Thursday 29 November 2012

QA Pembaca 1 - Kidxx obito


Bismillaahirrohmaanirohiim..
Assalamualaikum wbt sidang pembaca yang dihormati lagi disanjungi..





Post ini saya buat khusus bagi menangani pertanyaan yang memerlukan jawapan panjang. Jawab pendek-pendek takut maksud saya tak sampai. Follower saya, Kidxx obito (gambar atas) yang dah ada blog sendiri, timurbangkit.blogspot, bertuah sebab komen beliau adalah yang pertama saya ulas. Yang lain akan menyusul kemudian. Komen ini diberikan beliau selepas membaca Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 12). Dah jawab dalam ruangan komen tapi tak cukup ruang la pulak, tu yang copy paste bawa ke sini. (ni gambar anda sendiri ke Kidxx obito?)

Kita ikuti komen beliau :

1)  dlm surah kahfi menceritekan pemuda yang lari dri sistem pemerintahan yg zalim pada zaman tersebut. bagaimana kita mahu mengaitkannya untuk menjadi perisai mukmin kpd dajal?

2)  sy masih mushkil perihal sungai yg dibawa dajal. kalau ikut logik akal seperti metafora/kiasan tp bole jgk jd realiti, ape2 pun kehendak Allah jua.

ini teori dari sy, sekirenya ia realiti ape mungkin sungai yg dijanjikan itu merupakan sungai yg perlu dilalui bukan sekadar meminumnya. ia seolah seperti jalan yg akan menuju ke suatu destinasi (alam ghaib yg telah disiapkn dajal) bagi memanipulasi penontonnya (kitalah). kenapa air? tu sy tak tau tp yg pasti air mempunyai pengaruh yag teramat kuat contoh seperti berwuduk, sumber kehidupan, evolusi cell binatang yg bermula dari air, tubuh dipenuhi air, syaitan bergerak memasuki tubuh melalui darah dan bnyk lg lah.

Bayangkan sekirenya dajal kononnya sebagai penyelamat yg akan menyelamat kn manusia yg ketika itu dlm kesusahan telah menawarkan sebuah PLANET BARU yg boleh didiami dengan syarat menyembah dia. Kalau inilah terjadi bayangkan macam mana keadaan nya, oh ya sudah tentu satu promosi telah dibuat untuk mind control ke arah DUNIA BARU tersebut dan kita pula melihat kejadian itu seperti mainstream aja.

3)  Sy jangkakan imam mahdi sekurg kurng nya mempunyai ilmu laduni hakikat seperti nabi khidir yg menjadi antara faktor beliau berjaya dlm perjuangannya menentang yg batil. Keadilan pun senang dicapai dengan adenya ilmu seperti nabi khidir itu. sesuai dengan jolokan imam mahdi sebagai pemerintah yg adil.

28 November 2012


Kidxx obito dan anda semua, sila baca jawapan saya yang tak seberapa, semoga ada yang boleh diambil  :

1)  Persoalan ini menyentuh tentang aqidah dan kepercayaan kepada yang ghaib. Benteng yang bagaimana, kita kena yakin dan serahkan kepada Allah saja kerana Dia yang lebih mengetahui. Bukan yakin gitu-gitu aje, ianya mesti disertai dengan iman yang kuat. Setakat percaya tapi iman takdak, Allah tak pandang and we can go to hell! heee... seram.

Tapi sekarang kita ada pengetahuan tentang aura. Semua benda dalam dunia ni tak kira hidup atau mati, benda atau binatang, ada aura tersendiri. Saya percaya setiap huruf dalam Al-Quran juga ada aura tersendiri. Bayangkan bila aura huruf-huruf itu digabung menjadi satu surah dengan perintah tertentu daripada Allah swt sendiri melalui lidah Nabi yang ummi, mesti begitu kebaboom hasilnya. Tapi sebab tak nampak, kita tak perasan kehebatan itu kecuali jin dan syaitan. Jadi, kita pun malas nak baca...

Bila kita rajin baca dan hafal sehingga jadikan kebiasaan, dan kita yakin akan janji Allah, sudah tentu cahaya aura pertahanan yang Allah swt kurniakan kat surah tu, turut jadi benteng juga untuk kita, sampaikan jalur-jalur dan aura fitnah yang dibawa konco-konco dajjal itu hancur begitu saja. Semakin lama dibaca, maka semakin terang pula cahaya aura itu akan meliputi kita. Kepada anda yang punya ilmu lebih tentang ini, sila lah kongsi dan perbetulkan persepsi saya ni jika tersilap. Sesungguhnya, ini hanya mengikut kefahaman saya sahaja.

2)  Yang tentang 7 pemuda tu, mungkin telah tiba masanya Allah swt mahu kita belajar tentang relativiti matter, time and space dengan lebih jauh. Dajjal telah menguasai ilmu ini seperti makan kacang putih (maksudnya dah terer sangat ar tu) dan tujuannya tentulah untuk menipu manusia iaitu dengan menggunakan ilusi silap mata bagi mengelabui mata kita. 

Contoh paling cun adalah filem The Matrix. Dengan memanipulasi reseptor-reseptor tertentu dalam otak, minda diprogramkan dan dipergunakan untuk merasakan semuanya walaupun secara realitinya badan hanya terbaring kaku. Jadi, semuanya berkaitan dengan minda yang ingin disilap matakan. Seolah-olah seperti kisah 7 pemuda yang dialih-alih oleh Allah swt ke tempat lain dalam abad yang berbeza dan dikatakan akan dibangunkan semula untuk membantu perjuangan Imam Mahdi. Kan macam silap mata tu.. tetapi silap mata Allah is the greatest, so yakinlah dengan Allah. Al-Quran pula, sebagai mukjizat yang nyata, sentiasa sesuai dengan matter, time and space. Dari sejak zaman Nabi Muhammad saw sampai zaman sains dan teknologi, pelbagai persoalan yang dikemukakan, penyelesaiannya pasti ada dalam kitab suci ini walaupun seringkali disanggah oleh mereka yang jahil dan kufur.  Macam tak percaya? Tapi itulah hakikatnya.

Kemusykilan tentang sungai pula. Cuba anda bayangkan Allah swt yang mampu melakukan apa saja dengan kun fayakunNya. Allah telah memberi dajjal peluang untuk menjadi tuhan walaupun palsu selama 40 hari.  Kalau dah jadi tuhan, mestilah macam-macam boleh buat, kan? Minda kita hanya dapat mengungkap logik dan rasional melalui pemikiran (IQ) dan emosi (EQ), jadi tanpa kecerdasan spiritual (SQ - tahap keimanan dan keyakinan yang tinggi), memang sukar untuk kita memahami yang ghaib. Kerendahan tahap SQ inilah yang sedang dimanipulasikan dengan sehebat-hebatnya oleh dajjal. So, Allah mahu kita sebagai hambanya yang begitu banyak kekurangan ini, hanya percaya dan yakin padaNya dan ayat-ayatNya. I think that's the whole point. 

TAPIKAN, kalau ikut pemikiran akal saya yang sempit ni, sungai-sungai dajjal tu boleh juga dilambangkan sebagai air yang diisikan ke dalam 2 jenis water tank yang super duper besar, ada gambar api yang menyala-nyala dan satu lagi gambar air yang jernih lagi sejuk. Letak atas lori, datang buat agihan, tinggal kita nak pilih yang mana. heeee... boleh gitu?

Kalau anda ingat tentang ley lines dan binaan batu-batu, yang dibawahnya terdapat sumber-sumber air bawah tanah, mungkin dari situlah dia akan mendapatkan air (ni dajjal mesti marah sebab kita dah tahu rahsia dia). Kena ingat tau, kita kena pilih air yang ada gambar api yang menyala-nyala, jangan minum yang gambar air sejuk dengan ais kerketul-ketul macam iklan coca cola tu.. (ini berkaitan dengan ilusi minda juga, dah la haus-haus rasa macam nak mati, lagi nak pilih api, mati la kita.. naya je yeob.. tapi kena pilih juga sebab Nabi Muhammad saw dah pesan). Zaman huru-hara macam tu dah tak terfikir kot nak mandi ke nak cantik-cantik lagi dah, bersuci pun dengan tayammum, nak bersuci dari hadas pun guna batu.

Air memang essential dalam kehidupan. 70% badan kita adalah air. Beberapa hari tak makan takpe, janji ada air. Di sini, dajjal mengambil peluang mempengaruhi manusia untuk beriman dengannya juga melalui pengagihan air (setelah tiga tahun tak hujan dan bumi menghentikan hasil secara berperingkat). Kalau ikut logik, mana kita boleh hidup dengan bacaan zikir, kan macam mustahil kan? Tapi di sinilah kita kena betul-betul yakin dengan Allah swt. Tapi bagaimana? 

Dengan ilmu dan iman untuk menolak tipuan dajjal. Dengan zikir, tasbih dan tahmid untuk dijadikan makanan oleh tubuh badan. Walaupun takde makanan untuk dimakan, takde air untuk diminum, namun, nampak tak janji Allah untuk memelihara umat Islam yang mukmin? Mata memang tak nampak makanan, tangan memang tak menyuap, mulut memang tak dapat nak merasa, tapi jiwa raga, hati dan minda kita dapat terus bertahan hidup dengan zat-zat yang Allah beri melalu kalimah-kalimah zikir tersebut. Maha Suci Allah, tiba-tiba terasa rindu denganNya.. Jom cepat-cepat perbaiki iman dan kukuhkan keyakinan kita... jom, jom.

Jangan lupa, syaitan juga menggunakan air untuk mengumpan kita supaya kufur semasa sakaratul maut. Semuanya berkaitan dengan deria. Dalam kita sakit dan rasa kehausan yang amat sangat, tiba-tiba syaitan yang menyamar sebagai ibu dan ayah kita, bawa air yang sejuk nyaman macam air dalam iklan coca cola (tengok lah, ini namanya mind control melalui iklan, so far, daripada iklan mind control pasal air minuman, ni yang paling bagus sekali, tak ingat air lain lagi dah). Tinggal kita nak terima ke tidak. Memang malang sungguh kalau kita terima. Dengan perkataan : "iya, aku mahu air itu", terus dia menghilang. Dengan air-air sekali hilang. Dengan iman-iman sekali melayang.  Maka tabir neraka pun terangkat dan itulah yang kita lihat di penghujung hayat. Bukankah itu permainan ilusi namanya? Dari ilmu inilah syaitan mengajar dajjal tentang fantasi ilusi ni untuk memanipulasi minda kita semua..

Tentang promosi dan propaganda dunia baru, planet baru, jangan terlalu difikirkan. Perkara ini hanya dibesar-besarkan oleh manusia jahil dan hanya akan diikuti oleh mereka yang sama jahil, kufur dan lemah iman. Memang nantinya dajjal akan memperlihatkan lembah syurga dan lembah nerakanya setelah tabir alam jin terbuka melalui gerbang-gerbang stargate yang kita dah bincangkan dulu. Jin syaitan memang terrer bab-bab silap mata ni. Kat sinipun mungkin dia suruh kita pilih, nak syurga ke nak neraka.

Kalau pilih syurganya, segala kenikmatan keduniaan zahir batin boleh anda kecapi. Maksiat berleluasa dan semuanya halal belaka. Tempat tinggal anda subur, rumah besar, makan minum tak jadi hal kerana semuanya berkecukupan sehingga harta melimpah ruah. Tapi kalau pilih nerakanya, kering kontanglah kampung kita bak padang jarak padang tekukur. Semua harta yang tertanam ikut dia pergi. Yang ada hanyalah penderitaan. Itu belum kira anak isteri yang lari meninggalkan kita kerana terpesona dengan kilauan harta kebendaan. Pada masa tu kita hanya ada Allah, hanya kepadaNya lah tempat kita mengadu. Jadi saudara, tugas kita sekarang. Tingkatkan iman dan takwa, jangan tangguh lama-lama sangat, nanti takut tak sempat. Ajar sekali anak-anak dan isteri untuk sama beringat-ingat.

3)  Imam Mahdi sebagai waris keturunan paling istimewa, sudah pastilah baginda pun istimewa juga. Tugas untuk memimpin umat adalah tugas yang bukan calang-calang, mesti disertai dengan ilmu yang besar. Apalagi yang nak diperangi adalah dajjal dan kaum-kaumnya. Yang tu, kita tak perlu risau sebab semuanya adalah kerja dan perancangan Allah swt semata-mata. Apa yang kita perlu buat adalah, yakin dan yakin seyakin-yakinnya akan perancangan itu.


Kan saya dah kata jawapan ni panjang. Dah macam artikel dah kan? Harap Kidxx obito dan anda semua boleh terima jawapan saya yang tak seberapa. Kalau salah tolong tunjukkan.


Wassalam.





Tuesday 27 November 2012

Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 12)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt. Berjumpa lagi kita... harap anda sihat-sihat hendaknya.. Artikel yang lalu menceritakan bagaimana akan kemungkinan Perang Dunia Ketiga di masa kita atau di masa  anak cucu kita. Kegetiran hidup yang akan dihadapi. Keperitan yang akan membelenggu umat Islam yang bagai terpinggir di bumi sendiri. 

Ketika dajjal muncul, saat huru hara dunia pun bermula. Malanglah bagi kita yang belum mengenali Tuhannya yang sebenar. Malanglah bagi kita yang masih tipis imannya. Malanglah bagi kita yang Islamnya hanya sekadar di bibir saja. Ini kerana, dengan kualiti pegangan yang sebegini, kita pasti akan mudah terpesona dan menyongsong kedatangan dajjal. Bukan mudah untuk menolak apa yang ditawarkan (harta, wang ringgit, kemewahan, kemasyhuran, perempuan dll). Pada saat dajjal muncul, semuanya sudah terlambat. Kita hanya akan bergantung kepada apa yang kita usahakan selama ini. Jika ketika ini kita sibuk mengejar kemewahan dunia dan meninggalkan amal, maka waspadalah. Jika ketika ini kehidupan kita masih bergelumang dengan maksiat, maka ingatlah. Kita mungkin calon terbaik yang akan ditarik ke dalam 'wilayah pengaruh dajjal'.

Ingatlah, dajjal akan datang umpama ribut taufan atau fitnahnya umpama sekawan lebah hitam yang mahu mengerumuni kita. Dia bersama sekutunya dari kalangan jin, syaitan dan manusia bergabung tenaga di dalam jumlah yang tidak dapat dibayangkan. Mereka akan datang sehingga ke depan pintu rumah kita dan akan memasuki kamar anak-anak kita. Dia dan wakilnya akan menarik kita dan kaum kerabat untuk bersatu di bawah payung kekuasaan dajjal. Jika tidak berjaya, kita akan diancam sehingga hidup di dalam ketakutan.

"... lalu Allah mengizinkan dajjal, segerombolan syaitan-syaitan yang ada di timur dan barat dan mereka pun datang berbondong-bondong ke hadapannya dan menunjukkan kesediaan mereka untuk menuruti perintahnya. Mereka berkata kepada dajjal : "Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu". Dajjal menyambut : "Ya, aku akan berbuat demikian. Maka pergilah kamu kepada sekalian manusia dan berusahalah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkan kepada mereka bahawa aku telah membawa syurgaku dan nerakaku". Kemudian, syaitan-syaitan itu pun bertebaran di mukabumi dan masuk ke rumah orang-orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk setiap rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma di dalam bentuk ayah dan ibu tuan rumah (yang telah mati), di dalam bentuk rupa anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya.....".

Bagi mereka yang terpedaya dengan fitnah dajjal, dan bagi mereka yang tetap mahu mengikutinya atau hanya pasrah dengan segala fitnah dajjal, maka ingatlah peringatan daripada Nabi Muhammad saw ini :

".... barangsiapa yang beriman kepadanya (dajjal), membenarkannya dan mengikutinya, maka amal kebaikannya yang terdahulu tidak ada gunanya....". (hadis riwayat Imam Ahmad).

Umat Islam yang berpegang teguh akan dimusuhi bahkan diperangi. Mereka yang bersimpati dengan umat Islam akan disisihkan. Umat Islam akan di'cop' dengan pelbagai gelaran hina. Pada masa ini saja, umat Islam  sudah dipalitkan dengan label pengganas, militan, ekstrimis dan sebagainya. Apatah lagi ketika dajjal berkuasa, umat Islam pasti akan lebih tertindas. Pada waktu itu, kita akan berada di dalam keadaan yang paling getir. Ujian yang peling berat yang disebut oleh Nabi Muhammad saw telah bermula dan kita tidak ada masa untuk mencari iman pada ketika itu. Sedangkan kita begitu perlukan perlindungan diri. Siapkan dan usahakan ia dari sekarang sebelum tiba saat segalanya sudah tidak bermakna lagi.

Sungguhpun saat yang digambarkan amat getir, namun janganlah berputus asa. Allah tetap akan menjadi pembela dan pelindung umat Islam selagi kita melindungi dan berpegang kuat dengan agama kesayangan kita ini. Itulah janji Allah swt melalui lidah Rasulullah saw dan ia adalah intipati tauhid. Jangan berputus harap. Di dalam keadaan tertekan, umat Islam akan ada pemimpinnya. Umat Islam akan bernaung di bawah panji Imam Mahdi.

Kedatangan seorang pembela tidak dapat dipisahkan dari skrip kemunculan dajjal. Pembela yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi. Oleh kerana itu, subjek Imam Mahdi ini perlu disentuh dengan teliti. Imam Mahdi datang bertepatan dengan kemungkinan huru hara perang ini. Dia akan tampil untuk membela umat Islam.

"Dari Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasulullah saw bersabda : Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunan nabi) yang namanya sama dengan namaku". (hadis riwayat Tarmizi).

