Tuesday 30 October 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya SIRI 6



Assalamualaikum wbt..

Tanpa membuang masa kita teruskan sambungan  artikel seterusnya. Ada yang dah tak sabar tu, nanti ada jadi hulk pula. Baik, saya buat cepat-cepat... untuk memahami persoalan ini, anda disarankan membaca dahulu artikel ini dari siri pertama.

Bismillah...

Sebahagian senarai tamadun purba sudah diberi. Ada yang memberi idea supaya setiap binaan, ukiran mahupun teknologi yang tersenarai dibincang dan dikupas secara berasingan supaya tidak mengelirukan.  Bagaimana mahu dikupas secara berasingan jika yang empunya teknologi itu adalah bersumber daripada indvidu yang sama? Haaaa? Biar betul... Saya menulis bukan untuk membincangkan perihal tamadun dan teknologi itu tetapi lebih kepada siapa pengasas akan tamadun itu.

Di sinilah tabir mula terbuka. Ia satu hakikat yang tidak perlu diterima jika jalur fikir anda berlainan daripada apa yang ingin disampaikan. But, just humour me, teruskan membaca hingga ke akhirnya. Walaupun akal mahu menidakkan, namun mahu tidak mahu, tapak peninggalan, monumen arkeologi dan artifak-artifak kekal hingga ke hari ini. Kesan dan bukti peninggalan tamadun purba ini wujud hampir di setiap benua dan berusia lebih ribuan tahun lamanya. Sungguh misteri...

Tema misteri mempunyai kuasa magik yang berupaya menarik lebih ramai orang yang lemah asas ilmu  Islamnya. Pada awalnya, mereka sekadar mahu mengenali dan mengetahui namun akhirnya secara tidak langsung menganuti fahaman aneh ini, fahaman misteri ini. Ya saudara, inilah yang dinamakan fahaman kekaguman. Oleh kerana itu jawapan perlu segera dicari. Usaha perlu dilakukan dengan memberi tanggapan yang jelas bahawa fahaman ini adalah batil dan menyesatkan. Ia harus diperangi dan wajib dinoktahkan.

Jangan rasa takjub akan pembinaannya.
Jangan rasa hairan akan teknologinya.
Jangan rasa ajaib akan keanehannya.
Jangan rasa kagum akan tamadunnya.
Jangan rasa waaaaah akan monumennya.
Buang semuanya... buang jauh-jauh...

Buang semua rasa itu kerana pengasas kepada tamadun purba itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah si dajjal laknatullah. Dajjal telah menabur jalinan fitnahnya sejak dia menjadi kufur. Sejak dia menolak untuk menyembah Allah yang esa. Sejak dia bercita-cita ingin menjadi tuan kepada dunia. Dia pernah menjelajah setiap inci bumi, bergaul dengan manusia setempat, mengajar ilmu, membina monumen aneh dan menaburkan doktrin bahawa dia adalah tuhan manusia yang akan kembali di hujung dunia.

Entah kenapa jejak dajjal ini tidak dapat dikesan. 
Entah kenapa kepalsuan ini tidak dapat difahami.
Entah kenapa semuanya harus merujuk kepada makhluk angkasa yang wujud hanya pada idea.
Entah kenapa masih ada yang percaya ia berasal dari tamadun yang hilang, the Atlantean..

Padahal yang sebenarnya, ia adalah kerja dajjal yang menutup segala jejak penipuannya serta membina benteng-benteng rahsia yang sukar dikenali di dalam bentuk simbol-simbol dan kod-kod aneh yang membingungkan. Dia, iaitu dajjal yang dimaksudkan, menutup kisah hidupnya dari pengetahuan orang sezaman dengannya dan zaman akan datang. Sekarang anda tahu kepada siapa rasa kekaguman anda dtujukan? Dia yang penuh misteri, dia yang umpama bayang-bayang dan fatamorgana. Dia itu adalah Al-Masihud Dajjal. MasyaAllah... (aku berlindung dengan nama Allah dari fitnah dajjal).

Anda semua, kisah yang sebenar baru sahaja bermula. Siri-siri sebelumnya hanyalah intro. Sebelum pergi lebih jauh, harus dimaklumi bahawa kisah dajjal merupakan sebuah pengembaraan yang panjang dan mencabar. Ia benar-benar menuntut satu kesungguhan untuk memahaminya dan kesediaan untuk melihat segala kemungkinan yang ada. Walaupun ia menjangkau batas alam logik dan menuntut pandangan yang lebih kreatif  dan kritis. Ia di balik mainan fikiran kita. Jika minda anda bersedia diperlakukan sedemikian rupa, maka penjelajahan ini akan lebih mudah dan kita akan bertemu pada satu noktah. Pencerahan... 

Namun semua fakta yang akan dibentangkan adalah satu ketentuan Allah jua, pemilik segala ilmu, Al-'Alim.

Selama ini, apa yang kita faham adalah dajjal hanya akan memulakan ekspedisinya setelah bebas dari rantai pasungannya. Sehingga hari ini juga kita masih merasakan dajjal masih lagi terkurung di dalam sebuah gua di pulau misteri itu. Kesimpulan ini di ambil daripada kebanyakan pendapat setelah dilihat daripada hadis pertemuan nabi Muhammad saw dengan Tamim Ad-Dari yang membincangkan pertemuan beliau dengan Jassasah dan dajjal. Rasanya hadis ini ada dalam pengetahuan anda semua yang meminati kisah dajjal. Namun adakah benar begitu? Bagaimana dengan peringatan nabi-nabi terdahulu kepada kaum-kaumnya?

Dalam membongkar jejak pengembaraan dajjal, ada satu perkara yang perlu kita faham. Dia tidak menjadi dajjal secara otomatik atau dengan Allah swt berkalimah kun fayakun sahaja. Dia adalah manusia biasa yang lahir, membesar dan menempuh jalan kehidupan seperti manusia biasa (cuma lebih istimewa). Di sini kita perlu memperbetulkan akan pemikiran kita tentang dajjal. Kisahnya tidak seringkas seperti yang disangka. Hadis Tamim Ad-Dari hanyalah anekdot dari kisah perjalanan kehidupan dajjal yang panjang.

Allah tidak menciptakan dajjal sebagai gergasi bermata satu dan kemudian dihantar ke sebuah pulau untuk terus dihukum dan dipasung sehingga waktu yang sesuai untuk dia keluar. Tapi hanya inilah apa yang saya tahu semenjak kecil (mungkin persepsi anda tentang dajjal berbeza pula). Orang-orang tua berpesan, jangan disebut-sebut nama dajjal, nanti rantai yang memasungnya akan putus satu persatu mengikut kekerapan namanya disebut. Dia akan dapat keluar lebih cepat. Jadi selama ini, saya membesar dengan gambaran yang salah. Rupa-rupanya dajjal akan lebih cepat keluar bila namanya tidak lagi menjadi sebutan. Bila sudah tiada orang berpesan-pesan akan bahaya fitnah dajjal. Jadi, saya mengambil kesempatan di sini, untuk berpesan-pesan kepada anda semua, kenalilah dajjal supaya anda tahu bagaimana untuk menghindari fitnah terbesar dunia yang sedang ganas melanda umat Islam pada hari ini.

Percayalah, fitnah ini pada awalnya indah pada pandangan mata, menjadi penyedap halwa telinga. Dibantu dengan penggunaan teknologi canggih yang sentiasa sesuai dengan peredaran masa. Namun akhirnya saudara, dihujung perjalanan kita, terdapat pusaran ganas yang menarik manusia ke dalam jurang kesesatan. Allah swt sebagai Tuhan satu-satunya yang wajib disembah semakin diremehkan. Na'udzubillah ya Allah. Kita bagai telah dituntun sejak zaman berzaman untuk menerima tuhan palsu secara halus melalui misteri sains dan teknologi. Inilah antara fitnah akhir zaman ciptaan dajjal yang tersembunyi di dalam cogankata demokrasi, liberalisasi, toleransi, hak kemanusiaan, kebebasan (agama dan duniawi), persamaan dan persaudaraan.

Apakah anda tidak dapat mengesan jalur dan benang halus ini? Semuanya berasal dari satu dan saling berkait, berkembang dan mendasari kehidupan secara perlahan. Sementara di dalam dunia Islam, fahaman-fahaman baru disuburkan. Ia tumbuh dalam pelbagai cabang ilmu. Berakar dan bercambah  di dalam teologi ilmu baru. Tanpa sedar, ia telah melangkaui asas ilmu Islam itu sendiri yang sepatutnya bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Seperti yang kita lihat pada hari ini, fahaman ini berlaku dalam kelompok tertentu yang agak besar juga jumlahnya di Malaysia. Aduhai amat malang sekali, kebanyakan dalangnya adalah orang Islam itu sendiri. Ia wujud dalam pelbagai segmen dan telah menjadi satu kepercayaan yang diterima oleh khalayak dan dipertahankan. Tanpa memahami segala kesan dan akibat, fahaman ini diberi ruang dan tempat atas nama liberalisasi dan kebebasan bersuara. Sungguh ia satu penipuan yang dahsyat. Sedangkan di kalangan kita pula, ada yang begitu hebat dan lantang bersuara memperjuangkannya. Anda di pihak mana?

Tugas memahami ilmu misteri dan memeranginya adalah satu jihad kita yang baru. Jangan pandang sepi akan hakikat ini. Jangan baca pesanan ini bagai angin yang bersepoi di telinga. Sedarlah semua, kukuhkan jatidiri  anda sebagai muslim sejati, bangkitkan alter terahsia melayu yang anda begitu banggakan untuk mendepani fitnah ini. Keluarlah menjadi individu yang berjaya dan tidak terkalahkan oleh nafsu. Nafsu dunia hanya sementara saudara. Kita tidak akan pernah puas dengannya. Fahaman sesat ini semakin berkembang kerana adanya roh nafsu yang menjadi santapannya setiap masa.

Ketahuilah wahai umat muslimin dan muslimat sekaliannya, umat Islam sedang diserang dari pelbagai penjuru. Kuatkan iman, tetapkan aqidah kita kerana mereka yang lemah iman dan aqidahnya akan tewas, pasrah dan jatuh tersungkur. Pembawa fahaman ini tidak akan menukar agama malah sekali-kali mereka tidak akan mengakuinya kerana fahaman ini bukan proses untuk menukar agama, tetapi adalah proses penukaran 'intipati agama'. Mereka katakan semua agama mengajarkan umatnya perkara yang baik, berasal dari satu tuhan. It's good right? So, why not.

Saudara, ia sebenanya adalah proses asimilasi ajaran Islam secara halus dan perlahan yang digarap sejak ribuan tahun silam. Bagaimana cara ia dimasukkan dan bila waktu yang sesuai. Hmmm, nampaknya di abad inilah waktu yang sesuai untuk diketengahkan secara terang-terangan di kalangan kita. Hakikat sudah terang di hadapan mata, apa lagi hendak dikata? Anda sendiri yang mampu mengubahnya. Ingatlah, penipuan dan fitnah dajjal akan meresap hingga sampai di kalangan cerdik pandai, ahli fikir malah ahli agama itu sendiri. (pandai-pandai lah kamu selepas ini, mahu mencari jalan terang atau nafsu yang anda dahulukan.... anda pun muda lagi, lambat lagi nak mati (ini yang selalu dibisikkan syaitanlah, bukan saya.. heheh)).



Kembali kepada kisah dajjal. Anda harus fahami lagi satu perkara, penting ni. Allah swt tidak mencipta makhluk berakal untuk terus dihukum melainkan setelah didatangkan petunjuk dan hidayah terlebih dahulu. Oleh kerana dajjal itu adalah makhluk berakal seperti manusia, maka adalah mustahil dia dijadikan semata-mata untuk kemusnahan dan dihukum. Sedangkan iblis, syaitan dan jin fasik sekalipun diberi pilihan untuk memilih hidayah atau sebaliknya. Dah faham? (saya beritahu ni untuk anda yang tidak tahu, kepada anda yang dah tahu, good for you).

Dajjal adalah pemuda aneh semenjak dari kelahirannya lagi. Untuk menerangkannya, saya ambil sedikit petikan daripada buku Muhammad Isa Dawud untuk tatapan anda semua.

1.  Saya (Muhammad Isa Dawud ), telah mengisyaratkan di dalam buku "Ihdzaru Al-Masikh Ad-Dajjal" bahawa dajjal telah lahir di Samirah (sebuah negeri di Kepulauan Mediteranean) yang penduduknya lazim melakukan perbuatan lucah dan maksiat (liwat - seumpama Kota Pompei yang hancur). Sebuah negeri yang mengagungkan lembu betina sebgai dewa dan tuhan. Negeri Samirah adalah negeri yang penduduknya berkembang dari jalur cucu nabi Nuh a.s yang bernama Sam (dari sini dapat diketahui bahawa masa kelahiran dajjal adalah beberapa tahun selepas kemusnahan bencana banjir besar. Menurut pendapat Imam Al-Barzanji yang menghimpunkan hadis dan pendapat sahabat dan tabi'ien mengenai dajjal mengatakan bahawa ia hidup dari zaman nabi Sulaiman a.s lagi).

2.  Pada malam kelahirannya, bapa dajjal telah membawa ibunya yang sedang sarat mengandung bersama seekor lembu betina untuk dikorbankan sebagai tanda restu dewa - syaitan. (Ibu bapa dajjal seperti yang disabdakan oleh rasulullah saw : ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya digelar fardhakiyyah iaitu banyak daging dan gemuk badannya. Kedua tangannya panjang dan kedua buah dadanya besar).

3.  Apabila kedua ibu-bapanya menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan, maka syaitan telah mempermainkan kehidupan mereka sehingga anak itu lahir dan proses pembesarannya banyak dipengaruhi oleh sihir-sihir syaitan. Hasil kelahiran dengan jalan kekotoran (hubungan pada masa haid), maka dajjal lahir dengan tidak sempurna. Dia hanya tidur sepanjang masa baik di siang mahupun di malam hari.

4.  Syaitan dengan kuasa sihir telah menculik anak itu dari pangkuan ibunya dan diletakkan di rumah biara (temple) di hadapan patung lembu betina. Ketika dia ditemui tidur di bawah dagu patung itu, maka hampir semua penduduk kota Samirah heboh mengatakan dia anak istimewa dan lahir dengan penuh keajaiban. Antara kata-kata yang tersebar dan dicatat dengan terang di dalam manuskrip lama adalah :

"Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Tanda isyarat negeri bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Sam bin Nuh a.s adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, ia tidak banyak bergerak sehingga didatangi seorang malaikat yang mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam".

(Amat menarik untuk direnungkan ketika Muhammad Isa Dawud mengutarakan pandangan bahawa nama Samiri dikaitkan dengan gelaran 'SAM' yang kerap diguna-pakai dalam istilah ikon Amerika sebagai Negara 'Uncle Sam'. Lihat pula beberapa insiden yang amat signifikan sifatnya seperti contoh d bawah :

a) Good samaritan - di dalam kitab perjanjian baru.
b) Nama Sam yang kerap kali diguna-pakai di dalam karya filem besar seperti Lord of The Ring. Sam sebagai teman setia Frodo. Dalam banyak-banyak nama, mengapa nama Sam dipilih.
c) Nama Sam di dalam filem Transformer. Watak hero yang mahu menyelamatkan dunia dari kemusnahan.
d) Nama Sam di dalam filem The Legend. Watak anjing kesayangan hero lakonan Will Smith.

Adakah pemilihan nama Sam ini satu kebetulan atau ada maksud tersembunyi. Adakah nama ini cuba dirujuk kepada nama Samiri itu? Wallahu a'lam. Sekadar untuk direnung-renungkan).

5. Seperti mana kota Sadum dan 'Amurah, kota Samirah juga ditimpakan oleh Allah dengan bencana kerana busuknya kehidupan penduduknya ketika itu (maksiat dan liwat yang berleluasa) ketika penduduknya sedang nyenyak tidur (di awal pagi). Kota Samirah itu dibenamkan ke dalam bumi. Yang terselamat hanyalah budak kecil yang berada di dalam biara. Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah untuk menyelamatkannya dan membawanya pergi ke sebuah pulau di Laut Yaman (pulau yang ditemui oleh Tamim Ad-Dari).

6.  Pulau itu dinamakan 'Pulau Ular Yang Mengerikan dan Haiwan Berbulu Tebal'. Menurut dongeng, pulau itu dihuni oleh binatang buas dan berbisa. Terdapat seekor ular yang berbisa dan setiap orang yang datang dan singgah pasti akan disengat oleh ular yang panjangnya beratus meter itu.

(Tidak dapat dibayangkan betapa besar ular yang dimaksudkan. Namun anda perasan tak akan lagenda dan mitos naga sakti yang mendalami laut dalam? Mitos naga menjadi simbol misteri dan mitos agung sehingga ke hari ni. Adakah ia hanya mitos? Perasan juga tak bangsa mana yang bangga akan kemungkinan wujudnya naga-naga ini? Di mana ukiran-ukiran naga selalu kelihatan? Merata-rata ada di Malaysia dan seluruh dunia anda tak perasan? Ish ish sh... Lain kali, jalan tengok-tengok, mesti nampak punya...)

7. Pulau ini sebenarnya kecil bagai kumpulan batu-batu yang membentuk satu petak bumi yang dipenuhi pelbagai mata air tawar dan segar. Pulau tu dipenuhi dengan tumbuhan berbunga dan pohon-pohon epal kuning yang rendang. Ia amat indah dan tersusun rapi. Pulau itu terletak di Lautan Hindi berdekatan negeri Yaman. Pulau budak ajaib ini jauh terpisah dari gugusan pulau lain.

(Apa yang mengejutkan adalah gambaran pulau ni pernah dipaparkan  di dalam filem King Kong. Perhatikan ketika babak perahu mahu memasuki Pulau King Kong yang menyeramkan. Filem ini diarahkan oleh pengarah yang sama yang mengarah filem Lord of The Ring. Ia seolah-olah gambaran pulau seram yang dihuni makhluk berbulu yang dimaksudkan oleh Muhammad Isa Dawud. Atau adakah mungkin bahawa Jassasah makhluk berbulu lebat yang pandai berkata-kata itu cuba digambarkan sebagai King Kong. Jassasah ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga dajjal. Allah memelihara pulau itu dari pandangan mata manusia kecuali yang tersesat dengan izinNya).

8. Ketika anak in berusia 8 tahun, dia mula berjalan mengelilingi pulau itu untuk mengetahui dengan lebih dekat. Dengan berani, dia menjelajah setiap inci pulau walaupun ada binatang buas termasuk ular. Anehnya semua binatang itu tidak menyentuhnya . Dia merasa bahawa dirinya adalah penguasa pulau itu . Pada suatu hari, di dalam perjalanannya, seekor binatang berbulu sangat tebal menghampirinya dan berkata :

"Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan Allah dari bencana yang dahsyat yang terjadi di negerimu Samirah. Engkau dibawa oleh malaikat ke sini. Oleh itu, janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah..."


Kemudian, binatang itu membawanya ke sebuah binaan longgokan batu (otak saya terfikir, adakah ia sebuah piramid?). Di sana tertulis bahasa arab yang jelas. Binatang itu memberi isyarat agar budak kecil itu mengikut apa yang dituturkannya :


"Pertama : Tidak ada Tuhan melainkan Allah.

Kedua : Allah Maha Esa. Tidak ada sekutu bagiNya.


Ketiga : Engkau diurus oleh Jibril. Kerana itu, janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.


Keempat : Hanya engkau saja di pulau ini.


Kelima : Makan dan minumlah dari nikmat rezeki Allah sesuai dengan kehendakmu. Sembahlah Allah di dalam pelbagai keadaan dengan tasbih-tasbih keEsaan kepadaNya. Allah Raja, Allah yang Maha Esa, Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allahlah Tuhan yang Maha Besar. Allah yang Maha Agung. Dan Allah yang Maha Raja.


Keenam : Jadilah engkau anak masa kini wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.

Ketujuh : Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Rasulullah saw yang terakhir. Rasulullah Muhammad saw yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau mengimaninya, maka engkau adalah manusia masa hadapan yang beriman. Tetapi jika engkau mengingkarinya, maka engkau adalah manusia masa hadapan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah".



Baiklah, petikan ditamatkan di sini walaupun kisah dajjal ini masih panjang. Nak baca lebih lanjut, cari aje buku Muhammad Isa Dawud ni. Sebuah karya yang menarik untuk dibaca. Kalau saya rajin, boleh juga saya kongsi di sini. Kalau rajin la, so jangan berharap. Beliau menulis buku itu berdasarkan penemuan manuskrip lama (sekitar 700 tahun). Beliau menulis:

Manuskrip-manuskrip ini tertulis dengan huruf Aram lama - Aramaic. Ia tulisan hebrew yang berumur sekitar 4 abad sebelum diutuskan nabi Musa a.s. Yang menulis manuskrip ini pada daun semacam kurma atau seperti lembaran papirus yang dibuat sebagai kertas adalah bernama Azad bin Harim bin Shafur. Dia memperolehi maklumat ini dari Ibrahim a.s . Kemudian Azad mewariskannya kepada anak cucunya sehingga kenabian Rasulullah Isa a.s. Setelah sekian lama manuskrip ini tersimpan di sebuah perkampungan di daerah Al-Quds, seorang petani Palestin telah menemuinya dan menyerahkannya kepada seorang alim yang soleh di sana. Nama samaran orang alim itu adalah Abu Basil 'Izzudin an Nur".

Untuk sama-sama difikirkan, sejauh perjalanan dari nabi Nuh a.s dan turun kepada setiap nabi yang lain, pasti pengikut mereka ada mencatat peringatan tentang dajjal, kerana setiap nabi akan memperingatkan kaum mereka akan fitnah dajjal. Barangkali ada tulisan yang terselamat dari pupus dan hancur sepertimana manuskrip yang dicatat oleh kaum nabi Isa a.s yang ditemui di Qumran yang dikenali dengan nama The Dead Sea Scroll. Ia mengandungi tulisan pengikut nabi Zulkifli a.s, nabi Daud a.s dan nabi Musa a.s. Kita sebagai umat Islam mengenalinya sebagai mushaf. Jadi, adalah sangat berkemungkinan bahawa manuskrip yang disebutkan oleh beliau memang ada dijumpai.


Bersambung.

Wassalam.



10 comments:

Anonymous said...

salam pada pemilik blog...

nape ekh..bila bc artikel dlm ni,seakan2 artikel dr mistifiles..belok sana belok sini,isi sm cm mistisfiles.wlupun bru review,tp seolah2 penceritaan selanjutnye (rs2 sy la kn..hehe) spt artikel mistisfiles bjudul *Kuasa Ketiga The Wizard of History*

maaf pd pemilik blog..wlu ap pun,teruskn menulis..sampaikan ilmu wlu 1 ayat..

~biskuT MerrY~

Ibu Separuh Masak said...

salam pada anda juga..

macam baca mistisfiles eh? hmmm.. rajin sangat baca artikel srikandi ni biskut merry. apa-apa pun saya bangga bila blog yang tak seberapa ni awak kata macam baca mistisfles.

tang mana yang sama macam artikel kuasa ketiga tu? saya pengomen pertama tau kat situ.. heee nak jugak sebut.

Anonymous said...

mama, saya tengah gelak tergolek golek ni....nak tau kenapa?.... pasal... asal longgokan batu je piramid, asal longgokan batu je piramid :)

Ibu Separuh Masak said...

Seronoknya dia gelak tergolek-golek (saya terbayang sinchan yang nakal itu).

jangan lihat pada 'longgokan batu' sahaja tapi
cuba lihat kepada 'BINAAN' longgokan batu. ada tulisan arab pula disitu, kalam Allah khas kepada dajjal seorang untuk dia beriman. adakah layak kalam Allah berada di longgokan batu? pernah terfikir tak? tak pernah kan...

Matahari Dan Bulan said...

Nice...

Ibu Separuh Masak said...

@Matahari Dan Bulan : terima kasih banyak-banyak.

gila-haih said...

adakah cerita tarzan(manusia) yang dijaga oleh monkey(makhluk berbulu) dan mempunyai kawan kawan dari binatang yang boleh bercakap dengannya di dalam hutan tebal adalah sebenarnya salah satu plot dari gambaran cerita dajal yang diolah oleh disney?


..
GILA HAIH!!

Ibu Separuh Masak said...

Salam @gila-haih : entah la wak, minda saya tak sampai ke situ pula..

Anonymous said...

Hello to every one, the contents present at this site are actually amazing for people experience, well, keep up the nice work
fellows.

Visit my blog: acoustic guitar chord

Anonymous said...

It operates by pushing what you eat into the twice things, creating a Increased
succumb pertaining to milk. One another speed will be easy cleaning and maintenance after you
really easily heaps ingredients and it well suitable after maintaining.
You're aware it is always, in some circumstances you may not could be seen as heading out all the food processor or even healthy morning drink business right after look like the new healthy morning drink! Some pulp is specially dull from their masticating juicer, your revenue fastest milk give doable coming from a fruits and vegetables.

Take a look at my web page consumer reports on jack lelane juicer