Saturday 17 November 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya Siri 10


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum pembaca semua.
Terima kasih kerana bersabar menunggu.


Diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung artikel (hampir sampai, bukan dah sampai). Tidak termasuk siri ini, mungkin masih berbaki satu atau dua siri lagi. Sebab nak baca cepat kan? Ini aje yang sempat buat. Sebelum mula, saya nak tarik perhatian anda dengan menyatakan, "penghujung Tembok Besar China di bahagian utara berakhir di tepi laut Bohai, daerah Shanhaiguan, Qinhuangdao". Turut dikenali sebagai Old Dragon's Head.

Kenapa laut? Siapa yang kita bincangkan sinonim sekali dengan laut? Siapa yang datang mencetus tamadun agung melalui jalan laut? Dari sekian banyak artikel yang saya kongsikan di sini, anda fikir lah sendiri.. Semua pandai-pandai belaka kan? Baguuuuus..


  


Baiklah, siri kali ini menyentuh sedikit tentang piramid yang dikatakan sebagai stargate (tapi sikit sangat, saya pun tak puas hati nih.. grrrr. mungkin apa yang ingin disampaikan penulis adalah mengenai teknologi yang berkaitan dengan dajjal, yang berkaitan dengan manusia tak dimasukkan. kalau begitu, apa kata nanti saya buat artikel berasingan tentang piramid. selain biskut merry, ada sesiapa yang berminat kisah piramid-piramid ni?).

Piramid dikenali sebagai makam persemadian jasad raja-raja agung yang dianggap sebagai dewa (nama-nama mereka sudah dibahaskan pada artikel yang lepas. So, malaslah nak tulis nama-nama mereka tu lagi). Di dalam kepercayaan dan mitos kuno yang tertulis di dalam transkrip mereka, raja yang dianggap sebagai dewa ini tidak mati tetapi rohnya terbang bersama naga (ular bersayap) menuju matahari atau mengembara ke alam lain. Hikayat ini dilakar sebagai mural di dinding-dinding di bilik permakaman (chambers). Manakala jasad raja atau dewa mereka yang berbentuk mumia diletakkan di dalam keranda yang mudah untuk dibuka. Keranda ini dimasukkan ke dalam bilik pemakaman khas yang aneh.

(Semasa penemuan pertama kali, piramid dikenali sebagai makam, namun semakin menghampiri zaman milenium, penemuan-penemuan baru telah ditemui. Seolah-olah sesuai mengikut teknologi semasa).

Ketika meneliti gambar bilik-bilik pemakaman ini (chambers), terlihat ada keanehan lain. Di dalam setiap piramid yang dibina, jelas ia wujud hanya sebagai tipu helah (decoy). Terdapat di salah satu bilik itu adalah lokasi gerbang pintu masuk ke alam jin atau apa yang diistilahkan oleh pengkaji barat sebagai stargate.

Istilah stargate telahpun masyhur di barat ketika mereka cuba membahaskan kewujudan dimensi lain dan dari mana makhluk asing masuk ke alam dunia. Maka teori stargate ini telah dikemukan. Bahkan idea ini telah diterjemahkan kepada sebuah karya filem. Pada asasnya, stargate adalah lingkaran haba yang memisahkan dua dimensi alam iaitu alam manusia dan alam jin. Para pengkaji barat masih berusaha untuk membuktikan teori ini namun sehingga kini masih belum ada pendedahan rasmi mengenainya.

Mereka percaya, di setiap lokasi ada tingkap masuk ke alam lain - apa yang kita kenali sebagai alam jin. (Tetapi orang kafir yang tidak mengetahui akan hakikat alam ghaib sukar untuk menterjemah kajian mereka melainkan menoktahkannya dengan mengaitkannya dengan makhluk angkasa).

Kita sudah maklum bahawa dajjal mempunyai kebolehan untuk tembus ke alam jin dan telah melakukannya berulang kali. Dia bebas seolah-olah mendapat tiket untuk berulang alik ke sana. Selain jasadnya yang terbina daripada dua unsur iaitu tanah dan api (percantuman benih antara benih manusia dan jin syaitan), dia juga berupaya untuk mengesan dan membina gerbang pintu ke alam jin.

Di dalam karya Merlin, dia mengakui mendiami alam hibernasi yang tidak dapat dikesan. Dia memang mempunyai kemahiran itu. Untuk pengetahuan sidang pembaca, tidak semua tempat, sesuai untuk kita masuk ke alam jin. Pintu alam jin di bina dari gerbang lingkaran haba yang dapat mengubah molekul jasad untuk mengalir dengan kadar yang lebih pantas.

Ketika itu, jisim kita akan menjadi lebih ringan. Bagi masyarakat melayu yang biasa dengan kisah-kisah misteri orang hilang dan masuk ke alam bunian, mereka akan memahami gerbang masuk ke alam jin.

Untuk ke sana, ia memerlukan kita masuk ke tingkap lingkaran haba ini. Menurut amalan perdukunan, kita hanya boleh tembus ke alam jin dengan berpuasa selama 40 hari dari memakan daging. Tidak dapat disahkan sejauh mana ilmu ini terbukti benar, namun ia wujud walaupun asing. Apa yang boleh disahkan adalah bahawa terdapat lokasi tertentu sempadan haba yang memisahkan alam jin dan alam manusia.

Lokasi tingkap lingkaran haba ini dapat dikesan dengan aura hangat atau kehadiran takat gelombang elektromagnetik. Pada masa dahulu, kehadiran elektromagnetik di sesuatu kawasan boleh dikesan dengan menggunakan kaedah pendulum. Iaitu kaedah tradisi purba untuk mengesan getaran elektromagnetik di sekitar kita.

Sungguhpun terlalu awal untuk idea ini dibincangkan, hakikatnya seorang pengkaji barat bernama Tom Lethbridge telah berhasil melakukan ujikaji ini. Pada tahun 1971, beliau telah menulis pengalaman dan hasil penemuannya yang bertajuk The power of Pendulum.

Pendulum bertindak sebagai alat jangka untuk mengesan kewujudan dimensi lain melalui getaran haba. Dia turut mengesahkan bahawa tubuh manusia boleh mengesan kehadiran dimensi lain (alam jin) melalui sub-concious mind (minda luar sedar). Kehadiran gerbang lingkaran haba ini tidak dapat dikesan oleh mata kasar kita. Demikian hipotesis penulis tentang mengapa makam dan keranda raja agung seperti tidak ditanam bahkan dibiarkan di dalam satu ruang bersebelahan dengan bilik kosong yang penuh misteri. Di Mesir, piramid Giza yang menempatkan bilik misteri yang turut menyimpan harta Firaun dikatakan berpuaka dan mempunyai sumpahan sedangkan bagi penulis, ia hanyalah lokasi keluar masuknya bangsa jin yang menjaga harta firaun tersebut.

Mengikut doktrin purba yang mengatakan raja agung mereka tidak mati, adalah benar. Lord Pacal, Shi Huang Ti dan Viracocha tidak mati tetapi hanya dibungkus di dalam kafan mumia dan disimpan di dalam kotak yang boleh dibuka. Ketika ia disimpan di dalam salah satu bilik di dalam piramid, raja agung itu akan bangkit dan tempatnya akan digantikan. Seterusnya dia akan masuk ke alam jin melalui pintu lingkaran haba tadi dan bersedia untuk keluar pada zaman yang lain pula setelah lama mendiami alam hibernasi jin. Ia hanyalah satu muslihat dajjal untuk meneruskan legasi kehidupan misterinya.

Jelas ketika membongkar rahsia kod dan simbol misteri terracotta, kita telah mula mengetahui bahawa ia adalah muslihat dajjal yang telah menempatkan dirinya sebagai raja kemudian menjadi dewa dan hilang atau mati secara inkarnasi sebelum kembali lagi di penghujung dunia sebagai tuhan masa hadapan. Dia adalah the Super God yang yang dikatakan tidak mati dan sedang ditunggu-tunggu kemunculannya.

Hmmmm... sikit sangat kan? Baru nak warm up, dah habis. Kisah di bawah mengenai kewujuan bongkah-bongkah batu stonehenge dan batu-batuan lain. Yang ini boleh dikatakan lagi menarik la.. jom baca lagi.


Kita akan bongkarkan rahsia dajjal dan stonehenge di sini.


  Stonehenge, England
  Swinside Stone Circle, England
  Bryn Fader Caner, North Wales
  The Castlerigg Stone Circle, England
 Susunan batuan di India
  Carnac Stone, France
  Rapa Nui, Easter Island

Ini hanya sebahagian sahaja, masih banyak lagi di luar sana.

Bongkah-bongkah batu yang tersusun secara teratur di England, Ireland, Scotland dan lain-lain, dahulunya tidak dapat dipastikan sebab kewujudannya. Samada ia tegak secara semulajadi atau ada yang membinanya. Ia hanya dikenal pasti oleh pengkaji sebagai tinggalan purba yang berusia 5 ribu ke 3 ribu tahun sebelum masehi. Masyarakat yang datang kemudiannya memelihara bongkah-bongkah batu ini sebagai monumen sejarah. Setelah sekian lama kajian dan pemerhatian dibuat, satu demi satu misteri di sebalik bongkah batu ini dapat disingkap. Ia adalah kapsul masa yang menanti untuk diungkap. Pada tahun 1921 seorang lelaki Inggeris bernama Alfred Watkins di dalam bukunya yang bertajuk The Old Straight Track, dapat mengenal pasti susunan bongkah-bongkah batu ini terletak di atas garisan lurus yang mempunyai ciri-ciri istimewa. Di antaranya ialah, kedudukan bongkah-bongkah batu in berjajaran dengan konstelasi bintang dan ley-lines.

(Saya mula mengenali ley-lines melalui filem The Da Vinci Code. Penulis buku tidak mengupas apa itu ley-lines. Jadi, kepada pembaca yang tertanya-tanya apa itu ley-lines, saya persembahkan kepada anda.... Ley atau lea membawa maksud clearing atau kawasan lapang. Kaum Perancis purba mengenali ley sebagai tasik. Ley-lines pula, di sesetengah kawasan, ia dipanggil Holy Lines (German), Fairy Paths (Irish), Dragon Lines (Chinese), Spirit Lines (Peruvians), Turingas atau Dream Paths (Aborigines Australia), Death Lines dan begitulah seterusnya mengikut panggilan masyarakat setempat di mana-mana bahagian dunia yang mempunyai kumpulan batu-batuan aneh ini. Fungsi stonehenge boleh dibahagikan kepada beberapa kategori samada ianya adalah tempat ritual astronomical (winter solstis dan ekuinoks), tempat perkuburan, lambang geometrik, angka dan sebagainya. Menurut Paul Deveraux, setiap formasi batuan aneh yang menjangkau sehingga di ratusan tempat, ia ternyata dibina di atas garisan ley. Menurut feng shui china, di kawasan ley-lines yang mempunyai binaan batuan unik adalah letaknya pusat kuasa magnetik bumi. Batu-batu itu pula dipanggil the stone of fire yang boleh menghasilkan sumber tenaga yang amat banyak seperti piramid. Piramid juga terletak di jalur ley).

Di sini juga terdapat tempat sumber mata air bawah tanah (blind springs). Bongkah-bongkah batu ini benar-benar berada di atas lingkaran lokasi yang unik. Lalu jawapan yang tepat dicari bagi mendapatkan kepastian, siapa dan untuk apa bongkah-bongkah batu ini dibina. Berdasar-kan kajian santifik, kedudukan bongkah-bongkah batu ini memang sengaja diletakkan mengikut arah terbitnya matahari sebagai ritual kelahiran semula tuhan matahari setelah terperangkap semasa musim dingin (upacara ritual kelahiran semula matahari).

"Lebih kurang 2 kurun dahulu, buat pertama kalinya, garisan yang berjajaran dengan terbitnya matahari musim panas di kesan pada susunan batu stonehenge. Hanya pada kurun ke-19 jajaran yang sama di kesan pada lingkaran batuan lain. Dan hanya pada abad akhir ini, bentuk orientasinya disahkan, di luar jangkaan kerana ia menunjuk tepat ke arah utara timur selatan dan barat, arah yang sehingga kini membingungkan para pengkaji. Bagaimana pembinanya mampu melakukan sedangkan tidak ada arah kompas bintang pada waktu itu".

Di sini kita akan menemui satu fakta yang mengejutkan. Mari kita kesampingkan dahulu ciri-ciri lain mengapa binaan formasi batu itu dibina sejajar dengan ley-lines. Kecuali satu. BLIND SPRINGS atau SUMBER AIR BAWAH TANAH. Kita beri sepenuh tumpuan di sini.

"Researchers in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence with blind springs also emerged... Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with blind springs where water wells up but not break the surface"

Terjemahan : "Para pengkaji Amerika secara bersama mendedahkan bahawa pembentukan jaringan garis lurus yang menghubungkan formasi bebatuan, artifak kaum Indian dan deretan batu yang tegak berdiri, jelas menunjukkan ia diletakkan oleh manusia dan menimbulkan pula pertalian formasi itu dengan sumber air bawah tanah.... Para dowser (pencari air yang menggunakan sesuatu alat) dengan sokongan ahli geologi menemukan yang kedua-dua ley dan tapak purba adalah selari dengan sumber air bawah tanah, di mana air bergenang tetapi tidak naik ke permukaan".

