Saturday 20 October 2012

Dajjal Dan teknologi Misterinya SIRI 1, 2, 3, 4


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, post kali ini saya ambil dulu daripada blog Military of Malaysia yang saya tulis semula dan perelokkan serba sedikit.


Sejarah terciptanya artikel yang saya post di ruangan komen itu adalah untuk suka-suka sahaja. Hanya sebagai perkongsian ilmu dan pendapat yang tidak seberapa di post beliau, Pendedahan Eksklusif : Piramid Melayu. Namun setelah beberapa lama, timbul beberapa nama dan komentar yang menunjukkan minat akan artikel tersebut. Tak ramai, ada lah dalam 4, 5 orang. Mereka adalah WANS7, NAZA, JENTAYUBANGKIT, IQIN, dan MATAHARI DAN BULAN (terima kasih you all). Mungkin AKUCAHAYA pun ada baca sebab tazkirah beliau selalunya akan mengiringi setiap artikel yang keluar (kalau salah harap maafkan). Yang lain mungkin ada membaca, tapi tiada komen. So, tak boleh lah saya dedicate nama anda di sini. 

Memandangkan artikelnya agak panjang, saya jadi tidak enak untuk terus 'mengendeng' di blog MoM itu.  Takut jadi macam blog saya pula. Saya pun dah post permintaan maaf saya pada empunya blog, Tn. Hj. Shahpaskal. Tak tau lah beliau baca ke tidak sebab masa tu beliau sedang mengerjakan haji (2012). Semoga mendapat haji yang mabrur Tuan Shah, AMIN.

So guys, selamat membaca dan refresh memory....



PART 1

Assalamualaikum wbt para pendiskusi dan pengomen sekaliannya. Saya baca dari atas sampai ke bawah setiap butir perkataan, banyak sungguh ilmu yang saya dapat (yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan). Tapi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah sesuatu yang fresh dan pendekatan yang agak berbeza sebagai pencerahan kepada semua. Maaf, agak panjang tetapi menarik untuk dibincangkan especially kepada sesiapa yang berminat akan konspirasi dajjal laknatullah.

Bila membicarakan tentang piramid, kita semua masih teraba-raba, tertanya-tanya , takjub dan hairan akan asal usul kejadiannya. Bahawa betapa pembinanya mempunyai teknologi dan tamadun yang begitu hebat dan betapa hebat pula bangsa yang membinanya. Lalu pelbagai persepsi dan hipotesis pun timbul berdasarkan pengetahuan masing-masing sehingga ia dikatakan mungkin kapal angkasa, ia mungkin dibina oleh manusia yang ada sebelum nabi Adam a.s diturunkan, ia mungkin itu, ia mungkin ini, sehinggalah ia cuba dikaitkan dengan alter terahsia bangsa melayu. Semua tu tidak mustahil jika ALLAH swt berkehendak, jangan pula pertikaikan kepercayaan saya akan kebesaranNya.

Setiap persoalan yang dilontarkan adalah untuk kita sama-sama bincang, sama-sama fikir. Fikir di luar kotak. Bukan membaca secara membuta tuli setiap huruf dan perkataan tanpa difikirkan. Kembangkan minda, jalinkan neuron-neuron di otak dengan lebih aktif, barulah jadi bangsa yang positif.

Baiklah, mari kita membicarakan sesuatu yang agak menyimpang daripada persoalan piramid. Anda kenal dajjal? Adakah anda rasa dajjal itu sedang terpasung di pulau tidak berpenghuni sehingga sekarang? Adakah sebelum kelahiran dan selepas kewafatan nabi Muhammad saw dia duduk diam-diam sahaja tanpa memanfaatkan usianya yang panjang itu? Adakah dia hanya menunggu puak illuminati, freemason dan secret society mempersiapkan laluan untuknya menakluk dunia? Agak ironik, ketika subjek dajjal diketengahkan samada melalui buku, media, blog dll, ia selalu ditampilkan sebaga the supreme being yang misterinya tidak terungkap secara jelas sedangkan "tidak ada fitnah yang paling besar dan dahsyat sejak ALLAH menciptakan dunia melainkan fitnah dajjal" hadis riwayat Ahmad di dalam musnadnya daripada Hisyam bin 'Amar.

