Friday 2 November 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya SIRI 7


Assalamualaikum wbt


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Melihat kepada perjalanan trafik yang sering singgah, sukar untuk saya mendiamkan diri lama-lama. Pastinya anda singgah dengan mengharapkan artikel terbaru. Atau adakah saya sahaja yang terlalu perasan di sini? hahaha...
Ada tak yang kata, "huhu, meluat siot...". Apa? Ada?
Alaaah, bagi la sikit muka kat saya nak menceceh pun kan.. tak best ar serius-serius ni.

Baiklah, untuk artikel kali ini, saya ingin membawa anda mencari lokasi pulau yang dihuni dajjal.

"You!
Yes,  you la.
Please go back to your serious mode in order to read this story. Haaa kat sini baru boleh serius.
Okay, dah serius dah? Kalau dah, kita mula".

Kisah mitos dan misteri adalah satu bukti klasik yang unik. Mengapa tidak? Mitos ini bukan sejarah tetapi dikagumi dan diterima lebih daripada bahan sejarah. Cerita mitos dikaryakan dengan penuh dramatik, difilemkan dan disebarkan sehingga manusia percaya bahawa mitos dan misteri ini benar-benar wujud.

Destinasi awal yang perlu kita terokai adalah pulau misteri yang dihuni oleh dajjal seperti yang disebutkan didalam hadis mengenai Tamim Ad-Dari. Pulau ini memang benar-benar wujud tetapi yang menjadi persoalannya, dimanakah ia?

Muhammad Isa Dawud ketika membahaskan persoalan ini mengatakan bahawa pulau itu sudah musnah dan tenggelam ketika dajjal keluar meninggalkan pulau itu dengan niat tidak mahu kembali lagi. Berikut adalah petkan beliau :

"Kata Jassasah : Sesungguhnya ajalku datang bersamaan dengan saat keluarnya kamu (dajjal) dari pulau ini. Ketika itu, akan tenggelamlah pulau ini menuju dunia yang fana. Engkau telah memilih qadarmu sendiri. Laknat Allah ditimpakan ke atasmu dan atas orang yang melindungimui di rumahnya".

Pulau ini yang diberi nama 'Pulau Ular Yang Mengerikan dan Haiwan Berbulu Tebal' kerana menurut ceritanya, sesiapa yang singgah di pulau itu, pasti akan mati disengat ular yang panjangnya beratus-ratus meter (disebut naga di dalam istilah pelayar silam). Dari sinilah lagenda naga bermula, malah menjadi simbol bagi Merlin dan Shi huang Ti (Emperor Pertama Cina).

Bagi kebanyakan kita, pulau yang dihuni oleh dajjal itu hanyalah tempat dia dikurung dan dipasung. Tapi berlainan pula bagi dajjal, pulau itu mempunyai lagenda dan mitosnya yang tersendiri. Dia mahu pulau itu diingati kerana di pulau itulah tempat dia membesar jauh daripada manusia. Di pulau itulah dia memperoleh benih kehidupan. Di pulau itulah dia percaya bahawa dia makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan akal yang luar biasa. Menurut pendapatnya sendiri, dia membesar dengan pengaruh alam, bukan atas ketentuan Allah swt. Dia tidak dsentuh oleh alam dan binatang di pulau itu semua tunduk kepadanya. Dia merasa, dialah raja yang berkuasa.

Baginya, pulau aneh itu mempunyai sejarah yang harus dikenang dan terlalu berharga untuk dilupakan. Sebuah pulau yang mempunyai keajaiban mirip kehidupannya. Bagi dajjal, pulau itu harus dikenali manusia, perlu diberi nilai tambah seperti adanya peradaban canggih di situ dan mesti disensasikan. Ini dilakukan supaya  ceritanya yang seperti dunia fantasi terus dikenang. Meniti dari bibir ke bibir. Tapi sayangnya pulau itu telah tenggelam. Hapus di telan gelombang Laut Yaman atas kehendak Allah swt. Sape tak rindu kampung sendiri kan? Macam tulah dengan dajjal. 

