Wednesday, 24 October 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya SIRI 5


Assalamualaikum wbt semua. Semoga berada di dalam lindungan Allah swt hendaknya.


SURPRIIIIIIISE!!! Inilah siri ke 5 yang ditunggu-tunggu. Saya tak sanggup lagi nak simpan lama-lama draft ni. So, saya post ajelah. Yang 29/10 tu, saya post sambungan yang lain. (kena belanja saya makan..)


Saya dah masak sesuatu. Saya dah hidangkan pun. Dipersilakan maju ke depan, kita makan sama-sama. Jangan lupa baca bismillah semoga diberkati perkongsian makanan ini... Anda semua adalah perangsang saya. Bersengkang mata saya nak siapkan artikel kali ini. Diharap dapat memberi kepuasan.

Saya kira anda sudah membaca post sebelumnya. Yang mana ada dipaparkan beberapa senarai dan gambar-gambar aneh teknologi tamadun purba. Sebenarnya terlalu banyak teknologi purba yang ditemui di merata dunia oleh pengkaji termasuklah yang ada di bumi bertuah kita ni. Tidak terbayang bagaimana mereka telah mendahului kita dari sudut teknologi aero-angkasa, ilmu fizik, dan sebagainya. Kepada otak kita yang tak masak sangat ni pasti akan mengatakan ia sesuatu yang menakjubkan. Betul kan? 

Daripada mukaddimah sehinggalah tamat siri ke 4, di sinilah tirai rahsia akan mula diangkat. Diharap tirai ini akan dapat membuka minda anda untuk melihat perkara yang selama ini tertutup. Sekiranya dada sudah berilmu, war-warkanlah. Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, sebar-sebarkanlah. Tetapi jika anda rasa ia lebih membawa kepada keburukan, pendamkanlah. Semoga Allah swt memaafkan hamba yang selalu tersilap dan leka.

Baik, anda sudah bersedia untuk meneruskan journey kita? Tunggu apa lagi? Mari!

Op, op, wait seminit..... sebelum kita mula, saya ingin memberitahu sesuatu. Jangan terlalu hairan akan teknologi canggih yang ancient civilisation ni dapat. Sebab, ALLAH swt telah mengurniakan pengetahuan ini kepada nabi-nabi terlebih dahulu sebagai mukjizat dan panduan (tidak kira dari kalangan jin atau manusia). Tetapi untuk artikel ini, saya tidak mahu sentuh hal mukjizat sebab OFF TOPIC. Kita habiskan artikel ini dulu... (ada faktor kedengkian di sini).

Ok, sila bawa pandangan dan pemikiran anda kembali ke abad ke 21 (zaman kita sekarang la ni derr). Jangan fikirkan apa yang saya kata tentang mukjizat dan panduan tuuu... meh, duk sini diam-diam dan teruskan pembacaan. Ok. Dah fokus? (anda kena jawab, daaaaaah.. heee tak payahlah angguk sekali). Baik, kalau dah fokus, kita sambung...

Di dalam pola pemikiran,  kita seolah-olah sudah disogok sejak azali bahawa pembinaan-pembinaan yang bersifat out of this world ini begitu hebat dan dibina oleh bangsa yang hebat juga. Jadi, kita turut terkagum-kagum, takjub dan hairan. Otak kita tidak dapat mencerna, bagaimana orang purba boleh bina tamadun dan punya teknologi yang begitu maju. Bila orang barat jumpa teknologi dan binaan tu, buat kesimpulan diorang sendiri, kita pun main angguk aje ikut setuju (tak semua la). Jadi, klunya di sini ialah..

Pembinaan hebat...
Pembina hebat...
Penciptaan hebat...
Pencipta hebat...
Kagum...
Takjub...
Hairan...
Ajaib...