Walaupun kita sudah disogokkan dengan kisah dajjal sejak kecil (badan besar macam gergasi dan bermata satu), walaupun banyak hadis-hadis nabi ditakwilkan mengenai dajjal laknatullah ini, walaupun banyak bahan bacaan dan blog-blog yang mengetengahkannya, kita masih samar-samar dan keliru akan hakikat dajjal ini sehingga ada yang mengutarakan pendapat bahawa dajjal itu tidak lain hanyalah satu mitos agama untuk menakut-nakuti manusia, satu gerakan sulit perancang kejahatan, manifestasi kejahatan, fahaman kebendaan atau semua yang negatif itulah dajjal (ada pendukung tersendiri akan fahaman ini baik dari kalangan kafir dan muslim sendiri). Padahal yang sebenarnya dajjal itu memang nyata dan ada akan kewujudannya.

Maaf sesangat, artikel ni memang panjang sebab dalam menulis, saya tidak suka lompat-lompat dan buat secara ringkas. Takut apa yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pembaca. Jika ada yang berminat, saya akan teruskan berkongsi. Rajin-rajinlah jenguk blog MoM ni (ceh, promot pulak).. Maaf En.Shah, hamba yang hina menumpang bicara di sini sebab hamba takde blog. Sekiranya keberatan menumpangkan hamba, apalah kiranya tuan luahkan sahaja untuk hamba mengerti, nescaya hamba faham dan akan berhenti. Wassalam.


Sambungan artikel (Siri 2)
Salam. Penulisan saya di atas adalah berkenaan piramid, tetapi mungkin ada yang hairan mengapa bersangkutan berkenaan dajjal laknatullah pula? Sebenarnya ada rahsia yang ingin disampaikan kerana ia mungkin berkaitan atau sememangnya bersangkutan. Sebelum kita merungkai hal berkenaan piramid, eloklah kita kenali siapa dajjal itu serba sedikit kerana fitnah dan tipuan dajjal itu terangkum dalam belitan halus yang sukar untuk diperlihatkan secara nyata. Ianya tersembunyi dalam teori-teori konspirasi (dah namapun teori, jadi sukar untuk mengungkap fakta secara jelas). Jadi saya memulangkan kepada anda sebagai pembaca yang bijak untuk mencerna apa yang ingin saya sampaikan.
Baiklah. Anda sudah bersedia? Jika sudah, kita mulakan pengembaraan kita seterusnya…

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim… (anda bacalah seperti biasa)
Kita kini sedang memasuki fasa akhir fitnah dajjal sebelum dia benar-benar muncul di khalayak secara nyata. Sejumlah muslihat gerakan freemasons, illuminati dan secret society telah banyak dibongkar melalui youtube, blog, media, penulisan dsb namun kita tidak merasa apa-apa. Tiada bimbang, tiada cemas, kononnya tiada daya upaya untuk menolaknya. Kita tidak pernah merasa iman dan aqidah diri dan keluarga diceroboh dengan manipulasi fitnah dajjal. Ketahuilah, dunia akan tetap dicatur oleh dajjal dan proksinya. Mereka akan mewarnai dunia mengikut kehendak mereka. Kita sudah terjerlus begitu dalam di dalam lubang “biawak” ciptaan mereka melalui ekonomi, pemerintahan, bank, pendidikan, pekerjaan, hiburan, sosial, you name it, semuanya ada ( ini yang dinamakan sistem. Sistem robot). Kita berhidup di dalam sistem yang sukar untuk kita keluar darinya. Namun, jangan khuatir kerana ia boleh dilakukan melalui beberapa cara.
Pertama : Untuk semua kaum melayu islam yang bangga akan ‘alter’nya (cekal, gagah, berani, berwawasan, bijak, pantang dicabar, merendah diri, dsb), ia mudah bagi anda kerana di samping kita kembali mengenali asal usul bangsa, kita wajib kembali untuk bertanya “untuk apa kita dicipta”? Rasanya semua akan score A untuk soalan tersebut, jadi tak perlu dibahas. Ya saudara, kukuhkan AQIDAH dan mantapkan IMAN dalam jiwa, perbaiki AKHLAK di raga kita, tambah pengetahuan dalam dada (perkataan berbaur penghinaan bukan akhlak yang baik)!! Hanya ALLAH swt sahajalah penolong bagi setiap kita. Hanya itu caranya untuk kita berlepas diri daripada fitnah dajjal. Memang tiada cara lain. Untuk apa kita bangga jadi orang melayu dengan alter terahsianya kalau itupun tak boleh buat.. (ayat mencabar ni, tercabar tak?) Cara-cara lain cuba kita fikirkan bersama.
Baik, kita teruskan. Dajjal yang merasa dialah tuhan, mahu dirinya menjadi sebutan. Mahu dirinya masyhur, diberi pengiktirafan dan diagung-agungkan serata dunia. Tetapi dia ibarat bebayang, dilihat ada disentuh tiada. Jadi bagaimanakah cara pengagungan itu dilakukan? Sebelum itu, mari kita baca dulu beberapa misteri dunia seperti di bawah :
1. Penemuan porselin dan tembikar purba Cina di Ireland pada kurun ke 18 dan 19 di mana pada ketika itu sejarah tidak pernah mencatat sebarang perhubungan antara Emerland Isle dengan Cina. Ini membuktikan terdapat seorang atau beberapa pengembara silam yang telah sampai tanpa diketahui manusia lain sejak ribuan atau ratusan tahun lamanya.