"Bahawasanya Allah memilih buat keluargaku akhirat daripada dunia dan keluargaku setelah pemergianku (wafat) akan mendapat bencana, penyingkiran dan pengusiran, sehingga datang satu kaum dari arah timur, mereka membawa bendera berwarna hitam, lalu mereka meminta roti namun tidak diberikan lalu mereka (tentera Imam Mahdi) memeranginya maka diberikanlah apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya, sehingga mereka serahkan kepada seorang daripada keluargaku, lalu dia memenuhinya dengan keadilan sebagaimana meluasnya kekejian, barangsiapa di antara kamu yang mendapatnya, maka datangilah dia walaupun terpaksa merangkak di atas salji.".

Turutan perjalanan akhir zaman perlu difahami. Jika diizinkan Allah, huru hara dunia akan sampai ke satu puncak yang tidak dapat dielakkan iaitu Perang Dunia Ketiga yang hebat dan dahsyat. Musuh di seluruh dunia akan bersatu di bawah payung dan pimpinan kroni dajjal untuk menentang umat Islam. Bagaimanapun, kemenangan umat Islam di dalam memerangi dajjjal tidak akan tercapai di tangan Imam Mahdi. Sebaliknya kemenangan total akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. Sebelum itu, dajjal tetap dan masih bermaharalela. Dajjal tetap mempunyai pengaruh, justeru persiapan pengetahuan adalah perlu.

Kemunculan dajjal, zahirnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s adalah saling berturutan. Ia terkandung di dalam satu skrip yang sama. Itulah kisah yang telah tertulis. Zahirnya kehadiran Imam Mahdi adalah untuk membantu dan menguatkan umat Islam, menegakkan yang haq dan memusnahkan yang batil. Munculnya dajjal sebagai fitnah terakhir dan turunnya nabi Isa a.s sebagai satu-satunya orang yang mampu menghapuskan dajjal.

Cerita mengenai kedatangan Imam Mahdi bukan sekadar penyedap halwa telinga. Saya pasti, tentu ramai daripada anda di luar sana yang bercita-cita amat tinggi untuk menyertai ketumbukan tentera Imam Mahdi. Di sini, check and balance itu penting. Bercita-cita itu tidak salah saudara, tetapi keputusan samada kita layak atau sebaliknya adalah kerja Allah swt, bukan kerja kita. Kerja kita adalah berusaha untuk mempertingkatkan iman dan taqwa. Samada kita terpilih menjadi tentera Imam Mahdi atau tidak, ia bukan dengan penentuan dan kehendak kita. Seperti mana Imam Mahdi sendiri, bukan baginda yang ingin menjadi Imam Mahdi. Baginda dipilih Allah apabila sudah tiba masa dan ketikanya.

Satu perkara yang perlu kita fahami adalah, sebenarnya kemunculan Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s telah dipergunakan sepenuhnya oleh dajjal untuk meluaskan jajahan takluk kekuasaan. Dia telah melancarkan propagandanya di setiap kitab dan di segala kesempatan (kecuali Al-Quran). Dia menyatakan bahawa Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s yang ditunggu-tunggu oleh sekelian manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah merujuk kepada kemunculannya. Inilah fitnah yang tidak disedari oleh kebanyakan umat manusia. Propaganda kedatangan penyelamat disambut oleh segelintir umat Islam tanpa usul periksa. Kerana dungu atau tidak berilmu barangkali, sebahagian besar umat Islam bahkan menyambutnya kerana terikut-ikut dengan kepercayaan golongan kufur dunia yang menyatakan bahawa tuhan mereka adalah sama, maka mereka harus bersatu hati menunggu penyelamat yang sama. Na'udzubillah, semoga kita dijauhkan dari terjebak ke dalam fitnah ini.

Ketika orang kristian menanti kemunculan Nabi Isa a.s, ketika kaum yahudi menunggu Moschiach, ketika penganut hindu menunggu kelahiran semula Krishna, umat Islam pula sedang ternanti-nanti Imam Mahdi tanpa memahami susur galur hadis Nabi Muhammad saw. Tambah parah apabila dikatakan bahawa kita semua sedang menunggu individu yang sama. Betapa bahayanya jalan fikir sebegitu.

Jika kita membaca maklumat yang tersebut di kalangan penganut kristian sendiri, hal seperti ini telah menular sehingga masuk ke inti ajaran kristian itu sendiri. Turunnya Nabi Isa a.s yang disebutkan di dalam kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, jelas jauh menyimpang dari konteks asal. Dajjal dan sekutu-sekutunya menokok tambah sehingga seluruh versi kitab mereka turut berubah dan menyatakan bahawa nantinya yang turun untuk menyelamatkan umat manusia adalah Dajjal The Anti-Christ. Kepercayaan kembalinya Nabi Isa a.s di kalangan orang kristian juga tidak sama dengan kepercayaan kita. Asas utama perbezaan itu adalah mereka percaya bahawa Nabi Isa a.s itu wafat dan akan kembali hidup sedangkan umat Islam meyakini bahawa Nabi Isa a.s telah diangkat Allah swt ke langit sebelum sempat disalib.

Kekalutan insiden kembalinya Nabi Isa a.s dapat dilihat dalam karya-karya kontemporari ahli gereja. Jika diteliti, karya Dan Brown melalui novel The Da Vinci Code yang diterjemahkan ke layar perak adalah menifestasi akan hakikat ini. Sungguh suatu pembohongan. Masyarakat umum mengangkatnya sebagai sebuah karya bestari sedangkan ia mengandungi rahsia-rahsia yang sulit untuk difahami. Filem tersebut mengisahkan bagaimana pihak gereja yang berlainan kepercayaan mencari waris Jesus untuk membuktikan Jesus adalah manusia yang berkahwin dan punya anak. Fenomena ini mula disedari oleh golongan konservatif gereja dan mereka mulai menyerang balas idea aneh yang diketengahkan. Ini dilakukan oleh pihak gereja untuk memulihkan kembali ajaran kristian yang sememangnya sudah terpesong yang mengangkat Jesus sebagai tuhan.

Oleh itu, seluruh umat Islam perlu dingatkan supaya tidak meniru sikap kaum yahudi dan nasrani ini yang dimomokkan dengan harapan palsu dan begitu menunggu-nunggu akan kedatangan seorang penyelamat. Sungguhpun benar sabda Nabi Muhammad saw bahawa Imam Mahdi akan datang membela nasib umat Islam, namun sikap menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa adalah sesuatu perkara yang salah, sia-sia dan perlu diubah. 

Ketahuilah, sebesar apapun masalah yang ada di atas mukabumi ini, Allah swt telah menjelaskan penyelesaiannya di dalam kitab suci Al-Quran. Kitab Al-Quran tidak hanya untuk dibaca dan kemudian dialmarikan atau dipojokkan. Sebaliknya, kitab suci ini harus dibaca dengan kefahaman dan jadikan kefahaman itu dalam setiap amal dan tindakan seharian. Barulah kita akan selamat dari azab hari akhirat. Walaupun kita akan terpaksa menderita di alam dunia, Allah swt telah menjanjikan setiap penderitaan dan kesengsaraan kita dengan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita redha dan ikhlas menerima ketetapan Allah swt.

Cakap memang senang, namun jalan untuk menuju syurga tidak semudah membaca abc atau alif ba ta kan saudara? Apalagi kita seringkali dilalaikan dengan begitu banyak hiburan, keselesaan dan kebahagiaan hidup, harta benda dan wang ringgit yang melimpah ruah (ni pada sapa yang banyak harta la konon ni), apa yang kita hendak, semua boleh dapat tanpa bersusah payah. Kesenangan seperti inilah yang membuatkan kita sukar untuk melepaskan diri. Kita sudah terperangkap terlalu dalam. Kita sudah terlalu selesa. Kekayaan dan keselesaan inilah yang menyukarkan hubungan kita dengan Allah swt. Jadi, nak buat macamana sekarang ni? Macamana kita nak mulakan langkah pertama? Anda ada idea?

Mungkin anda di luar sana tergolong di dalam kumpulan yang warak dan beriman, tak lekang bacaan zikir dan puji-pujian kepada Rabb kita. Namun, untuk orang seperti saya, yang biasa-biasa, banyak kelemahan dan kekurangan, cetek pula pengetahuan ilmu agama. Saya hanya praktikkan apa yang saya tahu. Sebagai permulaan, kita harus mulakan perubahan secara perlahan-lahan. Sekiranya kita ikhlas untuk berubah, Allah akan memudahkan segala urusan. Mulakan dengan mandi sunat taubat dan solat sunat taubat 2 rakaat. Cuba jaga solat sebaik mungkin, itu yang penting. Nescaya yang lain akan menyusul. Dah kukuh tiang agama kita, barulah move on to yang sunat-sunat. Tapi yang penting, JAGA SOLAT. (puan ibu, jangan pandai nasihat orang, awak pun sama kena jaga solat awak tu, asyik terlewat aje, berblog punya pasal ... heeee, insyaAllah...).

Baiklah, back to our topic. Yang ni menceritakan keistimewaan Surah Al-Kahfi. Sekiranya kita membicarakan tentang dajjal, Surah Al-Kahfi memang tak boleh tinggal. Anda pasti tahu kisah apa yang ada di dalam Surah Al-Kahfi kan? Tapi takpe, kita baca lagi. Surah Al-Kahfi ini masyhur dengan kisah 7 pemuda Ashabul Kahfi yang melarikan diri ke gua daripada pemerintah yang zalim ketika itu. Pastu ada kisah Iskandar Zulkarnain yang membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj dan kisah Nabi Musa a.s yang bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Namun yang peliknya, di dalam Surah Al-Kahfi ini tidak menyinggung sedikitpun tentang dajjal. Bagaimana pula surah ini boleh menjadi benteng pertahanan antara kita dan fitnah dajjal? Nabi Muhammad saw bersabda di dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Darda' :

"..... Sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah dajjal".

Di dalam versi lain, riwayat Muslim dari Abu Darda', Hajjaj berkata : "Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhr Surah Al-Kahfi....".

Berdasarkan hadis nabi Muhammad saw, Surah Al-Kahfi adalah senjata ampuh untuk menghadapi dajjal. Ramai yang bertanya, mengapa surah ini, sedangkan tiada disentuh langsung mengenai dajjal? Terdapat juga persoalan bagaimana surah ini berfungsi melindungi kita di dalam keadaan huru hara dan penipuan yang dahsyat nanti.

Bagaimana mekanisme perlindungan Surah Al-Kahfi dari fitnah dajjal? Wallahu a'lam, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Yakinlah dengan janji Allah tanpa banyak tanya. Tapi, kita sebagai manusia ni tak dapat lari dari banyak bertanya. Untuk mengetahui sesuatu duduk perkara, kita kenalah bertanya. Kalau tak bertanya macamana nak pandai. Tapi sebenarnya dalam kes ni, kita tak tanyapun. Dah penulis yang nak terangkan, kita baca ajelah, kan?

Kembali kepada keajaiban Surah Al-Kahfi, surah istimewa ini sunnah dibaca pada setiap Jumaat. Kebanyakan daripada kita melazimkan pembacaan Surah Yaasiin. Paling kurang, bacaan dibaca pada 10 ayat pertama jika mahu berlindung dari fitnah dajjal. Lebih bagus, tambah 10 ayat terakhir. Apa yang pasti surah ini mengandungi rahsia tersembunyi. Mungkin dengan mengamalkan pembacaan surah ini, raga/jasad kita mempunyai benteng aura yang kukuh menjadikan gelombang panahan fitnah-fitnah dajjal menjadi sirna dan hilang kesannya.

Mudah-mudahan takdelah sesiapa yang menggantung surah ni kat depan pintu rumah nanti ya. Konon untuk mengelakkan dajjal dan konco-konconya daripada memasuki rumah kita. Dah terlambat dah saudara, selagi kita tidak berubah, fitnahnya mengelilingi kita 24/7. Sebenarnya, kerjasama antara dajjal, iblis dan manusia sudah berjalan sejak lama dahulu. Manusia pengikut dajjal gigih mencipta propaganda dan menyampaikan mesej-mesej tersembunyi (subliminal message) melalui filem tidak kira filem kemanusiaan, sci-fi, fantasi, peperangan, komik, game anak-anak, lagu-lagu, novel dan sebagainya. Tempat-tempat hiburan dan maksiat mesti didirikan dimana-mana supaya senang manusia nak release stress. Dia yang buat kita stress, dia yang nak hilangkan stress. Memang baguih perangai dajjal ni no.. Sungguh baik hati nak releasekan stress kita..

Karya filem lucah pula diangkat dan tidak dikeji. Perlakuan yang di luar batas adab manusia seperti hubungan sesama jenis mesti disokong. Piagam hak asasi manusia mesti diperjuangkan. Mesti dipertahankan. Mana boleh dibiarkan. Ini harus dilakukan semata-mata untuk melemahkan minda anak-anak muda dan mengacu kepada kehidupan bersifat penuh materialistik dan hedonistik. Mereka mahu punya kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan tanpa ada kekangan dan aturan. Jalan inilah yang sedang dilorongkan kepada anda dan saya supaya bila tiba masanya untuk penyembahan satu tuhan, satu agama, kita sudah bersedia melakukannya dengan rela. Bagaimana? Anda di pihak mereka kah? Anda pendokong hak asasi kah? Keluarlah saudara, selagi anda masih ada masa... Tinggalkanlah kawan yang lebih mebawa kepada kesesatan. Pulanglah ke pangkal jalan.

Syaitan pula, dengan greenlight daripada ketua mereka si iblis, sungguh, dengan penuh dedikasi dan kerja keras melakukan hasutan-hasutan dan pujukan-pujukan halus membuatkan semua perbuatan songsang dan serong terlihat indah, mulus dan menyenangkan hati. Mereka menghembus kata-kata pujukan :

"engkau nak berubah? engkau nak sembahyang? sekarang?
nantilah dulu kawan... relaxlah sekejap... chill bro... 
buat apa nak buat cepat-cepat.... 
malam masih muda... masa masih panjang... 
engkau masih muda... kita enjoy dulu... 
rugi bro engkau taubat sekarang...
nanti semua benda tak boleh nak buat dah...
dah puas enjoy barulah taubat... 
esok-esok pun boleh taubat.... 
dah tua-tua nanti pun boleh taubat... 
dah nak mati nanti pun boleh lagi taubat what... 
Allah kan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya...." 

Anda ingat, kita kah yang fikir benda-benda ni semua? Inilah hasutan-hasutan iblis dan syaitan yang selalu kita ikut tu saudara. Fitrah kita sebagai manusia, hanya mahukan yang baik-baik saja. Tapi bila nafsu sudah menjadi raja, kita adalah puppet yang mudah diperkotak-katikkan, seperti kuda yang mudah ditarik tali kekangan, seperti bola yang boleh disepak terajangkan (frust betul team malaysia kalah 3-0 dengan singapura). Inilah sebenarnya yang iblis mahukan sejak terhumbannya dia ke dunia. Untuk menyesatkan anak cucu Adam seluruhnya. Apa lagi, besarlah hatinya apabila ada kalangan anak Adam sendiri datang menawarkan khidmat hanya kerana nafsu besarnya yang ingin menjadi tuhan yang disembah. Inilah manusia, walaupun ilmu yang dianugerahkan baru sekuman, dunia sudah diinginkan dalam genggaman.

Bahagialah mereka yang masih menjadikan Islam sebagai pegangan, bahagialah mereka yang masih kukuh memegang tali iman. Semoga kami  berada dalam golongan tersebut ya Allah, amin.

Ooops, terlebih sudah tazkirah....

Mambaca Surah Al-Kahfi ini amat menarik. Ketika kita yakin ia dapat menjadi pelindung di era fitnah dajjal, menghayati maknanya pula seperti membaca buku cerita. Penceritaan di dalam Al-Quran bukan sekadar cerita-cerita kosong dan khayalan, tetapi ia mempunyai pengajaran samada terang atau tersembunyi. Allah mahukan hambanya berfikir.

Di sini, penulis buku menyingkapkan dua pendapat dari dua tokoh ilmuan yang mengupas Surah Al-Kahfi dari sudut sains Islam iaitu Adnan Oktar yang lebih dikenali dengan nama penanya, Harun Yahya dan Almarhum Dr. Muhammad Al-Mahdi. Pendapat dua tokoh ini telah berjaya merintis hubungan Surah Al-Kahfi dengan fitnah dajjal secara langsung dan tidak langsung. Dr. Muhammad Al-Mahdi adalah seorang ahli psikologi muslim berbangsa Amerika. Beliau pernah menetap di Malaysia dan mengasaskan Institut Khalifah.

Dari wacana ilmiah dan perbincangan ringkas ketika menyorot pandangan beliau mengenai 'Modern Science Finds God', beberapa maklumat menarik telah dapat disingkap. Antaranya perbincangan mengenai subjek matter, time and space (benda, masa dan ruang) yang hangat bertebaran di laman-laman blog dewasa ini. Seolah-olah semua orang sedang membincangkannya atau sekadar mengutip pengetahuan daripadanya.

Beliau merujuk kepada Surah Al-Kahfi sebagai inti perbahasan. Perkara ini telah dikupas dengan lebih terperinci oleh Harun Yahya di dalam bukunya, 'Matter, The Other Name For llusion'. Sungguhpun tidak semua subjek perbincangan secara khusus mengarah kepada fitnah dajjal, namun ia jelas mengungkap hakikat dan penipuan manipulasi dajjal yang amat kompleks.

Ketika membahas Surah Al-Kahfi, Dr. Muhammad Al-Mahdi telah merujuk kepada pertemuan di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s sebagai satu huraian yang penuh dengan tamsilan sains. Pertemuan ini terjadi ketika Allah swt memerintahkan Nabi Musa a.s untuk mencari seorang lelaki di pertembungan dua arus laut. Perintah ini terjadi ketika Nabi Musa a.s terdetik di hatinya, bahawa dialah manusia yang mengetahui banyak perkara berbanding manusia biasa kerana mukjizatnya yang mampu berkata-kata secara langsung dengan Allah swt. Oleh kerana sikap itu tidak harus ada pada seorang nabi, maka baginda ditegur kerana kesombongannya itu.

"Sesungguhnya pada suatu hari, Nabi Musa a.s berdiri di khalayak Bani Israel lalu baginda ditanya : "Siapakah orang yang paling berilmu?". Jawab Nabi Musa, "Aku". Lalu Allah swt menegur Nabi Musa a.s dengan firmanNya : "Sesungguhnya di sisiKu ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua buah lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu". (Surah Al-Kahfi, ayat 66).

Salah satu pandangan menarik daripada Dr. Muhammad Al-Mahdi adalah, pertemuan di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s adalah pembuktian yang tersirat bahawa telah berlaku pertemuan antara insan alam nyata (Nabi Musa a.s) dan insan alam ghaib (Nabi Khidir a.s). Di sinilah wujud pembuktian bahawa alam ghaib itu ada mempunyai fungsi serta berjalan tanpa henti walaupun ia tidak diketahui oleh para manusia secara terperinci. Terdapat sempadan yang memisahkan dan hanya dengan izin Allah swt, sempadan itu dapat disingkap.

Pertemuan dua arus laut masin dan air tawar, sekali lagi menurut Dr, Muhammad Al-Mahdi membuktikan sempadan yang dimaksudkan. Satu garis pemisah yang tidak kelihatan namun jelas memisahkan. Inilah yang dimaksudkan di dalam ayat berikut :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi (Surah Al-Furqan, ayat 53).

Satu tamsilan mengenai alam ghaib dan alam nyata dipisahkan oleh satu sempadan yang tidak kelihatan dan sukar untuk diungkap oleh manusia seperti kita. Bagaimanapun, perbahasan mengenai dua alam yang difahami sebagai terpisah dijelaskan dengan tamsilan yang sungguh baik di dalam Surah Al-Kahfi. Hari ini, alam ghaib yang telah disebutkan di dalam Surah Al-Kahfi cuba dialihkan kepada konsep fantasi dan ilusi oleh dajjal. Di sinilah titik penipuan dajjal bermula. Terdapat arus atau kecenderungan yang mahu mengubah persepsi alam ghaib ini kepada alam fantasi-ilusi. Alam ghaib juga di sebut di dalam Surah A-Baqarah :

"....kitab Al-Quran tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfaqkan rezeki yang kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah, ayat 2-3).

Alam ghaib adalah alam halus yang dihuni oleh pelbagai makhluk di dalam lapisan alam yang berbeza. Termasuk di antara mereka adalah para arwah, para jin, para syuhada', para malaikat dan segala makhluk yang tidak kita sedari kewujudannya dan tidak kita ketahui akan namanya. Ia adalah lapisan alam barzakh, alam mahsyar, alam mizan (timbangan), alam syurga, alam neraka, 'arasy dan alam yang tidak diketahui oleh manusia melainkan di dalam pengetahuan Allah swt Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Bijak mengatur segalanya.

Di dalam bicara ahli sufi, terdapat lapisan alam halus yang tidak dapat dikesan oleh indera mata manusia iaitu alam malakut dan alam jabarut. Di sana, terdapat himpunan lapisan alam halus yang di luar jangkauan batas akal, logik dan rasional manusia. (Ibrahim Mohamad : Cahaya Di Atas Cahaya, m/s 19-21).

Ramai daripada kita kurang menghiraukan subjek alam ghaib kerana kewujudannya yang tidak terlihat. Kerana kewujudannya yang sukar untuk kita mengerti dan fahami. Maksud tidak menghiraukan di sini adalah dari segi kewujudan, fungsi dan kebesaran Allah swt di dalam mentadbir alam ghaib ini. Jika ada pun kefahaman alam ghaib pada generasi muda pada hari ini, amat menyimpang kerana tidak dirujuk kepada Al-Quran. Keyakinan kita tentang alam ghaib cuba dipesongkan.

Oleh kerana terlalu banyak terdedah kepada filem dan drama seram, dimomokkan dengan filem animasi, fantasi dan ilusi, maka alam ghaib yang difahami lebih menjurus kepada magik dan fantasi juga. Seolah-oleh jin dan syaitan lebih berkuasa di sana. Ada pula sihir hitam dan sihir putih. Kita tidak dapat melihat keperkasaan Allah swt dalam mentadbir alam-alam ghaib ini kerana minda kita seolah-olah telah diblock untuk melihat lebih jauh. Maha Berkuasa Allah ke atas setiap sesuatu. Tanpa kita sedari, kita terlepas pandang akan kebesaran Allah mentadbir alam nyata dan ghaib yang saling menyokong dan menetapi fungsi masing-masing. Pemikiran kita bagaikan tertutup untuk menyedari fungsi alam-alam ghaib, seolah-olah ia tidak wujud.

Fahaman alam ghaib sebagai alam magik, fantasi dan ilusi sudah lama mengambil tempat melalui karya-karya yang menghasilkan keuntungan jutaan dollar. Karya-karya ini sengaja dipaparkan secara terancang sehingga terhasil satu keyakinan bahawa ia satu tanggapan yang benar di alam bawah sedar kita. Alam ghaib seperti ini bukanlah apa yang dimaksudkan di dalam Al-Quran saudara. Ia adalah salah satu inti penipuan dajjal untuk menjauhkan kita daripada hakikat sebenar. Untuk menjauhkan keyakinan kita akan kebesaran Allah swt dan apa yang ghaib.

Tanpa kita sedari, perubahan persepsi ini sudah, sedang dan akan terus berlaku untuk mewujudkan lompong kosong yang menerbitkan krisis keyakinan terhadap kekuasaan Allah swt. Secara teorinya, dajjal lebih arif untuk mengisi ruang lompong itu dengan apa. Dengan mengkaji minat dan selera kita, dia menyebarkan fahaman fantasi dan ilusi dengan jayanya melalui penciptaan alam ghaib mengikut versi ciptaannya dengan sewenang-wenangnya menerusi layar perak.

Ramai yang tidak menyedari arus gelombang yang sengaja dicipta secara konsisten melalui karya-karya filem sepert Jumanji, Matrix, Lord of The Rings, Narnia, Stardust, Harry Porter, Enchanted, Golden Compass, Underworld dan senarainya terus memanjang dan berkembang. Ini belum termasuk siri-siri animasi yang menjadi tontonan anak-anak kita seperti pokemon, digimon, avatar, dragon ball dan entah apa lagi yang menjangkau hingga ratusan malah puluhan ribu judul. Bagaimana pula dengan penggunaan permainan interaksi melalui playstation, melalui aplikasi canggih telefon bimbit, melalui komputer dan sebagainya? Semuanya mengarah kepada pembentukan kepercayaan alam fantasi dan ilusi tanpa sedar. Ia masuk secara perlahan-lahan namun konsisten ke dalam pemikiran bawah sedar dan menjauhkan kita dari mempercayai alam ghaib yang sememangnya ghaib dari pandangan mata.

Selama dajjal hidup bebas mengembara, dia tidak pernah tinggal diam. Pengembaraannya dalam mencari ilmu, membawanya melepasi alam jin, alam singgahsana iblis, alam di mana manusia tidak pernah sampai. Boleh dikatakan, alam pengembaraan dajjal sering ditampilkan contohnya melalui filem The Lord of The Rings dan Pirates of The Carribean. Jalan cerita ini seolah-olah diilhamkan sendiri oleh dajjal. Mungkin benar juga apa yang dikatakan oleh Muhammad Isa Dawud di dalam bukunya 'Dajjal Akan Muncul Di Segitiga bermuda' :

"... kadang-kadang, para pembaca merasa hairan kalau saya katakan bahawa dajjal menulis sebahagian autobiografinya dan beberapa kisah yang diubah menjadi filem Hollywood. Autobiografinya yang tersembunyi, kisah-kisahnya berpetualang dan rancangan-rancangan kezalimannya pun tersimpan di bukit benteng besarnya di perpustakaan yang tersembunyi".

Ramai yang curiga akan perjalanan kisah aneh di sebalik layar itu tanpa mengetahui bahawa watak-watak yang tersembunyi adalah kisah perjalanan dajjal itu sendiri. Dia singgah di setiap negeri di dunia ketika manusia belum sempat menjelajah bumi. Allah menganugerahkan kepadanya untuk mengetahui banyak ilmu. Dari sini dia mengetahui banyak sistem perjalanan alam, bintang dan kehidupan manusia. Dari situ dia mengkaji, mereka dan mencipta fitnah, khusus untuk meruntuhkan sistem keyakinan manusia. Dia tahu, dunia hanyalah ilusi yang tercipta daripada pancaindera iaitu dengan apa yang boleh kita rasa, kita lihat, kita bau,  kita dengar dan kita sentuh.

Menurut Harun Yahya, idealisme Barat yang sesat dan berasal daripada dajjal mengandungi benih ini iaitu fantasi dan ilusi. Ia memadamkan kewujudan alam-alam halus yang disebutkan sebelum ini. Dunia telah terkongkong dengan fahaman materialisme yang tidak terkawal. Material itu pada hakikatnya tidak lebih dari penjelmaan melalui pancaindera yang lima. Dajjal dengan kecerdikannya bermain-main dengan elemen ini. Fantasi ilusi di dalam minda manusia termasuk minda bawah sedar kita. Melalui proksinya, dia menyebarkan fahaman fantasi ilusi dengan segala teknologi yang ada.

Untuk apa sebenarnya? Itulah persoalan yang mendekatkan kita dengan garis hujung sebuah pencarian iaitu dajjal sedang membina alam syurgawi versinya. Bahkan dia akan menunjukkan kesaktiannya bahawa dia berkuasa menzahirkan alam ilusi ini menjadi nyata. Ketika dia menyingkap syurga, neraka dari alam fantasi ilusinya, manusia akan percaya bahawa itu adalah alam ghaib yang sebenarnya. Inilah antara fitnahnya yang besar.

Umat Islam sepatutnya lebih dahulu memahami hakikat ini supaya tahu bagaimana mahu membeza. Titik krisis keyakinan itu akan berlaku iaitu ketika syurga, neraka, alam barzakh (alam kematian), sirat dan alam mahsyar akan diterima oleh generasi hari ini dan anak-anak kita sebagai sesuatu ilusi dan fantasi semata-mata. Cuba kita perhatikan hadis Nabi Muhammad saw ini :

"Dan keluarlah dua lembah bersama dajjal, salah satunya lembah syurga dan satu lain adalah lembah neraka, kemudian dia berkata kepada manusia : "Bukankah aku ni tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan manusia?". Dia bersama dengan dua orang malaikat yang berupa nabi di mana aku tahu namanya dan nama bapanya, jika aku ingin maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. Salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian dajjal bertanya : "Bukankah aku ni tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?" Salah seorang dari keduanya berkata : "Kamu dusta", tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakan yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawab : "Kamu benar", dan jawapan itu didengari oleh semua manusia".

Yakinlah, insiden ini akan berlaku secara hakikat dan bukan secara takwilan. Insiden dajjjal menbawa syurga dan neraka zahir ke dunia adalah kemuncak fitnah yang sebenarnya. Ketika itu dia akan menampakkan dirinya yang sebenar. Individu yang buta sebelah matanya. Kita diberitahu bahawa dajjal akan menggunakan helahnya untuk menipu manusia tetapi bagaimana? Nah, di sinilah fenomena fantasi ilusi itu akan terjadi. Dajjal akan menyingkap tabir sempadan alam jin yang dihuninya selama ini seperti alam Hobbit di dalam filem The Lord of The Rings. Alam jin memang ada yang seindah itu, padang rumput hijau yang luas, pepohon rendang dan bunga-bunggan yang harum. Kalau di sebelah rantau ini, alam itu dikenali dengan nama alam bunian. Barangkali alam ni menepati deskripsi yang dimaksudkan. Bagi yang sudah terpedaya dengan doktrin fantasi ilusi, akan mudah percaya bahawa syurga neraka itu ada wujud di dunia dan tidak perlu lagi menempuh sebuah kematian.

Ingat lagi tentang gerbang stargate? Ingat lagi tentang susunan batu-batu stonehenge di sepanjang ley lines dan pusat tenaga bumi? Begitu juga dengan kejadian di ladang gandum dengan formasi-formasi yang aneh. Masih ingat lagi tak? Mungkin di sinilah dajjal akan menyingkap tabir ke alam fantasi dan ilusi tersebut.

Struktur kepercayaan bahawa syurga hanya boleh dimasuki setelah mati melalui alam barzakh, mahsyar dan mizan telah dirombak semula oleh dajjal. Ia berlaku hari ini melalui fahaman agama inkarnasi (proses mati hidup semula). Menurut ajaran inkarnasi, alam kubur dan seksanya hanyalah mitos shaja. Syurga dan neraka itu sebenarnya ada di dunia. Bukankah fahaman begini sedang menular di dalam jagat pemikiran masyarakat hari ini, menyerap ke dalam ideologi aneh New Age. Bahkan sudah ada yang menyebarkannya melalui fahaman yoga dan gothic.

Perihal dajjal membawa syurga neraka versinya bukanlah mustahil kerana dajjal telah lama diam di alam jin. Bahkan dia sendiri mempunyai jalur keturunan jin. Dia telah lama berhubung dengan bangsa jin dan hidup bersama mereka. Dia mengetahui secara terperinci mengenai rahsia sempadan alam jin dan alam manusia. Dia berupaya merungkai sempadan alam dunia jin dan alam dunia manusia untuk beberapa ketika. Dia diizinkan Allah untuk melakukannya. Namun keindahan alam jin yang diperlihatkan hanyalah satu ilusi yang melekakan bagi setiap pengikutnya. Oleh kerana itu,  Nabi Muhammad saw berpesan :

"Sungguh aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya, mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar". (riwayat Ahmad di dalam Musnad dari Huzaifah). Tidakkah anda melihat sesuatu di sini? Apa yang diperlihatkan dajjal hanyalah ilusi.

Surah Al-Kahfi mengungkap hakikat alam realiti, alam benar yng sedang kita tempuh dan alam yang sedang menanti iaitu alam ghaib (akhirat) berbanding alam fantasi ilusi ciptaan dajjal. Surah ini benar-benar memberi petunjuk bentuk kejahatan yang akan dicetuskan dajjal.

Ada keajaiban lain yang tersingkap dari Surah Al-Kahfi ini. Ingat tentang Nabi Musa a.s yang mengakui bahawa dialah manusia paling berilmu? Namun tidak lama kemudian baginda ditegur secara langsung oleh Allah swt - Tuhan yang memiliki segala ilmu - bahawa ada seorang soleh yang hidup pada zamannya memiliki ilmu yang lebih daripada apa yang dimilikinya.

Tentu amat mengejutkan apabila Allah berfirman ada manusia lain yang lebih berilmu daripada baginda. Sukar untuknya menerima hakikat itu kerana baginda telah menerima banyak ilmu daripada Allah swt secara langsung. Apakah mungkin ada ilmu lain yang tidak diketahuinya? Kerana itulah Nabi Musa a.s begitu teruja untuk bertemu dengan orang yang dinyatakan oleh Allah swt iaitu Nabi Khidir a.s .

Nabi Musa a.s bersama Nabi Harun a.s (ada yang mengatakan bersama Nabi Yusya' a.s) menyusuri gigi pantai untuk mencari manusia yang memiliki kecerdasan itu. Kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s disebut secara terperinci di dalam Surah Al-Kahfi. Ketika berjumpa Nabi Musa a.s, terlebih dahulu Nabi Khidir a.s telah mengetahui apa tujuan Nabi Musa a.s untuk bertemu dengannya. Kecerdasan apa yang dimiliki oleh Nabi khidir a.s ini?

Sepanjang perjalanan mereka berdua, terdapat beberapa tindakan Nabi Khidir a.s yang tidak dapat diterima oleh logik dan pemikiran Nabi Musa a.s. Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil, merosakkan sampan keluarga miskin dan menampal rumah orang yang memusuhinya. Oleh kerana Allah swt yang mengarahkan pertemuan itu, Nabi Musa tidak boleh mengingkari tindakan Nabi Khidir a.s tetapi tidak sedikitpun baginda dapat menerima tindakan itu. MENGAPA? Kerana mereka menggunakan kecerdasan yang berbeza. Nabi Musa a.s mengukur tindakan itu dengan hanya menggunakan kecerdasan akal (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) melalui pancainderanya, sedangkan ukuran tindakan Nabi Khidir a.s pada ketika itu adalah melalui kecerdasan spiritual (SQ) iaitu tahap kecerdasan yang paling tinggi.

Satu penyakit orang kita, kalau diberitahu bahawa kecerdasan spiritual ini ditemui oleh orang barat di dalam kajian mereka, kita dengan mudah akan menerimanya. Tetapi kalau dikatakan ianya adalah ilmu khasyaf atau ilmu laduni berkat karamah para kekasih Allah, ramai pula yang menyanggahnya. Jalan fikir umat Islam telah dicemari, bercampur di antara dogma barat yang terkepung di dalam lingkungan akal semata-mata. Ini kerana mereka tidak yakin dengan kalam Allah. Ketika pengkaji barat berusaha membuktikan penemuan Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient) dan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient), Al-Quran telah terlebih dahulu menemui hakikat ini bahkan, Al-Quran itu sendiri sangat sarat dengan inti kecerdasan spiritual.

