Wednesday, 13 February 2013

Memoirs of TAR (Bab 5 - Bab 6)


Bismillahirrahmaanirrahiim dan assalamualaikum wbt.

Tanpa berbasa basi, kita teruskan apa cerita dalam bab-bab seterusnya... jom!


BAB 5 : TIPU HELAH DALAM KEMPEN


PAS telah cuba meluaskan pengaruhnya dari Kelantan ke negeri Kedah dan Perak dengan mengambil bahagian dalam setiap pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu, hal-hal agama tidak begitu menolong parti itu di negeri-negeri pantai barat kerana orang di situ lebih luas pandangannya dan lebih menghormati hak-hak orang lain untuk memilih agama masing-masing. Mereka lebih progresif atau lebih maju dalam cara pemikiran berbanding pemandangan dan pemikiran orang-orang di negeri Kelantan itu. 

Dalam pilihan raya tahun 1969, PAS telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai terhadap UMNO. Ternyata cara seperti ini telah memberi kejayaan yang besar kepada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara kepada orang Cina. Mereka telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang dilancarkan di kawasan luar bandar dalam negeri-negeri sebelah utara pantai barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang-orang Melayu yang memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama. Mereka juga menuduh bahawa saya telah memberi peluang itu kepada orang Cina.

Untuk menjadi bukti kepada dakwaan tersebut, mereka telah menyebarkan gambar-gambar En. Khir Johari, seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hong Kong secara suka-suka untuk dihantar kepada kawan-kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian-pakaian ini ada disediakan di restoran untuk pelancong menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda ingatan lawatan mereka ke Hong Kong. 

En. Khir Johari ialah seorang yang suka berlawak. Beliau dan isterinya telah menggunakan gambar ini untuk kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang telah dikirimkan kepada kawan-kawan Cina mereka dalam bulan Februari yang lepas sebagai menunjukkan rasa muhibbah. Masing-masing yang menerimanya telah bergelak ketawa melihat gambar itu. PAS segera mengambil kesempatan menggunakan gambar itu sebagai satu senjata untuk kepentingan mereka. Gambar ini telah diedarkan dengan seluas-luasnya dalam kalangan orang Melayu sambil memburuk-burukkan En. Khir dan menuduh beliau telah menjadi orang Cina. Kasihan, tujuan En. Khir hendak berjenaka itu telah merugikan dirinya dan beliau telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya berkenaan.

Hal ini merupakan satu contoh yang menunjukkan sejauh mana pihak PAS sanggup melakukan perbuatan kotor dan tipu helah untuk mencari kesenangan dalam politik. Perbuatan-perbuatan mereka sangatlah khianat dan liar. Perbuatan ini merupakan satu penipuan yang paling buruk yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Misalnya, PAS telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan bahawa saya seorang Siam, walhal mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam sejak merdeka. Mereka telah menyerang peribadi pemimpin-pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesiapapun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai  pemimpin-pemimpin UMNO (termasuk saya sendiri) adalah tidak benar. Namun, mereka pergi ke kampung-kampung untuk melancarkan kempen yang bohong dan tidak menghiraukan apa jua akibatnya ataupun apa yang mereka lakukan itu boleh menyemarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi, asalkan mereka dapat memenangi kerusi dengan apa jua cara sekalipun.

Saya sendiri telah cuba mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan oleh PAS kepada orang ramai di kawasan pilihan raya saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya menggunakan chopstick dalam majlis makan Cina. Dengan secara tipu, mereka telah meletakkan satu gambar lain ke atas gambar tersebut yang menunjukkan seekor anak babi terhidang di tengah-tengah meja di majlis itu. Saya berani bersumpah, bahawa seumur hidup, saya tidak pernah menghadiri majlis jamuan makan Cina yang menghidangkan daging babi ataupun apa jua makanan lain yang haram kepada orang Islam. Kawan-kawan Cina saya sentiasa menjaga supaya kejadian yang seperti itu tidak berlaku kerana mereka sendiri tahu apa yang haram dimakan oleh orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan seorang Islam merupakan fitnah yang sangat kotor kerana mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Mereka juga tahu saya anak kepada seorang bapa yang dikenali seumur hidupnya sebagai seorang yang warak. Saya percaya, orang yang akan membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan perbuatan sebuah parti politik seperti PAS yang sanggup meletakkan dirinya begitu rendah hanya untuk mencari kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kepada ajaran-ajaran Islam, tetapi sebagai seorang perdana menteri, saya telah menerima banyak jemputan ke majlis sosial, malah telah menikmati makanan eropah, makanan cina atau makanan india. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat ibadat bagi orang yang beragama lain dan saya juga telah mengarahkna supaya wang diberi untuk membina tempat ibadat bagi agama-agama lain di Malaysia.

Wang yang diperoleh datangnya daripada masyarakat pelbagai agama. Maka, wajarlah diberikan juga wang untuk tempat-tempat ibadat mereka. Saya masih ingat lagi bagaimana orang daripada pelbagai agama telah menghulurkan derma mereka yang berjumlah berjuta-juta ringgit tatkala saya melancarkan derma untuk membina Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara ini telah memberi sumbangan mereka kepada kekayaan negara. Dengan wang ini, dapatlah kita membuat pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada orang Islam seperti pembinaan masjid, surau dan sekolah agama dan begitu juga untuk mengadakan perayaan-perayaan agama dari semasa ke semasa. Semua perkara ini dilakukan untuk kepentingan agama Islam yang menjadi agama rasmi kita.

Orang Melayu tidak pernah menimbulkan tentangan terhadap apa yang telah dibuat dan sedang diusahakan oleh kerajaan untuk agama Islam. Saya berani menyatakan dengan tegas bahawa kerajaan Perikatan telah membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada yang boleh dibuat oleh PAS, sekalipun dalam negeri mereka sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh tentang kelakuan khianat yang dilakukan oleh PAS, tetapi masih banyak dakyah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan dalam buku ini. Sekalipun saya menulisnya, tiada siapa yang akan percaya.

Orang yang mempunyai fikiran waras tidak akan dapat memahami tindakan PAS dalam pilihan raya itu. Sesiapa yang sayang kepada negara ini tentu tidak akan bersetuju dengan kelakuan mereka. Dalam pilihan raya itu, satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh PAS. Jika benar sebagaimana yang dikatakan  PAS bahawa mereka anti-Cina, kenapa pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan dan PPP?

Tujuan PAS nyatalah hanya untuk memecahkan undi-undi orang Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding dalam beberapa kawasan yang tertentu tidak akan menang dan pakatan mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon mereka dalam kawasan di mana pengundi-pengundi Melayu tidak mencukupi untuk menjayakan seseorang calon PAS. Di sesetengah kawasan pula, mereka mungkin kehilangan wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat dengan parti-parti pembangkang yang anti-Melayu, PAS telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebih baik mereka menolong MCA, iaitu sebuah parti yang sentiasa mempunyai pandangan keMalaysiaan dan telah membuktikan taat setianya kepada negara ini. Namun sebaliknya, di mana-mana sahaja MCA bertanding melawan calon daripada parti yang anti-Melayu, PAS akan turut masuk ke kawasan itu. Ini untuk menghalang orang Melayu daripada mengundi calon MCA berkenaan ataupun sekurang-kurangnya memecahkan undi sehingga calon Perikatan itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru. Sama seperti yang mereka lakukan di kawasan-kawasan di mana calon-calon UMNO bertanding.

Suka saya menceritakan dua kejadian yang telah berlaku dalam pilihan raya baru-baru ini yang membuktikan mereka telah menolong parti-parti anti-Melayu. Dalam kawasan Setapak di negeri Selangor, seorang yang saya tidak suka sebutkan namanya di sini telah kelihatan memberi wang kepada seorang ahli PAS. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang juga di negeri Selangor, calon-calon DAP dan PAS telah melancarkan kerja-kerja mereka dari sebuah pejabat dan pekerja DAP yang terdiri daripada seorang Cina telah menampalkan poster untuk calon PAS itu. Bukti ini cukup untuk menafikan dakwaan parti itu, bahawa mereka sebuah parti Melayu yang berasaskan Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk kepentingan politik dan wang.

Mereka berjanji akan menubuhkan negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa, tetapi tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui samada mereka akan memenuhi janji mereka ini jika berkuasa kelak.

PAS sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara ini. Dengan kesedaran seperti itu, maka mereka boleh lakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membuat janji-janji palsu untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal ehwal dunia politik. Tentu banyak orang Melayu yang tertarik dengan janji-janji hendak menubuhkan kerajaan yang tidak bercampur dengan kaum lain. Orang Melayu tentu sangat tertarik dengan kemungkinan negara ini dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara tanah tumpah darah mereka.

Dalam masa berkurun lamanya, dari satu keturunan ke satu keturunan, Malaysia telah diperintah oleh kuasa-kuasa asing kerana negara ini telah diperintah dari satu zaman ke satu zaman oleh orang Portugis, Belanda, Siam, British dan Jepun. Oleh itu, kemungkinan negara ini diperintah oleh orang Cina tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu. Ini kerana persetujuan telah dicapai semasa merdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak kebangsaan yang berasaskan Melayu. Beberapa hak orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Menurut apa yang dikatakan oleh PAS, semua hak ini akan hilang sekiranya Perikatan menang dalam pilihan raya itu.

Sementara itu, parti pembangkang yang lain bertalu-talu menggembar-gemburkan konsep "Malaysian Malaysia" dan ini mengurangkan sokongan orang ramai terhadap MCA dan MIC serta menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Malaysia untuk orang Melayu sahaja yang ditonjolkan oleh PAS lebih mudah mendapat sokongan daripada orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang Cina menyokong konsep "Malaysian Malaysia" yang dianjurkan oleh En. Lee Kuan Yew, maka begitu jugalah orang Melayu menyokong cita-cita ini. Dengan cara yang seperti ini, kedua-dua pendapat cauvinis yang tersebut itu telah menolong antara satu sama lain.

Langkah PAS menolong atau menggunakan parti pembangkang yang pro-Cina dan parti-parti lain yang diketahui anti-Melayu, mengemukakan pendapat yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang melampau ini sudah tentu ada sebab yang tertentu. Tindakan mereka sangat berbahaya seperti bom atau torpedo yang telah ditentukan masa letupannya.

Sebuah akhbar Hong Kong, The Star telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar telah dikeluarkan dengan tujuan "untuk membiayai gerakan-gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia". Terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kepada beberapa pihak tertentu di Kelantan untuk membiayai perbelanjaan kempen PAS. Maka terang dan jelaslah bahawa orang Melayu yang menyokong PAS tidak terdaya hendak mengeluarkan berjuta-juta ringggit untuk pilihan raya itu. Wang itu tentunya telah datang daripada satu punca yang tertentu dan saya suka menegaskan lagi bahawa punca itu tidak hanya dketahui oleh parti PAS sahaja.

Sekiranya PAS menerima bantuan kewangan daripada komunis, bererti pemimpin-pemimpin parti itu telah memperdaya dan mempermainkan orang mereka sendiri. Kebanyakan daripada soal-soal agama yang dibangkitkan oleh PAS itu tidak selaras dengan fahaman Islam dalam zaman tamadun dan bertentangan pula dengan keadaan yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. PAS telah mengambl kesempatan daripada kejahilan orang miskin untuk menjalankan taktik tipu helahnya itu. Namun, dosa mereka yang lebih besar adalah ke atas orang mereka sendiri dan juga ke atas agama Islam. Yang menjadi tunjang politik mereka ialah membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa lain untuk memecah-belahkan perpaduan orang Melayu.



BAB 6 : SIDANG ISLAM YANG BERSEJARAH


Salah satu perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan raya 1969 ialah sewaktu PAS mengecam kerajaan Perikatan terutamanya UMNO dalam soal-soal agama Islam. Namun pada ketika itu juga, Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia Islam. Sungguhpun Malaysia bukanlah sebuah negara yang bercorak Islam, tetapi Islam adalah agama rasminya.