Menurut Xavier Guichard, perkataan ley membawa maksud denai-denai perjalanan yang berkaitan dengan air atau garam. Keputusan itu diperolehi melalui kajian selama 25 tahun menghubungkan jalinan denai-denai masyarakat purba yang berkumpul di situ samada untuk mencari air, berdagang garam atau melakukan ritual astronomical. Denai itu bukan hanya menjadi laluan pedagang garam purba, malah ada mempunyai marking stone (stonehenge) tersendiri. Tempat ini mempunyai kuasa bumi (earth force) yang kuat. Dulunya dikenali sebagai tempat pertemuan para pedagang, namun setelah dikaji dengan lebih mendalam, rupanya ada udang di sebalik batu. Ke yang betulnya, ada air di sebalik batu....

Apakah makna semua ini? Adakah ianya satu kebetulan? Adakah formasi batuan di mana-mana belahan dunia juga satu kebetulan? Yang sebenarnya tidak saudara, ia bukan satu kebetulan tetapi adalah sebuah  tanda (marking) daripada perancangan awal dajjal. Kedudukan bongkah batu ini diletakkan dengan tujuan yang telah dijangka dan satu perancangan yang tersembunyi. Dari sinilah, satu lagi hakikat hasil kerja tanda dajjal ditemui. Jika kita mengesan kembali sabda nabi Muhammad saw :

"Sesungguhnya dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid Ath-Thur dan Masjid Al-Aqsa". 

Ramai di kalangan pentafsir hadis menghuraikan sumber air itu sebagai tempat perhimpunan manusia seperti bandar atau kampung. Ataukah mungkin sumber air yang dimaksudkan oleh nabi saw itu memang benar-benar sumber mata air seperti yang ditemui oleh Watkins : "....the ancient sites coincided with 'blind springs' where water wells up but does not break the surface".

Jikalau begitulah keadaannya, maka dajjal telah menyediakan perancangannya in-advance. Amaran-amaran nabi-nabi terdahulu yang berkaitan dengan dirinya diteliti dan dikaji. Dan melalui amaran-amaran itulah dia telah menandakan setiap lokasi mata air yang belum terpancar (masih tersembunyi). Dia akan datang ke lokasi ini pada saat kemunculannya telah tiba. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, di sinilah dia akan menunjukkan kesaktiannya kepada seluruh manusia (kepada yang tidak tahu, memang le nampak sakti, tapi sekarang kita sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi). Di situ jugalah akan terjadi tempat berhimpun para pengikut dajjal seperti yang telah disabdakan oleh nabi Muhammad saw iaitu - tempat berhimpunnya aliran-aliran air.

Inilah sebenarnya perancangan dajjal melalui anak-anak didiknya yang setia (pengikut Arthurian). Dia menyusun-bina bongkah-bongkah batu stonehenge di atas sumber air bawah tanah yang belum terbit sebagai penanda. Perhatikan pula sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asma binti Yazid Al-Ansariah.

"Pada satu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal dajjal lalu berkata : tiga tahun menjelang kedatangan dajjal akan terjadi kamarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan 1/3 air hujan dan bumi menahan 2/3 tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan 2/3 hujannya sedangkan bumi menahan 2/3 tumbuhannya. Pada tahun ketiga, langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya".

Pembaca sekelian, berdasarkan sabda seorang nabi yang ummi, jika begitulah keadaannya pada masa itu nanti, adakah dajjal akan benar-benar menerbitkan air melalui celah-celah bongkahan batu itu? Ataukah mungkin pada masa huru hara itu nanti dia akan membawa sekumpulan manusia yang taat kepadanya dan menunjukkan kepada mereka bahawa dia sebagai tuhan yang disembah, berkuasa untuk menerbitkan air di mana-mana saja yang disukainya (pada pandangan saya sahaja itupun jika benar, pada ketika itu dajjal hanya menunjukkan tempat sumber air tetapi proses penggalian dilakukan orang lain). Bagaimana saudara? Mahu diambil hipotesis ini atau sudah jelas kepada kita bahawa terdapat hubungan di antara monumen misteri dengan fitnah penipuan dajjal? Semuanya akan Allah dedahkan jika kita melihat dengan hati yang terang.

Bayangkan ketika saat getir kemarau yang melanda selama 3 tahun berturut-turut, ketika anak-anak kita merintih memohon segelas minuman, betapa dajjal akan tampil sebagai penyelamat manusia dan menjanjikan kehidupan, mendatangkan hujan serta menerbitkan air daripada bumi. Pada saat dan ketika itu akan terujilah iman kita samada mahu mengikut dajjal atau tetap bernaung di bawah kalimah tauhid. Mereka yang fasik, munafik dan lemah imannya akan menyongsong ke arah dajjal sehingga sanggup menjual keimanannya yang setipis kulit bawang. 


****


Pesanan daripada penaja a.k.a  SAYA la tu :

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Muslimin dan muslimat kecintaanku sekelian, jika anda masih terleka, mulakanlah dari sekarang, ajari lidah anda, basahilah hati dengan kalimah-kalimah tauhid dan zikir selepas solat mahupun setiap masa terluang.  Kerana pada waktu yang getir itu (krisis makanan dan air), sekiranya kita masih hidup, hanya kalimah-kalimah ini yang akan menjadi pengganti makanan dan minuman kita. Hafal surah Al-Kahfi, 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir untuk mengelak fitnah dajjal (permudahkan dengan hafal sedikit demi sedikit, jangan disukarkan).

Ajarlah isteri-isteri kita, anak-anak kita, adik-adik kita especially yang perempuan kerana kaum perempuan adalah kelompok teramai menjadi pengikut dajjal sehingga dikatakan bila masa itu tiba, anda yang lelaki akan terpaksa mengikat kami iaitu ibu, isteri dan anak-anak perempuan anda dari keluar daripada rumah kerana hebatnya godaan dan muslihat dajjal bagi kaum wanita.

Jaga solat, jaga perhubungan antara saudara mara dan sahabat handai. Jangan lari dari persatuan ummah. Penuhkan masjid-masjid. Mulakan dari sekarang saudara... atau anda mahu menunggu sehingga masanya sudah benar-benar terlewat dan tiada lagi hari esok untuk kita...

Na'udzubillahi min zalik. Berhati-hatilah!


****



KISAH DAJJAL

Jika diberi peluang mengetahui misteri sebenar kisah dajjal, hampir semua orang akan melakukannya. Kecenderungan untuk mengetahui kisah dan hal ehwal sebenar tentang dajjal bagai satu fenomena yang tidak terbendung. Sehingga kini, masih belum ada sesiapa yang mengetahui secara nyata siapa dajjal sebenarnya. Dia memiliki kisah hidup yang panjang dan seperti Iblis, telah ditangguhkan ajal untuknya. Di dalam usia yang panjang, dia menempuh kehidupan dan menjelajah setiap pelosok dunia. Dalam usia yang panjang itu juga, dia telah mencipta dan menanam benih-benih fitnah di dalam segala kesempatan.

Dia sudah hidup terlalu lama sehingga mendakwa bahawa dia adalah manusia yang berupaya menghubung-kan zaman silam dan masa hadapan. Dia mempelajari banyak ilmu sesuai dengan kemampuan akalnya bermula dari ilmu sains tabi'i, ilmu sihir dan ilmu dari langit yang tinggi (ilmu malak).

Dia juga berupaya menggabungkan ketiga-tiga ilmu ini dan memanipulasinya demi untuk mencapai hajat dan cita-citanya. Dia tahu setiap butir ilmu secara terperinci, asal punca ilmu tersebut dan segala cabangnya. Bahkan perkembangan ilmunya tidak pernah berhenti. Dia terus meneliti dan mengkaji sehingga ilmunya berkembang dengan pantas selari dengan potensi akalnya yang terlalu cerdas.

Dia dianugerahkan Allah swt dengan keupayaan akal dan jasad yang luar biasa. Akalnya berupaya untuk memahami sesuatu perkara dengan mudah dan cepat seolah-olah alam ini sendiri adalah gurunya. Potensi akalnya pula mendahului zaman dengan kadar pengetahuan yang jauh melangkaui masa hadapan.

Kita maklum akan hadis rasulullah saw bahawa dajjal diberi kesempatan untuk lama hidup. Jasadnya mampu bertahan dari perubahan masa dan tidak dimamah usia (berhenti di dalam lingkungan 40-an). Peningkatan umurnya berlaku dengan amat perlahan. kerana dia telah menemui rahsia bagaimana memelihara umur dan kesihatan sehingga dia menggelarkan dirinya sebagai immortal (hidup abadi dan tidak mati). Kepintarannya mengawal tempoh masa menjadikan dia tidak dimamah usia. Dia tahu bahawa jika dia berdiam di alam jin, maka tempoh usianya akan menjadi lebih perlahan.


Perhatikan sajak di bawah :

"Sweet appletree in the garden
Frodden the earth around its base
The men of Rhydderch see me not
Gwenddydd no longer loves nor greets me
I am hated by Rhydderch's strongest scion
I have despoiled his son and daughter :
Death visits them all - why not me?"


Dia tertanya-tanya mengapa dia tidak mati.. Hukum alam seolah-olah tidak berlaku ke atas dirinya dan keistimewaan itu membuatkannya semakin besar kepala (semuanya dengan keizinan dan perancangan Allah swt jua). Dengan segala keupayaan dan kelebihan itu, dajjal tidak hanya berupaya mencipta dan mencetuskan tamadun, malah dia turut berjaya mempengaruhi masyarakat setempat dan menipu mereka sehingga masyarakat setempat dapat menerimanya sebagai perantara antara mereka dengan tuhan. Bahkan pada satu ketika, dia sendiri mendakwa bahawa dia adalah tuhan atau dewa manusia.

Dia adalah manusia aneh yang bukan dari kalangan manusia dan tidak juga dari kalangan jn. Dia seumpama kedua-duanya. Dia seolah-olah sebati di dalam dua kehidupan dengan satu kejadian. Perhatikan kepada potongan ayat - 'the men of Rhydderch see me not', dia seolah-olah menyebut dengan terang di mana dia berada, di sempadan yang tidak dilihat manusia.

Menurut Muhammad Isa Dawud, ketika dajjal menjelajah dunia, dia telah masuk ke wilayah iblis di laut lepas yang menjadi singgahsananya iaitu di Bermuda Triangle. Di sana, dia telah memeterai perjanjian. Iblis ingin terus menggoda manusia dengan bisikan dan hasutan halusnya sementara dajjal mahu menjadi tuhan yang disembah melalui apa cara sekalipun. Maka kesepakatan itu pun terjalin, lantas dia dibenarkan hidup serta mempelajari rahsia para jin dan syaitan serta segala jenis sihir yang belum pernah diajarkan kepada mana-mana manusia.

Dia dibenarkan tinggal di alam jin dalam satu-satu tempoh yang lama. Dia bebas bergaul dengan mereka, memahami kehidupan mereka dan menjadi sebahagian dari mereka. Bahkan dajjal telah diberi izin oleh Iblis untuk memerintah dan juga boleh mengerah jin di bawah kerajaannya bagi membantu apa saja tugas yang diarahkan oleh dajjal seperti membina kota-kota batu dengan teknologi dan upaya jin. Banyak rahsia yang dia ketahui dan banyak pengalaman telah ditempuhinya. Semuanya disimpan di dalam lipatan sejarah hidupnya. Dia bebas memasuki alam jjn sepertimana dia bebas menjelajah alam manusia.

Pada awal kehidupannya, dia tidak dikenali dengan nama dajjal. Dia mempunyai banyak nama dan diberi pelbagai gelaran sesuai dengan keajaiaban dan keanehan yang dimilikinya. Pada setiap kurun, dia akan menjelajah dunia dan meninggalkan nama serta tanda bahawa pada suatu ketika dahulu dia pernah berada di situ, mencetus pembinaan tamadun-tamadun yang agung, membina tugu-tugu dan monumen-monumen misteri yang hebat. Manusia yang datang selepas itu akan tertanya-tanya siapa yang membina monumen yang sehebat itu. Dia mahu memberi indikasi bahawa jika sedemikian pembinaan monumennya, tentu jurubinanya juga manusia yang hebat.

Hasil kerjanya sering diberi tanda yang hanya difahami oleh segelintr orang tertentu sahaja. Mereka adalah pemegang rahsia dajjal di alam dunia. Kod-kod aneh yang merujuk kepada angka-angka, astronomi, bentuk geometri dan sebagainya yang penuh rahsia tersimpan untuk diabadikan. Anehnya setelah dikaji dan diteliti, kod-kod rahsia itu hanya mahu memberitahu bahawa manusia hebat itu akan datang kembali di akhir zaman sebaga raja yang akan menyelamatkan dunia. Sungguh, ini adalah satu penipuan, fitnah dan konspirasi agung yang sukar untuk dibayangkan.

Ini hanyalah gambaran awal bagi menunjukkan bahawa perjalanan hidup dajjal amat sulit untuk diketahui. Ia terlindung di sebalik tabir misteri itu kerana dia merasa selamat dan bebas berbuat apa saja jika tidak dikenali. Hanya dengan cara itu dia dapat mencatur dunia mengikut kehendaknya. Membina jaringan fitnah dan penipuan dari alam dunia dan alam satu lagi.

Sesekali dia akan tampil dan hidup bersama masyarakat setempat, mencari perintis, anak didik dan pekerja mason - pelaksana rencana konspirasi dunia. Kemudian dia pergi meninggalkan mereka dengan janji bahawa dia akan kembali lagi.

Sungguh satu kebetulan yang Allah sudah rancang barangkali. Satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun di dalam teks Inggeris kuno berjudul 'The Didot Perceval Anon' yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebaga teks awal yang menjelaskan tentang kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan dajjal yang dimaksudkan. Rupanya kisah dajjal tidak hanya dikenali dalam dunia Islam saja, malah ia juga telah dinukilkan di dalam sastera kuno bangsa Eropah.

Teks-teks lama ini dengan jelas menceritakan mengenai dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil percantuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa (full of wonders), kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi yang tidak diketahui keberadaannya dan akhirnya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

"Because I am dark and always shall be, let my book be dark and mysterious in those places where I will not show myself".

Terjemahan "Kerana aku adalah kegelapan dan akan selalu begitu, biarlah bukuku (riwayatku) juga gelap dan penuh dengan misteri di mana aku tidak akan menonjolkan diriku sendiri".

Siapakah manusia misteri itu? Di sini, cuba dibentangkan tentang siapakah dia walaupun dalam bentuk penyamaran. Akan dihimpunkan segala kisahnya yang banyak dan pelbagai. Watak lelaki misteri itu terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah, namun tidak ramai yang mengenali siapa dia sebenarnya. Namun kisahnya begitu hidup di dalam hati semua rakyat Britain. Dan melalui layar perak, dia bagai hidup kembali. Dialah Merlin The Shaman.

"Merlin is very much inheritor of such ancient traditions and a true child of wonder. In the sequence of events listed above, he too is born of the union of earthly and unearthly parents, is brought up in secret, is challenged by adversaries whom he easily overcomes, emerges into the world and astounds everyone with his magical and prophetic skills. Later, he will change the direction of the world before withdrawing into a place from which his voice will continue to be heard".

Terjemahan : "Merlin adalah pewaris tradisi-tradisi purba dan sebenar-benar anak yang penuh ajaib. Di dalam turutan senarai kejadian yang dinyatakan di atas, dia dilahirkan melalui percantuman benih dari alam dunia ini dan dunia yang lain, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang dengan mudah, tampil ke dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kebolehannya sebagai peramal. Kemudian, dia akan mengubah arah perjalanan dunia sebelum kembali ke tempat pengasingannya ke suatu tempat yang asing dan jauh, namun demikian, suaranya (mesej) masih tetap kedengaran".

Dari mana perkataan-perkataan ini diperoleh? Susunan ayatnya amat sesuai dan selari dengan watak dajjal yang kita bicarakan. Adakah ianya satu kebetulan lagi? Rasanya tidak mungkin saudara. Atau adakah alasan lain yang dapat menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihirnya. Hensem dan menarik pandangan mata pula. Satu penipuan yang tidak djangka, menyamar secara terancang agar tidak dapat dikesan musuh. Dengan andaian itu, maka bolehlah dikatakan bahawa Merlin sebenarnya adalah dajjal dalam rupa bentuk yang baru.

Merlin memang tidak asing lagi di bumi Eropah. Kisah hidupnya tidak hanya dikenali sebagai mitos, epik dan lagenda, bahkan diambil sebagai sebahagian sejarah lama walaupun tiada fakta sahih membuktikan siapa dia dan dari mana asal usulnya. Dia dikatakan bertanggungjawab  mencetuskan pembinaan formasi bebatuan stonehenge. Penanda kepada pusat medan magnet bumi (earth force) dan jajaran sumber air bawah tanah (blind springs), guru dan mentor King Arthur, perencana Zaman Keemasan (Golden Age) England dan merencana kebangkitan bangsa Anglo-Saxon. Dia seperti mahu memuliakan bangsa yang ganas dan tidak berperi kemanusiaan, bangsa yang dulunya hidup dalam penuh kegelapan. Merlin juga dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh kesaktian dan digelar shaman (dukun). Ada ketikanya dia diangkat sebagai peramal serba bijak dikalangan mereka kerana kepandaiannya dalam ilmu astronomi dan astrologi.

Inilah kisah yang dapat mendekatkan kita dengan kembara alam misteri dajjal : persis watak lelaki berjanggut berperawakan mulia, iaitu Merlin sebagai mentor kepada King Arthur, Odin sebagai mentor kepada Sigurd dan Gandalf sebagai mentor kepada Aragorn (The Lord of The Rings) - watak seorang tua yang penuh kuasa sakti yang mati dan kemudian hidup kembali. Para sejarawan percaya bahawa watak-watak Odin dan Gandalf itu sememangnya merujuk kepada Merlin.

Peranan Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age yang saling berhubungan. Seolah-olah di sinilah dajjal mahu memulakan segala rencananya. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'fitnah terbesar', konspirasi dahsyat yang diatur untuk menyiapkan kemunculannya.

Dia mengatur dengan penuh teliti setiap babak demi babak yang melibatkan unsur sejarah, politik, falsafah, peradaban, sosial, sains, teknologi bahkan cuaca, semua cuba diatur mengikut jalan fikirnya. Namun sudah pasti dan sudah tentu ianya dapat dilakukan dengan keizinan Allah swt jua. Suatu perancangan yang amat sempurna sehingga manusia menjangka apa yang berlaku adalah ketentuan tuhan atau paling tidak, sebagai  hukum alam.

** (Seperti apa yang berlaku sekarang saudara. Dengan gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut, taufan, pencairan ais dikutub utara, tsunami dan sebagainya. Kini, ramai pengkaji sudah mula sedar bahawa kebanyakan bencana alam yang terjadi  adalah berakibat dari penggunaan alat pemusnah berteknologi tinggi. Ini kerana didapati adanya perbezaan-perbezaan pattern yang agak ketara antara kemusnahan alam aturan Allah swt dan kemusnahan yang direka-reka kejadiannya. Wallahu A'lam). **

Kisah Merlin Bermula Di Great Britain, di mana semua pahlawan-pahlawan Arthur berada. Kisahnya banyak membayangi sejarah Britain. Merlin bukan sekadar epik atau karya lagenda, bahkan ia lebih dari itu. Ia adalah sejarah yang penuh misteri. Jika ada yang cuba mengatakan bahawa ia cuma sekadar epik sahaja, ketahuilah bahawa terdapat bukti yang menyatakan Merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia. 

Puluhan malah mungkin ratusan teks dan karya mengenai hidup Merlin ditulis untuk membuktikan bahawa dia benar-benar wujud. Merujuk sebuah karya John matthews 'Merlin : Shaman, Prophet and Magician'. Beliau telah menghimpun hampir 100 bahan rujukan ketika menulis buku ini. Inilah kata-kata beliau :

1)  "Whatever Merlin's destiny, whatever his origins, he never ceases to be concerned with this world and the people who live in it. His function within the secret history of Britain varies hardly at all from Geoffrey of Monmouth to Mary Stewart. As prime mover of the setting up of Arthur's kingdom and the founding of the Round Table, as prophet, guardian and sometime tutelary spirit of Britain, he remains true".

Terjemahan : "Walau apapun takdir Merlin, walau dari manapun asalnya, dia tidak pernah berhenti mengambil berat hal dunia ini dan manusia yang tinggal di dalamnya. Fungsinya di dalam sejarah rahsia Britain tidak pernah berubah semenjak kekuasaan Geoffrey dari Monmouth sehingga ke Mary Stewart. Sebagai peneraju utama di dalam pengendalian kerajaan Arthur dan penemu kepada perbincangan Meja Bulat, sebagai nabi (peramal), penguasa dan kadangkala sebagai roh pelindung Britain, kewujudan-nya adalah benar".

2)  "I have set out to explore the complex figure of Merlin through several of the different guises he was worn in his long career : as a possible historical figure, as character from literature and above all, as a career of ideas and dreams that still move us today".

Terjemahan : "Saya telah meneliti dari semua segi figur Merlin yang kompeks melalui beberapa penyamaran yang dipakainya menerusi sejarah kariernya yang panjang. Kemungkinan dia sebagai figur sejarawan, sebagai karakter dalam bidang sastera dan yang paling penting, tugasnya sebagai penyumbang idea dan impian-impian yang masih membuat kita terkesan sampai ke hari ini".

Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, Pedang Excalibur, The Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum. Sejarah Britain amat terimbau dengan zaman kegemilangan seolah-olah Britain ini lahir dari sebuah sejarah yang penuh magis.

"The story illustrates the nature of Merlin's involvement in the affairs of The Round Table and of King Arthur's realm. Constantly, watching, sometimes intervening directly, he is always shaping the future as though following some secret dream of his own. It is here that we see him in his most  typical guise as a mover behind the scenes, as someone who knows what is to come and sets out to ensure that the destiny of Arthur and his knights is fulfilled".

Terjemahan : "Kisah ini menggambarkan kebiasaan penglibatan Merlin di dalam hal ehwal Meja Bulat dan  dalam bidang kuasa King Arthur. Dia sentiasa memerhati, kadangkala melibatkan diri secara langsung, dia sentiasa ada untuk turut merancang dan mencorak masa hadapan (Camelot) seolah-olah dia menghidupkan impiannya sendiri yang begitu rahsia (anda tentu masih ingat tentang impiannya untuk membangun new Atlantean race melalui Athurian Kingdom). Di sini kita dapat melihat kebiasaannya yang kerap menyamar (sebagai Merlin) untuk menjadi penggerak kepada setiap kejadian, sebagai seseorang yang mengetahui kejadian yang akan datang dan tetap dalam memastikan, King Arthur dan pahlawan-pahlawannya menunaikan apa yang telah ditakdirkan (sebenarnya diaturkan) untuk mereka".

(Melalui petikan di atas, dapat kita membayangkan bahawa King Arthur dan pahlawan-pahlawannya adalah umpama puppet atau bidak-bidak catur dan Merlin sebagai puppet master, bebas untuk mencaturkan kehidupan mereka mengikut apa yang dikehendakinya).

Bentuk dan paras rupa Merlin tidak pernah disebut dengan terang. Dari banyak teks yang ditemui, tidak  ada satu pun yang sama. Namun di dalam satu tulisan The Merlin of Porius hasil karya Powys, John Cowper menyebut Merlin sebagai :

"The Merlin of Porius is half man and half god, a huge, slow earth-man, smelling of mould and green things like many of the characterization of Merlin in more recent times, his work is devoted to the return upon earth of a new Golden Age, the age of Saturn/Cronos of which god he sees himself as a true avatar"

Terjemahan : "Merlin dari Porius adalah separuh manusia dan separuh tuhan, bertubuh sangat besar, tidak dimakan usia (atau yang bergerak perlahan), dengan bau seperti cendawan dan benda-benda hijau (bau dari pembuatan posyen) seperti kebanyakan karakter Merlin dewasa ini, kerjanya diabadikan untuk dia kembali ke bumi pada Zaman Keemasan yang baru, zaman Saturn/Cronos yang mana dia melihat dirinya sendiri sebagai tuhan dan avatar sebenar".

Saiz tubuh Merlin yang lebih besar daripada saiz manusia biasa yang disebut dalam petikan di atas seolah-olah membenarkan apa yang dikatakan oleh Tamim Ad-Dari : Bentuk fizikal dajjal seperti gergasi, cepat menangkap isyarat kata, cepat menyampai-kan ilmu, luas kefahamannya dan begitu sabar menanam jalur fitnah dunia. Oleh kerana itu, huraian petikan di atas amat bersesuaian dengan sifat dajjal yang disebut secara ringkas oleh Tamim Ad-Dari. Namun perlu diingat, dia boleh mengubah wajah dan fizikalnya dengan ilmu yang dimiliki. Dia boleh melakukan penyamaran seperti Iblis dan jin yag diberi kuasa mengubah bentuk menjadi orang tua, wanita mahupun kanak-kanak kecil. Namun dajjal lebih memilih bentuk penyamaran yang hensem ala-ala superman, batman, spiderman dan boleh diterima oleh orang ramai. hehe.. sempat..

Sepertimana Quetzalcoatl, Lord Pacal, Viracocha atau Shi Huang Ti, sekali lagi proses kehidupan secara inkarnasi atau kelahiran semula ditampilkan. Samada anda percaya atau tidak, Merlin turut mempunyai kebolehan yang sama.

"Merlin was a spirit in human form, who was in that shape from the time of Vortigern until the beginning of King Arthur, when he disappeared. After that, his spirit appeared again in the time of Maelgwyn Gwynned, at which time he was called Talisesin, who is said to be alive yet in a place called Caer Sidia. Then, he appeared a third time in the days of Morfran Frych son of Esyllt..... and in this period he was called Merlin the Mad. From that day to this, he is said to be resting in Caer Sidia, whence certain people believe firmly that he will rise up once again before Doomsday".

Terjemahan : "Merlin adalah roh yang berbentuk manusia, yang dirinya dalam keadaan demikian sejak masa Vortigern sehingga permulaan kemunculan King Arthur bila dia menghilangkan diri. Selepas itu, dia muncul kembali pada zaman Maelgwyn Gwynned, yang mana pada ketika itu dia dipanggil Talisesin, yang dikatakan masih hidup di alam yang bernama Caer Sidia. Kemudian, dia muncul buat kali ketiga ketika Morfran Frych anak kepada Esyllt memerintah.... dan pada ketika ini dia dipanggil Merlin Si Gila. Daripada hari itu  sehinggalah ke hari ini, dia dikatakan masih berehat (berhibernasi) di alam Caer Sidia, di mana sesetengah orang sangat percaya bahawa dia akan kembali dan muncul semula sebelum kiamat tiba".

Inilah kenyataan yang paling mengejutkan dan sebagai bukti jelas betapa kenyataan ini menyamai jangkaan kita selama ini. Bahkan keyakinan ini bertambah kukuh bahawa dialah dajjal yang bebas menjelajah setiap inci bumi sebelum ini, telah bebas dari pasungan di pulau yang ditemui oleh Tamim Ad-Dari sejurus selepas kewafatan nabi Muhammad saw.  Dialah orang yang kita cari dan perdebatkan selama ini.


To be continued.

**** 

Pasti ramai daripada anda tertanya-tanya dan tidak percaya bagaimana percantuman benih antara ibu dajjal dengan jin syaitan boleh terjadi. Sebenarnya ia terjadi apabila semasa ibunya melakukan hubungan badan dengan suaminya, dia dalam keadaan haid. Benih jin dan manusia hanya boleh bercampur apabila seseorang wanita itu sedang berkeadaan kotor. Kedatangan haid tidak menghalang terjadinya proses persenyawaan. Bapa dan ibunya pula adalah anak hasil hubungan sumbang mahram. Beware of this guys.. jangan sampai kamu pula melahirkan anak-anak jin. Anak yang terhasil dari kondisi seperti itu akan lebih cenderung mempunyai sifat degil dan tidak makan nasihat. Nantinya, mereka semua akan menjadi pengikut dajjal termasuk anak-anak luar nikah yang tidak beriman.

Begitu indahnya Islam dalam mengatur kehidupan penganutnya dengan adab dan penuh kesucian. Mulakan segala perbuatan dengan doa dan bismillah untuk mengelakkan jin dan syaitan ikut berbuat apa yang kita perbuat.. Dari peringkat awal lagi, jauhilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak dan minda bakal anak-anak anda. Waris dan anak-anak kita inilah yang akan menjadi penerus generasi akan datang. Jika baik sifat mereka, baiklah masyarakat, tetapi jika bobrok sifat mereka, bobroklah masyarakat.

Kesedihan begitu melanda apabila saya membaca majalah MASTIKA yang sering memaparkan kisah-kisah bagaimana semua pusat-pusat hiburan di kota-kota besar mahupun kecil, setiap masa tidak kira bulan Ramadhan atau bulan biasa, sentiasa dipenuhi dengan anak-anak kita yang berbangsa melayu yang kebanyakannya beragama Islam, namun Islamnya hanya pada mykad. Mereka sudah tiada sifat malu dan sudah hilang rasa hormat terhadap orang lain apatah lagi menghormati diri sendiri. Mereka keliru dalam dunia fantasi mereka. Itu belum lagi dengan penyalahgunaan dadah, arak, menggadai maruah diri tanpa ada rasa bersalah. Ya Allah, zaman seperti apa yang akan diharungi oleh anak-anak kami ya Allah...

Dalam pada kita mula bangkit dengan alter terahsia bangsa melayunya, dalam pada kita mula bangga menjadi orang melayu, mereka terus hanyut dalam jerat syurga dan nafsu dunia ciptaan iblis, syaitan dan dajjal. Masya Allah... Mari kita doakan sama-sama saudara, semoga dengan kebersamaan ini, Allah berkenan untuk memalingkan hati mereka dan hati kita untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi insan yang lebih memartabatkan Islam sebagai Way of Life. Dah tadah tangan belum?

Bismillaahirrohmaanirrohiim.. (Amin)
Ya Allah ya Robbi ya Karim (Amin)
Dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun (Amin)
Palingkanlah hati mereka dan hati kami yang tersesat untuk mengikuti jalanMu (Amin)
Jalan hidup yang Engkau redhai lagi Engkau rahmati ya Allah (Amin)
Bangkitkanlah jiwa mereka dan jiwa kami ke arah kebenaran (Amin)
Jadikanlah mereka dan kami kuat mengharung segala godaan syaitan ya Allah (Amin)
Hanya kepadaMu kami meminta, wahai dzat yang membolak-balikkan hati (Amin)
Kukuhkanlah aqidah dan keyakinan kami ya Allah (Amin)
Tetapkanlah keyakinan bagi mereka yang tertindas demi kemuliaanMu ya Allah (Amin)
Dan berilah mereka kesabaran dalam menghadapi setiap cubaanMu ya Allah (Amin)
Lindungilah mereka dan kami dari fitnah manusia, fitnah dunia, fitnah dajjal dan fitnah hari akhirat (Amin)
Amin ya robbal alamin.

Sesungguhnya setiap anda ada dalam doa saya.


Jumpa lagi nanti.. Wassalam.




23 comments:

jimio said...

Nice one...

Anonymous said...

Salam...

lasat lasat lasat

wa tau lu memang lasat

solang lagi selikandi bagi gegar ma

sepilitual pelempuan mim hebat ma

silat kuntau lu tahu ka?

tatak tau tak pa

otak boleh kuntau ma.......

waca......zas............................ kasi habis ma...............

hahaha.............................
wa bukan along
wa latang mau tolong ma............

Wa Ah Kau ma
itu kawan Hang Ladim
wa lulu kena ikat sama Ladim
kena campak dalam laut ma......
wa kawan ma........

Apek.

Anonymous said...

assalamu'alaikum, ibu1/2masak,

penulisan yg menarik... nanti boleh tuliskan akan pihak belah lawan si dajjal itu pulak ye ibu... yakni perihal para imam dan pendokong2nya... camano kita yg awam ini nak tahu dan mengenal mereka serta menyahut anjuran rasulullah SAW utk menyertai mereka...

tq,ab

mohd haizan said...

Thanks Ibu..artikel yg sangat2 menarik..

wan said...

-salam- ibu cuba dengar lagu rihanna-diamonds.. da maksud yg tersirat..

Anonymous said...

salam keatas pemilik blog..

berkenaan dgn merlin,Sheikh Imran Nazar Hosein pernah menerangkan dlm bukunya iaitu Jerusalem In The Quran..bhw apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."


p/s:ad sumber mgatakan piramid sbnrnya dibina oleh kaum yahudi y sebenar2nya.kaum yahudi y sbenarnya adalah bkulit hitam spt negro..bkn yahudi zmn skrg y bkulit putih kerna mereka sbnrnya yahudi khazar(yahudi palsu)-sestengah megatakan mereka la yakjuj mkjuj y telah bebas-
kerna itu firaun laknatullah,jika diperhatikan dia bkulit hitam kerna firaun adalah asal kaum yahudi.

mohon pencerahan kerana sy budak baru belajar.. :)

~biskut Merry~

Unknown said...

salam...panjang nya kali ni..hehehehe...

budin said...

ISM...

ada INFO lagi...

http://puteramariam.blogspot.sg/2012_06_02_archive.html

Unknown said...

thanks ibu.. byk yg kami dpt tau psl dajjal ni.. semoga allah slmt kan kita dan seluruh islam dr terikut fitnah dajjal ni..amin

Anonymous said...

tentera dajjal yg belum terkalahkan itu dah pun memulai kempen membantai palestin...

Ibu Separuh Masak said...

Assalamualaikum wbt you all..
dan waalaikumsalam...


@Jimio : Nice one? Mana ada, xde lah, biasa2 je..


@Apek : Mana ale lasat.. lu pandai-pandai saja pek, wa pun balu belaja maa.. lu lagi manyak tau dari wa..


@ab : InsyaAllah, saya cuba tapi saya tak janji dapat sediakan dlm waktu terdekat. Banyak idea dan permintaan yang diajukan tak buat homework lagi. Saya rasa baaaanyak blog lain en.ab dah layari. Kat blog mana yang best?


@Mohd Haizan : Terima kasih. Saya gembira dapat berkongsi..


@Wan : Awak ni Wan7 yang kat MoM tu ke? Kalau bukan, sorry ya. Bukan lagu Rihanna saja, kebanyakan lagu-lagu mereka mempromosikan seks bebas, lucifer, illuminati, pemberontakan, keganasan dan semua sisi yang negatif. Saya dah tak suka mendengar lagu-lagu mereka walau sepopular manapun mereka. Kuasa mind control dari lagu lebih berbahaya dari hipnotis.


@Biskut Merry : Kalau keluar dari mulut ustaz-ustaz, saya tak berani nak kata apa-apa sebab tahap kefahaman mereka jauh lebih tinggi. Saya suka berkongsi benda yang orang biasa macam saya lebih senang faham. Kalau yang original yahudi kulit hitam, saya baru ni dengar. Sumber dari mana biskut merry dapat? Teringin juga saya nak baca.


@Fairul Fazil : Ingat nak berehat lama sikit kalau buat panjang-panjang.. boleh?


@Budin : terima kasih, senang-senang nanti saya pegi sana..


@Mohd Firdous : Sama-sama, terima kasih diterima. saya harap anda enjoy semasa berada di sini.


@Anonymus 19 Nov 16:44 : Kempen pembantaian itu sejak dari saya kecil sudah berjalan. Biarpun satu dunia nak protes, mereka tak peduli dan tidak akan berhenti.

Anon, Palestin adalah satu negara yang istimewa, Allah turunkan cubaan itu ke atas mereka kerana Allah tahu mereka insan yang amat tabah dan begitu kuat semangatnya. Keyakinan mereka ampuh, keimanan mereka kukuh.

Mereka beruntung kerana mudah mendapat syahid. Ramai pejuang-pejuang mereka mengadap Allah dengan wajah yang tersenyum dan darah yang tidak berhenti mengalir.

Wanita-wanitanya antara wanita tersubur di dunia. Jangan bersedih untuk mereka kerana mereka tidak suka. Jika tidak mampu menghadirkan diri ke sana, bantu dengan harta. Tiada harta, cukup dengan doa ikhlas dari kita semua.

Wassalam.

sepuluh said...

MY MOM,

Lapaq la... Masak CEKODOK buleh...? Sedap la syikit nak pi balik rumah seblah nak sambung baca balik "At 2012.10.22 01:33"...

(^_^)v

PS: Aduyaiii... pepagi ni, bau IKAN GORENG memang mengiurkan la... huhuuu... :p

Psycofunkapus said...

tima kasih untuk artikel yg senang saya nk hadam

Ibu Separuh Masak said...

Assalamualaikum wbt,


@sepuluh : hang lapaq no? la ni cek lagi malas nak masak.. tunggu esok-esok la..


@Psycofunkapus : sama-sama, terima kasih diterima.

Anonymous said...

ibu nye...bila next artikel nye? dok mnanti jeq ni hah :( kasi cargas skit lah ibu nye pun :D hehehehe....
*ari2 bukak blog ni tgk xupdate2, tu yg tpaksa anto komen tu....

*supersilentreader

Ibu Separuh Masak said...

Salam @supersilentreader..

anda tertunggu-tunggu eh? baiklah, saya cuba usahakan walaupun jari ni takde mood nak mengetik. Masih dalam mood cuti ni.. (cuti dari tengok blog) heee..

FADZ said...

salamualaik ibu..

wah makin banyak yang berkunjung ya?? tahniah =)

ana suka tengok citer merlin..haha..merlim mmg digambarkan seorang yang berkuasa dan penyelamat tapi nsb bek tak terpengaroh sangat ngan citer merlin nih..



Ibu Separuh Masak said...

Salam @ SAYANGKU RAIHANA

Alhamdulillah, nampaknya macam tu la..

Cerita Merlin, saya layan macam tu aje.. tapi kalau supernatural memang minat dari dulu. Suka melihat alam mistik dari sudut pandang dan kepercayaan orang barat yang mereka ambil dari kitab mereka. *sebenarnya suka tengok dean yang comel.. hehe*

Wassalam.

Anonymous said...

ei gatai suka tgk dean yg comel.

salam ibu separuh masak. dulu saya minat jugak dgn dean ni eh sori supernatural ni hahaha, terasa cam gay lak omg, tp masa dah start masuk bab2 dooms day sy dah tak boleh nak process in my brain head. susah nak terima sudut pandangan citer tu walaupun pd hakikatnya sy ni terbuka pemikirannya boleh je process tp bab tu x dpt x tau kenapa dan langsung x tgk dah. teruskan menulis i support u.

dr pembaca senyap mom ke pembaca senyap ism
azre

Ibu Separuh Masak said...

Salam @azre : Memang dia comel, Sam pun comel juga.. suka tengok gitu2 aje la, tak fanatik pun. :P

Terima kasih azre sudi singgah dan baca. I appreciate it.

Wassalam.

Anonymous said...

Tipulah, ingat org nak percaya semua ni. Ini poyo!!!

Anonymous said...

Yg tak percaya prjalanan dajjal.. dia lah dajjal atau agent dajjal

Anonymous said...

Sbahagian ayat2 yg ibu mude cntik ni tulis .sbiji sama ngn buku yg prnah saya beli ..tpi buku tu ada org pinjam tak pulangkan..penulis lelaki melayu..kelulusan jurutera.. isi buku d tulis sparuh ilmiah separuh saintifik..sesuai umum..brkisar hal hakikat masa, kejadian jasad dan dajjal..