Friday, 19 October 2012

Langkah Pertama - Pembukaan Blog



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. 

Alhamdulillah dah selamat pun blog ni dilahirkan. Leganya saya. Kelahirannya pada hari Jumaat, 19hb Oktober 2012 bersamaan 3 Zulhijjah 1433 begitu mengujakan. Selalunya saya hanya membaca blog orang lain, kali ni baca blog sendiri (heeee suka-suka). Nampaknya percubaan pertama saya dalam bidang pembuatan blog membuahkan hasil. Credit to my 2nd son yang sudi menjadi tutor saya. Maaf sekiranya rumah ini berselerak dan tidak menepati citarasa anda. Nanti saya kemaskan lagi dan hias mana yang patut. Sekarang ni nak sapu habuk-habuk dulu, nak pasang langsir, nak gubah bunga dan buat apa yang perlu bila nak masuk rumah baru. 

Tak sabar nak bertandang? Jom-jom, sila sudi-sudikan singgah melabuh punggung. Tapi tengok-tengok sekeliling dulu sebab buah tangan tak siap lagi. Kalau rajin nanti saya tulis semula keempat-empat artikel yang saya post di ruangan komen di blog Military of Malaysia. Terima kasih Tn. Hj. Shahpaskal.

Saya nak tengok siapa yang sampai dulu.



* Rumah yang saya maksudkan di sini ialah blog ini. Mana tau ada yang ingat saya masuk rumah baru pula.



17 comments:

. said...

Salam kasih dari yang empunya salam...

Salam dunia dari M.Nasir..
Salam 1 Malaysia dari Tok Jib.

*moga tenang dan bahagia tetap subur bercambah didalam roh dan jasad ini...maka kenal lagi nyatalah akan diri ini.

.

Ibu Separuh Masak said...

Salam ukhuwah diterima. Terima kash sudi datang. Di sini, anda tetamu pertama. Mesti datang dari jiran saya Military of Malaysia itu kan?

Anonymous said...

mama ni orang yang selalu suruh saya tido awal tu ke?

Ibu Separuh Masak said...

Tak, bukan saya.

Tapi sekarang baru nak cakap "derr, sekarang dah pukul 2 pagi, gi tido!"

ahahaha... boleh gitu?

ADUSS said...

salam.. sy ni silent reader dr MOM.. taniah dah buka blog.. teruskan usaha murni anda.. ada sepotong ayat dari novel time sy sek dulu.. sy ingat sampai sekarang. berbunyi: " kalau harta atau nama yang tuan hamba cari, tuan hamba terpaksa menjaganya. tetapi jika ilmu yang tuan hamba timba, ilmu itu akan menjaga tuan hamba."

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam En. ADUSS. Terima kasih sudi singgah ke rumah saya yang tak seberapa ni. Perkataan yang indah bak mutiara memang akan selalu membekas. Tetamu rumah ni semua datang dari jiran saya MoM itu sebab hanya di situ alamat rumah ni ada. Tempat lain, takde lagi.

Abu said...

artikel MoM punya pasal sampai buat blog ye..
cik ibu ni keje apa ye?dekat mane dpt sumber2 maklumat ni semua?
haa cik ibu saya yg terawal kan..mana hadiahnye..hehe padahal dah beratus org view..

Ibu Separuh Masak said...

- Salam ukhuwah En.Abu.
- Artikel MoM pencetus idea, saya sungguh berterima kasih
kepada yang empunya blog.
- Saya surirumah sepenuh masa (supir anak-anak ke sekolah)
- Sumber? Saya dapatkan dari pembacaan (buku, forum, blog,
google).
- Iye ke awal? Nak hadiah pulak tu..

niji said...

Assalamualaikum...!
Selamat "menghias" rumah ya ibu.
Klu sesuai dgn citarasa sy, insyaAllah sy bleh bertandang lg.

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam En. Niji. Terima kasih singgah.
En. Niji datang dari rumah sape ni? MoM juga ke?
Citarasa anda bagaimana, boleh kongsi?

Fairul Fazil said...

selamat berblog..saya baru jumpa blog ni melalui nusanagablogspot..

Ibu Separuh Masak said...

Salam En. Fairul Fazli. Selamat datang ke rumah yang tak seberapa ni. Harap anda selesa di sini.

TontoJr said...

HEHEHE.... baru masuk rumah blog ni....wpun lambat sampai tahniah! saya pun baru nak belajau buat blog. dpt alamat blog ni dari mom.

Stello Azure said...

sampai da .. sesat kejap tadi sebab google search x jumpa... up up up rating kat facebook pulak

Ibu Separuh Masak said...

Salam,

@TontoJr : terima kasih, saya selalu lepak kat situ sambil meninggalkan jejak.

@Stello Azure : Iye ke sesat, kesian.. Nasib baik sampai. Cemana nak up rating kat fb? Kena buat akaun baru eh?

Anaknda Bertuah said...

Assalammu'alaikum...

Baru dpt tau ttg blog ibu separuh masak, baru nak mula baca...
terima kasih.

Ibu Separuh Masak said...

Wa'alaikumsalam wbt Anaknda Bertuah,

Terlambat sampai tidak mengapa, asalkan selamat.. :)

Terima kasih sudi mampir ke teratak yang tidak seberapa ini. Semoga ada isinya yang boleh diambil.

Saya dah singgah ke blog anda, isinya membuat saya berasa kerdil.

Wassalam.