengan elemen ini. Fantasi ilusi di dalam minda manusia termasuk minda bawah sedar kita. Melalui proksinya, dia menyebarkan fahaman fantasi ilusi dengan segala teknologi yang ada.

Untuk apa sebenarnya? Itulah persoalan yang mendekatkan kita dengan garis hujung sebuah pencarian iaitu dajjal sedang membina alam syurgawi versinya. Bahkan dia akan menunjukkan kesaktiannya bahawa dia berkuasa menzahirkan alam ilusi ini menjadi nyata. Ketika dia menyingkap syurga, neraka dari alam fantasi ilusinya, manusia akan percaya bahawa itu adalah alam ghaib yang sebenarnya. Inilah antara fitnahnya yang besar.

Umat Islam sepatutnya lebih dahulu memahami hakikat ini supaya tahu bagaimana mahu membeza. Titik krisis keyakinan itu akan berlaku iaitu ketika syurga, neraka, alam barzakh (alam kematian), sirat dan alam mahsyar akan diterima oleh generasi hari ini dan anak-anak kita sebagai sesuatu ilusi dan fantasi semata-mata. Cuba kita perhatikan hadis Nabi Muhammad saw ini :

"Dan keluarlah dua lembah bersama dajjal, salah satunya lembah syurga dan satu lain adalah lembah neraka, kemudian dia berkata kepada manusia : "Bukankah aku ni tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan manusia?". Dia bersama dengan dua orang malaikat yang berupa nabi di mana aku tahu namanya dan nama bapanya, jika aku ingin maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. Salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian dajjal bertanya : "Bukankah aku ni tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?" Salah seorang dari keduanya berkata : "Kamu dusta", tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakan yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawab : "Kamu benar", dan jawapan itu didengari oleh semua manusia".

Yakinlah, insiden ini akan berlaku secara hakikat dan bukan secara takwilan. Insiden dajjjal menbawa syurga dan neraka zahir ke dunia adalah kemuncak fitnah yang sebenarnya. Ketika itu dia akan menampakkan dirinya yang sebenar. Individu yang buta sebelah matanya. Kita diberitahu bahawa dajjal akan menggunakan helahnya untuk menipu manusia tetapi bagaimana? Nah, di sinilah fenomena fantasi ilusi itu akan terjadi. Dajjal akan menyingkap tabir sempadan alam jin yang dihuninya selama ini seperti alam Hobbit di dalam filem The Lord of The Rings. Alam jin memang ada yang seindah itu, padang rumput hijau yang luas, pepohon rendang dan bunga-bunggan yang harum. Kalau di sebelah rantau ini, alam itu dikenali dengan nama alam bunian. Barangkali alam ni menepati deskripsi yang dimaksudkan. Bagi yang sudah terpedaya dengan doktrin fantasi ilusi, akan mudah percaya bahawa syurga neraka itu ada wujud di dunia dan tidak perlu lagi menempuh sebuah kematian.

Ingat lagi tentang gerbang stargate? Ingat lagi tentang susunan batu-batu stonehenge di sepanjang ley lines dan pusat tenaga bumi? Begitu juga dengan kejadian di ladang gandum dengan formasi-formasi yang aneh. Masih ingat lagi tak? Mungkin di sinilah dajjal akan menyingkap tabir ke alam fantasi dan ilusi tersebut.

Struktur kepercayaan bahawa syurga hanya boleh dimasuki setelah mati melalui alam barzakh, mahsyar dan mizan telah dirombak semula oleh dajjal. Ia berlaku hari ini melalui fahaman agama inkarnasi (proses mati hidup semula). Menurut ajaran inkarnasi, alam kubur dan seksanya hanyalah mitos shaja. Syurga dan neraka itu sebenarnya ada di dunia. Bukankah fahaman begini sedang menular di dalam jagat pemikiran masyarakat hari ini, menyerap ke dalam ideologi aneh New Age. Bahkan sudah ada yang menyebarkannya melalui fahaman yoga dan gothic.