Tidak kurang daripada 23 buah negara Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan beragama Islam telah bersidang di Kuala Lumpur untuk mengambil keputusan dalam pelbagai masalah yang dimusykilkan oleh orang Islam di merata dunia. Inilah julung kalinya negara-negara Islam telah berkumpul di satu tempat  untuk membincangkan tentang agama Islam dan hubungannya dengan dunia moden. Malah, Malaysia patut mendapat pujian penuh atas kejayaannya menganjurkan persidangan yang bersejarah itu.

Berlakunya persidangan ini dalam masa kempen pilihan raya adalah secara kebetulan kerana kerja-kerja merancang dan membuat perhubungan untuk membuat persidangan itu telah dijalankan dalam beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya saya telah melahirkan cita-cita ini di Masjid Woking, London dalama tahun 1961, sewaktu saya mengeluarkan pendapat untuk mengadakan satu badan negara-negara Islam yang dipanggil "Commonwealth Islam".

Namun, sebelum saya melanjutkan penerangan mengenai persidangan ini, eloklah saya menegaskan terlebih dahulu perkara-perkara yang telah dibuat oleh Malaysia untuk agama Islam kerana PAS telah mereka pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Saya sentiasa berasa bangga kerana kesemua kejayaan yang telah dicapai untuk kemajuan agama Islam di negara ini adalah di luar dugaan kita.

Pertama sekali, kita telah menggantikan kesemua masjid lama dan tempat-tempat ibadat seperti surau dengan bangunan baru menggunakan perbelanjaan wang kerajaan yang besar. Setiap sebuah bangunan itu direka mengikut kesesuaian dengan keadaan dan keinginanan orang di tempat itu sendiri.

Kenapa kerajaan memberi perhatian yang sebegitu berat terhadap pembinaan masjid-masjid? Pertama, adalah untuk menawan hati semua orang di negara ini yang berpegang teguh kepada agama Islam dan meletakkannya pada kedudukan yang tinggi dan mulia, sesuai dengan tarafnya sebagai agama rasmi negara ini menurut Perlembagaan.

Tuan-tuan akan dapati bahawa masjid-masjid yang dibina di kawasan baru terletak di atas tapak yang elok, sepadan dengan kedudukan dan martabat agama rasmi negara. Orang ramai berkumpul di surau-surau yang beratus banyaknya untuk bersembahyang, berbual-bual dan bergaul dengan bebas antara satu sama lain pada bila-bila masa, samada di majlis bercorak agama ataupun sosial. Perbelanjaan yang secukupnya telah diberi dan segala keperluan pembinaan telah diadakan bagi kemudahan dan keselesaan pengguna. Misalnya, jalan raya yang menghala masuk dan bekalan air paip telah diadakan di semua masjid dan surau baru, walhal pada zaman dahulu, orang Islam di negara ini bergantung pada perigi-perigi yang dikorek di tempat-tempat yang tidak menurut kehendak kesihatan ataupun bergantung kepada air hujan untuk kolah-kolah tempat air sembahyang. Banyak masjid yang telah buruk dan bangunannya telah rosak tidak dapat dibaiki kerana ketiadaan wang. Kejadian ini berlaku kerana pada umumnya darjah ekonomi orang Melayu adalah rendah.

Persoalan yang kedua ialah sekolah-sekolah agama. Kerajaan telah banyak membina sekolah agama dengan perbelanjaan yang besar dan merancangkannya mengikut kehendak rakyat. Guru-guru telah dilatih khas untuk mengajar di sekolah-sekolah agama itu. Semua pelajar di sekolah itu disesuaikan dengan sistem pelajaran yang telah diluluskan oleh kerajaan. Selain daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa al-Quran, penuntutnya bukan sahaja diajar bahasa kebangsaan, bahkan juga bahasa Inggeris. Sebenarnya, kerajaan menyediakan apa jua yang diperlukan oleh sekolah-sekolah agama itu seperti padang permainan dan kemudahan-keudahan yang lain.

Usaha-usaha besar untuk membina bangunan tersebut berjalan di segenap pelosok Malaya sebelum tertubuhnya Malaysia dan dasar ini terus diamalkan hingga sekarang. Dan meskipun kerajaan Kelantan dikuasai PAS, hal ini tidak menghalang kerajaan Perikatan daripada menghulurkan bantuan kewangan untuk membina bangunan agama, sekalipun dalam negeri itu. Terbayangkah dalam fikiran sesiapa jua bahawa kerajaan PAS Kelantan akan menghulurkan bantuan walau satu sen pun untuk pembinaan sebuah masjid atau surau di luar negeri Kelantan? Sebenarnya dalam negeri mereka sendiri pun mereka tidak berbuat begitu. Mereka bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Perikatan untuk membuat pembangunan dan kemajuan bagi kepentingan  agama, tetapi mereka pula yang dapat nama.

Dalam bulan puasa, kerajaan pusat menggalakkan masjid-masjid memberi jamuan kepada orang ramai dan mengadakan pelbagai majlis supaya berkurangnya kepenatan berpuasa. Ia juga sebagai menunjukkan keistimewaan bulan Ramadhan sebagai bulan umat Islam dan untuk melebihkan amal ibadat yang khusus kepada Tuhan. Pertandingan tilawah al-Quran dianjurkan dengan memberi hadiah kepada pemenang. Pelbagai perkara lain dibuat untuk menyambut bulan yang mulia itu supaya mereka yang berpuasa merasakan dirinya hampir kepada Allah SWT dan meletakkan mereka ke tempat yang lebih mulia daripada orang yang tidak dapat menahan nafsu mereka dengan kesenangan dunia. Orang Islam yang ada di seluruh negara ini telah dibantu oleh kerajaan untuk menyambut bulan yang berkat ini dengan sepatutnya.

Malaysialah yang memulakan pertandingan tilawah al-Quran sejak tahun 1960. Pertandingan ini diadakan setiap tahun di peringkat negeri untuk memilih johan-johan mereka bagi memasuki pertandingan peringkat persekutuan untuk merebut kejohanan kebangsaan. Selain itu, negara-negara luar turut dijemput ujntuk mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat antarabangsa dan hadiah-hadiah yang bermutu diberi kepada mereka. Sejak pertandingan tilawah al-Quran diadakan, Malaysia telah menerima sanjungan yang besar dan dipandang tinggi oleh dunia Islam. Ini tidak pernah berlaku kepada negara-negara Islam lain kecuali Arab Saudi, di mana terletaknya kota suci Makkah dan Madinah.

Pada zaman atom ini, pada waktu roket-roket menerawang di angkasa lepas, dan pada zaman penerbangan lebih laju daripada suara, Malaysia telah menjadi masyhur di seluruh dunia Islam sebagai sebuah negara terkemuka yang memberi nafas baru kepada agama Islam dalam dunia yang bertamadun ini. Dalam zaman ini juga, manusia telah menunjukkkan tanda-tanda kelemahan, hilang iman mereka kepada Allah SWT dan kepercayaaan kepada sesama manusia, sambil mencari idea-idea baru untuk ditakluki. Bagi kita sebagai orang Islam, kita berpegang teguh kepada agama untuk menguatkan iman kita. Dan Malaysia telah memberi pimpinan ini kepada dunia Islam semasa kerajaannya dipegang parti Perikatan.

Dalam negara Asia yang lain, pimpinan politik telah menyedari bahawa kemajuan dan pembangunan negara mereka telah terjejas apabila ahli-ahli agama mengganggu perjalanan politik negara, namun kesedaran itu telah terlambat sehingga merugikan negara mereka sendiri. Seorang perdana menteri telah hilang jiwanya dan negaranya telah mundur akibat gangguan agama dalam politik. Sesungguhnya keadaan yang seperti ini berlaku pada zaman dahulu kala, tetapi dalam dunia tamadun pada hari ini, kejadian yang seperti itu tidak lagi berlaku di negara-negara Eropah yang progresif. Sebenarnya di kebanyakan negara Islam, agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk dijadikan makanan rohani manakala politik pula untuk kemajuan negara. Sebagaimana yang pernah dikatakan, "politik ialah satu ilmu yang digunakan pada waktu-waktu yang diperlukan".  **(I disagree on this because ISLAM is the only way of life. Islam merangkumi segalanya dari sekecil-kecil isu sehingga sebesar-besar isu. Namun demikian, untuk menjadikan Islam sebagai sebuah tunjang politik, kita memerlukan seseorang yang benar-benar hebat, arif dan tidak hadap pada harta, tidak hadap pada kuasa, tidak korup dan diperguna, tapi hanya mengharap pada keredhaan Allah SWT. Susah nak pilih dan cari pemimpin macam ni kan?).

Kejayaan paling tinggi yang dicapai oleh Malaysia dalam menjalankan dasar-dasarnya yang luas untuk agama Islam ialah Persidangan Negara-Negara Islam yang telah diadakan dalam bulan April 1969 di Kuala Lumpur. Dalam persidangan itu, pemmpin-pemimpin Islam yang terkemuka dari seluruh dunia telah berhimpun untuk membincangkan masalah-masalah agama yang dihadapi bersama oleh seluruh umat Islam seperti waktu sembahyang di sesetengah tempat yang tidak ada matahari, ataupun apakan hukum Islam atas pemindahan anggota (organ) orang Islam kepada orang bukan Islam untuk kepentingan sains dan teknologi.

Persidangan ini merupakan perkara terbesar dan satu peristiwa yang sangat menggembirakan. Inilah kali pertama begitu banyak negara Islam, iaitu 23 buah semuanya telah datang sebagai wakil kerajaan masing-masing dengan perasaan muhibbah dan persaudaraan untuk membincangkan masalah yang dihadapi bersama oleh negara-negara Islam, samada dalam lapangan politik ataupun ekonomi.

Pada masa yang lepas, kebanyakan negara Islam telah berpecah ataupun tidak mengambil hirau antara satu sama lain. Malaysialah negara Islam yang mula-mula sekali berjaya mengadakan satu mesyuarat di peringkat kerajaan yang boleh menimbulkan rasa kecenderungan dalam kalangan pemimpin Islam, dengan harapan agar perjumpaan di Malaysia ini akan merapatkan ikatan persaudaraan Islam, dalam kalangan negara-negara Islam.

Saya suka mengulangi bahawa persidangan yang penting seperti itu sangatlah bersejarah. Malangnya, ada pihak yang tidak menyedari tentang makna peristiwa bersejarah itu. Pada saya, nilai persidangan negara-negara Islam ini hampir sama dengan kejayaaan mencapai kemerdekaaan Malaya. Kemerdekaan memberi taraf kepada manusia yang telah hidup berkurun-kurun lamanya sebagai hamba abdi. Persidangan ini menarik pandangan dunia akan perasaan-perasaan sama yang terdapat dalam kalangan orang Islam di mana-mana jua di atas dunia ini, di atas keinginan mereka untuk bermuafakat dan demi faedah dan kemajuan agama yang mereka sama-sama anuti.



Next : BAB 7 - Upacara Pengkebumian "Pahlawan" Merah


To be continued.. 



MY ONE CENT'S THOUGHT : Hmm.. dari dulu sampai la sekarang, siapa buat fitnah paling kotor, siapa paling terror putar belit, dialah yang menang.. tak kira puak mana pun.. Bermati-matian mempertahankan kuasa dan harta yang tak boleh dibawa mati. Banyak manapun kebaikan dan kemajuan yang telah dicapai, buruk juga yang dicari, buruk juga yang diselongkar. Untuk diri saya sendiri, seboleh-bolehnya saya akan menjauhkan diri daripada membaca blog-blog berunsur politik yang isinya mak ooooi.... komennya penuh dengan sumpah seranah dan cela mencela belaka. Nak mudah dapat darah tinggi, baca ajelah komen-komen manusia yang kononnya terpelajar di blog-blog yang dimaksudkan..

Dalam kita ingin menyedarkan bahawa MELAYU itu kuat bila bersatu, visi itu selamanya akan sukar untuk dicapai selagi perpecahan dilihat sebagai perkara yang lebih mengujakan. So, siapa yang anda nak pangkah di PRU13 nanti? Kalau saya? Di pihak manapun saya, kalau letak KAFIR, memang tak lah... Maaf ya.. Sudah terang lagi bersuluh, semanis manapun senyuman, tingkah dan laku di hadapan kita, jauh di sudut hati, mereka tetap memusuhi Islam (kecuali jika diberi hidayah oleh Allah SWT).

Kalau kedua-dua calonnya Islam? Saya akan tengok dulu kredibiliti mereka, then baru pilih. Kalau dah pilih tapi dia tak tunaikan tanggungjawabnya, dia yang akan menjawab di court akhirat. Hehe... kantoi.... undi saya dah tak rahsia lagi.. dan maaf juga, undi saya tidak boleh dijualbeli... Siapa menang, siapa kalah, saya tetap begini. Maklumlah, tidak berkepentingan. Menteri bukan, kontraktor pun bukan. Saya hanyalah seorang ibu, ibu separuh masak.



Wassalam..




Wednesday, 23 January 2013

Memoirs of TAR (Bab 3 - Bab 4)


Assalamualaikum wbt. Bismillaahirrohmaanirrohiim.


Lamanya saya buat sidang pembaca tertunggu-tunggu post baru. Maaf sesangat. Sebab pertama, konon-konon sibuk sangat 'adapt' masa menguruskan persekolahan anak. Sekarang dah lapang, macam lipas kudung saya taip (nampak beno nipunya, sebab saya taip laju sikit daripada siput.. hehe). Tapi nak selit sikit pendapat dari pemerhatian saya. Apa yang saya nampak ialah senario politik di masa TAR ni macam sebijik apa yang sedang berlaku sekarang (propaganda dan agendanya). Cumanya sekarang, segala-galanya lebih advance dan merangkumi lebih banyak cabang. Kalau anda tak percaya, cuba baca sambil perhalusi... Tajuk bab 3 pulak macam kena dengan suasana panas bahang pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Yang keduanya, saya nak mengaku sesuatu.. Sebenarnya saya dah lama tak update sebab buku yang saya nak share dengan anda ni, hilang tah ke mana. Actually saya suka bawa buku keluar masuk kereta untuk di baca, tah macamana buku ni boleh MIA (missing in action). Cari dalam kereta tak ada, cari satu rumah pun tak ada. Ikutkan kalau dah tak jumpa, saya niat nak beli yang baru. Takkan nak biar story TAR tergantung macam buah tak gugur pulak kan. Tapi entah macamana, last-last jumpa buku ni kat tempat yang dah 10 kali saya belek dan cari.  Benar-benar buku ni nak menduga saya. Dia nak suruh saya berehat lama sikit agaknya ya.. :P

Buku dah ada dalam tangan, dengan suka hatinya, baru la boleh sambung semula. So, tanpa membuang masa, saya teruskan sahaja ke bab seterusnya. Jom bacaaaaaa... 



BAB 3 : PILIHAN RAYA UMUM

Pada awal tahun 1969, saya sibuk dengan persiapan Persidangan Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Januari. Selepas pulang dari persidangan, iaitu pada 20 Mac, kerajaan mengisytiharkan pilihan raya akan diadakan pada 10 Mei dan hari penamaan calon telah ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April.

Parti-parti politik mula melipat-gandakan kempen walaupun sebelum ini telah dijalankan secara rahsia. Melihat pada perkembangan pada masa itu, pilihan raya tersebut sungguh hebat berbanding sebelumnya. Gerakan-gerakan parti politik bertambah hebat dijalankan dan apabila hari penamaan calon hampir tiba, timbul pelbagai tekaan terhadap pilihan calon. Selain itu, parti-parti lawan sekali lagi telah bergabung untuk menentang Parti Perikatan. Namun usaha mereka gagal. Tetapi persetujuan telah dicapai antara beberapa parti untuk tidak bertanding antara satu sama lain.

Jelaslah di sini bahawa ugutan parti Buruh untuk memulau pilhan raya kali ini benar-benar berlaku dengan sokongan pihak komunis di belakangnya. Pada hari penamaan calon, polis telah menjumpai 55 bendera komunis di Perak dan berlaku tunjuk perasaan secara mengejut di Kuala Lumpur. Pada keesokan harinya, iaitu 6 April, sebuah skuter terbakar dijumpai di Ampang dan 9 hari kemudian, iaitu 15 April, di Cheras pula sebuah kereta peronda polis telah dibaling dengan batu. Kedua-dua kejadian ini berlaku di pinggir bandar Kuala Lumpur.

Pada hari penamaan calon, semua parti seolah-olah bersetuju bagi menandakan bermulanya pergolakan antara mereka. Kempen-kempen sebelum ini diperhebatkan lagi.

Hanya sebuah parti sahaja yang bertanding untuk semua kerusi iaitu Parti Perikatan yang memerintah. Parti ini terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).

5 buah parti telah menentang Perikatan. Parti-parti itu ialah parti-parti yang telah bertanding dalam pilihan raya Parlimen :

1. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Parti Islam yang memerintah di Kelantan, mempunyai 9 orang wakil dalam Parlimen.
2. Parti Gerakan, sebuah parti baru yang dipimpin oleh Syed Hussain Al-Attas sebagai presiden.
3. Parti Tindakan Demokrat (DAP), sebuah cawangan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.
4. Parti Progresif Rakyat (PPP).
5. Sebuah parti baru di Seremban yang dikenali dengan nama Pertubuhan Cina Malaysia Bersatu (UMCO), dengan En. Chin See Yin sebagai presiden. 

Selain itu, parti Rakyat merupakan sebuah pertubuhan berhaluan kiri yang dipengerusikan oleh En. Kassim Ahmad dan Syed Hussein Ali sebagai setiausaha agung, telah meletakkan calonnya dalam pilihan raya Majlis Undangan 11 buah negeri. Beberapa orang calon bebas telah bertanding di peringkat parlimen dan negeri. Semua pilihan raya di Malaysia Barat telah ditetapkan pada 10 Mei dan di Malaysia Timur pula beberapa hari telah ditetapkan sehingga hujung bulan Jun.

Kempen diadakan selama 7 minggu untuk rakyat menentukan pilihan mereka pada hari membuang undi iaitu pada 10 Mei. Pilihan raya yang lepas berjalan dengan harmoni berbanding pilihan raya 1969, di mana berlaku kecaman, perbuatan tidak sopan dan perkataan yang mengguris perasaan.

Sejak permulaan kempen, PAS telah menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu di semua negeri selain Kelantan, kerana mereka telah berkuasa di negeri tersebut. Bagi parti DAP, Gerakan dan PPP pula, mereka mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang-orang Cina dengan mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang di dalam pilihan raya itu. Keempat-empat parti ini telah mengeluarkan isu-isu sensitif dan menyentuh perasaan kedua-dua kaum terbesar di Malaysia.

Sejak pilihan raya 1964, parti pembangkang telah melancarkan dakyah dan cara halus untuk mendapatkan beberapa buah kerusi dalam pilihan raya akan datang. Namun, cara mereka berkempen telah terkeluar daripada batas kesopanan. Perbuatan ini telah menyebabkan pergeseran antara dua kaum tidak dapat dielakkan. Lantas, komunis mengambil kesempatan dalam suasana yang keruh ini.

Ancaman komunis telah bergerak secara berselindung dalam mana-mana parti dan dilakukan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka. Keadaan ini sangat berbahaya kerana menggunakan dakyah-dakyah yang baru bagi mendapatkan sokongan orang-orang Cina, terutama sekali yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai tanah tumpah darah mereka sendiri. Mereka menanamkan perasaan perkauman dalam hati dan fikiran orang Cina untuk ditarik masuk ke dalam gerakan komunis.

Pada masa dahulu, ideologi dan cara mereka tidak memberi kesan kerana masyarakat telah mendapat kebahagiaan hidup dan memiliki apa yang perlu untuk kehidupan. Mereka sendiri telah melihat dan menanggung keperitan dan kepahitan hidup dalam tempoh 12 tahun komunis mengganas di negara ini dan mereka tidak akan melupakan pengalaman pahit itu seumur hidup mereka. Oleh itu, taktik terbaru mereka tidak akan memberi kesan ke atas golongan yang telah mengalami kehidupan semasa Darurat.

Kehidupan rakyat berjalan seperti biasa, orang muda menjadi tua dan kanak-kanak menjadi dewasa. Golongan terbesar ialah belia dalam lingkungan belasa tahun dan dua puluhan. Kanak-kanak yang masih kecil ketika Darurat mestilah tidak dapat mengingati kesusahan dan ketakutan kepada ancaman keselamatan serta nyawa mereka yang sentiasa terancam.

Parti komunis menghalakan taktik barunya kepada pemuda-pemudi ini kerana pada masa Darurat dahulu mereka belum cukup umur dan memahami akan perbuatan komunis itu. Sekarang mereka telah dewasa dan boleh mengundi dalam pilihan raya. Komunis telah mempengaruhi dan menyesatkan fikiran belia yang belum boleh mengundi dengan harapan gerakan yang dijalankan oleh belia itu nanti akan menimbulkan kesan yang boleh menanamkan rasa gelisah dan hilang kepercayaan dalam kalangan ibu bapa.

Belia yang mendapat kepercayaan dan perhatian daripada komunis ialah mereka yang mempunyai rasa kecinaan yang menebal dalam diri. Kebanyakan mereka menumpahkan taat setia mereka terhadap negara China. Golongan belia ini terdapat dalam parti pembangkang terutama sekali Parti Buruh yang terang-terangan menggunakan mereka.

Belia ini tidak boleh dikawal dan dihalang daripada menyertai parti komunis. Mereka menyertai komunis dengan fikiran dan fahaman, walaupun tidak dengan tubuh badan mereka sebagai anggota parti. Ibu bapa tidak dapat menghalang mereka dan ini menyebabkan hubungan mereka dengan keluarga menjadi renggang dan fikiran mereka hanyut. Mereka menjadi sesat dan tidak dapat mendengar dan melihat secara bijak apa yang ada di sekeliling mereka kecuali pujukan komunis.

Segolongan lagi belia Cina ialah golongan yang bercita-cita tinggi serta berlagak pandai dan bijak bercakap, menggelarkan diri mereka golongan terpelajar dan lulusan universiti, malah sekarang boleh mengundi. Pemuda-pemudi ini enggan mengakui perimbangan kuasa antara golongan politik dan enokomi, iaitu hakikat bahawa ia telah dipersetujui oleh semua pihak dan ditentukan secara adil di dalam Perlembagaan.

Golongan belia ini tepat seperti yang dimaksudkan oleh Robert Louis Stevenson dalam tulisannya yang berbunyi "MUNGKIN POLITIK ADALAH SATU-SATUNYA PEKERJAAN YANG DIANGGAP TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG PERSIAPAN ATAU PELAJARAN".

Mereka bercita-cita hendak mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan politik, dengan harapan akhirnya mereka akan menjadi pemimpin utama bagi orang Cina dalam dua sektor iaitu, politik dan ekonomi di Malaysia. Mereka tidak mengakui adanya kuasa politik di tangan Melayu. Oleh itu, mereka beranggapan konsep Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh En. Lee Kwan Yew selari dengan cita-cita mereka. Mereka juga tidak mengendahkan hakikat bahawa inilah sebabnya Singapura telah disingkirkan dari Malaysia.

Corak politik yang dimainkan oleh PAP pada ketika itu, tentu akan menimbulkan pertelingkahan kaum. Jadi saya mengambil keputusan memberi kemerdekaan kepada Singapura untuk kepentingan keamanan dan kebahagiaan di Malaysia.

Kedua-dua golongan belia Cina yang masih dalam lingkungan umur belasan tahun dan dua puluhan, tidak tertarik langsung pada MCA (parti politik yang mendapat sokongan kuat ahli perniagaan kaum Cina). Mereka merasa MCA telah lama berkuasa dan bersikap terlalu bertolak ansur serta terdapat jurang perbezaan umur antara pemimpin MCA dengan mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak bersetuju dengan MCA yang bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu.

Saya berani berkata, cuma sesuku sahaja orang Cina di Malaysia atau kurang daripada itu yang bersetuju dengan pandangan-pandangan mereka itu, ataupun menumpahkan taat setia mereka kepada negara China di bawah pemerintahan Mao Tze Tung. Tiga suku penduduk Cina di Malaysia inginkan kehidupan yang aman dan harmoni dengan kaum-kaum lain. Mereka ingin menjalankan perniagaan dan perdagangan serta perusahaan yang dijalankan sejak nenek moyang mereka dengan aman.