Sungguhpun demikian, ada fakta menarik yang harus direnung bersama. Ada sebuah pulau yang telah lama hilang dan tenggelam di dasar lautan. Namun ia tidak hanya dikenang bahkan masih tetap dicari dan dikaji orang sehingga ke hari ini. Ada beberapa penemuan sejarah dan mythology yang menyamai kisah pulau misteri yang dihuni oleh dajjal. Selebihnya seolah direka-reka bagi menampilkan kehebatan pulau itu. Kini, hampir semua penduduk dunia mengenali sebuah pulau misteri yang hilang. Ada banyak pulau yang telah tenggelam tanpa diperhatikan, tidak kisah pun nak jaja satu dunia. Tetapi ada satu pulau ni, yang kalau disebut, semua orang tahu. Alah, tak payah nak teka-teka lah.. awal-awal dah bagi hint kan? Itulah dia pulaunya. Apa lagi kalau bukan Atlantis.

Di penghujung mitos Atlantis, terdapat kepercayaan aneh yang membingungkan. Ia seolah-olah mengajak kita percaya bahawa penghuni pulau itu adalah manusia yang agung. Jika anda membaca sejarah misteri  seperti Mayan dan piramid, individu itu disebut berasal  dari Pulau Atlantis yang digelar The Atlantean. Lebih memeranjatkan lagi, pulau itu kononnya akan timbul semula di penghujung zaman.

Ia seumpama doktrin aneh yang berulang-ulang. The I WILL BE BACK part. Perhatian terhadap Pulau Atlantis adalah keterlaluan dan melampau. Ia dijadikan kajian serius sedangkan kisah Atlantis hanya mitos berdasarkan konsep sahaja. (Andapun baru sekarang tahu ia wujud sebagai tempat tinggal dajjal, sebelum ni mana tahu kan?). Macam mana nak terangkan supaya anda faham? Ok, macam ni, walaupun diorang tahu Atlantis tu mitos, tapi pengkaji barat dan kelompok yang percaya tetap bermati-matian kata benda tu ada. Kenapa? Sebab, ada perkara menarik telah berlaku ribuan tahun lalu.

Kisah Atlantis sebenarnya bermula dari hasil karya Plato yang ditulis pada sekitar tahun 360 SM. Di dalam karya tersebut, 'Timaeus and Critias', Plato menceritakan tentang sebuah tamadun yang hilang. Karya ini adalah sebuah karya yang panjang dan khabarnya ia tidak dapat disudahkan (beliau meninggal dunia sebelum sempat menyiapkannya). 

Di dalam karya tersebut, Plato menggambarkan sebuah tamadun yang sempurna dan hebat. Tamadun ini terletak di sebuah pulau yang indah dan harmoni. Ia ditadbir oleh seorang raja bernama Atlas (dalam mitos Greek, Atlas adalah tuhan yang digambarkan sebagai manusia besar yang sedang memikul dunia di atas bahunya). Pulau itu dipercayai tenggelam di dalam tempoh satu hari akibat gempa yang dahsyat. Ia tenggelam di dalam gelombang ombak yang besar dan langsung mendasar di bawah laut 9,000 tahun sebelum zamannya (zaman Plato).


Kisah ini dijadikan inspirasi penulisan dan kisah filem sehingga begitu dikenali seantero dunia. Pasti ada individu yang mencetuskan ilham supaya kisah ini diperkatakan. Kisah tentang Atlantis pertama kali diterbitkan oleh Ignatius Donelly pada tahun 1882 dalam bukunya yang bertajuk Atlantis : The Antediluvian World. Dari situ, cerita Atlantis terus hidup subur dan masih dikaji sehingga ke hari ini.


Semasa Yunani Kuno, Pulau Atlantis dikenali sebagai Pulau Atlas. Zaman dahulu, kisah ini hanya mitos yang tidak diendahkan malah kadangkala dipersendakan. Anda tahu zaman bila Atlantis menjadi buah mulut masyarakat? Pada permulaan zaman moden saudara dan saudari. Intinya sudah digarap sejak sekian lama,  sejak abad ke 6 SM oleh seorang pendita yang penuh misteri (KLU : pendita/orang alim) yang merupakan ketua biara Maharani Neith. Dia menceritakan kisah Atlantis secara terperinci kepada lelaki bernama Solon (mati pada 560 SM). Sumber daripada Solon lah Plato menulis karya yang menjadi perdebatan pada masa itu. Bagaimana mungkin Plato dapat memperincikan kisah Atlantis tetapi tidak tahu akan nama pendita tersebut menjadi tanda tanya. Kelihatannya pendita itu mengelak daripada dikenali. Musykil.