Mari kita perhatikan apa kaitan surah ini dengan kedatangan fitnah dajjal di akhir zaman. Tapi kena tunggu di siri seterusnya iaitu siri yang terakhir kisah dajjal ini. heee.. dengki.. tapi ini dengki yang last, lepas ni takde lagi dah... happy reading you all..



Wassalam.






Friday 23 November 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya Siri 11


Bismillaahirrohmaanirrohiim..

Assalamualaikum wbt, semoga semua sihat-sihat belaka. Sori la kalau terlama...


Pada artikel 17 November 2012 yang lalu, saya baru sahaja publish kisah tentang penyamaran dajjal sebagai Merlin. Pada hari Selasa 19 November 2012 pula, saya menonton siri Merlin di TV3. What an uncanny coincidence sebab episod to seolah-olah menjelaskan kegunaan stonehenge sebagai stargate ke alam arwah (Arthur terlalu rindu dan ingin berjumpa kembali dengan ayahnya, Uther. So, di pergi ke sekumpulan batu stonehenge, tiup semacam trumpet dan portal pun terbuka. Dia masuk ke portal yang diselubungi asap dan dapatlah dia jumpa roh ayahnya). Terangkat sebelah kening sekejap.. Kalah kening Ziana Zain. Ada hadis nabi Muhammad saw menyatakan bahawa dajjal boleh mendatangkan jin dan syaitan yang boleh menyerupai kaum kerabat yang telah menjadi arwah pada zaman pemerintahannya? Adakah logik kalau dikatakan bahawa aturan itu sudah terpakai sejak dari zaman dahulu lagi? Hmmm.... sesuatu yang menarik untuk difikirkan.

Bila melihat peranan Gaius pula, adakah selama ini orang tersilap menilai siapa Merlin? Melihat kepada siri kali ini, saya baru perasan, ada sedikit keanehan mengenai Gaius. Adakah Merlin itu jelmaan dajjal, atau Gaius yang sebenarnya adalah jelmaan dajjal. Dapat juga dilihat dari siri-siri sebelumnya, Gaius lebih banyak tahu tentang amalan-amalan sihir kuno dan selalu menjadi tempat rujukan Merlin. Rupanya diapun ahli sihir juga. Merlin banyak belajar dan menerima tunjuk ajar daripadanya. Hati semacam kuat mengatakan Merlin ini mungkin merupakan anak didiknya di Britain yang diarahkan untuk mencorak kekuasaan Gaius si dajjal melalui King Arthur? 


Eh, dah melalut ke sana pulak. Marilah jom kita teruskan pengembaraan seterusnya sambungan dari artikel yang lepas.


Sebagai seorang yang banyak tahu tentang ilmu, dajjal faham benar fungsi dan gerakan masa. Dia menghitung setiap detik dan menjangka setiap peristiwa. Bahkan dia telah mencongak jangka waktu ke hadapan di mana dia akan kembali ke dunia. Di alam jin, dia mencatur rencananya dengan teliti tanpa henti dengan bantuan iblis dan jin. Dia mengkhabarkan kepada semua proksinya untuk terus giat melebarkan pelbagai propaganda dan konspirasi di alam dunia. Jika kita menonton Lord of The Rings, tentu anda dapat melihat bagaimana Gandalf mengembara ke alam Hobbit dan bertemu makhluk aneh bertelinga panjang dan jelas menampilkan suasana alam jin. Eh, filem HOBBIT dah nak ditayangkan kan? Rasa macam nak pegi tengok.. jom jom tengok jom bagaimana mereka menggambarkan alam jin tu nanti.......

Tapi bila fikir dua kali, sayang rasanya nak buang duit beli tiket mahal-mahal, kalau saya nak tengok, kena beli tiket untuk 6 orang. Lebih baik tunggu CD RM2 keluar. Harga biasa RM5, saya dapat RM2. Boleh tengok banyak kali selagi tak rosak. Jangan jeles. (Alah, setakat CD pirate, takde maknanya anda nak jeles, kan? hew hew hew).

Mari kita perhatikan beberapa petikan untuk mengukuhkan hipotesis keberadaan Merlin di alam jin ini :

"We have seen instead that Merlin's withdrawal is one he makes from choice to allow himself the freedom to grow and change and to protect the treasures of life. This can best be brought about within the place of the hidden kings, which lies somewhere between earth and heaven. Merlin appears as one who travels through to the world for a while only to withdraw again into an inner lace from which he may one day come again".

Terjemahan : " Sebaliknya kita dapat melihat bahawa Merlin sendiri yang memilih untuk mengasingkan diri bagi membolehkannnya mendapatkan sepenuh kebebasan untuk menjayakan perancangan dan perubahan dan melindungi kepentingan kehidupannya. Semua ini hanya dapat dicapai di dalam wilayah raja-raja yang tersembunyi (tempat singgahsana iblis dan anak-anaknya yang menjadi raja) yang dikatakan berada di antara langit dan bumi. Merlin tampil seperti seorang pengembara yang datang menjelajah dunia buat sementara hanya untuk mengasingkan dirinya semula ke lapisan wilayah di mana dari situ dia akan kembali ke dunia satu hari nanti".

Ini pula kata-kata akhir Merlin sebelum dia menghilangkan diri dan masuk ke alam hibernasi melalui catatan Sir Gwaine (salah seorang kesatria Arthur rasanya dia ni) di dalam bukunya, 'The English Merlin'.

"Me never shall you see again.... for from hence may I not come out nor shall I ever come out, for in all the world is not so strong a place as this where I am and it is not of iron nor steel nor timber  nor stone but it is of the air without any other thing, [made] by enchantments so strong that it may never be undone while the world endures, nor may I come out nor no one enter... I beseech you to God that keep the King Arthur and the realm of Llogres (Britain) as for the best people of the world".

Terjemahan : "Aku tidak akan kau temui lagi.... kerana mulai dari sekarang aku tidak akan keluar dan tidak sesekali aku akan keluar, kerana dunia ini tiada kuasa yang cukup kuat seperti aku berada di tempat ini yang tempatnya bukan berasal dari besi mahupun kayu ataupun batu tetapi tempat ini hanyalah udara tanpa ada yang lainnya. Ia terbuat daripada mantera-mantera ampuh yang tidak akan sesekali terungkai, sementara dunia ini bertahan, aku tidak akan keluar manakala tiada sesiapapun boleh masuk... Aku mendoakan semoga tuhan melindungi King Arthur dan wilayah kekuasaannya Llogress (Britain) sebagai tempat dan masyarakat terbaik dari seluruh dunia".

Bagi mereka yang baru mengenali Merlin, mungkin mereka akan terus menduga-duga siapakan lelaki tua yang penuh sakti dan amat berpengaruh dalam mencorak masa depan sebuah negara eropah iaitu Great Britain. Imran Hossein, penulis buku 'Jerusalem in the Quran' pernah berkata bahawa di negara inilah dajjal akan menebarkan segala penipuannya. Ksah ini seolah-olah membenarkan kata-katanya bahawa di sinilah  dajjal memulakan perancangan kemunculannya. Petikan ini untuk mengukuhkan hipotesis bahawa Merlin tidak mati tetapi akan kembali sewaktu zaman semakin menuju ke penghujung :

1.  "And Merlin come to Perceval and to Blayse his master and he took leave of them and told them that our Lord did not wish that he should show himself to people, yet he would not be able to die before the end of the world"

Terjemahan : "Dan Merlin datang kepada Perceval dan kepada Blayse, gurunya dan dia meminta diri  untuk meninggalkan mereka seraya mengatakan bahawa tuhan mereka tidak bersetuju jika dia (Merlin) memperlihatkan dirinya kepada orang ramai, namun dia tidak akan mati sebelum dunia ini berakhir".

2.  "Dwelt in the mountain to the north... herding and farming and minding their own business. He, The Old One lived alone in the south. What he is and where he came from, I cannot say. Perhaps your legend put him being the off spring of a demon has some truth in it. I don't pretend to know. We call ourselves The First Folk because it is our belief that or our gigantic ancestors were the first people to live on this island. Yet they called him The Old One".

Terjemahan : Tinggal di pergunungan ke arah utara... berternak dan bercucuk tanam dan menjalankan urusan mereka sendiri. Dia, The Old One tinggal berseorangan di sebelah selatan. Siapa dia dan darimana dia datang, saya tidak boleh mengatakannya. Mungkin lagenda anda yang mengatakan dia anak kepada syaitan ada kebenarannya. Saya tidak berpura-pura tahu. Kami memanggil diri kami Komuniti Terawal kerana itu menurut kepercayaan kami atau nenek moyang kami yang bertubuh sangat besar adalah manusia pertama yang ada di pulau ini. Namun begitu, mereka tetap memanggilnya, The Old One".

Baca dengan hati yan terang. Lihat dengan hakikat yang dibentangkan bahawa ini bukan sekadar epik dan propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Ia umpama satu hakikat yang nyata tetapi tersembunyi di dalam bilahan sejarah silam. Lipatan sejarah silam ini memang pernah mengesahkan bahawa Merlin pernah hidup bersama bangsa eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai mati. Dia hilang di dalam sejarah yang dibinanya sendiri dan berjanji akan kembali. Kini dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia. Dialah dukun agung yang telah mencorak sejarah dan tamadun silam dan akan zahir ke dunia, langsung disambut sebagai the true wonder...

".... roi perdu or lost king (Merlin) the supernaturally aided monarch who having completed his task on earth does not quite die but retires into some other dimension where he bides his time until the need of his people dictates his return".

Terjemahan : ".... roi perdu atau raja tersembunyi (Merlin) yang dengan saktinya membantu kerajaan beraja, sudah menyiapkan segala tugas urusannya di dunia, dia tidaklah mati tetapi membawa diri ke alam dimensi lain, dia menanti saat di mana para pengikutnya amat memerlukannya dan dia akan kembali".


Semalam saya stop kat sini, jom baca sambungannya. Hari ni 23hb November 2012 bersamaan dengan hari Jumaat (bila siap, dah tukar 24hb hari Sabtu pulak). Kali ni nak cerita pula pasal saat kemunculannya.


Dajjal akan muncul ketika manusia sudah melupakannya. Lupa kerana kisah dajjal tidak lagi disebut-sebut. Lupa kerana kisah dajjal terlalu sulit untuk difahami. Lupa kerana disangka kisah dajjal hanyalah sebuah kisah dan dongeng agama. Lupa kerana masalah dajjal bukan masalah utama. Akhirnya kisah dajjal terus dilupakan kerana pelbagai alasan yang menyangkut kehidupan. Menghidupi anak-anak, membesarkan mereka, memperbaiki status dalam hidup, mencari harta kekayaan, bergelut dengan pelajaran, mengejar kerjaya dan sebagainya. Sedangkan kita sudah berada di penghujung zaman yang begitu dekat dengan kemunculannya. Nasib baiklah anda baca kisah ni, dapatlah saya tolong mengingatkan supaya kita tidak terus terlupa bahawa kehadirannya sudah semakin hampir. Ini penting, supaya kita boleh lebih bersedia.

Jika kita membaca kitab karangan Imam Ibnu Katsir di dalam karya beliau 'Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat', jelas beliau meletakkan kemunculan dajjal sebagai di antara tanda-tanda kiamat yang besar. Pada hakikatnya, hitungan saat kehancuran dunia sudah pun bermula sejak kewafatan baginda nabi Muhammad saw. Saat kemunculan dajjal adalah pada masa semakin banyaknya perselisihan pendapat,  perpecahan di dalam sesuatu masyarakat, pegangan agama semakin melemah dan ketika umat Islam mula melupakan kisahnya. Bukankah semua ini yang sedang berlaku dengan pesatnya di sekeliling kita saudara?

Dajjal akan datang. Dia pasti datang. Dia tetap akan muncul. Kecuali jika Allah berkehendak sebaliknya. Samada kita sudah bersedia menerima atau pun tidak, ia tetap akan berlaku. Cuba perhatikan sabda nabi Muhammad saw seperti berikut :

".... Ia pasti muncul di tengah-tengah kalian. Sesungguhnya kemunculannya adalah benar. Adapun kemunculannya sudah dekat". (Pada 1400 tahun yang silam nabi Muhammad saw bersabda untuk mengingatkan kita bahawa kemunculan dajjal sudah dekat, apatah lagi di masa kita sekarang saudara, kedekatan tempoh kemunculannya itu sepatutnya semakin menggelisahkan).

Dajjal telah mengatur segala perancangan kemunculannya sejak ribuan tahun dulu. Diatur dengan penuh teliti dan diadun dalam bentuk yang tidak terfikir oleh manusia. Selepas membaca artikel ini, anda mungkin akan faham sebaran fitnahnya yang misteri dan penuh pesona. Atau anda mungkin sahaja akan faham setelah dajjal benar-benar mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan.

Dajjal tahu benar akan kelemahan manusia. Kita hanya membataskan jalan fikiran kita denga fahaman logik dan rasional. Kita akan membicarakan sesuatu perkara berdasarkan had ilmu yang sesuai dengan jalan fikir kita. Maka dengan pintar, dihapuskanlah segala jejak penipuannya dengan membentengi diri dan fitnahnya dengan tabir mistik yang penuh kerahsiaan, dengan jalan mitos yang tebal dengan bau misteri yang tidak dapat dikesan oleh manusia. Selagi mana manusia berada di dalam kepompong itu, selagi itulah dia selamat daripada dikenali. (Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah swt, tabir rahsia dan misteri yang dibangga-banggakannya sudah semakin tersingkap oleh kita).

Di sini harus kita diperhatikan dengan cermat bahawa terdapat dua insiden di mana ungkapan keluar disalahertikan :

Pertama : Dajjal akan keluar dari pulau tempat dia dipasung,

Kedua : Dia akan keluar dari arah Khurasan. Keluarnya dajjal dari daerah di Khurasan di dapati di dalam hadis dari Saidina Abu Bakar sendiri :

"Sesungguhnya dajjal akan keluar dari sebuah tanah di timur yang dikatakan sebagai Khurasan. Dia akan diikut oleh ramai orang yang wajah mereka seolah-olah sebuah perisai yang dipalu" (agaknya seperti topeng kesatria-kesatria zaman dahulu yang menutup muka ataupun seperti wajah orang-orang monggol).

Inilah tanggapan yang disalahertikan. Keluarnya dajjal dari pulau di mana dia dipasung tidak bermakna dia akan membawa kerosakan akhir zaman. Saat sebenar keluarnya dajjal ke dunia dengan membawa kerosakan dan huru hara bukan merujuk kepada hadis Tamim Ad-Dari, tetapi merujuk kepada hadis ini :

"Dari Rasyid bin Sa'as, beliau berkata : Ketika dibuka, dia berteriak, disamping ada penyeru lain yang berteriak, "Lihat, dajjal sudah pun keluar". Lalu mereka pun mendapatkan sahabat nabi bernama Ash Sha'ab bin Jushamah dan beliau berkata : "Andai saja kamu tidak bertanya, pastilah aku akan ceritakan kepada kamu bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda, "Dajjal tidak akan keluar sehinggalah manusia lupa dari mengingatinya, hinggalah para imam meninggalkan peringatan (bahaya dajjal) di mimbar (khutbah dan ceramah" ".

Sebab sebenar dajjal akan keluar dipetik dari sebuah hadis dari Hafsah r.a :

"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya dajjal akan keluar kerana satu kemarahan (yang dicetuskan pihak lain) yang membangkitkan kemarahannya (kemarahan yang tidak terbendung lagi)".

Inilah saat kemunculan dajjal yang sebenar. Kemunculan yang penuh dengan kemarahan akan membawa kehancuran dan porak peranda. Sementara keluarnya dia dari pulau yang disebut di dalam hadis Tamim Ad-Dari hanyalah untuk bebas mengembara dan menjelajah setiap inci bumi sambil terus menanam fitnah perpecahan dan berbuat kerosakan skala kecil di sana sini. Inilah fakta yang kebanyakan kita terlepas pandang. Kenapa? Disamping kurang faham dan pemisahan fakta yang bertepatan, kita melihat cerita dajjal di dalam lokasi jazirah Arab sahaja dan tidak lebih dari itu.

Kita menganggap cerita dajjal adalah cerita milik orang Islam dan umat lain tidak menerima kehadirannya. Sedangkan setiap nabi yang mulia dari nabi Adam a.s sehingga nabi Muhammad saw (keseluruhan berjumlah 124,000 nabi, yang wajib dikenali 25 rasul) mengingatkan kisah dajjal kepada umat masing-masing.

Sebenarnya saudara, fitnah dajjal sudah lama mendahului kemunculannya. Fitnahnya adalah yang paling getir, dahsyat dan tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran kita. Inilah yang dberitakan oleh nabi Muhammad saw bahawa fitnah dajjal diiktiraf sebagai fitnah yagng paling besar sejak Allah menciptakan nabi Adam a.s :

"Tidak ada finah yang lebih dahsyat daripada fitnah dajjal, sejak nabi Adam a.s sehingga datangnya hari kiamat".

Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a, beliau berkata :

"Disebutkan perkara dajjal di sisi Raasulullah saw maka baginda bersabda : Sungguh tidak ada fitnah di antara kalian lebih aku takuti daripada fitnah dajjal. Tidaklah ada seorang yang akan selamat daripada fitnah sebelumnya, melainkan dia akan selamat darinya. Dan tidak diciptakan sebuah fitnah sejak dunia ini ada, kecil mahupun besar, kecuali fitnah dajjal".