Hmmm, untuk siapa kita tujukan rasa keterujaan itu? Tdak lain sudah tentulah kepada pembina tamadun purba itu sendiri bukan? Seperti Firaun, Tuthankamun, Ramses II, pendiri tamadun Maya, Aztec, dsb (masukkan bangsa MALAYU pun boleh juga). Kalau ditulis tak cukup 10 mukasurat (hee... just kidding). Anda seperti saya sebelum ini. Mengagumi dan menghairani sesuatu tanpa mendalami maksud di sebaliknya. Tetapi alhamdulillah, melalui pembacaan, saya menemui sesuatu pada setiap buku dan blog (sebenarnya tak selalu nampak, adakalanya sahaja). Ada yang isinya copy paste, ada yang lain buku sama isi hanya beza olahan. Namun ada juga buku-buku yang menyelitkan klu-klu yang baru, seiring dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi.  Namun begitu, suka saya mengingatkan, dapatan ini terhad kepada pendapat dan pemikiran saya melalui buku seorang penulis tempatan. Jika tidak sejalan dengan jalur pemikiran dan keyakinan anda, saya minta maaf. Everyone is entitled to their own opinion right?

Baiklah, anda kenal kepada individu-individu yang dikatakan hebat itu? Kalau anda tak kenal, saya apatah lagi. Nampak tak permainannya di sini? Kita kagum, hairan dan takjub kepada individu yang kita tidak kenal langsung. Inilah yang dikatakan fatamorgana, dilihat nyata, dikejar tiada. Kita sudah terbiasa hanya menyerap  apa yang disua sehingga malas untuk mengkaji dan memikirkan dengan lebih dalam. Inilah yang dinamakan program mind-control a.k.a kawalan minda. Mereka hendak kita percaya aje bulat-bulat dan lonjong-lonjong. (mode mengarut - sedang stress mengolah ayat)

Tanda tanya mengenai pemilik sebenar teknologi tamadun purba ini telah menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lebih serius. Pengkaji barat hampir hilang punca ketika menjawab persoalan ini. Lalu lahirlah teori dan andaian bahawa suatu ketika dulu, nenek moyang kita telah diziarahi makhluk luar angkasa (UFO) dan mengajari mereka ilmu-ilmu. Ada andaian lain mengatakan terdapat satu komuniti atau indvidu datang dari Atlantis bergelar Atlantean. Mereka lari dari Atlantis yang sedang tenggelam. Jika dihimpun seluruh buku-buku misteri yang ada daripada kajian-kajian yang dilakukan pihak barat, maka 2 teori ini akan anda dapati sebagai kesimpulan. Pemilik teknologi purba adalah datang dari luar angkasa ataupun mereka datang dari Atlantis (apa keistimewaan Atlantis sehingga selalu menjadi sebutan?). Perhatikan ilustrasi Atlantis bawah air dan keadaan sebuah pulau dari filem King Kong. Akan dikupas next artikel.



Fakta-fakta yang ditemui oleh penulis buku ini menyentak naluri beliau dan saya sendiri. Di samping itu, kita mungkin tertanya-tanya, makhluk atau manusia jenis apakah yang berupaya memintas zaman dan menemui teknologi masa hadapan? Mereka telah hadir sejak ribuan tahun silam dan mengajar manusia pada zaman itu tentang sebahagian teknologi yang mereka miliki. Paling aneh, mereka hilang di pertengahan zaman tanpa dapat dikesan. Ilmu itu tidak pula diwariskan. Ia terhenti dan tidak berkembang. Ini bermaksud, seolah-olah ilmu dan teknologi itu terputus pada satu zaman dan kemudian muncul pula pada satu zaman yang lain. Dan didapati, ilmu ini timbul semula di kalangan  manusia yang hidup secara kultus yang mengamalkan ajaran-ajaran tertentu.

Kita semua harus sedar, segala ilmu dan teknologi secanggih manapun adalah ilmu daripada hadirat Allah Yang Maha Kuasa, namun yang menjadi persoalan  adalah :

 Apakah faedah sebenar tamadun dan teknologi UFO ini dicipta? 
Apakah tujuan dan motif kehadiran makhluk yang dipanggil sebagai makhluk asing ini ke dunia?
Untuk apa piramid dibina?
Mengapa ada lakaran-lakaran  UFO di dalam piramid?