2. Penemuan bola-bola bersaiz gergasi banyak bertaburan di suatu kawasan di Costa Rica sekitar 1930-an. Ia terhasil daripada batu granit yang bahannya tidak terdapat di kawasan itu. Dipercayai bola-bola batu itu di angkut dari luar kawasan oleh satu kuasa luar biasa ataupun menggunakan pengangkut gergasi yang besar. Yang membuat bingung para pengkaji adalah ketepatan dan kebulatan saiz bola itu sendiri. (masih belum terjawab siapa yang membuatnya dan bagaimana ia dapat diukir dengan tepat, apa teknologinya).

3. Penemuan tengkorak kristal yang diukir dengan tepat bersaiz kepala manusia sebenar berusia lebih 3,600 tahun dijumpai di Amerika Selatan. Menurut pengkaji purba British Museum Laboratory, jelas menunjukkan bahawa tengkorak kristal itu diperbuat dengan pemotong batu kristal berteknologi tinggi. Latest news : this one is a hoax or tipu. Crystal skull dihasilkan pada abad ke 19 di Jerman, disebarkan oleh Eugene Boban. Dapat dikesan dengan menggunakan Mikroskop Elektron dan x-ray Crystallography. Penelitian dan penemuan kajian dipublikasikan oleh Journal Archaelogiocal Science pada Mei 2008.

 
Eugene Boban Si Penipu

4. Penemuan bongkah batu berserakan di sekitar England, Perancis dan Jerman. Sekurang-kurangnya 60 buah bongkah batu di Scotland. Ianya seolah-olah dipotong atau ditempa dengan satu tahap suhu yang tinggi sehingga ia kelihatan terukir dengan baik dan mempunyai sudut lengkungan yang cantik. Pembuatannya memerlukan tahap suhu mencecah 1,000 darjah celcius. Sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya bagaimana masyarakat purba dapat menghasilkan bentuk sedemikian rupa menggunakan api konvensional.

5. Sampai di sini rasanya saya ingin berhenti rehat. Tunggu siri-siri seterusnya. Banyak lagi contoh-contoh akan diberi sebelum kita pergi ke peringkat yang lain. Sori, nak masak.
Wasalam.

Sambungan artikel (Siri 3)
Assalamualaikum semua. Baik, kat mana kita berhenti hari tu? Oh, tentang beberapa misteri dunia.. Kita tengok apa yang berada di tangga seterusnya..

5. Telah ditemui sejenis teknologi komputer pada tahun 1900, di Kepulauan Antikythera berdekatan Crete ratusan tahun sebelum kedatangan nabi Isa a.s. Dikenali sebagai Mekanisme Antikythera, ia dapat menghasilkan satu sistem bacaan yang tidak diketahui. Meski telah dikaji sejak lebih 100 tahun yang lalu, ia masih misteri. Akhirnya pada 2006, dengan menggunakan alat tomografi sinar X, barulah struktur dalamannya yang rumit dapat dilihat. Ia tersusun daripada 30 roda yang bergigi dengan jumlah beragam. Kelihatan juga huruf, gambar dan angka kuno. Pihak pengkaji semakin yakin bahawa mesin ini diguna untuk menghitung pergerakan matahari, bulan dan planet-planet bahkan untuk menentukan kalendar. Waaaaah… majunya teknologinyaaa… (yang warna gold to diorang remodel mekanisma antikythera).



6. Satu silinder cooper, ada sebatang besi di dalamnya. Ditemui di dalam sebuah perahu purba di sebuah perkampungan di Iraq. Berusia +/- 220 sebelum masehi. Yang mengejutkan ialah bahan ini sebenarnya adalah satu alatan bateri yang menghasilkan separuh kadar volt elektrik. