Tuesday 30 October 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya SIRI 6



Assalamualaikum wbt..

Tanpa membuang masa kita teruskan sambungan  artikel seterusnya. Ada yang dah tak sabar tu, nanti ada jadi hulk pula. Baik, saya buat cepat-cepat... untuk memahami persoalan ini, anda disarankan membaca dahulu artikel ini dari siri pertama.

Bismillah...

Sebahagian senarai tamadun purba sudah diberi. Ada yang memberi idea supaya setiap binaan, ukiran mahupun teknologi yang tersenarai dibincang dan dikupas secara berasingan supaya tidak mengelirukan.  Bagaimana mahu dikupas secara berasingan jika yang empunya teknologi itu adalah bersumber daripada indvidu yang sama? Haaaa? Biar betul... Saya menulis bukan untuk membincangkan perihal tamadun dan teknologi itu tetapi lebih kepada siapa pengasas akan tamadun itu.

Di sinilah tabir mula terbuka. Ia satu hakikat yang tidak perlu diterima jika jalur fikir anda berlainan daripada apa yang ingin disampaikan. But, just humour me, teruskan membaca hingga ke akhirnya. Walaupun akal mahu menidakkan, namun mahu tidak mahu, tapak peninggalan, monumen arkeologi dan artifak-artifak kekal hingga ke hari ini. Kesan dan bukti peninggalan tamadun purba ini wujud hampir di setiap benua dan berusia lebih ribuan tahun lamanya. Sungguh misteri...

Tema misteri mempunyai kuasa magik yang berupaya menarik lebih ramai orang yang lemah asas ilmu  Islamnya. Pada awalnya, mereka sekadar mahu mengenali dan mengetahui namun akhirnya secara tidak langsung menganuti fahaman aneh ini, fahaman misteri ini. Ya saudara, inilah yang dinamakan fahaman kekaguman. Oleh kerana itu jawapan perlu segera dicari. Usaha perlu dilakukan dengan memberi tanggapan yang jelas bahawa fahaman ini adalah batil dan menyesatkan. Ia harus diperangi dan wajib dinoktahkan.

Jangan rasa takjub akan pembinaannya.
Jangan rasa hairan akan teknologinya.
Jangan rasa ajaib akan keanehannya.
Jangan rasa kagum akan tamadunnya.
Jangan rasa waaaaah akan monumennya.
Buang semuanya... buang jauh-jauh...

Buang semua rasa itu kerana pengasas kepada tamadun purba itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah si dajjal laknatullah. Dajjal telah menabur jalinan fitnahnya sejak dia menjadi kufur. Sejak dia menolak untuk menyembah Allah yang esa. Sejak dia bercita-cita ingin menjadi tuan kepada dunia. Dia pernah menjelajah setiap inci bumi, bergaul dengan manusia setempat, mengajar ilmu, membina monumen aneh dan menaburkan doktrin bahawa dia adalah tuhan manusia yang akan kembali di hujung dunia.

Entah kenapa jejak dajjal ini tidak dapat dikesan. 
Entah kenapa kepalsuan ini tidak dapat difahami.
Entah kenapa semuanya harus merujuk kepada makhluk angkasa yang wujud hanya pada idea.
Entah kenapa masih ada yang percaya ia berasal dari tamadun yang hilang, the Atlantean..

Padahal yang sebenarnya, ia adalah kerja dajjal yang menutup segala jejak penipuannya serta membina benteng-benteng rahsia yang sukar dikenali di dalam bentuk simbol-simbol dan kod-kod aneh yang membingungkan. Dia, iaitu dajjal yang dimaksudkan, menutup kisah hidupnya dari pengetahuan orang sezaman dengannya dan zaman akan datang. Sekarang anda tahu kepada siapa rasa kekaguman anda dtujukan? Dia yang penuh misteri, dia yang umpama bayang-bayang dan fatamorgana. Dia itu adalah Al-Masihud Dajjal. MasyaAllah... (aku berlindung dengan nama Allah dari fitnah dajjal).

Anda semua, kisah yang sebenar baru sahaja bermula. Siri-siri sebelumnya hanyalah intro. Sebelum pergi lebih jauh, harus dimaklumi bahawa kisah dajjal merupakan sebuah pengembaraan yang panjang dan mencabar. Ia benar-benar menuntut satu kesungguhan untuk memahaminya dan kesediaan untuk melihat segala kemungkinan yang ada. Walaupun ia menjangkau batas alam logik dan menuntut pandangan yang lebih kreatif  dan kritis. Ia di balik mainan fikiran kita. Jika minda anda bersedia diperlakukan sedemikian rupa, maka penjelajahan ini akan lebih mudah dan kita akan bertemu pada satu noktah. Pencerahan... 

Namun semua fakta yang akan dibentangkan adalah satu ketentuan Allah jua, pemilik segala ilmu, Al-'Alim.

Selama ini, apa yang kita faham adalah dajjal hanya akan memulakan ekspedisinya setelah bebas dari rantai pasungannya. Sehingga hari ini juga kita masih merasakan dajjal masih lagi terkurung di dalam sebuah gua di pulau misteri itu. Kesimpulan ini di ambil daripada kebanyakan pendapat setelah dilihat daripada hadis pertemuan nabi Muhammad saw dengan Tamim Ad-Dari yang membincangkan pertemuan beliau dengan Jassasah dan dajjal. Rasanya hadis ini ada dalam pengetahuan anda semua yang meminati kisah dajjal. Namun adakah benar begitu? Bagaimana dengan peringatan nabi-nabi terdahulu kepada kaum-kaumnya?

Dalam membongkar jejak pengembaraan dajjal, ada satu perkara yang perlu kita faham. Dia tidak menjadi dajjal secara otomatik atau dengan Allah swt berkalimah kun fayakun sahaja. Dia adalah manusia biasa yang lahir, membesar dan menempuh jalan kehidupan seperti manusia biasa (cuma lebih istimewa). Di sini kita perlu memperbetulkan akan pemikiran kita tentang dajjal. Kisahnya tidak seringkas seperti yang disangka. Hadis Tamim Ad-Dari hanyalah anekdot dari kisah perjalanan kehidupan dajjal yang panjang.

Allah tidak menciptakan dajjal sebagai gergasi bermata satu dan kemudian dihantar ke sebuah pulau untuk terus dihukum dan dipasung sehingga waktu yang sesuai untuk dia keluar. Tapi hanya inilah apa yang saya tahu semenjak kecil (mungkin persepsi anda tentang dajjal berbeza pula). Orang-orang tua berpesan, jangan disebut-sebut nama dajjal, nanti rantai yang memasungnya akan putus satu persatu mengikut kekerapan namanya disebut. Dia akan dapat keluar lebih cepat. Jadi selama ini, saya membesar dengan gambaran yang salah. Rupa-rupanya dajjal akan lebih cepat keluar bila namanya tidak lagi menjadi sebutan. Bila sudah tiada orang berpesan-pesan akan bahaya fitnah dajjal. Jadi, saya mengambil kesempatan di sini, untuk berpesan-pesan kepada anda semua, kenalilah dajjal supaya anda tahu bagaimana untuk menghindari fitnah terbesar dunia yang sedang ganas melanda umat Islam pada hari ini.

Percayalah, fitnah ini pada awalnya indah pada pandangan mata, menjadi penyedap halwa telinga. Dibantu dengan penggunaan teknologi canggih yang sentiasa sesuai dengan peredaran masa. Namun akhirnya saudara, dihujung perjalanan kita, terdapat pusaran ganas yang menarik manusia ke dalam jurang kesesatan. Allah swt sebagai Tuhan satu-satunya yang wajib disembah semakin diremehkan. Na'udzubillah ya Allah. Kita bagai telah dituntun sejak zaman berzaman untuk menerima tuhan palsu secara halus melalui misteri sains dan teknologi. Inilah antara fitnah akhir zaman ciptaan dajjal yang tersembunyi di dalam cogankata demokrasi, liberalisasi, toleransi, hak kemanusiaan, kebebasan (agama dan duniawi), persamaan dan persaudaraan.

Apakah anda tidak dapat mengesan jalur dan benang halus ini? Semuanya berasal dari satu dan saling berkait, berkembang dan mendasari kehidupan secara perlahan. Sementara di dalam dunia Islam, fahaman-fahaman baru disuburkan. Ia tumbuh dalam pelbagai cabang ilmu. Berakar dan bercambah  di dalam teologi ilmu baru. Tanpa sedar, ia telah melangkaui asas ilmu Islam itu sendiri yang sepatutnya bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Seperti yang kita lihat pada hari ini, fahaman ini berlaku dalam kelompok tertentu yang agak besar juga jumlahnya di Malaysia. Aduhai amat malang sekali, kebanyakan dalangnya adalah orang Islam itu sendiri. Ia wujud dalam pelbagai segmen dan telah menjadi satu kepercayaan yang diterima oleh khalayak dan dipertahankan. Tanpa memahami segala kesan dan akibat, fahaman ini diberi ruang dan tempat atas nama liberalisasi dan kebebasan bersuara. Sungguh ia satu penipuan yang dahsyat. Sedangkan di kalangan kita pula, ada yang begitu hebat dan lantang bersuara memperjuangkannya. Anda di pihak mana?

Tugas memahami ilmu misteri dan memeranginya adalah satu jihad kita yang baru. Jangan pandang sepi akan hakikat ini. Jangan baca pesanan ini bagai angin yang bersepoi di telinga. Sedarlah semua, kukuhkan jatidiri  anda sebagai muslim sejati, bangkitkan alter terahsia melayu yang anda begitu banggakan untuk mendepani fitnah ini. Keluarlah menjadi individu yang berjaya dan tidak terkalahkan oleh nafsu. Nafsu dunia hanya sementara saudara. Kita tidak akan pernah puas dengannya. Fahaman sesat ini semakin berkembang kerana adanya roh nafsu yang menjadi santapannya setiap masa.

Ketahuilah wahai umat muslimin dan muslimat sekaliannya, umat Islam sedang diserang dari pelbagai penjuru. Kuatkan iman, tetapkan aqidah kita kerana mereka yang lemah iman dan aqidahnya akan tewas, pasrah dan jatuh tersungkur. Pembawa fahaman ini tidak akan menukar agama malah sekali-kali mereka tidak akan mengakuinya kerana fahaman ini bukan proses untuk menukar agama, tetapi adalah proses penukaran 'intipati agama'. Mereka katakan semua agama mengajarkan umatnya perkara yang baik, berasal dari satu tuhan. It's good right? So, why not.

Saudara, ia sebenanya adalah proses asimilasi ajaran Islam secara halus dan perlahan yang digarap sejak ribuan tahun silam. Bagaimana cara ia dimasukkan dan bila waktu yang sesuai. Hmmm, nampaknya di abad inilah waktu yang sesuai untuk diketengahkan secara terang-terangan di kalangan kita. Hakikat sudah terang di hadapan mata, apa lagi hendak dikata? Anda sendiri yang mampu mengubahnya. Ingatlah, penipuan dan fitnah dajjal akan meresap hingga sampai di kalangan cerdik pandai, ahli fikir malah ahli agama itu sendiri. (pandai-pandai lah kamu selepas ini, mahu mencari jalan terang atau nafsu yang anda dahulukan.... anda pun muda lagi, lambat lagi nak mati (ini yang selalu dibisikkan syaitanlah, bukan saya.. heheh)).



Kembali kepada kisah dajjal. Anda harus fahami lagi satu perkara, penting ni. Allah swt tidak mencipta makhluk berakal untuk terus dihukum melainkan setelah didatangkan petunjuk dan hidayah terlebih dahulu. Oleh kerana dajjal itu adalah makhluk berakal seperti manusia, maka adalah mustahil dia dijadikan semata-mata untuk kemusnahan dan dihukum. Sedangkan iblis, syaitan dan jin fasik sekalipun diberi pilihan untuk memilih hidayah atau sebaliknya. Dah faham? (saya beritahu ni untuk anda yang tidak tahu, kepada anda yang dah tahu, good for you).

Dajjal adalah pemuda aneh semenjak dari kelahirannya lagi. Untuk menerangkannya, saya ambil sedikit petikan daripada buku Muhammad Isa Dawud untuk tatapan anda semua.

1.  Saya (Muhammad Isa Dawud ), telah mengisyaratkan di dalam buku "Ihdzaru Al-Masikh Ad-Dajjal" bahawa dajjal telah lahir di Samirah (sebuah negeri di Kepulauan Mediteranean) yang penduduknya lazim melakukan perbuatan lucah dan maksiat (liwat - seumpama Kota Pompei yang hancur). Sebuah negeri yang mengagungkan lembu betina sebgai dewa dan tuhan. Negeri Samirah adalah negeri yang penduduknya berkembang dari jalur cucu nabi Nuh a.s yang bernama Sam (dari sini dapat diketahui bahawa masa kelahiran dajjal adalah beberapa tahun selepas kemusnahan bencana banjir besar. Menurut pendapat Imam Al-Barzanji yang menghimpunkan hadis dan pendapat sahabat dan tabi'ien mengenai dajjal mengatakan bahawa ia hidup dari zaman nabi Sulaiman a.s lagi).

2.  Pada malam kelahirannya, bapa dajjal telah membawa ibunya yang sedang sarat mengandung bersama seekor lembu betina untuk dikorbankan sebagai tanda restu dewa - syaitan. (Ibu bapa dajjal seperti yang disabdakan oleh rasulullah saw : ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya digelar fardhakiyyah iaitu banyak daging dan gemuk badannya. Kedua tangannya panjang dan kedua buah dadanya besar).

3.  Apabila kedua ibu-bapanya menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan, maka syaitan telah mempermainkan kehidupan mereka sehingga anak itu lahir dan proses pembesarannya banyak dipengaruhi oleh sihir-sihir syaitan. Hasil kelahiran dengan jalan kekotoran (hubungan pada masa haid), maka dajjal lahir dengan tidak sempurna. Dia hanya tidur sepanjang masa baik di siang mahupun di malam hari.

4.  Syaitan dengan kuasa sihir telah menculik anak itu dari pangkuan ibunya dan diletakkan di rumah biara (temple) di hadapan patung lembu betina. Ketika dia ditemui tidur di bawah dagu patung itu, maka hampir semua penduduk kota Samirah heboh mengatakan dia anak istimewa dan lahir dengan penuh keajaiban. Antara kata-kata yang tersebar dan dicatat dengan terang di dalam manuskrip lama adalah :

"Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Tanda isyarat negeri bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Sam bin Nuh a.s adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, ia tidak banyak bergerak sehingga didatangi seorang malaikat yang mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam".

(Amat menarik untuk direnungkan ketika Muhammad Isa Dawud mengutarakan pandangan bahawa nama Samiri dikaitkan dengan gelaran 'SAM' yang kerap diguna-pakai dalam istilah ikon Amerika sebagai Negara 'Uncle Sam'. Lihat pula beberapa insiden yang amat signifikan sifatnya seperti contoh d bawah :

a) Good samaritan - di dalam kitab perjanjian baru.
b) Nama Sam yang kerap kali diguna-pakai di dalam karya filem besar seperti Lord of The Ring. Sam sebagai teman setia Frodo. Dalam banyak-banyak nama, mengapa nama Sam dipilih.
c) Nama Sam di dalam filem Transformer. Watak hero yang mahu menyelamatkan dunia dari kemusnahan.
d) Nama Sam di dalam filem The Legend. Watak anjing kesayangan hero lakonan Will Smith.

Adakah pemilihan nama Sam ini satu kebetulan atau ada maksud tersembunyi. Adakah nama ini cuba dirujuk kepada nama Samiri itu? Wallahu a'lam. Sekadar untuk direnung-renungkan).

5. Seperti mana kota Sadum dan 'Amurah, kota Samirah juga ditimpakan oleh Allah dengan bencana kerana busuknya kehidupan penduduknya ketika itu (maksiat dan liwat yang berleluasa) ketika penduduknya sedang nyenyak tidur (di awal pagi). Kota Samirah itu dibenamkan ke dalam bumi. Yang terselamat hanyalah budak kecil yang berada di dalam biara. Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah untuk menyelamatkannya dan membawanya pergi ke sebuah pulau di Laut Yaman (pulau yang ditemui oleh Tamim Ad-Dari).

6.  Pulau itu dinamakan 'Pulau Ular Yang Mengerikan dan Haiwan Berbulu Tebal'. Menurut dongeng, pulau itu dihuni oleh binatang buas dan berbisa. Terdapat seekor ular yang berbisa dan setiap orang yang datang dan singgah pasti akan disengat oleh ular yang panjangnya beratus meter itu.

(Tidak dapat dibayangkan betapa besar ular yang dimaksudkan. Namun anda perasan tak akan lagenda dan mitos naga sakti yang mendalami laut dalam? Mitos naga menjadi simbol misteri dan mitos agung sehingga ke hari ni. Adakah ia hanya mitos? Perasan juga tak bangsa mana yang bangga akan kemungkinan wujudnya naga-naga ini? Di mana ukiran-ukiran naga selalu kelihatan? Merata-rata ada di Malaysia dan seluruh dunia anda tak perasan? Ish ish sh... Lain kali, jalan tengok-tengok, mesti nampak punya...)

7. Pulau ini sebenarnya kecil bagai kumpulan batu-batu yang membentuk satu petak bumi yang dipenuhi pelbagai mata air tawar dan segar. Pulau tu dipenuhi dengan tumbuhan berbunga dan pohon-pohon epal kuning yang rendang. Ia amat indah dan tersusun rapi. Pulau itu terletak di Lautan Hindi berdekatan negeri Yaman. Pulau budak ajaib ini jauh terpisah dari gugusan pulau lain.

(Apa yang mengejutkan adalah gambaran pulau ni pernah dipaparkan  di dalam filem King Kong. Perhatikan ketika babak perahu mahu memasuki Pulau King Kong yang menyeramkan. Filem ini diarahkan oleh pengarah yang sama yang mengarah filem Lord of The Ring. Ia seolah-olah gambaran pulau seram yang dihuni makhluk berbulu yang dimaksudkan oleh Muhammad Isa Dawud. Atau adakah mungkin bahawa Jassasah makhluk berbulu lebat yang pandai berkata-kata itu cuba digambarkan sebagai King Kong. Jassasah ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga dajjal. Allah memelihara pulau itu dari pandangan mata manusia kecuali yang tersesat dengan izinNya).

8. Ketika anak in berusia 8 tahun, dia mula berjalan mengelilingi pulau itu untuk mengetahui dengan lebih dekat. Dengan berani, dia menjelajah setiap inci pulau walaupun ada binatang buas termasuk ular. Anehnya semua binatang itu tidak menyentuhnya . Dia merasa bahawa dirinya adalah penguasa pulau itu . Pada suatu hari, di dalam perjalanannya, seekor binatang berbulu sangat tebal menghampirinya dan berkata :

"Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan Allah dari bencana yang dahsyat yang terjadi di negerimu Samirah. Engkau dibawa oleh malaikat ke sini. Oleh itu, janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah..."


Kemudian, binatang itu membawanya ke sebuah binaan longgokan batu (otak saya terfikir, adakah ia sebuah piramid?). Di sana tertulis bahasa arab yang jelas. Binatang itu memberi isyarat agar budak kecil itu mengikut apa yang dituturkannya :


"Pertama : Tidak ada Tuhan melainkan Allah.

Kedua : Allah Maha Esa. Tidak ada sekutu bagiNya.


Ketiga : Engkau diurus oleh Jibril. Kerana itu, janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.


Keempat : Hanya engkau saja di pulau ini.


Kelima : Makan dan minumlah dari nikmat rezeki Allah sesuai dengan kehendakmu. Sembahlah Allah di dalam pelbagai keadaan dengan tasbih-tasbih keEsaan kepadaNya. Allah Raja, Allah yang Maha Esa, Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allahlah Tuhan yang Maha Besar. Allah yang Maha Agung. Dan Allah yang Maha Raja.


Keenam : Jadilah engkau anak masa kini wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.

Ketujuh : Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Rasulullah saw yang terakhir. Rasulullah Muhammad saw yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau mengimaninya, maka engkau adalah manusia masa hadapan yang beriman. Tetapi jika engkau mengingkarinya, maka engkau adalah manusia masa hadapan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah".



Baiklah, petikan ditamatkan di sini walaupun kisah dajjal ini masih panjang. Nak baca lebih lanjut, cari aje buku Muhammad Isa Dawud ni. Sebuah karya yang menarik untuk dibaca. Kalau saya rajin, boleh juga saya kongsi di sini. Kalau rajin la, so jangan berharap. Beliau menulis buku itu berdasarkan penemuan manuskrip lama (sekitar 700 tahun). Beliau menulis:

Manuskrip-manuskrip ini tertulis dengan huruf Aram lama - Aramaic. Ia tulisan hebrew yang berumur sekitar 4 abad sebelum diutuskan nabi Musa a.s. Yang menulis manuskrip ini pada daun semacam kurma atau seperti lembaran papirus yang dibuat sebagai kertas adalah bernama Azad bin Harim bin Shafur. Dia memperolehi maklumat ini dari Ibrahim a.s . Kemudian Azad mewariskannya kepada anak cucunya sehingga kenabian Rasulullah Isa a.s. Setelah sekian lama manuskrip ini tersimpan di sebuah perkampungan di daerah Al-Quds, seorang petani Palestin telah menemuinya dan menyerahkannya kepada seorang alim yang soleh di sana. Nama samaran orang alim itu adalah Abu Basil 'Izzudin an Nur".

Untuk sama-sama difikirkan, sejauh perjalanan dari nabi Nuh a.s dan turun kepada setiap nabi yang lain, pasti pengikut mereka ada mencatat peringatan tentang dajjal, kerana setiap nabi akan memperingatkan kaum mereka akan fitnah dajjal. Barangkali ada tulisan yang terselamat dari pupus dan hancur sepertimana manuskrip yang dicatat oleh kaum nabi Isa a.s yang ditemui di Qumran yang dikenali dengan nama The Dead Sea Scroll. Ia mengandungi tulisan pengikut nabi Zulkifli a.s, nabi Daud a.s dan nabi Musa a.s. Kita sebagai umat Islam mengenalinya sebagai mushaf. Jadi, adalah sangat berkemungkinan bahawa manuskrip yang disebutkan oleh beliau memang ada dijumpai.


Bersambung.

Wassalam.



Monday 29 October 2012

Love To Know Who You Are, Love To Know Where You Are From




Assalamualaikum wbt.


Post yang ni ringan-ringan aje. Jap agy nak buat yang berat pulak. Ok, ceritanya begini. 

Pada Ahad, 28 Oktober 2012 dalam pukul 2:30 petang 
(siap kau dengan time sekali), 
sebelum bergerak ke Mersing, saya sempat masukkan 
Feedjit - Live Traffic Feed 
(ala, yang ada bendera-bendera yang sebelah kanan bawah tuuu). 

Konon-konon nak tau la, anda semua ni bertandang dari mana...
Malamnya bila sampai rumah, saya check la budak feedjit tu...

 Waaaaa... guys, I'm so touch...

Sebelum ini saya cuma kenal anda melalui nickname yang diberi,
Sekarang saya tahu anda semua datang dari mana...
tak la tahu exactly datang dari mana, tapi...
anda yang tahu anda datang dari mana...
 hmmm.. faham tak? macam memeningkan kepala saya aje..
ahhh, janji saya faham sensorang sudah..

Walaupun kita tidak pernah bertemu,
kita dapat berkenalan di sini.

Alhamdulillah...
Perkongsian minat telah menyatukan kita...

Semoga ukhuwah ini berpanjangan sampai bila-bila,
insyaAllah dengan izinNYA jua... amin.


Terima kasih semuanya


YOU ARE THE BEST..
(but not that best because ALLAH IS THE BEST)

YOU ARE THE GREATEST...
(but not that great because ALLAH IS THE GREATEST)




Wassalam







Saturday 27 October 2012

The Special Tribute 1



Assalamualaikum semua.


Sebelum sesi seterusnya dimulai, terlebih dahulu saya ingin menampilkan insan-insan istimewa yang sudi singgah di blog saya. Walaupun baru bermula, diharap idea dan penyampaian saya, anda boleh terima dengan baik. Take this as a tribute from me guys.. Anda yang istimewa itu adalah.....


1st)  Tn. Hj. Shahpaskal  21 October 2012  20:56 
(guys... beliaulah empunya MoM yang feymes iteww...)

2nd)  . a.k.a En. Titik  21 October 2012  21:23

3rd)  En. Khir  21 October 2012  21:33

4th)  En. Anonymus  22 October 2012  09:47 
(biskut merry)

5th)  En. Anonymus  22 October 2012  10:46 
(yang tanya suruh tidur awal ke?)

6th)  En. Anonymus  22 October 2012  01:21 
(yang suruh buat cepat-cepat)

7th)  En. Matahari Dan Bulan  22 October 2012  22:06

8th)  En. ADUSS  23 October 2012  08:11

9th)  En. Dzulfikr  23 October 2012  10:27

10th)  En. Keluang  23 October 2012  17:43

11th)  En. Anonymus  24 October 2012  00:56 
(yang salam cium tangan)

12th)  En. Abu  24 October 2012  07:01

13th)  En. Jimio  24 October 2012  20:49

14th)  En. Iswara_g  a.k.a budin  (Follower pertama)

15th)  Cik Iqin  26 October 2012  04:24

16th)   En. Niji  26 October 2012  06:39

17th)   Cik Ninja Kecik  (Follower kedua)

18th)   En. Jinggoz  27 October 2012  20:44

19th)   En. Mat Spring (Follower ketiga)

20th)  En. Anonymus  29 October 2012  04:07
(En. Ab)


THANK YOU FOR THE STRONG SUPPORT!!




Untuk pengetahuan anda, rank kat sini bukan berdasarkan favouritism okay, tapi siapa yang singgah dulu. So, jangan sedih-sedih sebab tak dapat 1st. (tak caya? gi check date and time).

Terima kasih juga kepada silent readers yang kebanyakannya dari blog Military of Malaysia (MoM) ataupun anda yang stumbled upon my blog accidently. Malah saya juga turut menjemput tetamu dari blog Mistisfiles yang jadi salah satu favourite tempat saya melepak. Banyak artikel yang menarik di situ. Tapi tak tau la kalau diorang sudi singgah ke idok ke blog saya yang sangat best ni (kan? kan? ahaha.. tak abis-abis perasan).

Sila abaikan masa yang tercatat sebab dia ikut apa yang dipanggil INTERNET TIME. Tah apa-apa tah... Dah cuba betulkan tapi apa pun tak boleh....

Kepada sesiapa yang berniat untuk komen, beri nasihat atau sentuhan idea,  sila tinggalkan nama sebagai identiti. Apa-apa nama pun tak kisah, janji yang elok-elok... 

Jadi kesimpulannya adalah :  ALL YOUR SUPPORTS ARE GREATLY APPRECIATED, WHOEVER YOU ARE, AND WHEREVER YOU ARE !!! THANKS A MILLION !!!

Okey, tu aje. Heeee.. macam mengelat, kan? Takde artikel untuk dibaca.

Yang nama ada termasuk dalam senarai di atas tu, mesti ada yang dengan excitednya pegi tunjuk kat family dan  kengkawan anda kan??? (macam tau-tau aje saya ni.  apa? tak betul ke? ahahaha.. jangan marah, gurau aje lah.. APTB)



Wassalam.






Wednesday 24 October 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya SIRI 5


Assalamualaikum wbt semua. Semoga berada di dalam lindungan Allah swt hendaknya.


SURPRIIIIIIISE!!! Inilah siri ke 5 yang ditunggu-tunggu. Saya tak sanggup lagi nak simpan lama-lama draft ni. So, saya post ajelah. Yang 29/10 tu, saya post sambungan yang lain. (kena belanja saya makan..)


Saya dah masak sesuatu. Saya dah hidangkan pun. Dipersilakan maju ke depan, kita makan sama-sama. Jangan lupa baca bismillah semoga diberkati perkongsian makanan ini... Anda semua adalah perangsang saya. Bersengkang mata saya nak siapkan artikel kali ini. Diharap dapat memberi kepuasan.

Saya kira anda sudah membaca post sebelumnya. Yang mana ada dipaparkan beberapa senarai dan gambar-gambar aneh teknologi tamadun purba. Sebenarnya terlalu banyak teknologi purba yang ditemui di merata dunia oleh pengkaji termasuklah yang ada di bumi bertuah kita ni. Tidak terbayang bagaimana mereka telah mendahului kita dari sudut teknologi aero-angkasa, ilmu fizik, dan sebagainya. Kepada otak kita yang tak masak sangat ni pasti akan mengatakan ia sesuatu yang menakjubkan. Betul kan? 

Daripada mukaddimah sehinggalah tamat siri ke 4, di sinilah tirai rahsia akan mula diangkat. Diharap tirai ini akan dapat membuka minda anda untuk melihat perkara yang selama ini tertutup. Sekiranya dada sudah berilmu, war-warkanlah. Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, sebar-sebarkanlah. Tetapi jika anda rasa ia lebih membawa kepada keburukan, pendamkanlah. Semoga Allah swt memaafkan hamba yang selalu tersilap dan leka.

Baik, anda sudah bersedia untuk meneruskan journey kita? Tunggu apa lagi? Mari!

Op, op, wait seminit..... sebelum kita mula, saya ingin memberitahu sesuatu. Jangan terlalu hairan akan teknologi canggih yang ancient civilisation ni dapat. Sebab, ALLAH swt telah mengurniakan pengetahuan ini kepada nabi-nabi terlebih dahulu sebagai mukjizat dan panduan (tidak kira dari kalangan jin atau manusia). Tetapi untuk artikel ini, saya tidak mahu sentuh hal mukjizat sebab OFF TOPIC. Kita habiskan artikel ini dulu... (ada faktor kedengkian di sini).

Ok, sila bawa pandangan dan pemikiran anda kembali ke abad ke 21 (zaman kita sekarang la ni derr). Jangan fikirkan apa yang saya kata tentang mukjizat dan panduan tuuu... meh, duk sini diam-diam dan teruskan pembacaan. Ok. Dah fokus? (anda kena jawab, daaaaaah.. heee tak payahlah angguk sekali). Baik, kalau dah fokus, kita sambung...

Di dalam pola pemikiran,  kita seolah-olah sudah disogok sejak azali bahawa pembinaan-pembinaan yang bersifat out of this world ini begitu hebat dan dibina oleh bangsa yang hebat juga. Jadi, kita turut terkagum-kagum, takjub dan hairan. Otak kita tidak dapat mencerna, bagaimana orang purba boleh bina tamadun dan punya teknologi yang begitu maju. Bila orang barat jumpa teknologi dan binaan tu, buat kesimpulan diorang sendiri, kita pun main angguk aje ikut setuju (tak semua la). Jadi, klunya di sini ialah..

Pembinaan hebat...
Pembina hebat...
Penciptaan hebat...
Pencipta hebat...
Kagum...
Takjub...
Hairan...
Ajaib...

Hmmm, untuk siapa kita tujukan rasa keterujaan itu? Tdak lain sudah tentulah kepada pembina tamadun purba itu sendiri bukan? Seperti Firaun, Tuthankamun, Ramses II, pendiri tamadun Maya, Aztec, dsb (masukkan bangsa MALAYU pun boleh juga). Kalau ditulis tak cukup 10 mukasurat (hee... just kidding). Anda seperti saya sebelum ini. Mengagumi dan menghairani sesuatu tanpa mendalami maksud di sebaliknya. Tetapi alhamdulillah, melalui pembacaan, saya menemui sesuatu pada setiap buku dan blog (sebenarnya tak selalu nampak, adakalanya sahaja). Ada yang isinya copy paste, ada yang lain buku sama isi hanya beza olahan. Namun ada juga buku-buku yang menyelitkan klu-klu yang baru, seiring dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi.  Namun begitu, suka saya mengingatkan, dapatan ini terhad kepada pendapat dan pemikiran saya melalui buku seorang penulis tempatan. Jika tidak sejalan dengan jalur pemikiran dan keyakinan anda, saya minta maaf. Everyone is entitled to their own opinion right?

Baiklah, anda kenal kepada individu-individu yang dikatakan hebat itu? Kalau anda tak kenal, saya apatah lagi. Nampak tak permainannya di sini? Kita kagum, hairan dan takjub kepada individu yang kita tidak kenal langsung. Inilah yang dikatakan fatamorgana, dilihat nyata, dikejar tiada. Kita sudah terbiasa hanya menyerap  apa yang disua sehingga malas untuk mengkaji dan memikirkan dengan lebih dalam. Inilah yang dinamakan program mind-control a.k.a kawalan minda. Mereka hendak kita percaya aje bulat-bulat dan lonjong-lonjong. (mode mengarut - sedang stress mengolah ayat)

Tanda tanya mengenai pemilik sebenar teknologi tamadun purba ini telah menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lebih serius. Pengkaji barat hampir hilang punca ketika menjawab persoalan ini. Lalu lahirlah teori dan andaian bahawa suatu ketika dulu, nenek moyang kita telah diziarahi makhluk luar angkasa (UFO) dan mengajari mereka ilmu-ilmu. Ada andaian lain mengatakan terdapat satu komuniti atau indvidu datang dari Atlantis bergelar Atlantean. Mereka lari dari Atlantis yang sedang tenggelam. Jika dihimpun seluruh buku-buku misteri yang ada daripada kajian-kajian yang dilakukan pihak barat, maka 2 teori ini akan anda dapati sebagai kesimpulan. Pemilik teknologi purba adalah datang dari luar angkasa ataupun mereka datang dari Atlantis (apa keistimewaan Atlantis sehingga selalu menjadi sebutan?). Perhatikan ilustrasi Atlantis bawah air dan keadaan sebuah pulau dari filem King Kong. Akan dikupas next artikel.



Fakta-fakta yang ditemui oleh penulis buku ini menyentak naluri beliau dan saya sendiri. Di samping itu, kita mungkin tertanya-tanya, makhluk atau manusia jenis apakah yang berupaya memintas zaman dan menemui teknologi masa hadapan? Mereka telah hadir sejak ribuan tahun silam dan mengajar manusia pada zaman itu tentang sebahagian teknologi yang mereka miliki. Paling aneh, mereka hilang di pertengahan zaman tanpa dapat dikesan. Ilmu itu tidak pula diwariskan. Ia terhenti dan tidak berkembang. Ini bermaksud, seolah-olah ilmu dan teknologi itu terputus pada satu zaman dan kemudian muncul pula pada satu zaman yang lain. Dan didapati, ilmu ini timbul semula di kalangan  manusia yang hidup secara kultus yang mengamalkan ajaran-ajaran tertentu.

Kita semua harus sedar, segala ilmu dan teknologi secanggih manapun adalah ilmu daripada hadirat Allah Yang Maha Kuasa, namun yang menjadi persoalan  adalah :

 Apakah faedah sebenar tamadun dan teknologi UFO ini dicipta? 
Apakah tujuan dan motif kehadiran makhluk yang dipanggil sebagai makhluk asing ini ke dunia?
Untuk apa piramid dibina?
Mengapa ada lakaran-lakaran  UFO di dalam piramid?



Para pengkaji UFO telah sepakat bahawa kedatangan makhluk asing adalah sebagai penyelamat dunia dan pembawa keamanan (lain macam aje bunyinya kan?). Jika benar, mengapa ia tidak pernah dibayangkan oleh para nabi? Sedangkan hal ini adalah sesuatu yang besar. Banyak pula diperdebatkan mutakhir ini. Mustahil para penyampai kalam Allah ini tidak menyampaikan kepada kita tentangnya jika ia benar. Ini kerana antara tugas para nabi adalah untuk menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan. Klu disini : PENYELAMAT DUNIA DAN PEMBAWA KEAMANAN SEJAGAT.

Siapa pengasas tamadun Atlantis? 
Siapa jurubina dan arkitek piramid?
Siapa pengukir dan pendiri bongkah batu stonehenge?
Siapa pengukir bebola batu granit kecil besar yang begitu elok dan halus?
Siapa pengukir tengkorak kristal?
Siapa pengasas tamadun Maya?
Siapa pengasas tamadun Aztec?
Siapa, siapa, siapa, siapa dan siapa......... 

Ketika penulis cuba menyelongkar fakta ini, beliau telah menemui maklumat teknologi berkenaan anti-graviti dan kuasa magnetic field yang telah dimiliki oleh sekelompok elit pada kurun ke 15 (KLU : KURUN KE 15). Mereka menggelarkan diri mereka sebagai The Thule Society. Ilmu misteri ini turut didapati diwarisi oleh Leonardo da Vinci, Fulcaneli, Dr. John Dee, Francis Bacon, St. Germain, Isaac Newton, Charles Darwin dan Albert Einstein. Mereka digelar alchemist, pewaris dan penemu semula ilmu Atlantean. Mereka adalah kelompok aneh yang mengikuti ajaran pelik, melahir teori evolusi, mencipta bangsa super (Aryan), mencetus kepercayaan Kabbalah, mencambah agama baru (new age) dan banyak lagi... 


Kemunculan semula benih ilmu misteri ini umpama bebenang halus tak terlihat tetapi terjalin begitu kemas, rapi dan penuh rahsia. Ia menyelinap masuk dan bermula dari situlah, tanpa disedari khalayak, mereka  sebenarnya menentukan sejarah dan arah perjalanan tamadun manusia. Bahkan yang paling mengejutkan adalah terdapat bukti individu misteri ini terlibat secara langsung dalam sosio-politik dunia.

Mari saya bawa anda untuk dikenalkan kepada St. Germain. Pertama kali muncul pada 1743 di London dan kemudian di Edinburgh pada 1745. Tidak ada sesiapa di sana yang mengetahui asal-usul atau keberadaannya sebelum 1743. Ini menimbulkan spekulasi bahawa dia adalah seorang pengintip. Horace Walpole, seorang penulis kenamaan yang menjadi temannya berkata di dalam sepucuk surat yang ditulis pada 1745 :

Pada hari itu, mereka menangkap seorang pemuda aneh bernama Putera St. Germain. Dia sudah ada di kota itu selama 2 tahun dan menolak untuk mengatakan siapa dia sebenarnya dan dari mana dia berasal. Namun, dia mengakui, nama itu bukan nama aslinya. Dia juga boleh menyanyi dan bermain biola dengan sangat baik. Ketika diadili, pengadilan tidak dapat mengemukakan bukti pengintipannya sehingga di dibebaskan. Setelah itu, dia mendapat reputasi sebagai pemain biola yang hebat dan menjalani kehidupan seperti seorang petapa yang tidak berkahwin.

Pada 1746, dia menghilang begitu saja. Bagaimana orang sepopular dia boleh hilang begitu saja? Pada 1758, selepas 12 tahun, dia muncul di Versailles, Perancis dan berhasil masuk ke lingkungan istana. Menjadi teman  akrab kepada Raja Louis XV. Sering memberikan nasihat mengenai pola pemakanan yang sihat dan terkadang memberi ramuan awet muda kepada keluarga kerajaan. Konon dia mendapatkan pengaruhnya di hadapan Raja Louis XV kerana pernah menukarkan beberapa batu permata kecil menjadi lebih besar   membuatkan nilainya meningkat.

Di Perancis, dapat diketahui bahawa dia menguasai banyak bahasa dan memiliki pengetahuan yang sangat luas mengenai sejarah. Pengaruhnya di Perancis cukup besar sehingga ahli filosofi, Voltaire pernah mengatakan bahawa "dia adalah pemuda yang tahu segalanya dan tidak pernah mati". Pada 1760, dia meninggalkan Perancis untuk mengelak ditangkap oleh seorang ahli kerajaan bernama Choiseul kerana iri hati akan kedekatannya dengan raja dengan tuduhan penipuan. (dia berada di sana semasa revolusi Perancis)

Ketika berdiam sementara di St. Petersburg, Rusia, ada kebetulan yang begitu aneh. Terjadi rampasan kuasa institusi beraja oleh pihak militer. Sangat dipercaya bahawa St. Germain turut terlibat di dalam peristiwa itu. (nampak tak? dia juga berada di sana semasa revolusi Rusia)

Tahun berikutnya, dia muncul di Belgium dan membeli sebidang tanah dan hidup dengan nama alias "Surmont". Di sana, dia menawarkan untuk mengajar cara mewarna kain dan proses membuat minyak kepada pihak kerajaan. Dalam proses itu, dia bertemu dengan salah seorang menteri bernama Karl Cobenz. Cobenz menyatakan bahawa dia pernah menyaksikan St. Germain mengubah segumpal logam menjadi emas. Pada 1784, dia diberitakan mati kerana pneumonia. Tetapi sangat dipercayai dia memalsukan kematian sebagai jalan untuk menukar identiti. (Di lain kesempatan, saya akan kupas lebih lanjut siapa manusia bernama St. Germain ini).

Dari klu KURUN KE 15, ketahuilah bahawa semua jalur konspirasi dunia berlaku setelah nabi Muhamad saw wafat. Ia lebih pesat selepas kejatuhan Empayar Islam Cordova. Ia semakin galak ketika meletusnya Perang Salib. Dan terbukti amat benar selepas kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Inilah zaman fitnah yang telah diisyaratkan oleh baginda. Bilakah bermulanya segala penemuan yang memeranjatkan ramai orang di seluruh dunia? Saya sambung nanti.... Cukuplah ni dulu untuk melepas rindu. Happy reading you all.


Wassalam.





Saturday 20 October 2012

Dajjal Dan teknologi Misterinya SIRI 1, 2, 3, 4


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, post kali ini saya ambil dulu daripada blog Military of Malaysia yang saya tulis semula dan perelokkan serba sedikit.


Sejarah terciptanya artikel yang saya post di ruangan komen itu adalah untuk suka-suka sahaja. Hanya sebagai perkongsian ilmu dan pendapat yang tidak seberapa di post beliau, Pendedahan Eksklusif : Piramid Melayu. Namun setelah beberapa lama, timbul beberapa nama dan komentar yang menunjukkan minat akan artikel tersebut. Tak ramai, ada lah dalam 4, 5 orang. Mereka adalah WANS7, NAZA, JENTAYUBANGKIT, IQIN, dan MATAHARI DAN BULAN (terima kasih you all). Mungkin AKUCAHAYA pun ada baca sebab tazkirah beliau selalunya akan mengiringi setiap artikel yang keluar (kalau salah harap maafkan). Yang lain mungkin ada membaca, tapi tiada komen. So, tak boleh lah saya dedicate nama anda di sini. 

Memandangkan artikelnya agak panjang, saya jadi tidak enak untuk terus 'mengendeng' di blog MoM itu.  Takut jadi macam blog saya pula. Saya pun dah post permintaan maaf saya pada empunya blog, Tn. Hj. Shahpaskal. Tak tau lah beliau baca ke tidak sebab masa tu beliau sedang mengerjakan haji (2012). Semoga mendapat haji yang mabrur Tuan Shah, AMIN.

So guys, selamat membaca dan refresh memory....



PART 1

Assalamualaikum wbt para pendiskusi dan pengomen sekaliannya. Saya baca dari atas sampai ke bawah setiap butir perkataan, banyak sungguh ilmu yang saya dapat (yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan). Tapi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah sesuatu yang fresh dan pendekatan yang agak berbeza sebagai pencerahan kepada semua. Maaf, agak panjang tetapi menarik untuk dibincangkan especially kepada sesiapa yang berminat akan konspirasi dajjal laknatullah.

Bila membicarakan tentang piramid, kita semua masih teraba-raba, tertanya-tanya , takjub dan hairan akan asal usul kejadiannya. Bahawa betapa pembinanya mempunyai teknologi dan tamadun yang begitu hebat dan betapa hebat pula bangsa yang membinanya. Lalu pelbagai persepsi dan hipotesis pun timbul berdasarkan pengetahuan masing-masing sehingga ia dikatakan mungkin kapal angkasa, ia mungkin dibina oleh manusia yang ada sebelum nabi Adam a.s diturunkan, ia mungkin itu, ia mungkin ini, sehinggalah ia cuba dikaitkan dengan alter terahsia bangsa melayu. Semua tu tidak mustahil jika ALLAH swt berkehendak, jangan pula pertikaikan kepercayaan saya akan kebesaranNya.

Setiap persoalan yang dilontarkan adalah untuk kita sama-sama bincang, sama-sama fikir. Fikir di luar kotak. Bukan membaca secara membuta tuli setiap huruf dan perkataan tanpa difikirkan. Kembangkan minda, jalinkan neuron-neuron di otak dengan lebih aktif, barulah jadi bangsa yang positif.

Baiklah, mari kita membicarakan sesuatu yang agak menyimpang daripada persoalan piramid. Anda kenal dajjal? Adakah anda rasa dajjal itu sedang terpasung di pulau tidak berpenghuni sehingga sekarang? Adakah sebelum kelahiran dan selepas kewafatan nabi Muhammad saw dia duduk diam-diam sahaja tanpa memanfaatkan usianya yang panjang itu? Adakah dia hanya menunggu puak illuminati, freemason dan secret society mempersiapkan laluan untuknya menakluk dunia? Agak ironik, ketika subjek dajjal diketengahkan samada melalui buku, media, blog dll, ia selalu ditampilkan sebaga the supreme being yang misterinya tidak terungkap secara jelas sedangkan "tidak ada fitnah yang paling besar dan dahsyat sejak ALLAH menciptakan dunia melainkan fitnah dajjal" hadis riwayat Ahmad di dalam musnadnya daripada Hisyam bin 'Amar.

Walaupun kita sudah disogokkan dengan kisah dajjal sejak kecil (badan besar macam gergasi dan bermata satu), walaupun banyak hadis-hadis nabi ditakwilkan mengenai dajjal laknatullah ini, walaupun banyak bahan bacaan dan blog-blog yang mengetengahkannya, kita masih samar-samar dan keliru akan hakikat dajjal ini sehingga ada yang mengutarakan pendapat bahawa dajjal itu tidak lain hanyalah satu mitos agama untuk menakut-nakuti manusia, satu gerakan sulit perancang kejahatan, manifestasi kejahatan, fahaman kebendaan atau semua yang negatif itulah dajjal (ada pendukung tersendiri akan fahaman ini baik dari kalangan kafir dan muslim sendiri). Padahal yang sebenarnya dajjal itu memang nyata dan ada akan kewujudannya.

Maaf sesangat, artikel ni memang panjang sebab dalam menulis, saya tidak suka lompat-lompat dan buat secara ringkas. Takut apa yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pembaca. Jika ada yang berminat, saya akan teruskan berkongsi. Rajin-rajinlah jenguk blog MoM ni (ceh, promot pulak).. Maaf En.Shah, hamba yang hina menumpang bicara di sini sebab hamba takde blog. Sekiranya keberatan menumpangkan hamba, apalah kiranya tuan luahkan sahaja untuk hamba mengerti, nescaya hamba faham dan akan berhenti. Wassalam.


Sambungan artikel (Siri 2)
Salam. Penulisan saya di atas adalah berkenaan piramid, tetapi mungkin ada yang hairan mengapa bersangkutan berkenaan dajjal laknatullah pula? Sebenarnya ada rahsia yang ingin disampaikan kerana ia mungkin berkaitan atau sememangnya bersangkutan. Sebelum kita merungkai hal berkenaan piramid, eloklah kita kenali siapa dajjal itu serba sedikit kerana fitnah dan tipuan dajjal itu terangkum dalam belitan halus yang sukar untuk diperlihatkan secara nyata. Ianya tersembunyi dalam teori-teori konspirasi (dah namapun teori, jadi sukar untuk mengungkap fakta secara jelas). Jadi saya memulangkan kepada anda sebagai pembaca yang bijak untuk mencerna apa yang ingin saya sampaikan.
Baiklah. Anda sudah bersedia? Jika sudah, kita mulakan pengembaraan kita seterusnya…

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim… (anda bacalah seperti biasa)
Kita kini sedang memasuki fasa akhir fitnah dajjal sebelum dia benar-benar muncul di khalayak secara nyata. Sejumlah muslihat gerakan freemasons, illuminati dan secret society telah banyak dibongkar melalui youtube, blog, media, penulisan dsb namun kita tidak merasa apa-apa. Tiada bimbang, tiada cemas, kononnya tiada daya upaya untuk menolaknya. Kita tidak pernah merasa iman dan aqidah diri dan keluarga diceroboh dengan manipulasi fitnah dajjal. Ketahuilah, dunia akan tetap dicatur oleh dajjal dan proksinya. Mereka akan mewarnai dunia mengikut kehendak mereka. Kita sudah terjerlus begitu dalam di dalam lubang “biawak” ciptaan mereka melalui ekonomi, pemerintahan, bank, pendidikan, pekerjaan, hiburan, sosial, you name it, semuanya ada ( ini yang dinamakan sistem. Sistem robot). Kita berhidup di dalam sistem yang sukar untuk kita keluar darinya. Namun, jangan khuatir kerana ia boleh dilakukan melalui beberapa cara.
Pertama : Untuk semua kaum melayu islam yang bangga akan ‘alter’nya (cekal, gagah, berani, berwawasan, bijak, pantang dicabar, merendah diri, dsb), ia mudah bagi anda kerana di samping kita kembali mengenali asal usul bangsa, kita wajib kembali untuk bertanya “untuk apa kita dicipta”? Rasanya semua akan score A untuk soalan tersebut, jadi tak perlu dibahas. Ya saudara, kukuhkan AQIDAH dan mantapkan IMAN dalam jiwa, perbaiki AKHLAK di raga kita, tambah pengetahuan dalam dada (perkataan berbaur penghinaan bukan akhlak yang baik)!! Hanya ALLAH swt sahajalah penolong bagi setiap kita. Hanya itu caranya untuk kita berlepas diri daripada fitnah dajjal. Memang tiada cara lain. Untuk apa kita bangga jadi orang melayu dengan alter terahsianya kalau itupun tak boleh buat.. (ayat mencabar ni, tercabar tak?) Cara-cara lain cuba kita fikirkan bersama.
Baik, kita teruskan. Dajjal yang merasa dialah tuhan, mahu dirinya menjadi sebutan. Mahu dirinya masyhur, diberi pengiktirafan dan diagung-agungkan serata dunia. Tetapi dia ibarat bebayang, dilihat ada disentuh tiada. Jadi bagaimanakah cara pengagungan itu dilakukan? Sebelum itu, mari kita baca dulu beberapa misteri dunia seperti di bawah :
1. Penemuan porselin dan tembikar purba Cina di Ireland pada kurun ke 18 dan 19 di mana pada ketika itu sejarah tidak pernah mencatat sebarang perhubungan antara Emerland Isle dengan Cina. Ini membuktikan terdapat seorang atau beberapa pengembara silam yang telah sampai tanpa diketahui manusia lain sejak ribuan atau ratusan tahun lamanya.

2. Penemuan bola-bola bersaiz gergasi banyak bertaburan di suatu kawasan di Costa Rica sekitar 1930-an. Ia terhasil daripada batu granit yang bahannya tidak terdapat di kawasan itu. Dipercayai bola-bola batu itu di angkut dari luar kawasan oleh satu kuasa luar biasa ataupun menggunakan pengangkut gergasi yang besar. Yang membuat bingung para pengkaji adalah ketepatan dan kebulatan saiz bola itu sendiri. (masih belum terjawab siapa yang membuatnya dan bagaimana ia dapat diukir dengan tepat, apa teknologinya).

3. Penemuan tengkorak kristal yang diukir dengan tepat bersaiz kepala manusia sebenar berusia lebih 3,600 tahun dijumpai di Amerika Selatan. Menurut pengkaji purba British Museum Laboratory, jelas menunjukkan bahawa tengkorak kristal itu diperbuat dengan pemotong batu kristal berteknologi tinggi. Latest news : this one is a hoax or tipu. Crystal skull dihasilkan pada abad ke 19 di Jerman, disebarkan oleh Eugene Boban. Dapat dikesan dengan menggunakan Mikroskop Elektron dan x-ray Crystallography. Penelitian dan penemuan kajian dipublikasikan oleh Journal Archaelogiocal Science pada Mei 2008.

 
Eugene Boban Si Penipu

4. Penemuan bongkah batu berserakan di sekitar England, Perancis dan Jerman. Sekurang-kurangnya 60 buah bongkah batu di Scotland. Ianya seolah-olah dipotong atau ditempa dengan satu tahap suhu yang tinggi sehingga ia kelihatan terukir dengan baik dan mempunyai sudut lengkungan yang cantik. Pembuatannya memerlukan tahap suhu mencecah 1,000 darjah celcius. Sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya bagaimana masyarakat purba dapat menghasilkan bentuk sedemikian rupa menggunakan api konvensional.

5. Sampai di sini rasanya saya ingin berhenti rehat. Tunggu siri-siri seterusnya. Banyak lagi contoh-contoh akan diberi sebelum kita pergi ke peringkat yang lain. Sori, nak masak.
Wasalam.

Sambungan artikel (Siri 3)
Assalamualaikum semua. Baik, kat mana kita berhenti hari tu? Oh, tentang beberapa misteri dunia.. Kita tengok apa yang berada di tangga seterusnya..

5. Telah ditemui sejenis teknologi komputer pada tahun 1900, di Kepulauan Antikythera berdekatan Crete ratusan tahun sebelum kedatangan nabi Isa a.s. Dikenali sebagai Mekanisme Antikythera, ia dapat menghasilkan satu sistem bacaan yang tidak diketahui. Meski telah dikaji sejak lebih 100 tahun yang lalu, ia masih misteri. Akhirnya pada 2006, dengan menggunakan alat tomografi sinar X, barulah struktur dalamannya yang rumit dapat dilihat. Ia tersusun daripada 30 roda yang bergigi dengan jumlah beragam. Kelihatan juga huruf, gambar dan angka kuno. Pihak pengkaji semakin yakin bahawa mesin ini diguna untuk menghitung pergerakan matahari, bulan dan planet-planet bahkan untuk menentukan kalendar. Waaaaah… majunya teknologinyaaa… (yang warna gold to diorang remodel mekanisma antikythera).



6. Satu silinder cooper, ada sebatang besi di dalamnya. Ditemui di dalam sebuah perahu purba di sebuah perkampungan di Iraq. Berusia +/- 220 sebelum masehi. Yang mengejutkan ialah bahan ini sebenarnya adalah satu alatan bateri yang menghasilkan separuh kadar volt elektrik. Ia hanya diketahui bila para pengkaji mencampurkan jus anggur alkaline ke dalam silinder tersebut lalu bzzztt bzztt lah, keluar karen lah.



7. Tablet Cuneiform Babylonian memapar tahap peralihan planet venus, pergerakan 4 bulan planet jupiter dan 7 satelit saturn. Menurut pakar pengkaji moden, tidak ada satu pun di antara peta kosmik ini dapat di kesan jika tanpa menggunakan teleskop moden.


8.Penemuan tapak-tapak misteri seperti Stonehenge dan Bukit Silbury di Britain, garisan panjang yang aneh di Nazca Peru, Great Serpent Mound di Ohio dan Rock Wall di timur Dallas membuktikan terdapat teknologi purba yang hilang.




9. Bekas pegawai NASA, Marie Chatelain menulis terdapat 13 tapak misteri di kesan sekitar 450 batu persegi sepanjang Delos sebuah kepulauan Greek, dihubungkan oleh satu garis lurus sehingga menghasilkan satu garisan silang Maltes menyerupai salib kesatria. Menurut Chatelain, garisan itu hanya boleh dihasilkan dari jarak ketinggian tertentu menggunakan sejenis alat terbang.

10. Hasil kajian Maurice Chatelain juga telah menemui duit syiling purba yang hampir sama bentuk dan saiz berserakan di lokasi berlainan dunia dengan jarak beribu batu jauhnya. Lebih menakjubkan, ia turut wujud di ZAMAN berlainan dan terpisah oleh masa dan sesuatu bangsa. Inilah keanehan sebenar seolah-olah ada manusia yang boleh wujud di berlainan zaman. Anda terfikir sesuatu?
Op! Op! Ada beberapa lagi tapi sambung nanti. Hadam yang ni dulu. Wasalam.

Sambungan Artikel (Siri 4)

Assalamualaikum wbt. Bersua sekali lagi di ruangan MoM. Kepada yang tak sabar nak tahu apa misteri seterusnya, meh kita mengembara lagi.. Terlupa sampai mana hari tu.. jap nak scroll atas……………… okeh, dah sampai no. 10. Jadi kita sambung no. yang ke 11 :
11. Penemuan peta oleh seorang laksamana Turki, bernama Piri Reis. Peta bertarikh sekitar kurun ke 16. Peta ini melakar kedudukan basin Amazon di Selatan Amerika dan jajaran pantai Utara Antartika dengan TEPAT. Menurut pengkaji topografi, tidak ada satupun di antara lokasi ini dapat dipetakan KECUALI setelah pesawat terbang dicipta sekitar kurun ke 20. Tanda tanya timbul bagaimana peta Antartika ini dapat dilakar sedangkan jajaran itu terbenam di bawah ais yang sangat dalam selama -/+ 4,000 tahun. Teknologi apa yang diguna agaknya ya… brrrrrrrrrr sejuk!! (ahahaha, kelakar, badan pun ikut menggeletar).

(PERHATIAN : MAKLUMAT TERKINI TENTANG PETA PIRI REIS ADA TERKANDUNG DI DALAM ARTIKEL PEMBETULAN MAKLUMAT YANG DIBUAT KHAS UNTUKNYA. TERIMA KASIH)











12. Satu struktur pembinaan zigurat (piramid) di dasar laut Okinawa, Jepun yang dibina -/+ 8,000 tahun sebelum masehi. Ia jelas menunjukkan keupayaan teknologi yang wujud ribuan tahun lamanya sebelum zaman sains kita ni. (ada yang cuba mengaitkan dengan Alter Terahsia Bangsa Melayu kerana dijumpai tulisan rencong melayu kuno dan beberapa bilah keris. Tak kisah pun sebab semua kejadian pasti ada ceritanya dan ia semakin jelas terkait dalam otak saya ni. Tapi takmo la cerita sekarang, nanti dah tak surprise lagi.)


13. Misteri kaum Maya yang hebat sehingga mampu membina bangunan mencerap bintang, piramid dan binaan-binaan hebat yang lain. (waaaah, memang hebat… tapi @akucahaya, jangan pula cakap tamaddun ni terbina daripada “kebijaksanaan beragama” atau dari “jalan muhd” sebab diorang ni kaum penyembah syaitan, malah melakukan ritual penyembelihan korban manusia sebagai persembahan. heeeee, saja menyakat bro, jangan marah. Sekadar memberi pencerahan. Bukan semua teknologi adalah daripada “orang beragama”). Ini adalah fakta sebab ditemui banyak longgokan tulang temulang manusia di lereng gunung yang menjadi tapak ritual tuuu.



14. Piramid Sakkara di Mesir (dulu masa kecik-kecik, kita cuma tau piramid tu ada kat Mesir, tapi sekarang dah melambak-lambak merata dunia ada.. kenapa ea? apa sebab ianya dibina? oh ya, nak kaitkan dengan susur galur orang melayu purba yang hebat juga kah?? whatever pun boleh lah jang).


15. Taburan dan timbunan binaan aneh bongkah batu di Carnac, Perancis. Haaa.. dikatakan binaan dan aturannya ada signifikan tertentu (yang tu pun ada rahsianya… heeee pengembaraan semakin mendebarkan, tak sabar nak cerita tapi nanti la dulu. sila bersabar).



16. Ingat tentang ribuan patung tentera terracotta (tanah liat) yang ditemui di Xian, China? Kan pernah heboh sekejap tu. Tak tau eh? Jangan tak tau, kat sana sebenarnya pun ada piramid juga cuma tak berapa nak popular sebab China tak beri kerjasama untuk membenarkannya dikaji. Selepas patung terracotta tu ditemui, barulah teka-teki piramid itu terjawab… ini pun rahsia juga. nanti-nanti baru cerita… haha, dengki tahap dewa..


17. Yang ni rasanya semua orang tau. Tembok Besar China. Aik? Apa kena mengena tembok besar dalam ini cerita?….. Adalah ceritanya… (anda yang skeptikal nak cakap mengarut boleh, nak cakap bull**** boleh, apa-apa pun boleh, saya faham, tak semua orang boleh hadam).


18. Saffron Walden Turf Labyrinth, Somerton Turf Maze dan banyak lagi yang ditemui di beberapa bahagian Britain dibina dalam bentuk-bentuk tertentu seolah-olah ada sesuatu yang tersirat sepert kod-kod tertentu.


19. Tamadun Machu Pichu Inca di Pergunungan Andes. (lebih kurang macam tamaddun maya)
20. Kepala-kepala batu yang berterabur dan tersusun di sekeliling Pulau Easter. Mula-mula dijumpai nampak kepala, rupa-rupanya ia sejenis binaan yang tertanam setelah terbiar sekian lama. Setelah digali barulah nampak patung batu tu diukir dalam keadaan duduk bersusun seolah menunggu kedatangan seseorang. (di belakang dua idol yang baru ditemui terukir petroglyph dengan simbol yang mewakili vaka (canoe) sekaligus terkait dengan identiti si pembinanya.




Sebenarnya ada baaaaaaaanyak lagi binaan misteri, tamaddun misteri, teknologi misteri dan macam-macam misteri yang lain (malas saya nak cari dan tambah lagi, rasanya cukuplah yang ni pun kan… dah banyak dah tu). Sekiranya anda teruskan membaca, semua itu bukan lagi misteri sebab misteri itu mungkin akan terungkap (ikut versi buku yang saya baca dan logik saya sendiri la, tak caya sudah). Jadi, jangan biarkan diri anda terus diselubungi, misteriiiiiii…. (sila baca macam ala-ala TV3 presenter tu).
21. Last but not least (sempat lagi tu), nombor yang ke 21 ni saya nak selitkan nama MERLIN yang riwayatnya bermula di Great Britain. Bukan ke Merlin tu cuma mitos yang kita tonton dalam siri-siri TV tu kan? Nak tahu mitos tak mitos, terus la kena membaca. Sekian, maaf dan terima kasih sekelian alam (wink wink).
















p/s : kepada yang berminat, saya rasa saya nak buat blog sendiri untuk sambungan kisah ni.. tapi bukan kisah ni saja sebab saya pun ada lain story-story menarik yang boleh dikongsi. Tapi yang pasti bukan copy paste. Idea datang daripada mana-mana bahan bacaan, tapi penulisan akan saya buat dengan gaya saya sendiri. Mudah dibaca dan mudah difahami. Sebab saya tau, anda pun bukan ahli falsafah yang boleh membaca sesuatu makna yang tinggi nilai estetikanya (cehh… macam saya jugak). Lagipun kalau dalam blog, boleh tepek gambar. Kat sini tak boleh (frust sesangat)…

Lagi satu, saya rasa macam mengganggu kelancaran trafik kat blog MoM ni. Blog ni mostly cerita pasal military, tup-tup ada cerita dajjal dan piramid. Pastu dengan komen yang banyak dan adakalanya panjang-panjang, serba sedikit mengganggu kelancaran jalan penceritaan. (@akucahaya, jangan ambil hati. saya suka baca tazkirah dan nasihat anda walaupun nak kena baca banyak kali untuk memahami apa yang ingin disampaikan).
Untuk pengetahuan semua, saya bukan ahli agama, ahli sejarah atau apa-apa ahli. Jadi, kalau ada kesilapan di mana-mana, silalah tegur. Saya hanyalah orang biasa. Semoga apa yang ingin dikongsi, dapat memberi manfaat. Jangan hanya dibaca untuk keseronokannya. Carilah cara untuk memulakan benteng pertahanan dari sekarang dengan cuba berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita tidak boleh terus berlari tanpa merangkak, bertatih dan berjalan terlebih dahulu. Jadi, mulalah dari mana yang anda mampu, nescaya anda mampu mengubahnya… (dah macam iklan pulak bunyinya)
*next series tak tau bila, sebab mungkin nak terus proceed buat dalam blog. boleh buat panjang-panjang, puas sikit nak baca. sesiapa yang berminat untuk meneruskan pengembaraan boleh beri nama blog anda atau facebook atau apa-apa sajalah untuk saya invite di sini. nanti kita sama-sama rasmikan pembukaannya (esok tak mungkin, lusa pun tak mungkin, tengoklah, minggu-minggu depan ke, bulan-bulan depan ke.. heeee, dengki).

Assalamualaikum semuanya (macam ramai sangat yang baca). Jumpa lagi.



TAMAT ARTIKEL DI BLOG MILITARY OF MALAYSIA



** Dah habis baca? So dari situlah keluarnya idea nak buat blog ni. Selepas post artikel siri 4, saya tak tunggu lama (walaupun saya kata kepada pembaca tunggu minggu-minggu depan ke, bulan-bulan depan ke, saya dah tak sabar). Saya pun terus berjuang (ececeh), godeh-godeh sana, godeh-godeh sini dengan pemantauan dan nasihat yang tak berapa pakar anak kedua yang berumur 14 tahun) PLING!!! Jadilah blog...., pastu bila sign out, hilang pula blog yang dah siap. Sedih dan kalut juga sekejap derr. Tetapi dengan izin daripada ALLAH swt, nasib baik dapat retrieve, kalau tak macam lemah semangat jugalah nak meneruskannya. Mungkin berkat ikhlas kot (eeei perasan).

Jumpa nanti. Harap tak lama lagi. Tapi sebelum tu, apa kata anda tentang presentation blog ni?   Ada apa-apa yang perlu diubah? Seperti nak tulisan lebih besar ke, nak tukar warna ke, background tak best ke atau apa-apa sahaja demi nak buat mata kita lebih best melekat lelama kat sini. Weehee.... boleh gitu? Gambar pula ditepek selepas pembuatan blog. Penat juga nak cari gambar untuk dicopy paste. Dah le wifi slow tahap siput sedut. So, tengoklah mana yang ada dulu.

Wassalam.