Kalaupun betul masa tu pendita tu cerita tentang Atlantis, kenapa orang lain tak percaya? Kan dia pendita, takkan dia nak tipu pulak kan? Ketua temple pulak tu. Nampak sangat dia yang memitoskan cerita tentang Atlantis ni. Dia kan suka tengok manusia ni berada di dalam kebingungan but at the same time hairan dan takjub. Dajjal tahu apa yang manusia suka pada zaman ni. Jangan nak kelentong dia la. Hal-hal misteri adalah kesukaan kita. Dia juga sebenarnya nak manusia leka mencari apa yang konon-kononnya tak ada (sebab dia tak spesifik Atlantis tu kat mana, tu yang nampak macam mitos), padahal benda tu ada . Anda dah tahu dah tembelang dia kat sini kan? So, kalau orang lain sibuk nak cari, carilah. Nak jumpa, jumpalah... kita tak heran pun.. (anda faham tak ni? saya cuba elaborate seperinci mungkin ikut kefahaman saya. kalau tak faham, tak taulah nak kata apa lagi). Kalau dah faham, itulah namanya pencerahan. Dari tak tahu, jadi tahu.


Sebelum bersambung, cuci mata dulu dengan gambar yang di ulang-cetak. Hari ni anak sedara nak menikah, esoknya bersanding. So, mungkin akan bizi sehari dua ni. Sementara tu, pegilah dulu melepak kat blog sesape baca artikel diorang.




Hand-drawn Skull Island map for the King Kong film, by Daniel ReeveHand-drawn Skull Island map, reverse side, by Daniel ReeveKing Kong Skull Island map by Daniel Reeve

gambar peta ni akan diterangkan kemudian.






Wassalam.






14 comments:

The Librarian said...

Saya pernah diberitahu seseorang bahawa Dajjal pernah menjadi penguasa atlantis, sama dengan apa yang ibu sampaikan. Keep up your posting. I like.

Anonymous said...

1st time comment kat blog. terima kasih for terangkan kepada kami psl DAJJAL ni

Matahari Dan Bulan said...

Nice post...

Cant waiting for the next article

Cool

FADZ said...

hai ibu..=)thanks 4 everything..=))

cikin x pernah terpikir plak yg pulau atlantis tu tempat tinggal dajjal cuma mmg tahu yg ramai mencri pulau tu dan pernah ada tamadun hebat dahulu..


yes..i'm agree that human like mistik..very2 like mende2 mistik n ghaib nih..he3..

cikin suka baca jek mende2 cam nih tp x lah seterer ibu nak wat kajian n simpulkan..=))

Anonymous said...

oooo can tu eh

Jinggozz said...

Hi ibu... hehe maju selalu yeaa n keep it up

Anonymous said...

TERBAEK IBU..

~BISKUT MERRY~

akuyangbukansesiapa said...

Best plak membaca nya....
Hehhe...ingat lps ni bleh bertandang slalu, sekurang2nya pekena kopi kaw!
Jangan lama2 sgt masak nya ya bu...

Anonymous said...

Pulau Dajjal tidak berpenghuni melainkan dia dan jassasah. sedangkan Atlantis adalah bandar manusia yg bertamadun. mungkin tenggelam kerana penghuninya sudah melampaui batasan.

Ibu Separuh Masak said...

Salam. Maaf lewat menjawab komen-komen anda.


@The Librarian : Terima kasih sudi meluangkan masa membaca.


@Anon 2 November : 1st time? berdebar-debar tak? Datang la lagi main-main kat sini.


@Matahari Dan Bulan : Tengkiu again. So nice to see you here.


@Fathul Farisah a.k.a Cikin : sama-sama juga Cikin. Sawang kat umah dah banyak tu, gi la bersihkan :P


@Anon 4 November : a'ah, nampaknya camtu la. tapi kita manusia sekadar menduga-duga, kepada Allah saja kita pulangkan kebenaran itu.