Para pengkaji UFO telah sepakat bahawa kedatangan makhluk asing adalah sebagai penyelamat dunia dan pembawa keamanan (lain macam aje bunyinya kan?). Jika benar, mengapa ia tidak pernah dibayangkan oleh para nabi? Sedangkan hal ini adalah sesuatu yang besar. Banyak pula diperdebatkan mutakhir ini. Mustahil para penyampai kalam Allah ini tidak menyampaikan kepada kita tentangnya jika ia benar. Ini kerana antara tugas para nabi adalah untuk menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan. Klu disini : PENYELAMAT DUNIA DAN PEMBAWA KEAMANAN SEJAGAT.

Siapa pengasas tamadun Atlantis? 
Siapa jurubina dan arkitek piramid?
Siapa pengukir dan pendiri bongkah batu stonehenge?
Siapa pengukir bebola batu granit kecil besar yang begitu elok dan halus?
Siapa pengukir tengkorak kristal?
Siapa pengasas tamadun Maya?
Siapa pengasas tamadun Aztec?
Siapa, siapa, siapa, siapa dan siapa......... 

Ketika penulis cuba menyelongkar fakta ini, beliau telah menemui maklumat teknologi berkenaan anti-graviti dan kuasa magnetic field yang telah dimiliki oleh sekelompok elit pada kurun ke 15 (KLU : KURUN KE 15). Mereka menggelarkan diri mereka sebagai The Thule Society. Ilmu misteri ini turut didapati diwarisi oleh Leonardo da Vinci, Fulcaneli, Dr. John Dee, Francis Bacon, St. Germain, Isaac Newton, Charles Darwin dan Albert Einstein. Mereka digelar alchemist, pewaris dan penemu semula ilmu Atlantean. Mereka adalah kelompok aneh yang mengikuti ajaran pelik, melahir teori evolusi, mencipta bangsa super (Aryan), mencetus kepercayaan Kabbalah, mencambah agama baru (new age) dan banyak lagi... 


Kemunculan semula benih ilmu misteri ini umpama bebenang halus tak terlihat tetapi terjalin begitu kemas, rapi dan penuh rahsia. Ia menyelinap masuk dan bermula dari situlah, tanpa disedari khalayak, mereka  sebenarnya menentukan sejarah dan arah perjalanan tamadun manusia. Bahkan yang paling mengejutkan adalah terdapat bukti individu misteri ini terlibat secara langsung dalam sosio-politik dunia.

Mari saya bawa anda untuk dikenalkan kepada St. Germain. Pertama kali muncul pada 1743 di London dan kemudian di Edinburgh pada 1745. Tidak ada sesiapa di sana yang mengetahui asal-usul atau keberadaannya sebelum 1743. Ini menimbulkan spekulasi bahawa dia adalah seorang pengintip. Horace Walpole, seorang penulis kenamaan yang menjadi temannya berkata di dalam sepucuk surat yang ditulis pada 1745 :

Pada hari itu, mereka menangkap seorang pemuda aneh bernama Putera St. Germain. Dia sudah ada di kota itu selama 2 tahun dan menolak untuk mengatakan siapa dia sebenarnya dan dari mana dia berasal. Namun, dia mengakui, nama itu bukan nama aslinya. Dia juga boleh menyanyi dan bermain biola dengan sangat baik. Ketika diadili, pengadilan tidak dapat mengemukakan bukti pengintipannya sehingga di dibebaskan. Setelah itu, dia mendapat reputasi sebagai pemain biola yang hebat dan menjalani kehidupan seperti seorang petapa yang tidak berkahwin.

Pada 1746, dia menghilang begitu saja. Bagaimana orang sepopular dia boleh hilang begitu saja? Pada 1758, selepas 12 tahun, dia muncul di Versailles, Perancis dan berhasil masuk ke lingkungan istana. Menjadi teman  akrab kepada Raja Louis XV. Sering memberikan nasihat mengenai pola pemakanan yang sihat dan terkadang memberi ramuan awet muda kepada keluarga kerajaan. Konon dia mendapatkan pengaruhnya di hadapan Raja Louis XV kerana pernah menukarkan beberapa batu permata kecil menjadi lebih besar   membuatkan nilainya meningkat.

Di Perancis, dapat diketahui bahawa dia menguasai banyak bahasa dan memiliki pengetahuan yang sangat luas mengenai sejarah. Pengaruhnya di Perancis cukup besar sehingga ahli filosofi, Voltaire pernah mengatakan bahawa "dia adalah pemuda yang tahu segalanya dan tidak pernah mati". Pada 1760, dia meninggalkan Perancis untuk mengelak ditangkap oleh seorang ahli kerajaan bernama Choiseul kerana iri hati akan kedekatannya dengan raja dengan tuduhan penipuan. (dia berada di sana semasa revolusi Perancis)

Ketika berdiam sementara di St. Petersburg, Rusia, ada kebetulan yang begitu aneh. Terjadi rampasan kuasa institusi beraja oleh pihak militer. Sangat dipercaya bahawa St. Germain turut terlibat di dalam peristiwa itu. (nampak tak? dia juga berada di sana semasa revolusi Rusia)

Tahun berikutnya, dia muncul di Belgium dan membeli sebidang tanah dan hidup dengan nama alias "Surmont". Di sana, dia menawarkan untuk mengajar cara mewarna kain dan proses membuat minyak kepada pihak kerajaan. Dalam proses itu, dia bertemu dengan salah seorang menteri bernama Karl Cobenz. Cobenz menyatakan bahawa dia pernah menyaksikan St. Germain mengubah segumpal logam menjadi emas. Pada 1784, dia diberitakan mati kerana pneumonia. Tetapi sangat dipercayai dia memalsukan kematian sebagai jalan untuk menukar identiti. (Di lain kesempatan, saya akan kupas lebih lanjut siapa manusia bernama St. Germain ini).

Dari klu KURUN KE 15, ketahuilah bahawa semua jalur konspirasi dunia berlaku setelah nabi Muhamad saw wafat. Ia lebih pesat selepas kejatuhan Empayar Islam Cordova. Ia semakin galak ketika meletusnya Perang Salib. Dan terbukti amat benar selepas kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Inilah zaman fitnah yang telah diisyaratkan oleh baginda. Bilakah bermulanya segala penemuan yang memeranjatkan ramai orang di seluruh dunia? Saya sambung nanti.... Cukuplah ni dulu untuk melepas rindu. Happy reading you all.


Wassalam.





18 comments:

Keluang said...

Terbaik. teruskan ibu. ...

Ibu Separuh Masak said...

Terima kasih En. Keluang.

Anonymous said...

mama, pada pendapat saya, elok lah kita kupas tentang sesuatu perkara satu persatu. kalau semua misteri dihimpunkan, kita sendiri yang akan pening.
sebagai contoh, dulu saya menganggap piramid adalah tempat menyimpan mayat firaun, yang tak diterima bumi, kerana mengku dirinya tuhan. kemudian, peningkatan ilmu berlaku. saya dapati puncak piramid menunjukkan kearah bintang sirius, bintang terdekat dngan bumi selain matahari.
kemudian meningkat lagi ilmu. saya dapati piramid bukan setakat binaan batu yang dilonggok secara sistematik, saperti yang kita percaya, kerana ada phak yang nak kita percaya begitu. piramid mesir mungkin longgokan batu, berusia 5000 tahun, tapi piramid melayu berusia 8000 tahun, dan dibina dalam laut (?)dan ia bukan sekadar longgokan batu.
cukup la dulu, mama. sekadar pencetus idea (dan juga ice breaker)
salam mama (siap cium tangan :) )

Ibu Separuh Masak said...