Perihal dajjal membawa syurga neraka versinya bukanlah mustahil kerana dajjal telah lama diam di alam jin. Bahkan dia sendiri mempunyai jalur keturunan jin. Dia telah lama berhubung dengan bangsa jin dan hidup bersama mereka. Dia mengetahui secara terperinci mengenai rahsia sempadan alam jin dan alam manusia. Dia berupaya merungkai sempadan alam dunia jin dan alam dunia manusia untuk beberapa ketika. Dia diizinkan Allah untuk melakukannya. Namun keindahan alam jin yang diperlihatkan hanyalah satu ilusi yang melekakan bagi setiap pengikutnya. Oleh kerana itu,  Nabi Muhammad saw berpesan :

"Sungguh aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya, mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar". (riwayat Ahmad di dalam Musnad dari Huzaifah). Tidakkah anda melihat sesuatu di sini? Apa yang diperlihatkan dajjal hanyalah ilusi.

Surah Al-Kahfi mengungkap hakikat alam realiti, alam benar yng sedang kita tempuh dan alam yang sedang menanti iaitu alam ghaib (akhirat) berbanding alam fantasi ilusi ciptaan dajjal. Surah ini benar-benar memberi petunjuk bentuk kejahatan yang akan dicetuskan dajjal.

Ada keajaiban lain yang tersingkap dari Surah Al-Kahfi ini. Ingat tentang Nabi Musa a.s yang mengakui bahawa dialah manusia paling berilmu? Namun tidak lama kemudian baginda ditegur secara langsung oleh Allah swt - Tuhan yang memiliki segala ilmu - bahawa ada seorang soleh yang hidup pada zamannya memiliki ilmu yang lebih daripada apa yang dimilikinya.

Tentu amat mengejutkan apabila Allah berfirman ada manusia lain yang lebih berilmu daripada baginda. Sukar untuknya menerima hakikat itu kerana baginda telah menerima banyak ilmu daripada Allah swt secara langsung. Apakah mungkin ada ilmu lain yang tidak diketahuinya? Kerana itulah Nabi Musa a.s begitu teruja untuk bertemu dengan orang yang dinyatakan oleh Allah swt iaitu Nabi Khidir a.s .

Nabi Musa a.s bersama Nabi Harun a.s (ada yang mengatakan bersama Nabi Yusya' a.s) menyusuri gigi pantai untuk mencari manusia yang memiliki kecerdasan itu. Kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s disebut secara terperinci di dalam Surah Al-Kahfi. Ketika berjumpa Nabi Musa a.s, terlebih dahulu Nabi Khidir a.s telah mengetahui apa tujuan Nabi Musa a.s untuk bertemu dengannya. Kecerdasan apa yang dimiliki oleh Nabi khidir a.s ini?

Sepanjang perjalanan mereka berdua, terdapat beberapa tindakan Nabi Khidir a.s yang tidak dapat diterima oleh logik dan pemikiran Nabi Musa a.s. Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil, merosakkan sampan keluarga miskin dan menampal rumah orang yang memusuhinya. Oleh kerana Allah swt yang mengarahkan pertemuan itu, Nabi Musa tidak boleh mengingkari tindakan Nabi Khidir a.s tetapi tidak sedikitpun baginda dapat menerima tindakan itu. MENGAPA? Kerana mereka menggunakan kecerdasan yang berbeza. Nabi Musa a.s mengukur tindakan itu dengan hanya menggunakan kecerdasan akal (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) melalui pancainderanya, sedangkan ukuran tindakan Nabi Khidir a.s pada ketika itu adalah melalui kecerdasan spiritual (SQ) iaitu tahap kecerdasan yang paling tinggi.

Satu penyakit orang kita, kalau diberitahu bahawa kecerdasan spiritual ini ditemui oleh orang barat di dalam kajian mereka, kita dengan mudah akan menerimanya. Tetapi kalau dikatakan ianya adalah ilmu khasyaf atau ilmu laduni berkat karamah para kekasih Allah, ramai pula yang menyanggahnya. Jalan fikir umat Islam telah dicemari, bercampur di antara dogma barat yang terkepung di dalam lingkungan akal semata-mata. Ini kerana mereka tidak yakin dengan kalam Allah. Ketika pengkaji barat berusaha membuktikan penemuan Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient) dan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient), Al-Quran telah terlebih dahulu menemui hakikat ini bahkan, Al-Quran itu sendiri sangat sarat dengan inti kecerdasan spiritual.

Mari kita perhatikan apa kaitan surah ini dengan kedatangan fitnah dajjal di akhir zaman. Tapi kena tunggu di siri seterusnya iaitu siri yang terakhir kisah dajjal ini. heee.. dengki.. tapi ini dengki yang last, lepas ni takde lagi dah... happy reading you all..



Wassalam.