@Jinggozz : Terima kasih Jinggozz. Lama tak nampak?


@Biskut Merry : Terima kasih juga sudi bertandang selalu. Saya ni kalau nampak awak je teringin nak makan biskut. heee..


@akuyangbukansesiapa : Best eh? Datang le selalu. Pagi petang siang malam pun tak kisah. Sentiasa dialu-alukan. Kopi kaw-kaw ada tapi kena buat sendiri.. :)

@Anon 5 November : Atlantis terpilih berdasarkan ketaksuban orang ramai padanya. Walau dah dikata mitos, tak kira, nak juga cari sampai jumpa. Tiada pulau lain yang lebih dikenali melebihi Atlantis. Seolah-olah pencarian Atlantis ni diperintah oleh seseorang yang tersembunyi. Jika ada masyarakat dan tamadunnya, ia hanya sebuah nilai tambah seperti yang dajjal ingin kita lihat sedangkan hakikatnya tiada. Dia bersembunyi disebalik rahsia. Dia nak kita tahu siapa dia, dari mana dia datang tapi dalam masa yang sama, dajjal tidak mahu kita mengenalinya. Namun jika anda ada fakta dan sumber, boleh la ketengahkan. Kita share-share dan boleh perbetulkan... Samada ianya Atlantis atau pulau lain pun tak jadi masalah. Seperti yang saya katakan di atas tadi, kita tidak lain hanya menduga-duga. Terima kasih Anon sudi baca.

Uncle Dyn said...

apa ni ibu cerita mcm mana ni. mula2 kata dajjal tggl seorg diri kat pulau atlantis pastu ada ular besar yg sgt pnjg. pastu kata pulaua tu ada pentadbir lain la plak. kira dajjal bkn seorg la? dajjal musnahkan pulau tu sbb xnk dtg blk tp rindukan pulau tmpt kelahirannya itu. pastu kata tenggelam kerana kuasa Allah swt. ke sy yg x reti baca?

Ibu Separuh Masak said...

Salam @Uncle Dyn : Sesungguhnya kisah dajjal ni agak panjang untuk diulas. Atas perintah Allah SWT, malaikat Jibril telah membawa si kecil (dajjal) ke sebuah pulau untuk diselamatkan dari bencana yang berlaku di tempat kelahirannya dan diajar hakikat iman. Setelah dewasa, dia menjelajah dunia dan kembali semula ke pulau tersebut berulangkali sehinggalah kelahiran Nabi Muhammad SAW, dia dipasung dan dijaga keperluannya oleh Jassasah. Kabus tebal, ombak ganas, ular dan binatang bisa di pulau itu adalah sebagai amaran untuk menjauhkan manusia dari pulau tersebut kecuali dengan izin Allah SWT. Selepas kewafatan Nabi SAW, pasungan terlerai dan bebaslah dia untuk keluar dan menjelajah dunia sekali lagi. Dengan keluarnya dajjal pada kali terakhir itu, maka pulau itu pun tenggelam mungkin kerana gempa bumi dari letusan gunung berapi. Maksud pentadbir di sini merujuk kepada dajjal itu sendiri. Ok, dah faham dah? Kalau belum, nanti kita buat artikel baru tentang dajjal nak?

Wassalam.

Unknown said...

Tq kepada empunya blog. menarik sbb bila sampai part ni baru x sama mcm kak sri tulis dekat mistifiles :)

Anonymous said...

Nampak gayanya ibu separuh masak ni ada agenda tersembunyi disebalik penulisan dia...seolah2 nak mengambarkan dajal ni manusia yang sentiasa membuat kebaikan dimana sahaja dia muncul sepanjang zaman dan hingga lah keakhir zaman. Sedangkan Rasulullah dah jelaskan kemunchulan dajal akan membawa fitnah kepada manusia. Harap pembaca berhati2 dengan penulisan blog ni...baca boleh tapi jangan terpedaya dengan cerita yang bersumberkan pendita2 yahudi. Blog ni kemungkinan juga adalah dakyah dajal diakhir zaman.....