Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum semua..
I am back... yuhuuu... I am baaaack... Fuuh.. I thought Bandung was crowded. But Jakarta was even more crowded, hectic and chaotic at the same time. Full of pin! pin! ton! ton! honk! honk! It was so lively, unlike Jogjakarta. To go out, you have to pick your time wisely. Or else, maceeeet (jam) everywhere.. But I salute the Bluebird's taxi service, they were using meter all the time. And Indonesian's positive attitude on the road.. begitu bertoleransi antara satu sama lain. Anda nak tahu, di Jakarta I stayed at the Tune Hotel. Murah wooo.. rp900,000 untuk 4 bilik selama 2 malam. Kalau RM dalam 296. Murah sangat kan? Tapi kena booking thru online masa sale, baru la dapat murah. So, 1 bilik untuk 1 malam dalam RM37 aje. Bilik kecil sedikit tak jadi masalah, yang penting dapat tilam 5 star.

Hmmm.. apa lagi... Ok guys, 21.12.12 sudah berlalu. Nampaknya perancangan kebinasaan dunia dari ramalan kalendar kaum Maya tidak lebih hanyalah ramalan semata-mata. Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang ummi pun tidak tahu tarikh sebenar kiamat, inikan pula ramalan kaum penyembah syaitan. Namun tidak dinafikan, ada juga yang percaya dan yakin akan ramalan tersebut sehingga menjejaskan pemikiran dan kehidupan seharian. Betapa Allah SWT benci para peramal dan mereka yang mempercayainya. Na'udzubillahimindzalik, jauhkanlah kami daripada perbuatan syirik seperti itu ya Allah. Amin.
****
Baiklah, kita sambung kepada post saya kali ini yang terhutang lama dah ni..
Awalnya, fikir-fikir.... fikir-fikir lagi.... (berapa banyak nak fikir daa..) macam nak buat artikel Iskandar Zulkarnain. Tapi dalam masa rehat-rehat tu (konon enjoy la sebab artikel dajjal dah siap), saya pegi la ke blog MoM tengok topik DPN Versi 2.0. Semasa artikel ini ditulis, belum ada topik lain lagi, tapi bila saya nak post, dah ada topik baru dah. Masa tu, baca-baca, kepoh-kepoh dan komen sikit. Ntah dari mana, idea yang langsung tak terfikirkan (wallah, lillah), boleh pulak kat situ saya berjanji nak buat artikel ni. Anda nak tahu artikel apa yang saya terjanji tu? MoM punya pasal la saya terjanji buat artikel ni. Nak tahu apa dia?
Taraaa.... inilah dia, artikel tentang salah seorang tokoh besar yang telah pergi. Perginya meninggalkan sumbangan yang bukan sedikit. Tidak semua memandang baik apa yang telah beliau lakukan dan korbankan. Ramai pula yang salah tanggapan kepadanya kerana tidak tahu duduk perkara sebenar. Beliau tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra. Di artikel ini nanti, kita dapat lihat bagaimana TAR menangkis 'fitnah feymes' yang mengaitkan keterlibatannya dalam perjudian lumba kuda semasa keadaan sedang kucar kacir (13 Mei 1969).
Sebelum pergi lebih lanjut, kita baca dulu dedikasi beliau :
"Dengan penuh tawadduk saya tujukan buku ini untuk kenang-kenangan kepada semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan, daripada semua lapisan masyarakat, daripada semua kaum dan usia, yang telah mara ke hadapan untuk membantu kerajaan Malaysia ketika bencana yang sangat menyedihkan, kepada semua mereka yang telah mendapat kemalangan atau kehilangan harta benda, dan terutamanya kepada mereka yang terkorban dengan tidak berdosa bukan dengan kesalahan mereka sendiri. Saya tujukan juga buku ini kepada pasukan keselamatan kerana taat setia dan ketekunan mereka menjalankan kewajipan sepanjang tempoh kekacauan itu, dengan memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk tujuan keamanan".
(Saya tak tahu kenapa, di awal pembacaan patah-patah perkataan ayat dedikasi TAR, walaupun ringkas tapi seolah-olah saya terbawa mengembara ke zaman yang penuh kacau bilau dan konflik. Seolah-olah saya berada di situ untuk melihat dan merasa sendiri kesukaran dan kepayahan beliau. Fitnah datang dari kiri dan kanan. Fitnah datang dari luar dan dari dalam. Saya cuba untuk melihat dari sudut pandang beliau menangani masalah yang bukan calang-calang.
Artikel ini sama sekali tiada motif politik, jadi jangan dibaca dengan sentimen politik di benak kepala dan pemikiran anda. Saya cuba berkongsi dengan anda untuk menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku melalui bait-bait perkataan beliau sendiri. Teruskan pembacaan jika anda berminat dan ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku pada sebelum dan selepas 13 Mei 1969. Tarikh bersejarah yang tidak akan pernah luput dari fikiran orang-orang melayu yang ingin berfikir. Namun, ia juga tarikh keramat yang ingin dilupakan oleh segelintir mereka yang terlibat. Kita teruskan..)
BAB 1 : ILHAM DARI HOSPITAL
Apabila seseorang yang sedang terbaring di hospital kerana menanti waktu untuk sembuh daripada pembedahan, banyak waktu yang terluang untuk berfikir. Dalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam, maka terbayanglah dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan yang telah timbul sehingga jelaslah kepadanya masalah dan keadaan yang dihadapi serta cara bagaimana persoalan itu dapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian sedemikian, datang pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikian juga yang terjadi ke atas diri saya ketika bersendirian di hospital baru-baru ini.
Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisis besar, dengan takdir Allah SWT saya terpaksa di rawat di hospital meskipun pada ketika itu hati saya runsing dan fikiran saya bercelaru dengan peristiwa sedih yang telah berlaku di Malaysia tiga minggu lalu (13 Mei).
Saya dimasukkan ke hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dengan takdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah kerana terlampau berat memikirkan (siang dan malam) hal-hal ketegangan dan krisis yang sedang berlaku. Saya sendiri sedar bahawa mata kanan saya bertambah rosak dan jika tidak diubati dengan serta merta, mungkin penglihatan saya akan hilang.
Maka dengan nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadi saya, Dato' Dr. Pillai, saya bersetuju supaya dijalankan pembedahan ke atas mata yang telah lama saya tangguhkan. Seorang pakar bedah mata yang terkenal bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield Hospital, England telah dipanggil untuk menjalankan pembedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada petang itu juga untuk menjalani pembedahan pada keesokan paginya.
Sejak saya menceburkan diri dalam gelanggang politik, menjadi kelaziman saya untuk berfikir dengan semasak-masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi selepas sembahyang subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya sepanjang hidup saya. Peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku dalam beberapa minggu lepas telah menjadi persoalan yang amat berat yang terpaksa saya pikul. Oleh itu, walaupun saya dimasukkan ke hospital dengan cara terpaksa, namun saya menyambut baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya tentang apa yang telah berlaku dalam negara yang saya kasihi.
Buku ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam. Sebelum dimasukkan ke hospital, saya telah membuat keputusan dan telah mengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan pilihan raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan-kesan daripadanya. Maka, boleh dikatakan bahawa pembedahan ini sebagai satu hikmah daripada Allah SWT, meskipun saya terpaksa menanggung kesakitan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pakar-pakar tersebut dan juga kepada Professor Dato' Danaraj serta kakitangan Hospital Universiti, atas segala layanan yang telah diberikan.
Meskipun saya bukan seorang pengarang, tetapi disebabkan mempunyai masa yang banyak dengan tidak membuat apa-apa ketika terbaring di hospital, maka saya terfikir seelok-eloknya apa yang ada dalam fikiran saya ini dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya teringat kepada kata-kata "dalam sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada orang buta, orang yang mempunyai satu mata akan menjadi raja". Ketika di hospital, hanya sebelah mata saya yang berfungsi, maka inilah peluang untuk saya melahirkan pandangan.
Saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan. Oleh itu, tulisan saya yang merupakan pendapat-pandapat saya dalam buku ini janganlah dinilaikan dari segi kewartawanan dan kesusasteraan. Pada saya, buku ini merupakan satu usaha untuk membuka mata penduduk negara ini menerima hakikat sebenar dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah. Oleh yang demikan, timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masng-masing dengan sebaik-baiknya untuk masa depan negara.
Buku ini tidak ditujukan kepada dunia secara umum, tetapi kepada saudara-saudara saya (rakyat negara ini) yang tahu dan mengenali orang dan tempat-tempat yang disebutkan. Saya suka membentang kepada mereka perkara-perkara dan kejadian-kejadian menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, tentang hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, meskipun ia amat dahsyat. Inilah tujuan saya dan berharap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang telah kita semua alami. Saya berazam bahawa kejadian itu tidak akan berulang buat selama-lamanya.
Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telah menghadapi pelbagai kesulitan yang timbul dari dalam dan luar negeri, namun kita berjaya mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebagai satu bangsa bebas yang hidup serta bekerjasama menurut asas demokrasi yang tulen.
Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab serta sengsara selama 3 tahun semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah 3 tahun berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai percubaan dan penderitaan disebabkan pemberontakan dalam negeri yang dilancarkan dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya - iaitu darurat yang telah berlanjutan selama 12 tahun. Namun, dalam tempoh ini kita telah mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama, kita muncul sebagai satu bangsa yang bebas dan kemenangan kedua yang gilang gemilang ialah mengalahkan komunis.
Selepas penubuhan Malaysia dalam tahun 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancaman pencerobohan, dan kali ini dari luar negara, iaitu pergaduhan dengan Indonesia selama 3 tahun yang diketahui oleh dunia sebagai 'konfrontasi'. Sukacita saya mengatakan bahawa selepas pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia dan Indonesia kini menjadi sahabat yang rapat dan jiran yang akrab.
Sepanjang tempoh tersebut, suara rakyat sentiasa memainkan peranan yang penting. Mereka melahirkan pandangan dan memberikan undi 4 kali dalam pilihan raya : pertama, dalam tahun 1955, iaitu semasa penjajahan British, dan kemudian dari itu 3 kali dalam masa kita menjadi negara yang bebas, iaitu dalam tahun 1959, 1964 dan akhirnya 1969.
Sejak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, saya telah ditanya berulang kali sebagai perdana menteri, bagaimanakah saya telah dapat menyatu-padukan pelbagai kaum dalam negara ini meskipun mereka mempunyai adat istiadat, agama dan cara hidup yang berlainan serta mengawal mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman antara satu sama lain.
Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak atas tabiat dan rasmi penduduk itu sendiri kerana semua kaum yang ada di sini tahu menjaga perasaan antara satu sama lain serta mempunyai sifat berbaik sangka. Setiap individu bebas menjalani kehidupan masing-masing samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan ataupun politik. Sebagai individu mahupun kumpulan, kita mempunyai perasaan sendiri samada suka ataupun tidak terhadap sesuatu perkara, kita bebas menyimpan perasaan itu. Kita harus bersetuju ataupun tidak dengan sesuatu perkara, tetapi kita hendaklah sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan (ini pandangan Tunku untuk kehidupan dengan semangat demokrasi, bukan kehidupan sebagai seorang Islam kerana Islam ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan).
Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang telah dilakukan ialah penggubalan Perlembagaan Negara. Isi dan kandungan Perlembagaan itu telah dibahaskan secara terbuka pada setiap peringkat dan golongan masyarakat negara ini. Mereka telah mengemukakan pandangan dengan bebas, samada secara perseorangan ataupun beramai-ramai, sehingga akhirnya wujud satu persetujuan di atas Perlembagaan itu, termasuklah persoalan yang mempunyai tentangan seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan dan keistimewaan untuk kedudukan orang Melayu. Perlembagaan itu menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikatkan kita semua menjadi satu.
Namun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka ada batasnya. Parti Komunis Malaya telah diharamkan sehingga pada hari ini kerana setelah mengalami pengalaman yang pahit, kita dapati bahawa pada asasnya, tujuan komunis amat bertentangan dengan cara hidup yang kita pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawa yang telah terkorban dan harta benda musnah, serta kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar daripada wang negara, sehingga melumpuhkna ekonomi negara.
Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara. Malangnya, sebagaimana yang akan saya terangkan di dalam buku ini, peristiwa-peristiwa yang berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat komunis masih wujud dalam kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada bagi menentang pengkhianat itu.
Selain itu, Malaysia boleh dikatakan mengamalkan demokrasi liberal dalam semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh ditubuhkan secara bebas dan bergerak dengan terang-terangan. Parti-parti baru pula sentiasa muncul, tetapi secepat itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, terus hidup untuk mempertahankan demokrasi.
Maka dengan semangat persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan rakyat negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya tahun 1955. Semangat ini jugalah yang telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya di peringkat persekutuan dan negeri, sehinggalah berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini.
Sebenarnya, dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia, sehingga saya beberapa kali telah menyebut secara terang-terangan bahawa saa merupakan perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini. Sungguhpun begitu, pada 13 Mei, dengan tidak semena-mena saya dapati bahawa saya seorang perdana menteri yang paling masyhur. Saya tidak merasa syak bahawa dengan rahmat Allah SWT, maka dalam masa yang singkat saya akan dapat sekali lagi merasakan diri saya sebagai seorang perdana menteri yang bahagia.
Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan pada umumnya rakyat Malaysia telah hidup dengan terlampau bebas dan bersenang-lenang, dengan tidak mengambil berat hal-hal yang berlaku. Kita telah hidup dalam suasana kesenangan dan tidak ada sebab mengapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh berlanjutan buat selama-lamanya.
Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk rusuhan kaum di bandar Kuala Lumpur yag aman ini, iaitu satu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam negara ni.
Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengaah kekacauan dan rusuhan yang ngeri dan dahsyat itu, terutama mereka yang ada di panggung wayang, kelab, kedai makan dan tempat hiburan yang lain. Orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak daripada semua kaum terpaksa mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri.
Banyak yang telah terbunuh dan beratus-ratus pula yang telah tercedera. Rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan dan kenderaan dirosakkan. Seluruh ibukota yang biasanya sibuk dan aman telah berada dalam kecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang berleluasa seperti itu tidak pernah berlaku pada masa dahulu dalam negara ini, di mana penduduk dari pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan ketenteraman sejak zaman berzaman.
Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati dan sanubari seluruh penduduk negara ini, sehingga kita masih berasa gementar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat itu. Dari segi kedudukan geografi, Malaysia tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, tetapi pada 13 Mei 1969, nyatalah merupakan satu letupan gempa masyrakat dan politik yang amat mengerikan.
BAB 2 : BAYANGAN MASA LAMPAU
Ada orang menyatakan bahawa peristiwa boleh dijadikan sandaran bagi peristiwa yang akan datang. Namun hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968 iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.
Namun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, saya berminat menerangkan beberapa perkara. Pertama sekali, pilihan raya pada 1969 dan huru hara yang berlaku pada 13 Mei itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Semua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan degan sempurna dalam suasana muhibbah dan saling mengerti. Begitu juga hari mengundi ketika pilihan raya 1969 ini yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia Barat. Semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana pilihan raya yang lepas dengan tiada rintangan. Namun begitu, dalam suasana kempen pilihan raya, perbuatan-perbuatan liar telah berlaku dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah diucapkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji apakah yang telah berlaku sebelum pilihan raya dan semasa pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusuhan ini meletus secara tib-tiba.
Perkara kedua yang ingin saya tegaskan ialah, pengaruh fahaman komunis. Tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh berdiri sendiri, mengasingkan diri daripada pengaruh, ideologi dan fahaman luar. Malaysia dan negara-negara Asia pada hari ini sedang menghadapi ancaman daripada cina komunis. Dengan adanya kemudahan alat perhubungan seperti yang terdapat pada zaman kita ini, maka adalah mustahil kita terselamat daripada pengaruh ajaran komunis yang dipancarkan dari Peking itu. Kemudian, ia dipetik dan disebarkan di negara ini secara melulu oleh pihak tertentu.
Terdapat sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan saya terlampau takut kepada komunis seolah-olah ada komunis dalam setiap semak. Namun, menjadi kewajipan saya sebagai perdana menteri, untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dari dalam dan luar kerana saya selalu mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernah memperkecilkan pengaruh yang ditanamkan oleh komunis, Kita mesti sentiasa berwaspada untuk mengamati pada sebarang waktu, kesan dan pengaruh fahaman komunis yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan pemikiran orang kita, terutama sekali golongan belia.
Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 merupakan satu contoh yang menggambarkan sejauh mana penyokong komunis samada yang bergerak secara terang-terangan ataupun sulit sanggup melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan Malaysia.
Pergaduhan kaum telah timbul di sana sewaktu anggota Cina dalam gerakan belia Mao Tze Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai matawang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Beberapa pertempuran telah berlaku. Orang Melayu dan penyokong yang setia kepada kerajaan menjadi sasaran serangan mereka itu. Beberapa orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah berjaya mengembalikan ketenteraman secara serta merta dengan mengenakan perintah berkurung dan menangkap orang yang disyaki.
Tujuan komunis itu adalah untuk melancarkan hartal di seluruh negara tetapi mereka gagal kerana penduduk di tempat-tempat lain tidak mengendahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.
Dalam bulan Jun 1968, hukuman gantung hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu pihak Soekarno menyerang selatan Malaysia. Perintah hukuman gantung yang sama juga telah ditandatangani ke atas 2 orang Melayu di Perak.
Dr. Tan Chee Khoon yang pada ketika itu menjadi anggota parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menangguh hukuman gantung itu. Bersama-sama dengan ahli Parti Buruh dan penyokong komunis, beliau telah melancarkan satu kempen besar-besaran dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu untuk memungut tandatangan dengan tujuan bagi menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu. Pihak akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini. Anasir-anasir yang pro komunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Namun, rayuan mereka telah ditolak oleh DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Perak.
Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung telah hampir. Di luar pintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu, tunjuk perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang tertentu termasuk belia-belia komunis. Mereka membaling batu ke kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.
Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang mungkin membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya sendiri telah menyembahkan rayuan kepada DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Perak bagi pihak orang yang dihukum gantung itu. Baginda bersetuju meringankan beban hukuman itu kepada penjara seumur hidup. Samada tindakan itu betul atau salah, tujuan saya adalah untuk menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan 11 orang komunis di Johor dan 2 orang penderhaka Melayu di Perak daripada dihukum gantung.
Akhirnya tunjuk perasaan itu dihentikan dan keamanan telah dipulihkan. Namun begitu, masih terdapat rasa gelisah seperti api dalam sekam. Dan keraajaan sedar mungkin perkara ini tidak setakat itu sahaja. Maka kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kekacauan dengan cara melipat gandakan pengawasan sebagai langkah berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan bijak.
Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian itu sebagaimana yang terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam hal yang melibatkan 11 orang Cina itu sahaja. Tetapi langsung tidak timbul suara bagi pihak 2 orang Melayu. Hasil daripada pengajaran ini, orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai satu keadaan yang boleh menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang, maka kemungkinan untuk melakukan kekacauan dengan mengapikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akan lebih menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma perlu meniup api itu untuk menyemarakkan satu kebakaran yang dahsyat.
Sebenarnya anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan tidak berlengah-lengah lagi daripada menunjukkan jalan untuk bertindak pada masa hadapan bertentangan dengan kepentingan negara. Selepas 6 minggu komunis dan pengkhianat itu diringankan hukumannya pada 13 Oktober, Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan memulaukan pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1969.
Saya tidak mengerti kenapa ahli politik boleh terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan raya itu. Hal ini kerana percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan Singapura pada masa yang lepas sentiasa menemui kegagalan.
Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru teknik barisan Sosialis Singapura yang enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya dan dengan kedegilannya, berpegang pada polisi ini. Parti itu akhirnya lesap. Mereka menarik keluar ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura tetapi mereka tidak melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana kebanyakan pemimpin kerajaan Singapura adalah orang Cina. Oleh itu Barisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untuk mengekalkan negara itu sebagai tapak untuk kemasukan anasir subversif komunis.
Parti Buruh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali juga mereka hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-pemimpin mereka tidak dapat meramalkan perkembangan seterusnya dan menjangkakan sikap sedemikian akan membawa bencana seperti diharapkan. Memang menjadi taktik komunis menyalakan api kepada seberapa banyak cerek yang boleh dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup dengan sendirinya.
Sebelum kejadian itu iaitu pada 1968, keadaan aman dalam gelanggang politik dengan parti-parti pembangkang. Satu perkembangan terbaru berlaku iaitu perisytiharan penubuhan sebuah badan politik baru pada bulan April, iaitu Parti Pergerakan. Parti ini terdiri daripada mereka yang menggelarkan diri bijak pandai dan golongan terpelajar yang pendiriannya bercanggah dan menentang dasar-dasar kerajaan Perikatan.
Pada masa itu, tiada lagi pengisytiharan pilihan raya. Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu pilihan raya mengejut pada bila-bila masa dalam tahun terakhir tempoh perkhidmatannya. Namun demikian, sebaliknya berlaku, saya telah mengisytiharkan kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama 5 tahun.
Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat kerana mereka yakin saya akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut Perlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan 5 tahun lepas. Ini bermaksud pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang bulan April 1969.
Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis iaitu satu langkah yang belum pernah berlaku dalam negara kita yang demokratik sejak merdeka. Mereka mengisytiharkan akan menarik keluar serta merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam Parlimen, mereka mempunyai 2 orang ahli iaitu Dr. Tan Chee Khoon dan En. Lim Kean Siew.
Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam kabut dan perpecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Jelaslah kepada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini tidak disokong dengan sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. En. Lim mengambil masa berminggu-minggu untuk membuat keputusan ini. Akan tetapi, Dr. Tan pula yang enggan menarik diri dari Parlimen, kemudian telah meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh hanya semata-mata untuk menyertai Parti Gerakan yang baru.
Mungkin juga hal ini merupakan satu muslihat dan tipu helahnya atau partinya untuk menutup kekalahan golongan sosialis dalam pilihan raya yang lepas. Dalam parti baru, Dr. Tan yang menjadi setiausaha agung telah mendapat sokongan kuat daripada ahli Parti Buruh yang telah lumpuh itu dan juga secara rahsia menagih simpati komunis.
Dengan itu, tamatlah perkembangan politik pada tahun 1968, iaitu dengan bermulanya bulan puasa pada pertengahan bulan November dan perayaan Hari Raya dan perayaan Hari Krismas selama 3 hari berturut-turut. Kehidupan masyarakat di Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh semangat persahabatan. Begitu juga kepercayaan dan perasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi dalam tahun baru itu dan pada masa hadapan.
Next - BAB 3 : PILIHAN RAYA UMUM
p/s : Macamana? Ok tak? Ke nak tukar artikel lain? Sementara anda fikir-fikirkan, saya nak bereskan barang-barang yang masih belum berkemas lagi tu.
Wassalam.

13 comments:
next....
Salam IBu Separuh Masak, teruskan saya nak tahu apa cerita selanjutnya.
n9442
membaca tulisan tar seolah-olah sy dpt selami kehidupannya yang sangat cintakan negara.
tulisannya juga menunjukkan beliau seorang yang jujur dan telus..
walahualam
Terima kasih untuk artikel ini....
TAR sangat dihormati oleh arwah datuk saya... cerita ibu saya datuk bersahabat dengan beliau.
Saya masih ingat ketika hari pengebumian beliau, saya baru darjah 2/3, oleh kerana rumah saya sangat dekat dengan Makam Diraja Langgar, saya dapat saksikan hari bersejarah tersebut. Sungguh sedih waaupon saya masih kecil ketika itu.
Salam Ibu...
Alamak, kali ni terlepas pulak yg 1st, jd yg ke 5 lak. Hehee... Perancangan utk blog tu ada, tp masih terbengkalai ats sebab teknikal dn maklumat2 sensitif. Kena buat rujukan dulu. Mana2 yg boleh di ' blog' kan, akan di susun utk tatapan. Yang pasti, teruskan lah cerita TAR ni...nak gak tahu apa yg bermain di minda allahyarham dulu...
Thanks.
Hi ibu...lama x dgr kabar sihat. sambung jer artikel ni..sonok gak membaca.. teruskan.. n thanks
teruskan..sejarah negara ni..
teruskan je mom half cook kikiki..
Ramai yang menyangka TAR yang menyerahkan SIngapura pada org Cina,
Persoalan pertama sejak bila Singapura jadi sebahagian dari Malaysia? kec zaman kesultanan Melayu dulu dan diambil British sebagai negeri Selat.
Singapura yang mahu memasuki Malaysia dan TAR telah menerima nasihat supaya cadangan Lee Kuan Yew untuk join Malaysia ditolak mentah-mentah.
TAR bagaimanapun tidak menerima nasihat itu sebaliknya menerima Singapura sebagai sebahagian dari Malaysia dengan beberapa syarat diletakkan kepada Lee.
Apabila Lee melanggar syarat itu dan sudah ada tanda-tanda undi Cina akan menguasai Malaysia, TAR berubah fikiran dan menghalau SIngapura dari Malaysia sehingga menyebabkan Lee menangis teresak-esak.
Shahpaskal,
lain benar bunyi ceritanya,apa yg org ramai faham singpura sebahagian dr tanah melayu, johor terutamanya. Dulu masa sy ambil kursus hubungan etnik, pensyarah yg ajar ada bagitahu yg singapura dikeluarkan dari mlaysia sbb masa tu dah sampai turn lee nk jadi pm..betul atau tidak tak dapat dipastikan.
apakah syarat2 yg lee dah langgar tu shah? leh explain skit.. kalau ada sumber atau link lg baik.
n9442
saya follower terbaru hehehehe....Love u ('',)
Assalamualaikum wbt,
@budin : coming right up, sir!
@n9442 : okey tuan, saya dah sambung sampai bab 4. pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas... ceh! macam budak-budak darjah satu buat surat cinta..
@SAYANGKU RAIHANA : ana berfikiran macam saya..
@tcer_mai : sama-sama ticer.
@wan abdullah : tuan, tak kira nombor berapa, semua istimewa di hati saya.. chewah!
@mohd firdous : saya janji, lepas artikel ni habis, kalau diizinkan Allah SWT, saya buat artikel Iskandar Zulkarnain.
@Fairul Fazil : ok, dah keluar dah ni.. bacalah ya..
@fendy : iye saya dah teruskan, jangan ketinggalan baca ya..
@tn hj shahpaskal : bertambah maklumat dalam otak saya ni. terima kasih tuan sudi berkongsi.
@n9442 : dah sampai turn Lee nak jadi PM? betulkah maklumat ni? tapi ada kemungkinan juga dia dapat mengalahkan parti Perikatan sebab sokongan padu daripada orang cina. namun demikian, dari pengetahuan saya yang cetek ni, ideologi yang dibawa LKY berpotensi besar memecah-belahkan kaum dan boleh mencetus rusuhan yang lebih besar daripada 13 Mei. salah satu sebab TAR bagi dia OUT awal-awal.
yang tn hj shah share tu pun betul juga. singapura diberikan kepada stamford raffles atas sebab-sebab tertentu oleh kerabat johor yang terhutang budi. pastu singapura masuk balik join malaysia. pastu kena keluar lagi. sekarang LKY dikatakan bergerak aktif di belakang pentadbiran pulau pinang cuba nak masuk jarum memerintah malaysia by proksi.. dengarnya impian terbesarnya adalah memerintah malaysia walaupun sehari.. tak tahulah jika ia sekadar khabar angin. kalau saya silap, harap maafkan.
@LionHeart : ok, terima kasih, love you too.. tapi atas nama apa? takdepun nama lionheart kat senarai follower tu.
Wassalam.
Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757
Post a Comment