Terima kasih sudi singgah. Olololo, sungguh bersopan dan santun. Bukan tak nak buat macam tu tapi ada sebab kenapa semua bahan tu dihimpun. Sebab.... aaaaaa tutup mulut, tutup mulut..... mmmmmmpppp... tunggu siri seterusnya.

Kisah tentang piramid memang menarik. Saya ada file dekat 100 mukasurat berkenaan piramid. Dah free-free nanti boleh kita share..

Dzulfikr said...

Assalammualaikum ibu...

Singgah sebentar di teratak ibu
dilihat hidangan telah tersedia
apa lagi hendak di tunggu
mari merasa apa yang ada.....

*terima kasih buat ibu untuk hidangan pada hari ini...
lapar pulak tgk gambar makanan kat atas tu hahaha!



Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam...
Amboi, berpantun bagai..

*sama-sama En.Dzulfikr. Malam-malam macam ni makan meggi pun sodap. Tak sampai 5 minit, siap..

Matahari Dan Bulan said...

Cool...

Jangan terburu buru...

Nice post

iqin said...

salam ibu..he3..bru singgah tapi td da baca da sume atrikel ibu..=D,bagus2!!teruskan. (tgn letak kat belakan cam gaya supervisor) he3

nt cikin singgah laie..

err klu boleh password mse nak komen tu buang la ibu..asyik salah tekan jek..=(

Ibu Separuh Masak said...

Thanks for reading MDB. See ya..

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam Cik Supervisor Iqin.
Habis kerja, nanti datang lagi..

Password apa tu? Nak komen kena isi password eh?
Macamana nak buangnya pun?

iqin said...

klu tak silap sy, bukak blogger dashboard,

1-amik setting dan pilih post and comment..

2-scroll comment location : klu pop-up dia akan keluar tetingkap kecil, lg senang nak komen..x yah nak back2, klu emmbed window mcm yg ibu pya nih..bwh post..

3-who can comment : anyone

4-comment moderation : nih klu tak silap suka ht kita nak publish ke tak komen yg diberi..klu caci maki uh x yah publish..he3

5-show word verification: aa, ni lah yg cikin ckp uh, lbh kurang cam password..sblm nih x tahu nak panggil ape..yg nih ibu scroll NO okeh??

err umo cikin 22..sesuai ker panggil ibu??hehe..klo nak mudo cikit panggil akak pun bole..hik3

Ibu Separuh Masak said...

Terima kasih iqin. dah buat dah ni. yang moderation tu tunggu bila ada perkataan tak enak, baru buat. So far, semua tetamu sopan-sopan belaka.

fendy said...

terbaik la ibu... syg ibu ahaha

Ibu Separuh Masak said...

Salam Fendy,

Bagus lah kalau anda suka.. terima kasih.

Anaknda Bertuah said...

yup..seronok baca...

Ibu, gambar yg ada 1919 dan labang nazi tu ape maksudnya?

boleh ibu tlg masak bg garing sikit lauknya??

tima kasih...bu

Ibu Separuh Masak said...

Salam @Anaknda Bertuah : Berkenaan lambang itu akan cuba diulas bila ada kelapangan. Nantikan.

Wassalam.

Muhd Sufi said...

SAYA RASA MACAM PERNAH BACA BUKU YG PENULIS BACA TU SBB APE YG PENULIS KATAKAN HAMPIR SERUPA MCAM APE YG SAYA BACE...MAAF LAH SBB SAYA SUDAH LUPA TAJUK BUKU TU

Heni Herbal said...

Good afternoon and welcome to rest tomorrow hopefully more excited again? the information is so amazing thanks
Pengobatan Alternatif Penyakit Tiroid Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Penyakit Gondongan Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif TBC Kelenjar Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Kanker Lidah Secara Tradisional
Obat Alami Ginjal Bengkak Yang Ampuh