Perkataan dahsyat ini difahami dengan pelbagai bentuk. Boleh jadi huru hara, boleh jadi budaya maksiat yang bermaharaja lela, boleh jadi fitnah yang berleluasa dan sebagainya. Oleh kerana istilah dajjal itu sendiri bermaksud 'menutupi', maka perkataan dahsyat itu tadi harus dibaca sekali dengan menyembunyikan. Maksudnya ialah, dajjal akan menutupi kebenaran dan menggantikan ia dengan kepalsuan dengan cara yang paling dahsyat dan terlihat begitu mulus dan indah. Dia akan mencetuskan huru-hara dan memenuhi dunia dengan propaganda palsu, mengatur peperangan demi peperangan dengan jalan halus dan licik, mencetuskan pelbagai bencana dengan teknologi pemusnah, mencipta virus penyakit berbahaya sehingga manusia percaya wabak ini tersebar akibat kecuaian manusia, mengawal cuaca dan suhu dengan memusnahkan lithosphere dunia. (Lithosphere atau litosfera ialah lapisan tanah keras di atas kerak bumi dengan kedalaman sejauh 55km (di bahagian laut) hingga 200km (di bahagian daratan). Saya baru baca artikel yang agak menggelikan hati bertajuk Ubat Ketiak Timbulkan Tsunami? Memang menarik tapi saya kongsikan lain kali aje lah ya...).

Sunggguh dahsyat! Jika anda mengetahui betapa dajjal telah mengawal setiap hal ehwal penduduk dunia, anda pasti tidak senang duduk. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama seperti dahulu lagi. Apa yang dikatakan bukan rekaan dan bukan kebetulan. Segala fakta mengenainya sudah diketahui kebanyakan dari kita. Tetapi ia selalunya terhenti macam tu saja kerana tidak dapat dibuktikan. Namun kita harus yakin bahawa semuanya berlaku dengan izin Allah swt.

Sehingga ke hari ini, turutan kemunculan dajjal tidak difahami oleh umat Islam. Kita gagal menyesuaikan kemunculannya dari sudut pandangan logik dan rasional. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, ketika kita membaca kisah dajjal, kita masih menyangka dajjal akan datang seperti gergasi yang membelah awan, melangkah lautan, persis raksasa di dalam siri ultraman. Sunggguh kita telah tertipu! Namun bersyukurlah kerana apa yang kita temui dan ketahui sekarang adalah sebaliknya. Dari pelbagai teks yang terhimpun, dajjal akan tampil sebagai the savior - penyelamat. Dia akan muncul di celah-celah keributan perang dan huru-hara dunia. Maka cerita perang ini akan harus kita lihat dan perhalusi.

Perang Dunia dari yang pertama tidak berlaku secara kebatulan. Itu yang pasti dan itulah yang perlu difahami oleh kita semua khususnya oleh umat Islam. Albert Pike, seorang tokoh Illuminati dengan senagaja telah mendedahkan kenapa Perang Dunia diperlukan dilaksanakan :

"The First World War must be brought about in order to permit the illuminati to overthrow the power of the Czars in Russia and of making that country a fortress of atheistic Communism. The divergences caused by the 'argentur' (agents) of the illuminati between the British and Germanic Empires will be used to forment this war. At the end of the war, communism will be built and used in order to destroy the other governments and in order to weaken the religions".

Terjemahan : "Perang Dunia Pertama mesti dilaksanakan untuk membenarkan gerakan illuminati menjatuhkan  kuasa Czars (maharaja) di Rusia dan menjadikan negara itu kubu kepada fahaman komunis yang bersifat tidak mempercayai mana-mana tuhan. Pelbagai perbezaan (yang bersifat destruktif) yang disebabkan oleh agen-agen illuminati antara British dan empayar Jerman akan digunakan sebagai pencetus peperangan. Pada akhir peperangan, fahaman komunis akan dibina dan akan digunakan untuk memusnahkan kerajaa-kerajaan lain dan untuk melemahkan unsur-unsur keagamaan".

"The Second World War must be formented by taking advantage of the differences between the Fasicists and the political Zionists. This war must be brought about so that Nazism is destroyed and that the political zionism be strong enough to institute a sovereign state of Israel in Palestine. During the Second World War, International Communism must become strong enough in order to balance Christendom, which would be then is restrained and held in check  until the time when we would need it for the final social cataclysm".

Terjemahan : "Perang Dunia Kedua mesti dicetuskan dengan mengambil kesempatan terhadap perbezaan  antara pendokong fasis (membangun kerajaan dengan jalan kekerasan) dan gerakan politik zonis. Perang ini mesti dilaksanakan bagi memusnahkan fahaman nazi untuk mengukuhkan kekuatan politik zionis untuk mendirikan kerajaan berdaulat Israel di Palestin. Ketika Perang Dunia Kedua,  fahaman komunis di seluruh rantau hendaklah menjadi lebih kuat untuk memastikan keseimbangan kerajaan kristian, yang mana ia akan terikat dan boleh dikawal sehingga tiba ketikanya kuasa itu diperlukan untuk perubahan sosial terakhir".

"The Third World War must be formented by taking advantage of the differences caused by the 'argentur' of the illuminati between the politcal zionists and the leaders of the Islamic world. The war must be conducted in such a way that Islam (the Moslem Arabic World) and political Zionism (the state of Israel) mutually destroy each other. Meanwhile the other nations, once more divided on this issue will be constrained to fight to the point of complete physical, moral, spiritual and economical exhaustion... We shall unleash the Nihilists and the atheists, and we shall provoke a formidable social cataclysm which in all its horror will show clearly to the nations the effect of absolute atheism, origin of savagery and of the most bloody turmoil. Then everywhare, the citizens, obliged to defend themselves against the world minority of revolutionaries, will exterminate those destroyers of civilisation and the multitude, disillusioned with Christianity, whose deistic spirits will from that moment be without compass or direction, anxious for an ideal, but without knowing where to render their adoration, will receive the true light through the universal manisfestation of the pure doctrine of the Lucifer, brought finally out in the public view. This manisfestation will result from the general reactionary movement which will follow the destruction of Christianity and atheism, both conquered and terminated at the same time".

Terjemahan : "Perang Dunia Ketiga hendaklah dicetuskan dengan mengambil kesempatan pelbagai perbezaan yang ditanam oleh agen-agen illuminati antara puak zionis dengan para pemimpin dunia Islam. Peperangan ini mesti digerakkan di dalam keadaan Islam (khususnya dunia arab) dan puak zionis (kerajaan Israel) saling bermusuhan sesama sendiri. Sementara itu, bangsa-bangsa lain akan dipecahbelahkan dengan isu ini sehingga mereka terdesak di dalam semua hal sehingga melibatkan kemerosotan dari segi fizikal, moral, spritual dan ekonomi.... Kita patut membebaskan para nihilis dan ateis (para anti agama), dan kita akan mencetuskan kekacauan sosial yang mana dalam semua keributan ini, masyarakat akan melihat sepenuhnya efek fahaman ateis (tidak percaya tuhan), kebuasan mereka dan pertumpahan darah yang berluasa. Di mana-mana, penduduk terpaksa mempertahankan diri daripada kebangkitan puak minoriti (nihilis dan ateis), bangun membunuh semua pemusnah peradaban ini dan sebagainya, kecewa dan keliru akan agama kristian, mereka yang dahagakan bimbingan spiritual hilang arah, cenderung mahukan sesuatu yang ideal, tanpa mengetahui di mana harus disembah, akan menerima pencerahan melalui manifestasi sejagat tentang doktrin Lucifer (menyembah syaitan), akhirnya terdedahlah semua kepada umum. Manifestasi ini  akan terjadi berakibat dari gerakan tindak balas massa yang mana ia akan membawa kemusnahan fahaman kristian dan fahaman ateis, kedua-duanya dapat ditundukkan dan dihapuskan.

Kalau kita perhatikan, pelan jahat illuminati dan freemason sedang berjalan dengan jayanya. Kita sedang berada di dalam fasa ketiga pelan tersebut di mana puak yahudi-zionis selalu menjadi penggerak utama untuk melepasi fasa ketiga ni. Gerak kerja ini dirancang dengan penuh teliti. Selepas Perang Dunia Kedua, satu perjumpaan khas di kalangan pendita-pendita yahudi-zionis diadakan. Perhimpunan ini telah dinamakan Emergency Council Europe di Budapest pada tahun 1952 untuk memacu strategi perang dunia seterusnya (Perang Dunia Ketiga). Berikut adalah intipati perhimpunan itu :

"... this programme will achieve its objective, the Third Wold War, which will surpass in destruction all previous contests. Israel, of course will remain neutral, ... this war will end for all times our struggle against the gentiles. We shall embark upon an era of then thousand years of peace and plenty, the Pax Judaica, and our race will rule undisputed over the world". (Matthias Chang, Future Fastforward, m/s 187 & 228)

Terjemahan : "... program ini akan mencapai objektifnya, Perang Dunia Ketiga, yang akan melepasi segala kemusnahan sebelumnya. Israel sudah semestinya akan kekal neutral, .... perang ini akan menamatkan perjuangan menentang bangsa lain yang sudah sekian lama ditempuh. Kita akan memulakan era keamanan dan kemakmuran selama sepuluh ribu tahun, era Pax Judaica (kaum-kaum yahudi) dan bangsa kita akan memerintah seluruh dunia tanpa dapat dipertikaikan".

Jika menurut perancangan, Perang Dunia Ketiga tidak dapat diteruskan pada tahun yang telah dijangkakan, namun hasrat itu tidak pernah padam malah semakin membara dan perancangan yang lebih membinasakan  dibuat dengan skala yang lebih besar. Pada tahun 1980, satu pelan baru telah dibentangkan dengan dasar berikut :

".... great saga will demolish a large part of our world in a multi-dimensional global war, in comparison with which the past world wars will have been mere child's play. That war over resources in the world... we can imagine the dimensions of the global confrontation which will face us in the future". (Matthias Chang, Fast Forward, m/s 189)

Terjemahan : ".... peristiwa besar kemusnahan sebahagian besar alam ini di dalam perang dunia pelbagai dimensi (melibatkan beberapa perkara), sebagai perbandingan, peperangan dunia yang lalu hanyalah sebagai permainan anak-anak. Peperangan itu untuk mengaut sumber kekayaan bumi... kita boleh membayangkan tentangan dari seluruh dunia yang akan kita hadapi pada masa akan datang".

Mimpi dan gelombang kemahuan untuk menguasai dunia bukanlah satu idea yang terpisah, bahkan ia dikongsi secara konsisten oleh para rabbi yang mendokong fahaman yahudi-zionisme di seluruh dunia pada setiap detik dan kurun. Secara tidak langsung, ia menjadi bukti bahawa tanpa kita sedari, semua kejadian  sebenarnya telah dirancang dan dipetakan.

Ramai yang tidak jelas ketika cuba merungkai siapakah dalang yang sebenar di sebalik konspirasi besar ini. Masyarakat umum akan mengatakan ia kerja yahudi dan zionis. Bagi mereka yang baru mula mengkaji mengatakan ia adalah hasil kerja gerakan freemason. Sebenarnya ini hanyalah sebahagian dari kebenaran. Bagi anda yang mulai memahami kerja-kerja konspirasi dunia dan gerakan bawah tanah (underworld), akan mengesan bahawa terdapat satu kelompok yang lebih dominan iaitu The Illuminati. Ia mewakili keseluruhan dasar secret society (gerakan rahsia) yang mungkin tidak juga seluruhnya benar. Kelihatannya ada satu lagi kuasa lain yang bergerak tanpa dapat dikesan yang bergelar the hidden hand (tangan tersembunyi). The hidden hand inilah yang berhubung secara langsung dengan dukun agung yang ditunggu iaitu dajjal.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah kemunculan nama dajjal ini memang telah termaktub di dalam mimpi dan gelombang kemahuan mereka. Perhatikan sahaja pendedahan yang dibuat oleh golongan koservatif gereja di dalam satu rumusan persidangan Roman Katolik (Persidangan New House of Theosophy pada Ogos 1991) Sumber www.cuttingedge.org/news/n1051.html.

"With the idea of a key role planned for the Roman Catholic Pope, let us now return to the notes on the seminar at the New England House of Theosophy to see what is planned to happen once the combination worship center is actually built. In fact, let us list all five of the planned steps.

Step One - Three global conferences must be held in order to give birth to the New World order System. (Actually occured Aug 28 - Sep 10, 2000, when New World Order was 'birthed into existence').

Step Two - General Fear of War needed to be instituted and maintained in order to provide the pressure needed to move the parties into this plan (note: When Arafat began his Intifada on Sep 29, 2000, Israel was plunged into the Fear of War scenario from which she has never emerged. Further, when President Bush ordered Coaliton Forces to attack Iraq on March 20, 2003, he plunged that region into an actual war from which is has not recovered but just as importantly the US invasion plunged the world into an unprecedented Fear of War or Rumours of Wars which will not abate until the planned World War Three is under way. How many time have we heard since March 20, 2003, that our attack in Iraq has increased global terrorism and has made all of us more vulnerable to terror attack, not less?

Step Three - International Control Over Jerusalem Religious Area. Once this control established, groundbreaking could bein on a new combination worship center for Jews, Christians and Muslim.

Step Four - Roman Catholic Pope travels to Jerusalem to dedicate this new worship center, proclaiming that all religions of the world are now one. He is their head and the New World order Religion is now official.

Step Five - Lord Maitreya (dajjal) will come to the world scene after the world war has been fought to produce him. After he arises the plan calls for a new temple to be built, after clearing the rubble of the dome of the rock, of course! "

Terjemahan : "nanti-nantilah saya terjemahkan"



Umat Islam mesti jelas dengan susur galur penipuan dajjal dalam bentuk konspirasi gelap yang diatur dengan begitu teliti. Malangnya, kebanyakan umat Islam hanya membaca, apa yang berlaku di pentas dunia hanya sebagai satu konflik semasa dan bahan sejarah usang. Sebaliknya saudara, sebenarnya ia adalah satu skrip panjang yang telah dirangka dan ditulis dajjal sejak ribuan tahun lalu. Ia bukan satu kebetulan. Adakah Perang Salib itu satu kebetulan? Adakah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah itu satu kebetulan? Adakah kejatuhan Cordova di Andalusia itu juga satu kebetulan? Adakah gerakan perluasan empayar British dengan konsep 3G (gold, glory, gospel) satu kebetulan? Adakah kejatuhan sistem beraja di Rusia dan Perancis satu kebetulan? Senarai akan menjadi lebih panjang untuk dikisahkan. Tidak syak lagi, inilah hasrat dajjal yang digerakkan oleh puak illuminati yang bersedia dengan apa jua cara untuk mendatangkan Lord Maitreya mereka iaitu dajjal.

Mereka mendominasi aliran sosio-politik-ekonomi dunia. Memetakan fasa demi fasa dan dunia sedang diarah ke satu fasa di mana mereka akan memunculkan dajjal. Persoalannya bukan lagi bagaimana, tetapi adalah BILA? Ia bagai satu sandiwara atau gerak tok dalang ketika memainkan wayang kulit. Tidak hairan ramai yang akan tertipu kerana fitnah sulit ini diadun dengan penuh kerahsiaan dan ketelitian. Mari kita perhatikan kata-kata tokoh illuminati lain seperti Bill Lambert :

".... when Lord Maitreya (dajjal) appears, he will apperar as different beings to different people. He will appear as a man to a man and as a woman to a woman. He will appear as a white to a white, as a black to a black, as an Indian to an Indian, etc".

Terjemahan : "akan dikemaskinikan"

Saudara, saat kemunculannya ialah  kemuncak kepada segala fitnah. Sebelum itu, dia merangka pentas kemunculannya dengan jayanya, mencipta satu babak ke satu babak yang lain dengan memanipulasi pola fikir dan gerak rasa masyarakat. Mengubah persepsi mereka, mengubah cara hidup manusia dengan penuh terancang, mengubah sejarah dan realiti dunia mengikut acuan dan kehendaknya. Perang Dunia Ketiga adalah indikasi awal kemunculannya.

Dia berniat meletakkan manusia di dalam keadaan ketakutan dan putus asa. Ketakutan dan keputus-asaan yang amat sangat. Minda pemikiran manusia di tekan sehingga berada di dalam ketakutan, kekecewaan dan putus harapan. Gelombang ketakutan ini menebar ke seluruh penjuru dunia melalui ancaman perang, bencana alam, wabak penyakit bahkan karya filem seram sengaja dijadikan sebagai pilihan, tema dengan pelbagai judul oleh pengarah Hollywood dengan motif untuk menyerapkan rasa takut ini ke dalam minda bawah sedar kita. Jalan fikir manusia dikawal dan diarah sesuka hati melalui filem dan lagu.

Tanpa sedar, kita dibawa ke satu sudut pemikiran bahawa dunia hanya boleh diselamatkan oleh seorang super-human seperti Superman, Batman, Spiderman dan sebagainya. Malah karya filem Superman dan Batman diberi tema dan judul The Return. Hero-hero pula ditampilkan dengan rambut hitam dan wajah-wajah kacak yang lebih mirip kepada keturunan yahudi. Pemikiran bawah sedar kita akan menangkap isyarat ini bahawa apabila dajjal muncul, dengan propaganda sebagai the saviour, dengan wajah yang hampir serupa dengan hero-hero tersebut, kita akan dengan mudah dapat menerimannya tanpa banyak soal.

Dia akan tiba tanpa dijangka. Ianya bagai merentap seagala lamunan kehidupan selama ini. Cuba dengar dan baca berita setiap hari, perhati dan teliti, lihat bagaimana dunia sekarang sedang mengambil posisi ke arah kemunculan dajjal. Lihat apa yang berlaku di negara teluk. Ia menjadi tanda bahawa betapa ahli-ahli konspirator dunia dan puak illuminati yang menjadi sekutu dajjal sedang berusaha menjadikan perang dunia ketiga menjadi kenayataan. Mereka bekerja keras setiap saat tanpa henti bersilih ganti. Bagi mereka, huru-hara harus dicetuskan di mana-mana untuk memberi laluan kepada kemunculan dajjal yang mereka tunggu-tunggu.

Benar, kita sedang berada di ambang perang. Jika perang dunia kali ini meletus, tidak mustahil ia akan melibatkan letupan bom nuklear dan bom apa lagi yang maha dahsyat. Kini kita sedang menghadapi Perang Teluk ketiga dalam skala yang lebih besar selepas Perang Dessert Storm 1 dan 2. Lokasi di Timur Tengah sengaja dipilih sebagai pintu laluan kemunculan dajjal. Sebagaimana Nabi Muhammad saw dahulu bersabda membayangkan bahawa dajjal akan muncul dari satu daerah timur iaitu Khurasan.

Bahkan ada sebuah hadis diriwayatkan dari Abu Shadiq, dia berkata : "Abdullah ibnu Mas'ud berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda : Aku (Nabi Muhammad saw) tahu rumah yang pertama kali akan diketuk oleh dajjal adalah rumah kalian, penduduk Kufah (Iraq)".

Perang Dunia Ketiga merupakan ibu segala perang. Justeru jangan terkejut jika perang kali ini melibatkan  kemusnahan alam yang besar, kematian yang melibatkan bilionan iaitu total mass destruction. Namun hakikat sebenar hanya ada dalam pengetahuan Allah swt jua.

Saya melihat perang dunia ketiga adalah sebagai salah satu sebab untuk menghapuskan gentiles iaitu non-yahudi, non-zionis, non-luciferian, non-satanian.. suka-suka aku je tulis kan? Sementara pada pandangan mereka, puak-puak dan sekutu dajjal adalah kalangan yang lebih layak hidup. Kononnya dunia ini hanya layak untuk mereka sahaja. Pastinya base-base atau tempat persembunyian yang ampuh dari kemusnahan  sudah lama tersedia sekiranya perang itu berlaku. Persediaan teliti telah mereka lancarkan dan mereka sudah tidak sabar untuk melakukannya.

Perhatikan pertikaian dan krisis dunia hari ini yang melibatkan negara-negara yang memiliki kuasa bom nuklear. Kita dimomokkan dengan ancaman-ancaman yang berbau bom nuklear dari negara-negara seperti Iran, Korea Utara, Pakistan, India namun dalam masa yng sama kuasa nuklear utama seperti Amerika, Rusia dan Israel disenyap-sunyikan. Jika negara-negara inilah yang terlibat di dalam kancah peperangan, maka pelancaran bom nuklear sudah pasti tdak dapat dielakkan.

Jika ditakdirkan perang meletus, inilah negara-negara yang akan melancarkan bom nuklear mereka. Ketika bom nuklear dilancarkan, akan ada pihak yang menyatakan bahawa ia hanyalah tindak balas ketenteraan yang dicabuli atau pelbagai alasan lain bagi membenarkan tindakan mereka. Bayangkan betapa kemusnahan di Nagasaki dan Hiroshima yang terpaksa di tanggung dahulu. Betapa pula kali ini pada perang dunia ketiga, dengan pelbagai teknologi canggih dan terkini, bukan sahaja bom nuklear, teknologi HAARP sudah pasti akan diaktifkan juga, bom hidrogen dan sebagainya. Sekiranya ia meletus, separuh bahagian benua di dunia ini akan hancur, begitu juga dengan sebahagian besar peradaban manusia.

Anda menonton filem THE RESIDEN EVIL yang terbaru? Nampak tak bagaimana penjahat meletupkan sebuah kawasan yang luas dalam sekelip mata menjadikan kawasan tu hancur sehancurnya sehingga menjadi debu? Pastu siapa tengok filem apala namanya tu... aaaa, CAPTAIN AMERICA.. Tengok teknologi pemusnah yang si penjahat tengkorak merah tu guna, yang macam laser kaler biru tu.. sesungguhnya filem adalah umpama cerminan teknologi yang mereka ada.. apa yang kita tahu terlalu sedikit..

Lihat ramalan Nostradamus di dalam Century III, Quatrain 83 :

"One of the bombs will land in the Mediterranean sea instead of the land, poisoning all the fish. The passages of trade in the region will be disrupted so that the people on the other coast will be desperate for food and will eat the fish anyway. It will happen near the east coast of the Mediterranean in a region of dark-colored cliffs".

Terjemahan : "Salah satu bom akan meletup di kawasan laut Mediterranean bukannya di daratan, meracuni semua ikan. Laluan perdagangan di wilayah itu akan terhalang membuatkan penduduk di belahan pantai yang lain terdesak mendapatkan bekalan makanan dan terpaksa memakan ikan yang beracun itu. Ini akan terjadi di bahagian pantai timur wilayah Mediterranean yang gelap warna tebingnya".

Baca yang ini pula :

"The nuclear weapon being dropped by one of the Middle Eastern countries will spark off yet another war on top of that war. European nations will try to interfere to diminish the threat to oil supplies. When the European countries try to interfere, the crazed leader will use the rest of his arsenal on Europe, most striking the Italian peninsular".

Terjemahan : "Senjata nuklear yang digugurkan oleh salah satu negara Timur Tengah akan mencetuskan lagi peperangan di dalam keadaan perang yang sedang berlangsung. Kuasa Eropah akan cuba untuk campur tangan bagi mengurangi ancaman bekalan minyak. Apabila negara-negara Eropah ini cuba campur tangan,  pemimpin yang gila (gila kuasa dan gila perang) akan menggunakan seluruh kekuatan senjatanya terhadap Eropah, kawasan yang teruk dilanda perang adalah Semenanjung Itali.".

Petikan di atas hanyalah amaran-amaran yang tidak perlu dipercayai. Tetapi tidak dinafikan, apabila perang meletus, keadaan akan amat huru hara sekali dan tidak ketentuan hala. Seperti kiamat kecil. Tak ubah seperti pengalaman ketika zaman perang Jepun. Semua hidup dalam ketakutan. Di Eropah, pengalaman holocoust akan berulang lagi. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat kegetiran itu?

Masya Allah, hanya menggambarkan sahaja sudah menaikkan bulu roma apatah lagi untuk menghadapinya. Mana kita mahu lari saudara? Masuk ke dalam rumah kita yang besar tersergam itukah? Atau masuk ke dalam kenderaan yang besar dan gah? Masuk ke dalam bangunan-bangunan pencakar langit yang mewah? Masuk ke masjid-masjid yang berhias indah? Masuk la mana-mana pun, ketika itu, semua tidak lagi membawa sebarang makna. Hanya Allah swt yang menjadi penyelamat kita. Jom, marilah kita berlari dengan sepantas-pantasnya menuju ke bawah lindungan Allah swt. Hanya kepadaNya lah kita berlindung dan meminta, supaya peperangan ini tidak berlaku di zaman ini. Namun, bagaimanakah dengan nasib anak cucu kita? Jika tidak berlaku di waktu kita hidup, sudah pasti merekalah yang akan menghadapi zaman peperangan ini. Masya Allah, kasihannya...

Ya Allah, (Amin)
Tuhan yang empunya langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya, (Amin)
Engkaulah yang Maha Mendengar segala rintihan hati kami ya Allah, (Amin)
Peliharakanlah keselamatan kami dan anak cucu kami ya Allah (Amin)
Lindungilah kami dan anak cucu kami dari mati dalam keadaan terseksa ya Allah. (Amin)
Biarlah kami pergi dalam keadaan baik dan tetap beriman kepadaMu ya Allah (Amin)
Jauhkanlah kami dan anak cucu kami dari fitnah dajjal yang membinasa ya Allah (Amin)
Amin, amin ya robbal 'alamiin..


Bersambung.


Sekarang dah dekat pukul 4:00 pagi. Ramainya yang tak tidur lagi. Saya minta diri dulu ya, nak beradu. Segala kesilapan letak huruf atau ejaan, akan diperbaiki kemudian.

Lepas baca ni cakap terima kasih tau. Lenguh jari jemari saya yang runcing ni mengetik keyboard untuk tatapan anda. Tak malu kan saya? Main suruh-suruh orang pulak, tu namanya tak ikhlas puan ibu... oklah, oklah, tak payah cakap pun takpe... babai..




Wassalam.




Saturday 17 November 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya Siri 10


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum pembaca semua.
Terima kasih kerana bersabar menunggu.


Diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung artikel (hampir sampai, bukan dah sampai). Tidak termasuk siri ini, mungkin masih berbaki satu atau dua siri lagi. Sebab nak baca cepat kan? Ini aje yang sempat buat. Sebelum mula, saya nak tarik perhatian anda dengan menyatakan, "penghujung Tembok Besar China di bahagian utara berakhir di tepi laut Bohai, daerah Shanhaiguan, Qinhuangdao". Turut dikenali sebagai Old Dragon's Head.

Kenapa laut? Siapa yang kita bincangkan sinonim sekali dengan laut? Siapa yang datang mencetus tamadun agung melalui jalan laut? Dari sekian banyak artikel yang saya kongsikan di sini, anda fikir lah sendiri.. Semua pandai-pandai belaka kan? Baguuuuus..


  


Baiklah, siri kali ini menyentuh sedikit tentang piramid yang dikatakan sebagai stargate (tapi sikit sangat, saya pun tak puas hati nih.. grrrr. mungkin apa yang ingin disampaikan penulis adalah mengenai teknologi yang berkaitan dengan dajjal, yang berkaitan dengan manusia tak dimasukkan. kalau begitu, apa kata nanti saya buat artikel berasingan tentang piramid. selain biskut merry, ada sesiapa yang berminat kisah piramid-piramid ni?).

Piramid dikenali sebagai makam persemadian jasad raja-raja agung yang dianggap sebagai dewa (nama-nama mereka sudah dibahaskan pada artikel yang lepas. So, malaslah nak tulis nama-nama mereka tu lagi). Di dalam kepercayaan dan mitos kuno yang tertulis di dalam transkrip mereka, raja yang dianggap sebagai dewa ini tidak mati tetapi rohnya terbang bersama naga (ular bersayap) menuju matahari atau mengembara ke alam lain. Hikayat ini dilakar sebagai mural di dinding-dinding di bilik permakaman (chambers). Manakala jasad raja atau dewa mereka yang berbentuk mumia diletakkan di dalam keranda yang mudah untuk dibuka. Keranda ini dimasukkan ke dalam bilik pemakaman khas yang aneh.

(Semasa penemuan pertama kali, piramid dikenali sebagai makam, namun semakin menghampiri zaman milenium, penemuan-penemuan baru telah ditemui. Seolah-olah sesuai mengikut teknologi semasa).

Ketika meneliti gambar bilik-bilik pemakaman ini (chambers), terlihat ada keanehan lain. Di dalam setiap piramid yang dibina, jelas ia wujud hanya sebagai tipu helah (decoy). Terdapat di salah satu bilik itu adalah lokasi gerbang pintu masuk ke alam jin atau apa yang diistilahkan oleh pengkaji barat sebagai stargate.

Istilah stargate telahpun masyhur di barat ketika mereka cuba membahaskan kewujudan dimensi lain dan dari mana makhluk asing masuk ke alam dunia. Maka teori stargate ini telah dikemukan. Bahkan idea ini telah diterjemahkan kepada sebuah karya filem. Pada asasnya, stargate adalah lingkaran haba yang memisahkan dua dimensi alam iaitu alam manusia dan alam jin. Para pengkaji barat masih berusaha untuk membuktikan teori ini namun sehingga kini masih belum ada pendedahan rasmi mengenainya.

Mereka percaya, di setiap lokasi ada tingkap masuk ke alam lain - apa yang kita kenali sebagai alam jin. (Tetapi orang kafir yang tidak mengetahui akan hakikat alam ghaib sukar untuk menterjemah kajian mereka melainkan menoktahkannya dengan mengaitkannya dengan makhluk angkasa).

Kita sudah maklum bahawa dajjal mempunyai kebolehan untuk tembus ke alam jin dan telah melakukannya berulang kali. Dia bebas seolah-olah mendapat tiket untuk berulang alik ke sana. Selain jasadnya yang terbina daripada dua unsur iaitu tanah dan api (percantuman benih antara benih manusia dan jin syaitan), dia juga berupaya untuk mengesan dan membina gerbang pintu ke alam jin.

Di dalam karya Merlin, dia mengakui mendiami alam hibernasi yang tidak dapat dikesan. Dia memang mempunyai kemahiran itu. Untuk pengetahuan sidang pembaca, tidak semua tempat, sesuai untuk kita masuk ke alam jin. Pintu alam jin di bina dari gerbang lingkaran haba yang dapat mengubah molekul jasad untuk mengalir dengan kadar yang lebih pantas.

Ketika itu, jisim kita akan menjadi lebih ringan. Bagi masyarakat melayu yang biasa dengan kisah-kisah misteri orang hilang dan masuk ke alam bunian, mereka akan memahami gerbang masuk ke alam jin.

Untuk ke sana, ia memerlukan kita masuk ke tingkap lingkaran haba ini. Menurut amalan perdukunan, kita hanya boleh tembus ke alam jin dengan berpuasa selama 40 hari dari memakan daging. Tidak dapat disahkan sejauh mana ilmu ini terbukti benar, namun ia wujud walaupun asing. Apa yang boleh disahkan adalah bahawa terdapat lokasi tertentu sempadan haba yang memisahkan alam jin dan alam manusia.

Lokasi tingkap lingkaran haba ini dapat dikesan dengan aura hangat atau kehadiran takat gelombang elektromagnetik. Pada masa dahulu, kehadiran elektromagnetik di sesuatu kawasan boleh dikesan dengan menggunakan kaedah pendulum. Iaitu kaedah tradisi purba untuk mengesan getaran elektromagnetik di sekitar kita.

Sungguhpun terlalu awal untuk idea ini dibincangkan, hakikatnya seorang pengkaji barat bernama Tom Lethbridge telah berhasil melakukan ujikaji ini. Pada tahun 1971, beliau telah menulis pengalaman dan hasil penemuannya yang bertajuk The power of Pendulum.

Pendulum bertindak sebagai alat jangka untuk mengesan kewujudan dimensi lain melalui getaran haba. Dia turut mengesahkan bahawa tubuh manusia boleh mengesan kehadiran dimensi lain (alam jin) melalui sub-concious mind (minda luar sedar). Kehadiran gerbang lingkaran haba ini tidak dapat dikesan oleh mata kasar kita. Demikian hipotesis penulis tentang mengapa makam dan keranda raja agung seperti tidak ditanam bahkan dibiarkan di dalam satu ruang bersebelahan dengan bilik kosong yang penuh misteri. Di Mesir, piramid Giza yang menempatkan bilik misteri yang turut menyimpan harta Firaun dikatakan berpuaka dan mempunyai sumpahan sedangkan bagi penulis, ia hanyalah lokasi keluar masuknya bangsa jin yang menjaga harta firaun tersebut.

Mengikut doktrin purba yang mengatakan raja agung mereka tidak mati, adalah benar. Lord Pacal, Shi Huang Ti dan Viracocha tidak mati tetapi hanya dibungkus di dalam kafan mumia dan disimpan di dalam kotak yang boleh dibuka. Ketika ia disimpan di dalam salah satu bilik di dalam piramid, raja agung itu akan bangkit dan tempatnya akan digantikan. Seterusnya dia akan masuk ke alam jin melalui pintu lingkaran haba tadi dan bersedia untuk keluar pada zaman yang lain pula setelah lama mendiami alam hibernasi jin. Ia hanyalah satu muslihat dajjal untuk meneruskan legasi kehidupan misterinya.

Jelas ketika membongkar rahsia kod dan simbol misteri terracotta, kita telah mula mengetahui bahawa ia adalah muslihat dajjal yang telah menempatkan dirinya sebagai raja kemudian menjadi dewa dan hilang atau mati secara inkarnasi sebelum kembali lagi di penghujung dunia sebagai tuhan masa hadapan. Dia adalah the Super God yang yang dikatakan tidak mati dan sedang ditunggu-tunggu kemunculannya.

Hmmmm... sikit sangat kan? Baru nak warm up, dah habis. Kisah di bawah mengenai kewujuan bongkah-bongkah batu stonehenge dan batu-batuan lain. Yang ini boleh dikatakan lagi menarik la.. jom baca lagi.


Kita akan bongkarkan rahsia dajjal dan stonehenge di sini.


  Stonehenge, England
  Swinside Stone Circle, England
  Bryn Fader Caner, North Wales
  The Castlerigg Stone Circle, England
 Susunan batuan di India
  Carnac Stone, France
  Rapa Nui, Easter Island

Ini hanya sebahagian sahaja, masih banyak lagi di luar sana.

Bongkah-bongkah batu yang tersusun secara teratur di England, Ireland, Scotland dan lain-lain, dahulunya tidak dapat dipastikan sebab kewujudannya. Samada ia tegak secara semulajadi atau ada yang membinanya. Ia hanya dikenal pasti oleh pengkaji sebagai tinggalan purba yang berusia 5 ribu ke 3 ribu tahun sebelum masehi. Masyarakat yang datang kemudiannya memelihara bongkah-bongkah batu ini sebagai monumen sejarah. Setelah sekian lama kajian dan pemerhatian dibuat, satu demi satu misteri di sebalik bongkah batu ini dapat disingkap. Ia adalah kapsul masa yang menanti untuk diungkap. Pada tahun 1921 seorang lelaki Inggeris bernama Alfred Watkins di dalam bukunya yang bertajuk The Old Straight Track, dapat mengenal pasti susunan bongkah-bongkah batu ini terletak di atas garisan lurus yang mempunyai ciri-ciri istimewa. Di antaranya ialah, kedudukan bongkah-bongkah batu in berjajaran dengan konstelasi bintang dan ley-lines.

(Saya mula mengenali ley-lines melalui filem The Da Vinci Code. Penulis buku tidak mengupas apa itu ley-lines. Jadi, kepada pembaca yang tertanya-tanya apa itu ley-lines, saya persembahkan kepada anda.... Ley atau lea membawa maksud clearing atau kawasan lapang. Kaum Perancis purba mengenali ley sebagai tasik. Ley-lines pula, di sesetengah kawasan, ia dipanggil Holy Lines (German), Fairy Paths (Irish), Dragon Lines (Chinese), Spirit Lines (Peruvians), Turingas atau Dream Paths (Aborigines Australia), Death Lines dan begitulah seterusnya mengikut panggilan masyarakat setempat di mana-mana bahagian dunia yang mempunyai kumpulan batu-batuan aneh ini. Fungsi stonehenge boleh dibahagikan kepada beberapa kategori samada ianya adalah tempat ritual astronomical (winter solstis dan ekuinoks), tempat perkuburan, lambang geometrik, angka dan sebagainya. Menurut Paul Deveraux, setiap formasi batuan aneh yang menjangkau sehingga di ratusan tempat, ia ternyata dibina di atas garisan ley. Menurut feng shui china, di kawasan ley-lines yang mempunyai binaan batuan unik adalah letaknya pusat kuasa magnetik bumi. Batu-batu itu pula dipanggil the stone of fire yang boleh menghasilkan sumber tenaga yang amat banyak seperti piramid. Piramid juga terletak di jalur ley).

Di sini juga terdapat tempat sumber mata air bawah tanah (blind springs). Bongkah-bongkah batu ini benar-benar berada di atas lingkaran lokasi yang unik. Lalu jawapan yang tepat dicari bagi mendapatkan kepastian, siapa dan untuk apa bongkah-bongkah batu ini dibina. Berdasar-kan kajian santifik, kedudukan bongkah-bongkah batu ini memang sengaja diletakkan mengikut arah terbitnya matahari sebagai ritual kelahiran semula tuhan matahari setelah terperangkap semasa musim dingin (upacara ritual kelahiran semula matahari).

"Lebih kurang 2 kurun dahulu, buat pertama kalinya, garisan yang berjajaran dengan terbitnya matahari musim panas di kesan pada susunan batu stonehenge. Hanya pada kurun ke-19 jajaran yang sama di kesan pada lingkaran batuan lain. Dan hanya pada abad akhir ini, bentuk orientasinya disahkan, di luar jangkaan kerana ia menunjuk tepat ke arah utara timur selatan dan barat, arah yang sehingga kini membingungkan para pengkaji. Bagaimana pembinanya mampu melakukan sedangkan tidak ada arah kompas bintang pada waktu itu".

Di sini kita akan menemui satu fakta yang mengejutkan. Mari kita kesampingkan dahulu ciri-ciri lain mengapa binaan formasi batu itu dibina sejajar dengan ley-lines. Kecuali satu. BLIND SPRINGS atau SUMBER AIR BAWAH TANAH. Kita beri sepenuh tumpuan di sini.

"Researchers in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence with blind springs also emerged... Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with blind springs where water wells up but not break the surface"

Terjemahan : "Para pengkaji Amerika secara bersama mendedahkan bahawa pembentukan jaringan garis lurus yang menghubungkan formasi bebatuan, artifak kaum Indian dan deretan batu yang tegak berdiri, jelas menunjukkan ia diletakkan oleh manusia dan menimbulkan pula pertalian formasi itu dengan sumber air bawah tanah.... Para dowser (pencari air yang menggunakan sesuatu alat) dengan sokongan ahli geologi menemukan yang kedua-dua ley dan tapak purba adalah selari dengan sumber air bawah tanah, di mana air bergenang tetapi tidak naik ke permukaan".

Menurut Xavier Guichard, perkataan ley membawa maksud denai-denai perjalanan yang berkaitan dengan air atau garam. Keputusan itu diperolehi melalui kajian selama 25 tahun menghubungkan jalinan denai-denai masyarakat purba yang berkumpul di situ samada untuk mencari air, berdagang garam atau melakukan ritual astronomical. Denai itu bukan hanya menjadi laluan pedagang garam purba, malah ada mempunyai marking stone (stonehenge) tersendiri. Tempat ini mempunyai kuasa bumi (earth force) yang kuat. Dulunya dikenali sebagai tempat pertemuan para pedagang, namun setelah dikaji dengan lebih mendalam, rupanya ada udang di sebalik batu. Ke yang betulnya, ada air di sebalik batu....

Apakah makna semua ini? Adakah ianya satu kebetulan? Adakah formasi batuan di mana-mana belahan dunia juga satu kebetulan? Yang sebenarnya tidak saudara, ia bukan satu kebetulan tetapi adalah sebuah  tanda (marking) daripada perancangan awal dajjal. Kedudukan bongkah batu ini diletakkan dengan tujuan yang telah dijangka dan satu perancangan yang tersembunyi. Dari sinilah, satu lagi hakikat hasil kerja tanda dajjal ditemui. Jika kita mengesan kembali sabda nabi Muhammad saw :

"Sesungguhnya dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid Ath-Thur dan Masjid Al-Aqsa". 

Ramai di kalangan pentafsir hadis menghuraikan sumber air itu sebagai tempat perhimpunan manusia seperti bandar atau kampung. Ataukah mungkin sumber air yang dimaksudkan oleh nabi saw itu memang benar-benar sumber mata air seperti yang ditemui oleh Watkins : "....the ancient sites coincided with 'blind springs' where water wells up but does not break the surface".

Jikalau begitulah keadaannya, maka dajjal telah menyediakan perancangannya in-advance. Amaran-amaran nabi-nabi terdahulu yang berkaitan dengan dirinya diteliti dan dikaji. Dan melalui amaran-amaran itulah dia telah menandakan setiap lokasi mata air yang belum terpancar (masih tersembunyi). Dia akan datang ke lokasi ini pada saat kemunculannya telah tiba. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, di sinilah dia akan menunjukkan kesaktiannya kepada seluruh manusia (kepada yang tidak tahu, memang le nampak sakti, tapi sekarang kita sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi). Di situ jugalah akan terjadi tempat berhimpun para pengikut dajjal seperti yang telah disabdakan oleh nabi Muhammad saw iaitu - tempat berhimpunnya aliran-aliran air.

Inilah sebenarnya perancangan dajjal melalui anak-anak didiknya yang setia (pengikut Arthurian). Dia menyusun-bina bongkah-bongkah batu stonehenge di atas sumber air bawah tanah yang belum terbit sebagai penanda. Perhatikan pula sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asma binti Yazid Al-Ansariah.

"Pada satu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal dajjal lalu berkata : tiga tahun menjelang kedatangan dajjal akan terjadi kamarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan 1/3 air hujan dan bumi menahan 2/3 tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan 2/3 hujannya sedangkan bumi menahan 2/3 tumbuhannya. Pada tahun ketiga, langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya".

Pembaca sekelian, berdasarkan sabda seorang nabi yang ummi, jika begitulah keadaannya pada masa itu nanti, adakah dajjal akan benar-benar menerbitkan air melalui celah-celah bongkahan batu itu? Ataukah mungkin pada masa huru hara itu nanti dia akan membawa sekumpulan manusia yang taat kepadanya dan menunjukkan kepada mereka bahawa dia sebagai tuhan yang disembah, berkuasa untuk menerbitkan air di mana-mana saja yang disukainya (pada pandangan saya sahaja itupun jika benar, pada ketika itu dajjal hanya menunjukkan tempat sumber air tetapi proses penggalian dilakukan orang lain). Bagaimana saudara? Mahu diambil hipotesis ini atau sudah jelas kepada kita bahawa terdapat hubungan di antara monumen misteri dengan fitnah penipuan dajjal? Semuanya akan Allah dedahkan jika kita melihat dengan hati yang terang.

Bayangkan ketika saat getir kemarau yang melanda selama 3 tahun berturut-turut, ketika anak-anak kita merintih memohon segelas minuman, betapa dajjal akan tampil sebagai penyelamat manusia dan menjanjikan kehidupan, mendatangkan hujan serta menerbitkan air daripada bumi. Pada saat dan ketika itu akan terujilah iman kita samada mahu mengikut dajjal atau tetap bernaung di bawah kalimah tauhid. Mereka yang fasik, munafik dan lemah imannya akan menyongsong ke arah dajjal sehingga sanggup menjual keimanannya yang setipis kulit bawang. 


****


Pesanan daripada penaja a.k.a  SAYA la tu :

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Muslimin dan muslimat kecintaanku sekelian, jika anda masih terleka, mulakanlah dari sekarang, ajari lidah anda, basahilah hati dengan kalimah-kalimah tauhid dan zikir selepas solat mahupun setiap masa terluang.  Kerana pada waktu yang getir itu (krisis makanan dan air), sekiranya kita masih hidup, hanya kalimah-kalimah ini yang akan menjadi pengganti makanan dan minuman kita. Hafal surah Al-Kahfi, 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir untuk mengelak fitnah dajjal (permudahkan dengan hafal sedikit demi sedikit, jangan disukarkan).

Ajarlah isteri-isteri kita, anak-anak kita, adik-adik kita especially yang perempuan kerana kaum perempuan adalah kelompok teramai menjadi pengikut dajjal sehingga dikatakan bila masa itu tiba, anda yang lelaki akan terpaksa mengikat kami iaitu ibu, isteri dan anak-anak perempuan anda dari keluar daripada rumah kerana hebatnya godaan dan muslihat dajjal bagi kaum wanita.

Jaga solat, jaga perhubungan antara saudara mara dan sahabat handai. Jangan lari dari persatuan ummah. Penuhkan masjid-masjid. Mulakan dari sekarang saudara... atau anda mahu menunggu sehingga masanya sudah benar-benar terlewat dan tiada lagi hari esok untuk kita...

Na'udzubillahi min zalik. Berhati-hatilah!


****



KISAH DAJJAL

Jika diberi peluang mengetahui misteri sebenar kisah dajjal, hampir semua orang akan melakukannya. Kecenderungan untuk mengetahui kisah dan hal ehwal sebenar tentang dajjal bagai satu fenomena yang tidak terbendung. Sehingga kini, masih belum ada sesiapa yang mengetahui secara nyata siapa dajjal sebenarnya. Dia memiliki kisah hidup yang panjang dan seperti Iblis, telah ditangguhkan ajal untuknya. Di dalam usia yang panjang, dia menempuh kehidupan dan menjelajah setiap pelosok dunia. Dalam usia yang panjang itu juga, dia telah mencipta dan menanam benih-benih fitnah di dalam segala kesempatan.

Dia sudah hidup terlalu lama sehingga mendakwa bahawa dia adalah manusia yang berupaya menghubung-kan zaman silam dan masa hadapan. Dia mempelajari banyak ilmu sesuai dengan kemampuan akalnya bermula dari ilmu sains tabi'i, ilmu sihir dan ilmu dari langit yang tinggi (ilmu malak).

Dia juga berupaya menggabungkan ketiga-tiga ilmu ini dan memanipulasinya demi untuk mencapai hajat dan cita-citanya. Dia tahu setiap butir ilmu secara terperinci, asal punca ilmu tersebut dan segala cabangnya. Bahkan perkembangan ilmunya tidak pernah berhenti. Dia terus meneliti dan mengkaji sehingga ilmunya berkembang dengan pantas selari dengan potensi akalnya yang terlalu cerdas.

Dia dianugerahkan Allah swt dengan keupayaan akal dan jasad yang luar biasa. Akalnya berupaya untuk memahami sesuatu perkara dengan mudah dan cepat seolah-olah alam ini sendiri adalah gurunya. Potensi akalnya pula mendahului zaman dengan kadar pengetahuan yang jauh melangkaui masa hadapan.

Kita maklum akan hadis rasulullah saw bahawa dajjal diberi kesempatan untuk lama hidup. Jasadnya mampu bertahan dari perubahan masa dan tidak dimamah usia (berhenti di dalam lingkungan 40-an). Peningkatan umurnya berlaku dengan amat perlahan. kerana dia telah menemui rahsia bagaimana memelihara umur dan kesihatan sehingga dia menggelarkan dirinya sebagai immortal (hidup abadi dan tidak mati). Kepintarannya mengawal tempoh masa menjadikan dia tidak dimamah usia. Dia tahu bahawa jika dia berdiam di alam jin, maka tempoh usianya akan menjadi lebih perlahan.


Perhatikan sajak di bawah :

"Sweet appletree in the garden
Frodden the earth around its base
The men of Rhydderch see me not
Gwenddydd no longer loves nor greets me
I am hated by Rhydderch's strongest scion
I have despoiled his son and daughter :
Death visits them all - why not me?"


Dia tertanya-tanya mengapa dia tidak mati.. Hukum alam seolah-olah tidak berlaku ke atas dirinya dan keistimewaan itu membuatkannya semakin besar kepala (semuanya dengan keizinan dan perancangan Allah swt jua). Dengan segala keupayaan dan kelebihan itu, dajjal tidak hanya berupaya mencipta dan mencetuskan tamadun, malah dia turut berjaya mempengaruhi masyarakat setempat dan menipu mereka sehingga masyarakat setempat dapat menerimanya sebagai perantara antara mereka dengan tuhan. Bahkan pada satu ketika, dia sendiri mendakwa bahawa dia adalah tuhan atau dewa manusia.

Dia adalah manusia aneh yang bukan dari kalangan manusia dan tidak juga dari kalangan jn. Dia seumpama kedua-duanya. Dia seolah-olah sebati di dalam dua kehidupan dengan satu kejadian. Perhatikan kepada potongan ayat - 'the men of Rhydderch see me not', dia seolah-olah menyebut dengan terang di mana dia berada, di sempadan yang tidak dilihat manusia.

Menurut Muhammad Isa Dawud, ketika dajjal menjelajah dunia, dia telah masuk ke wilayah iblis di laut lepas yang menjadi singgahsananya iaitu di Bermuda Triangle. Di sana, dia telah memeterai perjanjian. Iblis ingin terus menggoda manusia dengan bisikan dan hasutan halusnya sementara dajjal mahu menjadi tuhan yang disembah melalui apa cara sekalipun. Maka kesepakatan itu pun terjalin, lantas dia dibenarkan hidup serta mempelajari rahsia para jin dan syaitan serta segala jenis sihir yang belum pernah diajarkan kepada mana-mana manusia.

Dia dibenarkan tinggal di alam jin dalam satu-satu tempoh yang lama. Dia bebas bergaul dengan mereka, memahami kehidupan mereka dan menjadi sebahagian dari mereka. Bahkan dajjal telah diberi izin oleh Iblis untuk memerintah dan juga boleh mengerah jin di bawah kerajaannya bagi membantu apa saja tugas yang diarahkan oleh dajjal seperti membina kota-kota batu dengan teknologi dan upaya jin. Banyak rahsia yang dia ketahui dan banyak pengalaman telah ditempuhinya. Semuanya disimpan di dalam lipatan sejarah hidupnya. Dia bebas memasuki alam jjn sepertimana dia bebas menjelajah alam manusia.

Pada awal kehidupannya, dia tidak dikenali dengan nama dajjal. Dia mempunyai banyak nama dan diberi pelbagai gelaran sesuai dengan keajaiaban dan keanehan yang dimilikinya. Pada setiap kurun, dia akan menjelajah dunia dan meninggalkan nama serta tanda bahawa pada suatu ketika dahulu dia pernah berada di situ, mencetus pembinaan tamadun-tamadun yang agung, membina tugu-tugu dan monumen-monumen misteri yang hebat. Manusia yang datang selepas itu akan tertanya-tanya siapa yang membina monumen yang sehebat itu. Dia mahu memberi indikasi bahawa jika sedemikian pembinaan monumennya, tentu jurubinanya juga manusia yang hebat.

Hasil kerjanya sering diberi tanda yang hanya difahami oleh segelintr orang tertentu sahaja. Mereka adalah pemegang rahsia dajjal di alam dunia. Kod-kod aneh yang merujuk kepada angka-angka, astronomi, bentuk geometri dan sebagainya yang penuh rahsia tersimpan untuk diabadikan. Anehnya setelah dikaji dan diteliti, kod-kod rahsia itu hanya mahu memberitahu bahawa manusia hebat itu akan datang kembali di akhir zaman sebaga raja yang akan menyelamatkan dunia. Sungguh, ini adalah satu penipuan, fitnah dan konspirasi agung yang sukar untuk dibayangkan.

Ini hanyalah gambaran awal bagi menunjukkan bahawa perjalanan hidup dajjal amat sulit untuk diketahui. Ia terlindung di sebalik tabir misteri itu kerana dia merasa selamat dan bebas berbuat apa saja jika tidak dikenali. Hanya dengan cara itu dia dapat mencatur dunia mengikut kehendaknya. Membina jaringan fitnah dan penipuan dari alam dunia dan alam satu lagi.

Sesekali dia akan tampil dan hidup bersama masyarakat setempat, mencari perintis, anak didik dan pekerja mason - pelaksana rencana konspirasi dunia. Kemudian dia pergi meninggalkan mereka dengan janji bahawa dia akan kembali lagi.

Sungguh satu kebetulan yang Allah sudah rancang barangkali. Satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun di dalam teks Inggeris kuno berjudul 'The Didot Perceval Anon' yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebaga teks awal yang menjelaskan tentang kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan dajjal yang dimaksudkan. Rupanya kisah dajjal tidak hanya dikenali dalam dunia Islam saja, malah ia juga telah dinukilkan di dalam sastera kuno bangsa Eropah.

Teks-teks lama ini dengan jelas menceritakan mengenai dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil percantuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa (full of wonders), kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi yang tidak diketahui keberadaannya dan akhirnya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

"Because I am dark and always shall be, let my book be dark and mysterious in those places where I will not show myself".

Terjemahan "Kerana aku adalah kegelapan dan akan selalu begitu, biarlah bukuku (riwayatku) juga gelap dan penuh dengan misteri di mana aku tidak akan menonjolkan diriku sendiri".

Siapakah manusia misteri itu? Di sini, cuba dibentangkan tentang siapakah dia walaupun dalam bentuk penyamaran. Akan dihimpunkan segala kisahnya yang banyak dan pelbagai. Watak lelaki misteri itu terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah, namun tidak ramai yang mengenali siapa dia sebenarnya. Namun kisahnya begitu hidup di dalam hati semua rakyat Britain. Dan melalui layar perak, dia bagai hidup kembali. Dialah Merlin The Shaman.

"Merlin is very much inheritor of such ancient traditions and a true child of wonder. In the sequence of events listed above, he too is born of the union of earthly and unearthly parents, is brought up in secret, is challenged by adversaries whom he easily overcomes, emerges into the world and astounds everyone with his magical and prophetic skills. Later, he will change the direction of the world before withdrawing into a place from which his voice will continue to be heard".

Terjemahan : "Merlin adalah pewaris tradisi-tradisi purba dan sebenar-benar anak yang penuh ajaib. Di dalam turutan senarai kejadian yang dinyatakan di atas, dia dilahirkan melalui percantuman benih dari alam dunia ini dan dunia yang lain, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang dengan mudah, tampil ke dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kebolehannya sebagai peramal. Kemudian, dia akan mengubah arah perjalanan dunia sebelum kembali ke tempat pengasingannya ke suatu tempat yang asing dan jauh, namun demikian, suaranya (mesej) masih tetap kedengaran".

Dari mana perkataan-perkataan ini diperoleh? Susunan ayatnya amat sesuai dan selari dengan watak dajjal yang kita bicarakan. Adakah ianya satu kebetulan lagi? Rasanya tidak mungkin saudara. Atau adakah alasan lain yang dapat menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihirnya. Hensem dan menarik pandangan mata pula. Satu penipuan yang tidak djangka, menyamar secara terancang agar tidak dapat dikesan musuh. Dengan andaian itu, maka bolehlah dikatakan bahawa Merlin sebenarnya adalah dajjal dalam rupa bentuk yang baru.

Merlin memang tidak asing lagi di bumi Eropah. Kisah hidupnya tidak hanya dikenali sebagai mitos, epik dan lagenda, bahkan diambil sebagai sebahagian sejarah lama walaupun tiada fakta sahih membuktikan siapa dia dan dari mana asal usulnya. Dia dikatakan bertanggungjawab  mencetuskan pembinaan formasi bebatuan stonehenge. Penanda kepada pusat medan magnet bumi (earth force) dan jajaran sumber air bawah tanah (blind springs), guru dan mentor King Arthur, perencana Zaman Keemasan (Golden Age) England dan merencana kebangkitan bangsa Anglo-Saxon. Dia seperti mahu memuliakan bangsa yang ganas dan tidak berperi kemanusiaan, bangsa yang dulunya hidup dalam penuh kegelapan. Merlin juga dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh kesaktian dan digelar shaman (dukun). Ada ketikanya dia diangkat sebagai peramal serba bijak dikalangan mereka kerana kepandaiannya dalam ilmu astronomi dan astrologi.

Inilah kisah yang dapat mendekatkan kita dengan kembara alam misteri dajjal : persis watak lelaki berjanggut berperawakan mulia, iaitu Merlin sebagai mentor kepada King Arthur, Odin sebagai mentor kepada Sigurd dan Gandalf sebagai mentor kepada Aragorn (The Lord of The Rings) - watak seorang tua yang penuh kuasa sakti yang mati dan kemudian hidup kembali. Para sejarawan percaya bahawa watak-watak Odin dan Gandalf itu sememangnya merujuk kepada Merlin.

Peranan Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age yang saling berhubungan. Seolah-olah di sinilah dajjal mahu memulakan segala rencananya. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'fitnah terbesar', konspirasi dahsyat yang diatur untuk menyiapkan kemunculannya.

Dia mengatur dengan penuh teliti setiap babak demi babak yang melibatkan unsur sejarah, politik, falsafah, peradaban, sosial, sains, teknologi bahkan cuaca, semua cuba diatur mengikut jalan fikirnya. Namun sudah pasti dan sudah tentu ianya dapat dilakukan dengan keizinan Allah swt jua. Suatu perancangan yang amat sempurna sehingga manusia menjangka apa yang berlaku adalah ketentuan tuhan atau paling tidak, sebagai  hukum alam.

** (Seperti apa yang berlaku sekarang saudara. Dengan gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut, taufan, pencairan ais dikutub utara, tsunami dan sebagainya. Kini, ramai pengkaji sudah mula sedar bahawa kebanyakan bencana alam yang terjadi  adalah berakibat dari penggunaan alat pemusnah berteknologi tinggi. Ini kerana didapati adanya perbezaan-perbezaan pattern yang agak ketara antara kemusnahan alam aturan Allah swt dan kemusnahan yang direka-reka kejadiannya. Wallahu A'lam). **

Kisah Merlin Bermula Di Great Britain, di mana semua pahlawan-pahlawan Arthur berada. Kisahnya banyak membayangi sejarah Britain. Merlin bukan sekadar epik atau karya lagenda, bahkan ia lebih dari itu. Ia adalah sejarah yang penuh misteri. Jika ada yang cuba mengatakan bahawa ia cuma sekadar epik sahaja, ketahuilah bahawa terdapat bukti yang menyatakan Merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia. 

Puluhan malah mungkin ratusan teks dan karya mengenai hidup Merlin ditulis untuk membuktikan bahawa dia benar-benar wujud. Merujuk sebuah karya John matthews 'Merlin : Shaman, Prophet and Magician'. Beliau telah menghimpun hampir 100 bahan rujukan ketika menulis buku ini. Inilah kata-kata beliau :

1)  "Whatever Merlin's destiny, whatever his origins, he never ceases to be concerned with this world and the people who live in it. His function within the secret history of Britain varies hardly at all from Geoffrey of Monmouth to Mary Stewart. As prime mover of the setting up of Arthur's kingdom and the founding of the Round Table, as prophet, guardian and sometime tutelary spirit of Britain, he remains true".

Terjemahan : "Walau apapun takdir Merlin, walau dari manapun asalnya, dia tidak pernah berhenti mengambil berat hal dunia ini dan manusia yang tinggal di dalamnya. Fungsinya di dalam sejarah rahsia Britain tidak pernah berubah semenjak kekuasaan Geoffrey dari Monmouth sehingga ke Mary Stewart. Sebagai peneraju utama di dalam pengendalian kerajaan Arthur dan penemu kepada perbincangan Meja Bulat, sebagai nabi (peramal), penguasa dan kadangkala sebagai roh pelindung Britain, kewujudan-nya adalah benar".

2)  "I have set out to explore the complex figure of Merlin through several of the different guises he was worn in his long career : as a possible historical figure, as character from literature and above all, as a career of ideas and dreams that still move us today".

Terjemahan : "Saya telah meneliti dari semua segi figur Merlin yang kompeks melalui beberapa penyamaran yang dipakainya menerusi sejarah kariernya yang panjang. Kemungkinan dia sebagai figur sejarawan, sebagai karakter dalam bidang sastera dan yang paling penting, tugasnya sebagai penyumbang idea dan impian-impian yang masih membuat kita terkesan sampai ke hari ini".

Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, Pedang Excalibur, The Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum. Sejarah Britain amat terimbau dengan zaman kegemilangan seolah-olah Britain ini lahir dari sebuah sejarah yang penuh magis.

"The story illustrates the nature of Merlin's involvement in the affairs of The Round Table and of King Arthur's realm. Constantly, watching, sometimes intervening directly, he is always shaping the future as though following some secret dream of his own. It is here that we see him in his most  typical guise as a mover behind the scenes, as someone who knows what is to come and sets out to ensure that the destiny of Arthur and his knights is fulfilled".

Terjemahan : "Kisah ini menggambarkan kebiasaan penglibatan Merlin di dalam hal ehwal Meja Bulat dan  dalam bidang kuasa King Arthur. Dia sentiasa memerhati, kadangkala melibatkan diri secara langsung, dia sentiasa ada untuk turut merancang dan mencorak masa hadapan (Camelot) seolah-olah dia menghidupkan impiannya sendiri yang begitu rahsia (anda tentu masih ingat tentang impiannya untuk membangun new Atlantean race melalui Athurian Kingdom). Di sini kita dapat melihat kebiasaannya yang kerap menyamar (sebagai Merlin) untuk menjadi penggerak kepada setiap kejadian, sebagai seseorang yang mengetahui kejadian yang akan datang dan tetap dalam memastikan, King Arthur dan pahlawan-pahlawannya menunaikan apa yang telah ditakdirkan (sebenarnya diaturkan) untuk mereka".

(Melalui petikan di atas, dapat kita membayangkan bahawa King Arthur dan pahlawan-pahlawannya adalah umpama puppet atau bidak-bidak catur dan Merlin sebagai puppet master, bebas untuk mencaturkan kehidupan mereka mengikut apa yang dikehendakinya).

Bentuk dan paras rupa Merlin tidak pernah disebut dengan terang. Dari banyak teks yang ditemui, tidak  ada satu pun yang sama. Namun di dalam satu tulisan The Merlin of Porius hasil karya Powys, John Cowper menyebut Merlin sebagai :

"The Merlin of Porius is half man and half god, a huge, slow earth-man, smelling of mould and green things like many of the characterization of Merlin in more recent times, his work is devoted to the return upon earth of a new Golden Age, the age of Saturn/Cronos of which god he sees himself as a true avatar"

Terjemahan : "Merlin dari Porius adalah separuh manusia dan separuh tuhan, bertubuh sangat besar, tidak dimakan usia (atau yang bergerak perlahan), dengan bau seperti cendawan dan benda-benda hijau (bau dari pembuatan posyen) seperti kebanyakan karakter Merlin dewasa ini, kerjanya diabadikan untuk dia kembali ke bumi pada Zaman Keemasan yang baru, zaman Saturn/Cronos yang mana dia melihat dirinya sendiri sebagai tuhan dan avatar sebenar".

Saiz tubuh Merlin yang lebih besar daripada saiz manusia biasa yang disebut dalam petikan di atas seolah-olah membenarkan apa yang dikatakan oleh Tamim Ad-Dari : Bentuk fizikal dajjal seperti gergasi, cepat menangkap isyarat kata, cepat menyampai-kan ilmu, luas kefahamannya dan begitu sabar menanam jalur fitnah dunia. Oleh kerana itu, huraian petikan di atas amat bersesuaian dengan sifat dajjal yang disebut secara ringkas oleh Tamim Ad-Dari. Namun perlu diingat, dia boleh mengubah wajah dan fizikalnya dengan ilmu yang dimiliki. Dia boleh melakukan penyamaran seperti Iblis dan jin yag diberi kuasa mengubah bentuk menjadi orang tua, wanita mahupun kanak-kanak kecil. Namun dajjal lebih memilih bentuk penyamaran yang hensem ala-ala superman, batman, spiderman dan boleh diterima oleh orang ramai. hehe.. sempat..

Sepertimana Quetzalcoatl, Lord Pacal, Viracocha atau Shi Huang Ti, sekali lagi proses kehidupan secara inkarnasi atau kelahiran semula ditampilkan. Samada anda percaya atau tidak, Merlin turut mempunyai kebolehan yang sama.

"Merlin was a spirit in human form, who was in that shape from the time of Vortigern until the beginning of King Arthur, when he disappeared. After that, his spirit appeared again in the time of Maelgwyn Gwynned, at which time he was called Talisesin, who is said to be alive yet in a place called Caer Sidia. Then, he appeared a third time in the days of Morfran Frych son of Esyllt..... and in this period he was called Merlin the Mad. From that day to this, he is said to be resting in Caer Sidia, whence certain people believe firmly that he will rise up once again before Doomsday".

Terjemahan : "Merlin adalah roh yang berbentuk manusia, yang dirinya dalam keadaan demikian sejak masa Vortigern sehingga permulaan kemunculan King Arthur bila dia menghilangkan diri. Selepas itu, dia muncul kembali pada zaman Maelgwyn Gwynned, yang mana pada ketika itu dia dipanggil Talisesin, yang dikatakan masih hidup di alam yang bernama Caer Sidia. Kemudian, dia muncul buat kali ketiga ketika Morfran Frych anak kepada Esyllt memerintah.... dan pada ketika ini dia dipanggil Merlin Si Gila. Daripada hari itu  sehinggalah ke hari ini, dia dikatakan masih berehat (berhibernasi) di alam Caer Sidia, di mana sesetengah orang sangat percaya bahawa dia akan kembali dan muncul semula sebelum kiamat tiba".

Inilah kenyataan yang paling mengejutkan dan sebagai bukti jelas betapa kenyataan ini menyamai jangkaan kita selama ini. Bahkan keyakinan ini bertambah kukuh bahawa dialah dajjal yang bebas menjelajah setiap inci bumi sebelum ini, telah bebas dari pasungan di pulau yang ditemui oleh Tamim Ad-Dari sejurus selepas kewafatan nabi Muhammad saw.  Dialah orang yang kita cari dan perdebatkan selama ini.


To be continued.

**** 

Pasti ramai daripada anda tertanya-tanya dan tidak percaya bagaimana percantuman benih antara ibu dajjal dengan jin syaitan boleh terjadi. Sebenarnya ia terjadi apabila semasa ibunya melakukan hubungan badan dengan suaminya, dia dalam keadaan haid. Benih jin dan manusia hanya boleh bercampur apabila seseorang wanita itu sedang berkeadaan kotor. Kedatangan haid tidak menghalang terjadinya proses persenyawaan. Bapa dan ibunya pula adalah anak hasil hubungan sumbang mahram. Beware of this guys.. jangan sampai kamu pula melahirkan anak-anak jin. Anak yang terhasil dari kondisi seperti itu akan lebih cenderung mempunyai sifat degil dan tidak makan nasihat. Nantinya, mereka semua akan menjadi pengikut dajjal termasuk anak-anak luar nikah yang tidak beriman.

Begitu indahnya Islam dalam mengatur kehidupan penganutnya dengan adab dan penuh kesucian. Mulakan segala perbuatan dengan doa dan bismillah untuk mengelakkan jin dan syaitan ikut berbuat apa yang kita perbuat.. Dari peringkat awal lagi, jauhilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak dan minda bakal anak-anak anda. Waris dan anak-anak kita inilah yang akan menjadi penerus generasi akan datang. Jika baik sifat mereka, baiklah masyarakat, tetapi jika bobrok sifat mereka, bobroklah masyarakat.

Kesedihan begitu melanda apabila saya membaca majalah MASTIKA yang sering memaparkan kisah-kisah bagaimana semua pusat-pusat hiburan di kota-kota besar mahupun kecil, setiap masa tidak kira bulan Ramadhan atau bulan biasa, sentiasa dipenuhi dengan anak-anak kita yang berbangsa melayu yang kebanyakannya beragama Islam, namun Islamnya hanya pada mykad. Mereka sudah tiada sifat malu dan sudah hilang rasa hormat terhadap orang lain apatah lagi menghormati diri sendiri. Mereka keliru dalam dunia fantasi mereka. Itu belum lagi dengan penyalahgunaan dadah, arak, menggadai maruah diri tanpa ada rasa bersalah. Ya Allah, zaman seperti apa yang akan diharungi oleh anak-anak kami ya Allah...

Dalam pada kita mula bangkit dengan alter terahsia bangsa melayunya, dalam pada kita mula bangga menjadi orang melayu, mereka terus hanyut dalam jerat syurga dan nafsu dunia ciptaan iblis, syaitan dan dajjal. Masya Allah... Mari kita doakan sama-sama saudara, semoga dengan kebersamaan ini, Allah berkenan untuk memalingkan hati mereka dan hati kita untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi insan yang lebih memartabatkan Islam sebagai Way of Life. Dah tadah tangan belum?

Bismillaahirrohmaanirrohiim.. (Amin)
Ya Allah ya Robbi ya Karim (Amin)
Dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun (Amin)
Palingkanlah hati mereka dan hati kami yang tersesat untuk mengikuti jalanMu (Amin)
Jalan hidup yang Engkau redhai lagi Engkau rahmati ya Allah (Amin)
Bangkitkanlah jiwa mereka dan jiwa kami ke arah kebenaran (Amin)
Jadikanlah mereka dan kami kuat mengharung segala godaan syaitan ya Allah (Amin)
Hanya kepadaMu kami meminta, wahai dzat yang membolak-balikkan hati (Amin)
Kukuhkanlah aqidah dan keyakinan kami ya Allah (Amin)
Tetapkanlah keyakinan bagi mereka yang tertindas demi kemuliaanMu ya Allah (Amin)
Dan berilah mereka kesabaran dalam menghadapi setiap cubaanMu ya Allah (Amin)
Lindungilah mereka dan kami dari fitnah manusia, fitnah dunia, fitnah dajjal dan fitnah hari akhirat (Amin)
Amin ya robbal alamin.

Sesungguhnya setiap anda ada dalam doa saya.


Jumpa lagi nanti.. Wassalam.