Walau sekuat manapun cinta mereka itu kepada keamanan, orang Cina yang berjumlah tiga suku itu tidak dapat menahan kemarahan golongan baru itu, apalagi ingin menentang mana-mana pertubuhan yang tersusun rapi dan terdiri daripada orang yang ingin menimbulkan kekacauan, iaitu komunis. Mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak terdaya hendak menentang anasir kongsi gelap yang menjadi kuman masyarakat yang sentiasa menindas orang Cina.


BAB 4 : KONGSI GELAP DAN ORANG CINA

Kongsi gelap bukanlah satu gerakan baru di negara ini. Anggota pertubuhan haram ini sebahagian besar daripadanya ialah orang Cina. Apabila masyarakat Cina mendapat kekayaan, bilangan kuman-kuman menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di segenap penjuru alam. Di mana-mana terdapat masyarakat Cina sekalipun di Chicago, San Francisco, London dan lain-lain.

Kaum Cina di Malaysia merupakan kaum terkaya antara kaum lain, di mana kekuatan kongsi gelap memeras ugut, menculik dan apa jua cara. Ini menjadikan mereka kaya. Mereka bukan saja menumpukan perhatian kepada peniaga-peniaga besar, tetapi golongan seperti penari-penari perempuan, rumah-rumah urut dan peniaga-penaga kecil dengan meminta wang perlindungan.

Sebelum ini, mereka tidak melibatkan diri dalam arena politik dan jika ada hanyalah sedikit sahaja. Pada tahun 1969, peranan mereka agak penting kerana mereka berada di mana-mana sahaja dan ditakuti oleh masyarakat.

Ahli-ahli politik Cina menggunakan khidmat kongsi gelap untuk mengawal keselamatan mereka, menguatkan pengaruh dan meninggikan kedudukan mereka dalam kalangan kaum tersebut. Oleh yang demikian, kumpulan kongsi gelap ini mudah untuk mencapai tujuan mereka. Malah, kumpulan kongsi gelap ini turut mendapat penghormatan yang ganjil. Mereka tidak menjadi masyarakat biasa tetapi seolah-olah seperti mafia di Amerika. Kedudukan mereka ini telah mengancam dan menimbulkan masalah kepada keharmonian hidup masyarakat di Malaysia.

Dalam kempen pilihan raya yang lepas, mereka telah mengambil peranan yang baru sebagai wakil calon dan pekerja pilihan raya untuk calon yang bertanding dalam pilhan raya. Mereka menjalankan pelbagai tipu helah jahat kerana hanya itu yang mereka tahu lakukan. Pengundi-pengundi telah diugut supaya mengundi calon yang tidak mereka sukai. Disebabkan gerakan-gerakan jahat mereka itu, maka perjalanan pilihan raya yang mengikut lunas-lunas demokrasi yang sentiasa diamalkan sebelumnya telah terganggu. Di mana kuman-kuman masyarakat ini ada mencampurinya, maka kempen-kempen telah dijalankan dengan pelbagai rupa tanpa mengikut lunas-lunas demokrasi.

Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha untuk menentang anggota kongsi gelap itu, terutama sekali dalam masa lima atau enam tahun kebelakangan ini. Maklumat-maklumat penting telah didapati oleh polis dalam penyiasatan yang dijalankan oleh mereka mengenai gerakan kongsi gelap itu. Tetapi mereka tidak menyangka, gerakan-gerakan ganas seperti itu akan dilakukan dalam masa pilihan raya.

Sikap anasir komunis dan tiga golongan orang Cina yang saya sebutkan, telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Malaysia dan perasaan inilah yang telah ditonjolkan dalam pilihan raya. Terdapat banyak punca, tetapi yang paling ketara ialah bahasa kebangsaan. Daripada beberapa surat yang telah saya terima, nyatalah bahawa banyak orang Cina dan India berasa tidak senang hati ketika bahasa kebangsaan mula digunakan. Oleh sebab bahasa Melayu telah menjadi asas kepada bahasa kebangsaan, maka Cina cauvinis telah melahirkan perasaan mereka dengan menghasut supaya diadakan sekolah dan hospital yang berasingan dan universiti untuk orang Cina sahaja.

Alasan yang dikemukakan ialah, daging babi tidak boleh dihidangkan di kantin bangunan yang ada berbilang kaum. Mungkin soal makanan ini boleh dijadikan satu masalah, tetapi ini merupakan satu perkara yang mudah untuk diatasi dengan mewujudkan kantin secara berasingan. Atau jika tidak dapat diadakan kemudahan masak-memasak yang berasingan, masih banyak makanan lain yang boleh dihidangkan kepada semua kaum tanpa perlu menyentuh perasaan mana-mana pihak dari segi agama atau lain-lainnya. Kenyataan ini terbukti benar jika diperhatikan aktiviti penjualan makanan oleh penjaja-penjaja di tepi jalan seperti di Jalan Campbell, Kuala Lumpur yang sangat digemari oleh semua kaum.

Persoalan-persoalan kecil seperti makanan merupakan alasan sahaja. Hakikat yang sebenarnya ialah golongan cauvinis itu menentang langkah yang menjadikan mereka sebagai masyarakat Malaysia. Mereka menentang tujuan ini dan mereka mahu kekal sebagai orang Cina. Terpulanglah kepada mereka untuk berpegang kepada sikap seperti itu, tetapi di dalam masyarakat berbilang kaum ini, marilah kita semua membulatkan taat setia kepada negara ini, biar apa pun jua asal usul keturunan kita. Apabila negara mengadakan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, maka saya rasa, menjadi kewajipan kepada semua orang memberi sumbangan masing-masing bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui dan dicatatkan di dalam Perlembagaan.

Inilah sebabnya MCA kehilangan pengaruhnya. Dasar Perikatan mesti diakui kerana ia selaras dengan Perlembagaan. Sokongan MCA terhadap dasar Perikatan adalah betul. Oleh yang demikian, ia patut mendapat sokongan daripada masyarakat Cina yang berfikiran waras dan taat setia kepada negara ini. Keengganan sebahagian orang Cina untuk menyahut seruan supaya terbentuknya satu bangsa Malaysia yang bersatu telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Melayu. Sikap ini disedari oleh orang Melayu, lantas perasaan marah terhadap orang Cina timbul kerana mereka tidak memberi kerjasama terhadap perkara yang telah dipersetujui. Oleh itu, timbul perasaan anti-Cina dalam kalangan orang Melayu dan mereka menuduh kerajaan bersikap lembut.

Sikap keterlaluan antara puak kanan dan puak kiri dalam sesuatu kaum telah melemahkan usaha-usaha untuk menubuhkan bangsa Malaysia yang bersatu. Dalam pilihan raya yang lepas, terdapat kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab telah meniupkan perasaan ini.

Saya telah membuat lawatan di ceruk dan rantau negeri selama dua bulan untuk memberi peringatan kepada semua penduduk daripada semua kaum tentang bahaya corak politik seperti ini. Selain itu, pergaduhan antara penduduk boleh memecah-belahkan masyarakat dan merosakkan negara yang telah kita bina ini. Kutub Utara dan Kutub Selatan mustahil boleh bertemu antara satu sama lain, tetapi manusia boleh bercampur-gaul di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Saya terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokongan yang kuat terhadap calon-calon UMNO pada masa lepas, dengan tidak semena-mena berpaling tadah manyokong calon-calon PAS. Semasa lawatan bersama-sama ahli MCA, saya dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian yang berlaku di kawasan saya, di mana orang Cina telah pergi ke pondok calon PAS. Ini amat memeranjatkan dan saya berfikir mungkin mereka tersalah pergi ke pondok PAS. 

Apabila saya menghentikan kenderaan untuk bertanya, pengundi-pengundi Cina itu meradang kerana menyifatkan perbuatan saya itu sebagai menganggu kebebasan mereka untuk mengundi sesuka hati. Saya berasa cemas apabila mendapati kejadian sedemikian berlaku di merata-rata tempat di utara Kedah.

Sukar untuk saya fahami kejadian yang berlaku kerana semasa kempen, calon-calon PAS secara terang-terangan menunjukkan sikap anti-Cina tetapi semasa mengundi, parti tersebut mendapat sokongan orang Cina.

Nyatalah bahawa ada perkara rahsia yang berlaku pada masa itu. Mungkin mereka menerima arahan daripada pihak tertentu ataupun mereka telah diugut untuk mengundi parti-parti yang membangkang Perikatan kerana takut. Apabila salah seorang daripada mereka disoal kenapa pergi ke pondok calon PAS, dia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina takut kepada PAS di Kedah atau di mana-mana tempat yang lain sekalipun parti itu mempunyai perasaan anti-Cina. Ini kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya, sekalipun parti berkenaan berkuasa di negeri itu.

Satu lagi sebab yang telah diberi oleh mereka ialah beberapa hari sebelum hari mengundi, seorang daripada calon parti Perikatan telah menghina orang Cina dengan mengatakan, sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, dia masih mempunyai harapan untuk menang. Calon yang mengeluarkan kenyataan itu ialah Dr. Mahathir.

Saya mendapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA Kedah, Dato' Dr. Cheah Toon Lock. Saya telah berkata kepadanya bahawa menjadi kewajipan bagi setiap orang Cina berdiri di belakang parti Perikatan, kecuali jika dia menjadi salah seorang ahli dalam sebuah perti yang menentang Perikatan. Tidaklah patut mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir.

Orang Cina tidak berhak untuk menjadi ahli dalam parti PAS, tetapi sebelum tahun 1966, mereka boleh menjadi ahli bersekutu dalam UMNO. Dengan itu, tidak ada sebab kenapa orang Cina patut mengundi calon-calon PAS, melainkan untuk menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Perikatan, ataupun kerana mereka takut.

Antara parti-parti pembangkang, parti PAS adalah yang tertua sekali. Dalam pilihan raya yang pertama kali diadakan dalam sejarah Malaysia, iaitu semasa pemerintahan British dalam tahun 1955, parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan sebuah kerusi telah dimenangi oleh PAS di Perak.

Allahyarham Dato' Onn dengan secara tidak langsung bertanggung-jawab melahirkan PAS semasa beliau menjadi Yang Dipertua UMNO. Ketika itu, badan tersebut dinamakan Jawatankuasa Ugama yang mempunyai tujuan untuk menasihatkan UMNO dalam segi hal-hal agama.

Apabila Dato' Onn meninggalkan UMNO, ahli-ahli Jawatankuasa Ugama itu kemudiannya telah menukar corak agama kepada politik supaya ia dapat bertanding dalam pilihan raya atas nama sendiri. Langkah ini telah menyebabkan pecahnya kekuatan orang Melayu. Dengan itu, muncullah PAS dalam gelanggang politik tanah air kita. Mereka melancarkan gerakan dengan menggunakan agama semata-mata kerana pada keseluruhannya, orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam. Pada permulaannya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar. Tetapi lama-kelamaan, mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebih ramai, terutamanya di negeri Kelantan, di mana Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu.

Dengan kejayaan mendapat penyokong yang besar bilangannya, maka mereka telah mengalahkan Perikatan di negeri itu dalam plihan raya tahun 1959 dan juga di Terengganu, malah telah menubuhkan kerajaan di kedua-dua buah negeri itu. Namun begitu, dalam tahun 1962, kerajaan mereka di Terengganu telah dijatuhkan oleh Perikatan setelah beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat Parti itu melompat masuk ke dalam parti Perikatan. Dengan itu, tinggallah PAS di Kelantan sahaja yang memegang kuasa Kerajaan Negeri, sementara Perikatan berkuasa di semua negeri lain.

PAS tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu. Mereka bergantung semata-mata kepada hal-hal agama Islam untuk mendapatkan sokongan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk menggubal satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada suatu ketika, seorang ahli wanita PAS, Cik Khatijah Sidek yang menjadi ahli Parlimen, telah mengugut untuk keluar daripada PAS jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonominya yang tersendiri dalam tempoh enam bulan. Desakan ini tidak menghasilkan sebarang natijah dan selepas dari itu, Cik Khatijah telah keluar daripada gelanggang politik. PAS terus berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit itu dengan tidak mengubah coraknya sehingga hari ini, bahkan menambahkannya lagi dengan soal perkauman yang sempit.

Mereka berkata, "Tunku telah menjual Singapura kepada orang Cina dan kemudiannya akan menjual Malaysia". Suatu hal yang sangat mengecewakan ialah, orang ramai percaya dengan kata-kata ini.



next - BAB 5 : TIPU HELAH DALAM KEMPEN



Okies, stop dulu ah.. baca banyak-banyak nanti boring.. jumpa lagi..


Wassalam.



p/s : Ada sesiapa yang tahu kisah sebenar bagaimana Singapura terlepas dari genggaman kesultanan Johor?  Adakah benar ulah kerabat yang tidak ditabal menjadi sultan punya angkara? Kalau tahu share ok, thanks in advance..



Saturday, 22 December 2012

Memoirs of TAR (Bab 1 - Bab 2)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum semua..

I am back... yuhuuu... I am baaaack... Fuuh.. I thought Bandung was crowded. But Jakarta was even more crowded, hectic and chaotic at the same time. Full of pin! pin! ton! ton! honk! honk! It was so lively, unlike Jogjakarta. To go out, you have to pick your time wisely. Or else, maceeeet (jam) everywhere.. But I salute the Bluebird's taxi service, they were using meter all the time. And Indonesian's positive attitude on the road.. begitu bertoleransi antara satu sama lain. Anda nak tahu, di Jakarta I stayed at the Tune Hotel. Murah wooo.. rp900,000 untuk 4 bilik selama 2 malam. Kalau RM dalam 296. Murah sangat kan? Tapi kena booking thru online masa sale, baru la dapat murah. So, 1 bilik untuk 1 malam dalam RM37 aje. Bilik kecil sedikit tak jadi masalah, yang penting dapat tilam 5 star.

Hmmm.. apa lagi... Ok guys, 21.12.12 sudah berlalu. Nampaknya perancangan kebinasaan dunia dari ramalan kalendar kaum Maya tidak lebih hanyalah ramalan semata-mata. Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang ummi pun tidak tahu tarikh sebenar kiamat, inikan pula ramalan kaum penyembah syaitan. Namun tidak dinafikan, ada juga yang percaya dan yakin akan ramalan tersebut sehingga menjejaskan pemikiran dan kehidupan seharian. Betapa Allah SWT benci para peramal dan mereka yang mempercayainya. Na'udzubillahimindzalik, jauhkanlah kami daripada perbuatan syirik seperti itu ya Allah. Amin.

****

Baiklah, kita sambung kepada post saya kali ini yang terhutang lama dah ni..

Awalnya, fikir-fikir.... fikir-fikir lagi.... (berapa banyak nak fikir daa..) macam nak buat artikel Iskandar Zulkarnain. Tapi dalam masa rehat-rehat tu (konon enjoy la sebab artikel dajjal dah siap), saya pegi la ke blog MoM tengok topik DPN Versi 2.0. Semasa artikel ini ditulis, belum ada topik lain lagi, tapi bila saya nak post, dah ada topik baru dah. Masa tu, baca-baca, kepoh-kepoh dan komen sikit. Ntah dari mana, idea yang langsung tak terfikirkan (wallah, lillah), boleh pulak kat situ saya berjanji nak buat artikel ni. Anda nak tahu artikel apa yang saya terjanji tu? MoM punya pasal la saya terjanji buat artikel ni. Nak tahu apa dia?

Taraaa.... inilah dia, artikel tentang salah seorang tokoh besar yang telah pergi. Perginya meninggalkan sumbangan yang bukan sedikit. Tidak semua memandang baik apa yang telah beliau lakukan dan korbankan. Ramai pula yang salah tanggapan kepadanya kerana tidak tahu duduk perkara sebenar. Beliau tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra. Di artikel ini nanti, kita dapat lihat bagaimana TAR menangkis 'fitnah feymes' yang mengaitkan keterlibatannya dalam perjudian lumba kuda semasa keadaan sedang kucar kacir (13 Mei 1969).

Sebelum pergi lebih lanjut, kita baca dulu dedikasi beliau  :

"Dengan penuh tawadduk saya tujukan buku ini untuk kenang-kenangan kepada semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan, daripada semua lapisan masyarakat, daripada semua kaum dan usia, yang telah mara ke hadapan untuk membantu kerajaan Malaysia ketika bencana yang sangat menyedihkan, kepada semua mereka yang telah mendapat kemalangan atau kehilangan harta benda, dan terutamanya kepada mereka yang terkorban dengan tidak berdosa bukan dengan kesalahan mereka sendiri. Saya tujukan juga buku ini kepada pasukan keselamatan kerana taat setia dan ketekunan mereka menjalankan kewajipan sepanjang tempoh kekacauan itu, dengan memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk tujuan keamanan".

(Saya tak tahu kenapa, di awal pembacaan patah-patah perkataan ayat dedikasi TAR, walaupun ringkas tapi seolah-olah saya terbawa mengembara ke zaman yang penuh kacau bilau dan konflik. Seolah-olah saya berada di situ untuk melihat dan merasa sendiri kesukaran dan kepayahan beliau. Fitnah datang dari kiri dan kanan. Fitnah datang dari luar dan dari dalam. Saya cuba untuk melihat dari sudut pandang beliau menangani masalah yang bukan calang-calang.

Artikel ini sama sekali tiada motif politik, jadi jangan dibaca dengan sentimen politik di benak kepala dan pemikiran anda. Saya cuba berkongsi dengan anda untuk menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku melalui bait-bait perkataan beliau sendiri. Teruskan pembacaan jika anda berminat dan ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku pada sebelum dan selepas 13 Mei 1969. Tarikh bersejarah yang tidak akan pernah luput dari fikiran orang-orang melayu yang ingin berfikir. Namun, ia juga tarikh keramat yang ingin dilupakan oleh segelintir mereka yang terlibat. Kita teruskan..)


BAB 1 : ILHAM DARI HOSPITAL

Apabila seseorang yang sedang terbaring di hospital kerana menanti waktu untuk sembuh daripada pembedahan, banyak waktu yang terluang untuk berfikir. Dalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam, maka terbayanglah dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan yang telah timbul sehingga jelaslah kepadanya masalah dan keadaan yang dihadapi serta cara bagaimana persoalan itu dapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian sedemikian, datang pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikian juga yang terjadi ke atas diri saya ketika bersendirian di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisis besar, dengan takdir Allah SWT saya terpaksa di rawat di hospital meskipun pada ketika itu hati saya runsing dan fikiran saya bercelaru dengan peristiwa sedih yang telah berlaku di Malaysia tiga minggu lalu (13 Mei).

Saya dimasukkan ke hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dengan takdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah kerana terlampau berat memikirkan (siang dan malam) hal-hal ketegangan dan krisis yang sedang berlaku. Saya sendiri sedar bahawa mata kanan saya bertambah rosak dan jika tidak diubati dengan serta merta, mungkin penglihatan saya akan hilang.

Maka dengan nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadi saya, Dato' Dr. Pillai, saya bersetuju supaya dijalankan pembedahan ke atas mata yang telah lama saya tangguhkan. Seorang pakar bedah mata yang terkenal bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield Hospital, England telah dipanggil untuk menjalankan pembedahan itu.  Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada petang itu juga untuk menjalani pembedahan pada keesokan paginya.

Sejak saya menceburkan diri dalam gelanggang politik, menjadi kelaziman saya untuk berfikir dengan semasak-masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi selepas sembahyang subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya sepanjang hidup saya. Peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku dalam beberapa minggu lepas telah menjadi persoalan yang amat berat yang terpaksa saya pikul. Oleh itu, walaupun saya dimasukkan ke hospital dengan cara terpaksa, namun saya menyambut baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya tentang apa yang telah berlaku dalam negara yang saya kasihi.

Buku ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam. Sebelum dimasukkan ke hospital, saya telah membuat keputusan dan telah mengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan pilihan raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan-kesan daripadanya. Maka, boleh dikatakan  bahawa pembedahan ini sebagai satu hikmah daripada Allah SWT, meskipun saya terpaksa menanggung kesakitan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pakar-pakar tersebut dan juga kepada Professor Dato' Danaraj serta kakitangan Hospital Universiti, atas segala layanan yang telah diberikan.

Meskipun saya bukan seorang pengarang, tetapi disebabkan mempunyai masa yang banyak dengan tidak membuat apa-apa ketika terbaring di hospital, maka saya terfikir seelok-eloknya apa yang ada dalam fikiran saya ini dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya teringat kepada kata-kata "dalam sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada orang buta, orang yang mempunyai satu mata akan menjadi raja". Ketika di hospital, hanya sebelah mata saya yang berfungsi, maka inilah peluang untuk saya melahirkan pandangan.

Saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan. Oleh itu, tulisan saya yang merupakan pendapat-pandapat saya dalam buku ini janganlah dinilaikan dari segi kewartawanan dan kesusasteraan. Pada saya, buku ini merupakan satu usaha untuk membuka mata penduduk negara ini menerima hakikat sebenar dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah. Oleh yang demikan, timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masng-masing dengan sebaik-baiknya untuk masa depan negara.

Buku ini tidak ditujukan kepada dunia secara umum, tetapi kepada saudara-saudara saya (rakyat negara ini) yang tahu dan mengenali orang dan tempat-tempat yang disebutkan. Saya suka membentang kepada mereka perkara-perkara dan kejadian-kejadian menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, tentang hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, meskipun ia amat dahsyat. Inilah tujuan saya dan berharap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang telah kita semua alami. Saya berazam bahawa kejadian itu tidak akan berulang buat selama-lamanya.

Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telah menghadapi pelbagai kesulitan yang timbul dari dalam dan luar negeri, namun kita berjaya mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebagai satu bangsa bebas yang hidup serta bekerjasama menurut asas demokrasi yang tulen.

Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab serta sengsara selama 3 tahun semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah 3 tahun berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai percubaan dan penderitaan disebabkan pemberontakan dalam negeri yang dilancarkan dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya - iaitu darurat yang telah berlanjutan selama 12 tahun. Namun, dalam tempoh ini kita telah mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama, kita muncul sebagai satu bangsa  yang bebas dan kemenangan kedua yang gilang gemilang ialah mengalahkan komunis.

Selepas penubuhan Malaysia dalam tahun 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancaman pencerobohan, dan kali ini dari luar negara, iaitu pergaduhan dengan Indonesia selama 3 tahun yang diketahui oleh dunia sebagai 'konfrontasi'. Sukacita saya mengatakan bahawa selepas pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia dan Indonesia kini menjadi sahabat yang rapat dan jiran yang akrab.

Sepanjang tempoh tersebut, suara rakyat sentiasa memainkan peranan yang penting. Mereka melahirkan pandangan dan memberikan undi 4 kali dalam pilihan raya : pertama, dalam tahun 1955, iaitu semasa penjajahan British, dan kemudian dari itu 3 kali dalam masa kita menjadi negara yang bebas, iaitu dalam tahun 1959, 1964 dan akhirnya 1969.

Sejak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, saya telah ditanya berulang kali sebagai perdana menteri, bagaimanakah saya telah dapat menyatu-padukan pelbagai kaum dalam negara ini meskipun mereka mempunyai adat istiadat, agama dan cara hidup yang berlainan serta mengawal mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman antara satu sama lain.

Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak atas tabiat dan rasmi penduduk itu sendiri kerana semua kaum yang ada di sini tahu menjaga perasaan antara satu sama lain serta mempunyai sifat berbaik sangka. Setiap individu bebas menjalani kehidupan masing-masing samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan ataupun politik. Sebagai individu mahupun kumpulan, kita mempunyai perasaan sendiri samada suka ataupun tidak terhadap sesuatu perkara, kita bebas menyimpan perasaan itu. Kita harus bersetuju ataupun tidak dengan sesuatu perkara, tetapi kita hendaklah sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan (ini pandangan Tunku untuk kehidupan  dengan semangat demokrasi, bukan kehidupan sebagai seorang Islam kerana Islam ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan).

Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang telah dilakukan ialah penggubalan Perlembagaan Negara. Isi dan kandungan Perlembagaan itu telah dibahaskan secara terbuka pada setiap peringkat dan golongan masyarakat negara ini. Mereka telah mengemukakan pandangan dengan bebas, samada secara perseorangan ataupun beramai-ramai, sehingga akhirnya wujud satu persetujuan di atas Perlembagaan  itu, termasuklah persoalan yang mempunyai tentangan seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan dan keistimewaan untuk kedudukan orang Melayu. Perlembagaan itu menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikatkan kita semua menjadi satu.

Namun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka ada batasnya. Parti Komunis Malaya telah diharamkan sehingga pada hari ini kerana setelah mengalami pengalaman yang pahit, kita dapati bahawa pada asasnya, tujuan komunis amat bertentangan dengan cara hidup yang kita pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawa yang telah terkorban dan harta benda musnah, serta kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar daripada wang negara, sehingga melumpuhkna ekonomi negara.

Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara. Malangnya, sebagaimana yang akan saya terangkan di dalam buku ini, peristiwa-peristiwa yang berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat komunis masih wujud dalam kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada bagi menentang pengkhianat itu.

Selain itu, Malaysia boleh dikatakan mengamalkan demokrasi liberal dalam semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh ditubuhkan secara bebas dan bergerak dengan terang-terangan. Parti-parti baru pula sentiasa muncul, tetapi secepat itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, terus hidup untuk mempertahankan demokrasi.

Maka dengan semangat persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan rakyat negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya tahun 1955. Semangat ini jugalah yang telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya di peringkat persekutuan dan negeri, sehinggalah berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini.

Sebenarnya, dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia, sehingga saya beberapa kali telah menyebut secara terang-terangan bahawa saa merupakan perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.  Sungguhpun begitu, pada 13 Mei, dengan tidak semena-mena saya dapati bahawa saya seorang perdana menteri yang paling masyhur. Saya tidak merasa syak bahawa dengan rahmat Allah SWT, maka dalam masa yang singkat saya akan dapat sekali lagi merasakan diri saya sebagai seorang perdana menteri yang bahagia.

Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan pada umumnya rakyat Malaysia  telah hidup dengan terlampau bebas dan bersenang-lenang, dengan tidak mengambil berat hal-hal yang berlaku. Kita telah hidup dalam suasana kesenangan dan tidak ada sebab mengapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh berlanjutan buat selama-lamanya.

Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk rusuhan kaum di bandar Kuala Lumpur yag aman ini, iaitu satu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam negara ni.

Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengaah kekacauan dan rusuhan yang ngeri dan dahsyat itu, terutama mereka yang ada di panggung wayang, kelab, kedai makan dan tempat hiburan yang lain. Orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak daripada semua kaum terpaksa mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri.

Banyak yang telah terbunuh dan beratus-ratus pula yang telah tercedera. Rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan dan kenderaan dirosakkan. Seluruh ibukota yang biasanya sibuk  dan aman telah berada dalam kecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang berleluasa seperti itu tidak pernah berlaku pada masa dahulu dalam negara ini, di mana penduduk dari pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan ketenteraman sejak zaman berzaman.

Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati dan sanubari seluruh penduduk negara ini, sehingga kita masih berasa gementar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat itu. Dari segi kedudukan geografi, Malaysia tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, tetapi pada 13 Mei 1969, nyatalah merupakan satu letupan gempa masyrakat dan politik yang amat mengerikan.


BAB 2 : BAYANGAN MASA LAMPAU

Ada orang menyatakan bahawa peristiwa boleh dijadikan sandaran bagi peristiwa yang akan datang. Namun hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968 iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.

Namun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, saya berminat menerangkan beberapa perkara. Pertama sekali, pilihan raya pada 1969 dan huru hara yang berlaku pada 13 Mei itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Semua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan degan sempurna dalam suasana muhibbah dan saling mengerti. Begitu juga hari mengundi ketika pilihan raya 1969 ini yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia Barat. Semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana pilihan raya yang lepas dengan tiada rintangan. Namun begitu, dalam suasana kempen pilihan raya, perbuatan-perbuatan liar telah berlaku dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah diucapkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji apakah yang telah berlaku sebelum pilihan raya dan semasa pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusuhan ini meletus secara tib-tiba.

Perkara kedua yang ingin saya tegaskan ialah, pengaruh fahaman komunis. Tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh berdiri sendiri, mengasingkan diri daripada pengaruh, ideologi dan fahaman luar. Malaysia dan negara-negara Asia pada hari ini sedang menghadapi ancaman daripada cina komunis. Dengan adanya kemudahan alat perhubungan seperti yang terdapat pada zaman kita ini, maka adalah mustahil kita terselamat daripada pengaruh ajaran komunis yang dipancarkan dari Peking itu. Kemudian, ia dipetik dan disebarkan di negara ini secara melulu oleh pihak tertentu.

Terdapat sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan saya terlampau takut kepada komunis seolah-olah ada komunis dalam setiap semak. Namun, menjadi kewajipan saya sebagai perdana menteri, untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dari dalam dan luar kerana saya selalu mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernah memperkecilkan pengaruh yang ditanamkan oleh komunis, Kita mesti sentiasa berwaspada untuk mengamati pada sebarang waktu, kesan dan pengaruh fahaman komunis yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan pemikiran orang kita, terutama sekali golongan belia.

Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 merupakan satu contoh yang menggambarkan sejauh mana penyokong komunis samada yang bergerak secara terang-terangan ataupun sulit sanggup melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan Malaysia.

Pergaduhan kaum telah timbul di sana sewaktu anggota Cina dalam gerakan belia Mao Tze Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai matawang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Beberapa pertempuran telah berlaku. Orang Melayu dan penyokong yang setia kepada kerajaan menjadi sasaran serangan mereka itu. Beberapa orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah berjaya mengembalikan ketenteraman secara serta merta dengan mengenakan perintah berkurung dan menangkap orang yang disyaki.

Tujuan komunis itu adalah untuk melancarkan hartal di seluruh negara tetapi mereka gagal kerana penduduk di tempat-tempat lain tidak mengendahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Dalam bulan Jun 1968, hukuman gantung hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu pihak Soekarno menyerang selatan Malaysia. Perintah hukuman gantung yang sama juga telah ditandatangani ke atas 2 orang Melayu di Perak.

Dr. Tan Chee Khoon yang pada ketika itu menjadi anggota parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menangguh hukuman gantung itu. Bersama-sama dengan ahli Parti Buruh dan penyokong komunis, beliau telah melancarkan satu kempen besar-besaran dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu untuk memungut tandatangan dengan tujuan bagi menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu. Pihak akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini. Anasir-anasir yang pro komunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Namun, rayuan mereka telah ditolak oleh DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Perak.

Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung telah hampir. Di luar pintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu, tunjuk perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang tertentu termasuk belia-belia komunis. Mereka membaling batu ke kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang mungkin membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya sendiri telah menyembahkan rayuan kepada DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Perak bagi pihak orang yang dihukum gantung itu. Baginda bersetuju meringankan beban hukuman itu kepada penjara seumur hidup. Samada tindakan itu betul atau salah, tujuan saya adalah untuk menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan 11 orang komunis di Johor dan 2 orang penderhaka Melayu di Perak daripada dihukum gantung.

Akhirnya tunjuk perasaan itu dihentikan dan keamanan telah dipulihkan. Namun begitu, masih terdapat rasa gelisah seperti api dalam sekam. Dan keraajaan sedar mungkin perkara ini tidak setakat itu sahaja. Maka kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kekacauan dengan cara melipat gandakan pengawasan sebagai langkah berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan bijak.

Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian itu sebagaimana yang terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam hal yang melibatkan 11 orang Cina itu sahaja. Tetapi langsung tidak timbul suara bagi pihak 2 orang Melayu. Hasil daripada pengajaran ini, orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai satu keadaan yang boleh menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang, maka kemungkinan untuk melakukan kekacauan dengan mengapikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akan lebih menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma perlu meniup api itu untuk menyemarakkan satu kebakaran yang dahsyat.

Sebenarnya anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan tidak berlengah-lengah lagi daripada menunjukkan jalan untuk bertindak pada masa hadapan bertentangan dengan kepentingan negara. Selepas 6 minggu komunis dan pengkhianat itu diringankan hukumannya pada 13 Oktober, Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan memulaukan pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1969.

Saya tidak mengerti kenapa ahli politik boleh terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan raya itu. Hal ini kerana percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan Singapura pada masa yang lepas sentiasa menemui kegagalan.

Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru teknik barisan Sosialis Singapura yang enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya dan dengan kedegilannya, berpegang pada polisi ini. Parti itu akhirnya lesap. Mereka menarik keluar ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura tetapi mereka tidak melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana kebanyakan pemimpin kerajaan Singapura adalah orang Cina. Oleh itu Barisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untuk mengekalkan negara itu sebagai tapak untuk kemasukan anasir subversif komunis.

Parti Buruh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali juga mereka hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-pemimpin mereka tidak dapat meramalkan perkembangan seterusnya dan menjangkakan sikap sedemikian akan membawa bencana seperti diharapkan. Memang menjadi taktik komunis menyalakan api kepada seberapa banyak cerek yang boleh dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup dengan sendirinya.

Sebelum kejadian itu iaitu pada 1968, keadaan aman dalam gelanggang politik dengan parti-parti pembangkang. Satu perkembangan terbaru berlaku iaitu perisytiharan penubuhan sebuah badan politik baru pada bulan April, iaitu Parti Pergerakan. Parti ini terdiri daripada mereka yang menggelarkan diri bijak pandai dan golongan terpelajar yang pendiriannya bercanggah dan menentang dasar-dasar kerajaan Perikatan.

Pada masa itu, tiada lagi pengisytiharan pilihan raya. Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu pilihan raya mengejut pada bila-bila masa dalam tahun terakhir tempoh perkhidmatannya. Namun demikian, sebaliknya berlaku, saya telah mengisytiharkan kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama 5 tahun.

Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat kerana mereka yakin saya akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut Perlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan 5 tahun lepas. Ini bermaksud pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang bulan April 1969.

Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis iaitu satu langkah yang belum pernah berlaku dalam negara kita yang demokratik sejak merdeka. Mereka mengisytiharkan akan menarik keluar serta merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam Parlimen, mereka mempunyai 2 orang ahli iaitu Dr. Tan Chee Khoon dan En. Lim Kean Siew.

Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam kabut dan perpecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Jelaslah kepada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini tidak disokong dengan sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. En. Lim mengambil masa berminggu-minggu untuk membuat keputusan ini. Akan tetapi, Dr. Tan pula yang enggan menarik diri dari Parlimen, kemudian telah meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh hanya semata-mata untuk menyertai Parti Gerakan yang baru.

Mungkin juga hal ini merupakan satu muslihat dan tipu helahnya atau partinya untuk menutup kekalahan golongan sosialis dalam pilihan raya yang lepas. Dalam parti baru, Dr. Tan yang menjadi setiausaha agung telah mendapat sokongan kuat daripada ahli Parti Buruh yang telah lumpuh itu dan juga secara rahsia menagih simpati komunis.

Dengan itu, tamatlah perkembangan politik pada tahun 1968, iaitu dengan bermulanya bulan puasa pada pertengahan bulan November dan perayaan Hari Raya dan perayaan Hari Krismas selama 3 hari berturut-turut. Kehidupan masyarakat di Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh semangat persahabatan. Begitu juga kepercayaan dan perasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi dalam tahun baru itu dan pada masa hadapan.


Next -  BAB 3 : PILIHAN RAYA UMUM


p/s : Macamana? Ok tak? Ke nak tukar artikel lain? Sementara anda fikir-fikirkan, saya nak bereskan barang-barang yang masih belum berkemas lagi tu.


Wassalam.




Sunday, 16 December 2012

SORRY


Assalamualaikum wbt...


Maaf, lama tak masuk bermain-main ke mari. Follower sudah bertambah, komen juga bertambah. Terima kasih semua sudi berkongsi buah fikiran. Masih belum berkesempatan untuk dijawab semuanya.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sebab tak dapat menunaikan janji untuk publish artikel terbaru. I am  Bandung-ing and Jakarta-ing. Tapi saya akan cuba usahakan selepas pulang nanti. Selepas hilang sedikit capeknya dong..

Actually the article is waiting to be published. Tapi masih belum diperbetulkan kesalahan-kesalahan dan  letak huruf. Tunggu saya balik okey....



Wassalam

Salam dari Jakarta.

Sunday, 2 December 2012

Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 13 - Finale)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya kita berada di penghujung sebuah perjalanan untuk kisah dajjal. Saya sangat berharap agar apa yang saya kongsikan dengan anda semua, dapat menambah pengetahuan tentang fitnah  dajjal dan cara untuk menjauhi fitnah-fitnah itu. Walaupun terdapat begitu banyak blog yang membincangkan tentang penyelamat palsu ini, saya juga harap anda dapat sesuatu yang baru disini.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya teruskan sambungan yang terhenti pada perbincangan tentang Surah Al-Kahfi yang banyak berkaitan dengan alam ghaib. Keyakinan kepada alam ghaib inilah yang cuba dipesongkan oleh dajjal dengan kepercayaan kepada dunia ilusi fantasi.

Dalam kisah dajjal, banyak perkara yang tidak logik dan rasional. Banyak penjelasan yang tidak masuk dek akal. Contohnya sepert pulau dajjal, Al-Jassasah, umur dajjal yang panjang, tetap muda, tetap bertenaga, membawa dua buah sungai, memperlihatkan syurga dan neraka dan pelbagai lagi. Kepada yang tidak dapat berfikir secara jernih, ramai yang beralih kepada hujah tamsilan, perlambangan dan takwilan sebagai hujah rasional. Tanpa sedar, kisah dajjal telah menyimpang dari dasar yang disebut oleh Nabi Muhammad saw.

Betapa sukar untuk menjelaskan kesahihan kisah dajjal sebagai satu hakikat atau kenyataan yang benar-benar berlaku kerana landasan hujah golongan yang tidak percaya ini berteras kepada logik akal dan rasional pemikiran sahaja. Jadi, untuk memperbetulkan persepsi ini, mari kta lihat Surah Al-Kahfi. Baca, fahami dan kaji isinya, jawapan ada di situ.

Baiklah, kita ni cenderung mengukur sesuatu perkara dengan jalan akal sebagai asas pembuktian, tetapi apabila kita menolak kemungkinan lain dan menafikannya, sikap obses yang menolak kebenaran ini menjadi agak keterlaluan. Kisah Nabi Musa a.s di dalam Surah Al-Kahfi bermula dari sfat obsesi ni. Ketika Nabi Musa a.s berkata : "Akulah yang paling berilmu di kalangan kamu", maka Allah swt menegur baginda kerana jelas beliau menolak kemungkinan ilmu lain yang wujud dan membuktikan obses seperti itu adalah tidak disukai Allah swt.

Ketika sains sedang bergelut untuk mencari penyelesaian, ibrah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir telah menjawab persoalan ini. Jika diukur dari sudut keilmuan, sudah tentulah Nabi Musa yang mendahului mana-mana manusia di zamannya kerana baginda boleh berbicara secara langsung dengan Allah swt. Tetapi dalam kisah ini, keadaannya bukan begitu. Nyata ilmu yang dimiliki Nabi Khidir a.s  lebih mendahului kefahaman Nabi Musa. Ukuran logik dan rasional tidak dapat menepati setiap perilaku Nabi Khidir. Namun ia adalah dalam batas dan syariat kehendak Allah swt. Di sini, Allah swt menampilkan bahawa kemampuan akal dan pancaindera itu ada had dan limitasi tertentu. Justeru, kepada anda yang hanya berbahas menggunakan logik dan rasional, anda perlu mengambil posisi dan makna daripada surah ini. 

Di dalam Surah Al-Kahfi juga terkait kisah Iskandar Zulkarnain. Sudah tentu ada sesuatu di sebalik kisah ini. Kisah ini menjadi iktibar yang sangat baik. Seperti yang kita sedia maklum, Allah menurunkan ayat-ayat ini kerana adanya pertanyaan daripada ahli kitab iaitu pendita-pendita yahudi yang mahukan kesahihan kerasulan Nabi Muhammad saw. Kisah Iskandar Zulkarnain dan 7 pemuda Ashabul Kahfi adalah kisah silam yang tidak dapat ditemui di dalam naskah dan lembaran bertulis. Ia hanya ada di dalam pengetahuan pendita dan rahib yahudi. Bahkan kisah Iskandar Zulkarnain dan pemuda Ashabul Kahfi ini sukar untuk di terima. Ia dianggap sebagai mitos oleh sesetengah kaum yahudi sendiri.

Begitu juga kisah Iskandar Zulkarnain dengan Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini menghubungkan kisah silam  tentang Iskandar Zulkarnain dengan kisah akan datang turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman. Justeru adalah tidak mustahil, dajjal yang lahir pada zaman Nabi Sulaiman akan muncul semula pada akhir zaman. Jika kefahaman yang serupa diguna pakai, maka kisah dajjal bukanlah khayalan. Boleh juga ambil iktibar kisah pemuda Ashabul Kahfi yang disimpan Allah selama 309 tahun dan bangkit kembali pada zaman yang lain. Ambil dalil ini sebagai sandaran untuk menjawab bahawa kisah dajjal adalah benar. Bukankah fitnah dajjal berkisar pada sebuah keyakinan? Maka surah Al-Kahfi meneguhkan keyakinan itu.

Dengan izin Allah swt , butir-butir dan buah ilmu ini terungkap secara spontan di dalam perbincangan ringkas  antara penulis buku dengan Doktor Muhammad Al-Mahdi. Baginya, ia adalah ilmu yang Allah swt fahamkan untuk melihat Surah Al-Kahfi dan perihal dajjal dengan lebih dekat untuk dikongsikan bersama dengan kita semua. Untuk memahami lebih jelas, mari kita perhatikan maksud dari surah ini :

"Ataukah kamu mengira bahawa para penghun Al-Kahfi dan Ar-Roqim (gua) itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan kami yang menghairankan. (Ingatlah tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung di dalam gua lalu mereka berdoa "Wahai Rabb, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus di dalam urusan kami (ini)". Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun di dalam gua itu, kemudian kami bangunkan mereka agar kami mengetahui yang manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat di dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (di dalam gua itu). Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata : "Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak menyembah ilah (sesembahan) selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai ilah-ilah. Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka)? Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah? Dan apabila kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung di dalam gua itu nescaya Rabbmu akan melimpahkan sebahagian rahmatnya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna untuk kalian di dalam urusan kalian". (Surah Al-Kahfi, ayat 9-16).

Di dalam satu tulisan yang membahasakan mengenai Surah Al-Kahfi menyebut bahawa para pemuda tersebut adalah anak-anak para bangsawan Romawi. Mereka keluar meninggalkan kaum mereka pada hari kebesaran bagi menyembah patung dan taghut. Mereka menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada ilah-ilah taghut mereka. Dengan perintah raja yang bernama Diqyanus. Apabila seluruh manusia keluar berbondong-bondong di dalam perarakan yang besar dengan diiringi paluan muzik dan gendang, pemuda-pemuda tadi dalam diam-diam memisahkan diri dan keluar dengan hati yang berat. Mereka mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh kaum mereka adalah batil dan kerja sia-sia.

Pemuda yang pertama kali memisahkan diri di antara mereka pada waktu itu duduk bersendirian di bawah naungan sebuah pokok, lalu datang yang lain duduk di sampingnya. Kemudian begitulah aksi pemuda seterusnya sehingga mereka berkumpul seramai tujuh orang. 

Di dalam riwayat kitab kisah anbiya' dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Aphese) atau disebut juga dengan nama Tharsus. Setelah Islam datang, kota itu berubah nama menjadi Tharsus (Tarse), sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai raja yang baik. Setelah rajanya meninggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang raja Persia yang bernama Diqyanus. Dia seorang raja yang kafir, amat amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus lalu kota itu dijadikan ibukota kerajaan dengan binaan istana yang agam. 

Istana itu diperbuat daripada batu marmar. Tiang-tiangnya yang berjumlah seribu terbuat dari emas dan lampu-lampu yang berjumlah seribu buah juga, semuanya terbuat daripada emas. Lampu-lampu itu bergantungan pada rantai-rantai yang terbuat daripada perak. Setiap malam, apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya. Di sebelah timur dan barat serambi, dibuat lubang-lubang cahaya sebanyak seratus buah sehingga sejak terbit matahari sampai terbenam selalu dapat menerangi serambi itu.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana dia merasakan dirinya sedemikian sihat dan kuat, kesombongannya mula membuak. Dia merasakan kebesaran-diri seperti apa yang dirasa oleh Namrud, sehingga berani mengaku sebagai tuhan. Dia menafikan kewujudan tuhan yang maha esa yang mencipta seluruh langit dan bumi. Raja Diqyanus pun memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan seumpama pesta yang besar. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan di dalam satu perarakan raksasa yang hebat.

Sementara menunggu Raja Diqyanus tiba, ketujuh-tujuh pemuda  itu keluar secara berasingan dari kota. Mereka menyongsang arus perarakan yang masuk ke kota untuk menyelamatkan diri. Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya di samping sembahan berhala-berhala yang lain dan mempersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut.

Barangsiapa yang setia dan patuh kepada raja akan diberi pakaian dan pelbagai hadiah, tetapi barangsiapa yang tidak taat atau tidak bersedia mengikuti kemahuannya akan segera dibunuh. Keputusan yang pemuda-pemuda itu ambil adalah amat kritikal pada saat yang genting pula. Pergerakan mereka yang menongkah arus disedari oleh tentera. Ketika mereka bertenu, mereka telah menyatakan hasrat untuk sanggup menghadapi segala kemungkinan demi menolak ketuhanan Raja Diqyanus kerana pada mereka, tidak ada tuhan selain tuhan yang menciptakan langit dan bumi iaitu Allah swt. Mereka bergegas lari menuju ke bukit. Di sanalah  terdapat sebuah gua yang dinamakan gua Ar-Roqim.

Kisah ini adalah insiden yang akan berulang kembali. Allah mencatatkan kisah Ashabul Kahfi dengan peristiwa perarakan raksasa seperti yang akan di atur kembali oleh dajjal. Maklumat ini, didapatkan melalui satu kitab lama tulisan Almarhum Syeikh Uthman Jalaluddin bertajuk 'Alamat Kiamat', terjemahan dan huraian dari kitab arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah. Syeikh Jalaluddin menyatakan perhimpunana itu sebagai berikut : pengikut dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan besar-besaran. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan penuh teliti oleh dajjal dan sekutunya.

Tindakan dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan diri sebagai tuhan, menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peristiwa yang telah dan akan berlaku dengan jarak yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata. Subhanallah, sungguh ia satu keajaiban! Gendang perarakan ini telah mula dipalu dan dimomokkan di dalam lagu.

Penulis juga turut menemui insiden yang sama dengan ritual di dalam nyanyian kumpulan rock barat - MY CHEMICAL ROMANCE yang bertajuk 'The Black Parade". Barangkali inilah propaganda awal, satu cara dajjal memasukkan benih-benih keterujaan akan kehadirannya di dalam benak dan jiwa anak-anak remaja kita. Telitikanlah liriknya dengan hati yang terbuka :

When I was a young boy
My father took me into the city
To see a marching band 

He said
"Son , when you grow up
Will you be the saviour 
Of the broken
The beaten and the damned?"

He said
"Will you defeat them?
Your demons 
And all the non believers
The plans that they have made?"
"Because one day
I leave you a phantom
To lead you
In the summer
To join the black parade"

Sometimes I get the feeling
He's watching over me
And other times
I feel like I should go
When through it all
The rise and fall
The bodies in the street

And when you're gone
We want you all to know
We'll carry on
We'll carry on

Though you're dead and gone
Believe me
Your memory will carry on
Will carry on

Terjemahan :

Ketika aku masih remaja
Bapaku membawaku ke kota
Untuk menyaksikan sebuah perarakan

Dia berkata
"Anakku apabila engkau dewasa
Mahukah engkau menjadi penyelamat
Mereka yang rosak
Mereka yang tewas dan terlaknat?"

Dia berkata
"Mahukah kau mengalahkan mereka
Syaitan-syaitanmu
Dan mereka yang tidak percaya
Akan perancangan yang telah mereka aturkan?"

"Kerana suatu hari nanti
Aku tinggalkan engkau berupa bebayang
Untuk memimpinmu di musim panas
Untuk menyertai perarakan kegelapan"

Kadang-kadang aku dapat merasa
Dia selalu menjagaku
Dan ada ketikanya
Aku merasakan yang aku perlu pergi
Mengharungi semuanya
Jatuh dan bangunnya
Tubuh-tubuh di jalanan

Dan bila kau telah tiada 
Kami mahu engkau semua tahu
Kami akan teruskan
Kami akan teruskan

Walaupun engkau mati dan sudah tiada lagi
Percayalah padaku
Ingatan kepadamu akan berterusan
akan berterusan
akan berterusan


Anjuran perhimpunan seperti inilah yang dinantikan-nantikan. Dengan muzik keras yang menghentam langsung ke bawah minda separa sedar anak remaja, jelas ada makna di sebalik seruan ini. Mengajak syaitan, manusia dan semua manusia menyertai gerakan dajjal ini - bayangan kepimpinan gelap yang akan berlaku. Ia adalah pesan di sebalik memori. Semua pengikut dajjal mesti bersedia. Ibarat dipukau, mereka akan memanggil seluruh kaum kerabat, sanak saudara, dan rakan taulan mereka untuk hadir menyaksikan satu keajaiban yang memang dinanti-nantikan iaitu kehadiran tokoh penyelamat akhir zaman.

Inilah percubaan kemuncak dajjal untuk menipu manusia. Kemuncak fitnah ini menyamai kisah Namrud dan Firauan yang mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan di hadapan lautan manusia di dalam perhimpunan  raksasa. Seperti Namrud yang telah memanggil seluruh penduduk kota untuk menyaksikan pengisytiharannya sebagai tuhan tetapi tidak disertai oleh nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim menentangnya melalui protesnya dengan memecahkan semua patung berhala Namrud. Manakala di dalam insiden Ashabul Kahfi, mereka telah meminggirkan diri dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut, melarikan diri ke bukit lalu bersembunyi di dalam gua Ar-Roqim demi menyelamatkan tauhid mereka.

Ia sangat bertepatan dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw melalui hadis riwayat Imam Muslim dari Ummu Syariq, dia berkata : Saya mendengar rasullulah bersabda : "sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung".

Kepada anda yang berfikir, inilah peristiwa yang amat menarik untuk disingkap menjelang kedatangan dajjal. Kita temui semua persamaan ini di dalam Surah Al-Kahfi. Sekiranya anda membaca pertanyaan Kidxx obito  di artikel sebelumnya tentang apa kaitan 7 pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sebagai perisai kepada dajjal, mungkin di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk mengaitkan akan pertalian itu. Sebabnya?

Ok. Baca ni dan fahami betul-betul so you will not missing anything : Perhimpunan dan perarakan raksasa yang sama seperti di masa Namrud dan Diyanus akan berulang (bahkan jauh lebih hebat). Pengumuman sebagai tuhan seperti yang dilakukan oleh Namrud dan Diqyanus akan berulang. Manusia berlalu pergi meninggalkan perhimpunan seperti perbuatan Nabi Ibrahim dan pemuda-pemuda Ashabul Kahfi akan berulang. Melarikan diri ke tempat-tempat tinggi juga akan berulang.....

ANDA NAMPAK TAK? ANDA PERASAN TAK NI? Rahsia ini hanya ada di sini, saya rasa tempat lain takde lagi akan hipotesis seperti ini dikongsikan (mungkin ada tapi saya tidak tahu, so, maaf). Kesimpulannya adalah, penulis buku ini menemui sesuatu yang orang lain tidak jumpa sejak perbincangan tentang keistimewaan Surah Al-Kahfi sebagai benteng dan perisai kepada fitnah dajjal tercetus. Jika anda dapat perhatikan, pertalian alam ghaib dengan Surah Al-Kahfi juga terkupas di sini.

Saya tidak ralat mengeluarkan duit RM37.90 untuk membeli sebuah buku yang penuh dengan penemuan-penemuan baru. Malah saya bangga dapat mengongsikannya dengan anda semua. Walaupun terpaksa bersengkang mata dan tak dapat apa-apa, tidak mengharapkan apa-apa (kecuali redha Allah swt), saya lakukannya demi untuk anda semua, yang masih tercari-cari akan sesuatu yang dirasakan masih kurang. Saya lakukannya demi untuk anda semua, yang masih dahagakan ilmu pengetahuan. The link which is missing, is now complete. My vision to share is finally accomplished. Terima kasih anda semua yang sporting. Komen-komen anda juga memotivasikan saya untuk terus meneruskan usaha ini. Anda semua sangat-sangat berhemah, penuh berilmu dan bersopan santun. Saya juga banyak belajar dari anda. Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan.

Sebelum saya mengundurkan diri, sedikit lagi pesanan dari tuan punya buku ingin saya ketengahkan sebagai penutup. Yang ini penting sebab ia menyangkut tauhid dan keyakinan kita sebagai umat Islam.

Malang sungguh, pada hari ini ramai di kalangan kita yang merasa gagah untuk berhadapan dengan dajjal tetapi dalam masa yang sama tidak mahu memperbaiki tauhidnya. Ketika kita sibuk mencari dajjal, ada yang langsung tidak mengenali Tuhannya yang sebenar. Justeru hadis nabi saw yang berkenaan penghafalan 10  ayat awal Surah Al-Kahfi perlu diberi nilai tambah iaitu kukuhkan tauhid kita dahulu. Tauhid ihsanlah yang akan menjadi benteng akhir di dalam menghadapi fitnah dajjal. Keyakinan kita akan diuji. Tauhid ihsan itu adalah di tahap bilamana kita menyembah Allah, seolah-olah kita melihat dan merasakan kehadiranNya.

Tauhid adalah sebuah keyakinan yang kukuh dalam hati. Ia tidak goyah dan bagaikan akar yang terjunam jauh ke dalam bumi. Telah sepakat para ulama mengistilahkan bahawa makna tauhid atau aqidah itu adalah satu keyakinan yang jitu dalam mengesakan zat, sifat dan asma Allah yang serba sempurna tanpa ada kekurangan dan cela. Akhirnya, keyakinan yang kukuh itu akan dapat terjelma melalui sikap, percakapan, pembawaan diri, akhlak dan gerak hatinya adalah dalam gerak tauhid.

Ketahuilah bahawa tauhid itu bukanlah segunung kitab, tetapi apa yang tertanam dalam hati. Hati orang yang bertauhid perlu melahirkan natijah ihsan, sehingga amal ibadahnya, solatnya, makan dan minumnya, tidur dan baringnya, dan segala yang menyangkut  hal kehidupannya terasa seperti diperhatikan Allah swt (walaupun sememangnya semua di dalam perhatian Allah belaka). Ia merujuk kepada jalan amal yang ditunjukkan oleh Nabi saw yang dengan bersungguh-sungguh dengan jihad memerangi nafsu, istiqamah dalam beramal dan sentiasa memelihara adab. Orang-orang yang tegar tauhidnya adalah mereka yang digeruni dajjal.

Persoalan tauhid menjadi inti pertarungan manusia dengan dajjal. Keyakinan itulah yang mahu direbut dan dimanipulasikan dajjal supaya berpindah keyakinan itu pula kepadanya. Dajjal mahu merenggut keyakinan percaya kepada tuhan yang esa, kepada keyakinan percaya kepada tuhan manusia. Hari ini kita dapat perhatikan betapa celarunya pemikiran umat Islam yang tenggelam di dalam fahaman batil seperti fahaman sekularisme, liberalisme, rasionalisme, ateis dan sebagainya yang semata-mata bersandarkan kepada akal dan logik. Ini kerana mereka tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah sehingga akhirnya jauh daripada naungan dan hidayah Allah swt.

Bencana terbesar umat Islam bukanlah perang atau kebuluran, gempa bumi atau tsunami, tetapi bencana hilang dan pudarnya tauhid Ihsan, iatu krisis keyakinan kepad Allah swt selaku pencipta, pentadbir dan penguasa alam. Hari ini, krisis tauhid atau aqidah sudah sampai ke tahap kritikal. Bukan sekadar murtad, tetapi menularnya fahaman baru yang intinya adalah meleraikan tauhid umat Islam melalui fahaman yang diberi nafas baru dengan nama hak kemanusiaan, kebebasan, demokrasi, toleransi dan yang sewaktu dengannya.

Ilmu tauhid sudah menjadi satu pelajaran yang sukar bagi generasi anak muda sekarang. Ketika kitab tauhid dibuka dan mahu dibincangkan di masjid-masjd dan di surau-surau, hanya orang tua-tua yang mendengar. Malangnya para ilmuan dan cerdik pandai hari ini terus bertelagah di dalam hal-hal cabang dan ranting yang disangkakan satu jihad besar tanpa menyedari bahawa perbuatan itu cenderung kepada memecah-belahkan umat Islam sehingga orang awam menjadi keliru dan mula menjauhi agama.

Putaran ini berlaku dari satu zaman ke satu zaman sehingga umat Islam dikenali sebagai umat yang sering bertelagah dan berpecah-belah. Sedangkan jika benar-benar diperhalusi dengan jujur, perkara yang dibangkitkan dan menjadi perbahasan itu sudah diselesaikan melalu kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama terdahulu, lengkap dengan dalil Al-Quran, As-Sunnah, hadis dan hujah yang sudah muktamad dan disepakati oleh para jumhur ulama yang muktabar sifatnya.

Justeru itu, mari kita simpulkan bahawa dalam menghadapi fitnah dajjal, senjata yang diperlukan adalah tauhid ihsan, iman yang kukuh dan melazimkan bacaan Surah Al-Kahfi. Juga titipan doa daripada Nabi Muhammad saw kepada kita sebagai  umat kesayangan baginda, sebagai senjata ampuh untuk menghadapi fitnah dajjal. Leraikanlah segala sengketa remeh demi sebuah kesatuan ummah. Ketahuilah, sengketa dan kebencian haruslah dileraikan kerana ia adalah mainan yang didalangi oleh dajjal.

Semoga Allah swt memelihara kita serta anak dan cucu kita dari jatuh ke dalam fitnah dajjal yang besar ini. Semoga kita bersama-sama memeranginya dan mengenali segala tipu dayanya.

Seperti yang dijanjikan, buku yang menjadi wadah perkongsian kita ini bertajuk 'Membongkar Misteri Dajjal' sebuah karya Mohd Khalid Yahya atau nama penanya Muhammad Nurani Maarif. Dah habis buat artikel ni baru saya tergerak nak google beliau. Ternyata ramai juga yang membincangkan buku yang ditulis oleh beliau pada 2010 ini. Tapi guys, saya rasa (tanpa langsung rasa riak atau sombong), inilah satu-satunya blog yang mengongsikan secara penuh isi kandungan buku beliau (walaupun tak 100 % kerana yang 20% tu mungkin anda membaca tulisan saya sendiri).

Saya mengaku, saya ada melakukan pengubahsuaian sesuai mengikut gerak hati dan rasa. Isinya juga saya tidak ambil dan percaya bulat-bulat (hasilnya adalah pembongkaran tentang tengkorak kristal dan pembetulan maklumat peta Piri Reis. mungkin akan ada pembetulan tentang penemuan lain di masa hadapan, siapa tahu). Terjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia, saya perbaiki mengikut tahap kefahaman saya. Jika anda beli bukunya, anda akan dapati ada perbezaan di sana-sini kerana saya menyampaikan isinya kepada anda secara friendly dan santai supaya tidak bosan dibaca sekaligus mendatangkan minat untuk digali ilmunya sampai habis.. Ayat yang berulang-ulang yang terdapat dalam buku ini juga seboleh-bolehnya saya elakkan.

Walaupun saya ketengahkan buku orang lain, setiap persoalan yang dibangkitkan, saya dah cuba menjawab dengan semampunya. Sekarang ni saya sedang meneliti soalan-soalan permintaan daripada para tetamu dan memikir-mikir nak paparkan kisah apa pulak. Ada permintaan dari Mohd Firdous yang suruh buat artikel Iskandar Zulkarnain dulu. Pasal piramid pun ada yang tanya. Kalau anda sendiri bagaimana pula? Andai ada idea, jangan malu-malu hantarkan melalui ruangan komen.

Sebelum memulakan projek baru, beri saya berehat dulu beberapa ketika.

Sekian dahulu untuk kali ini, wassalam.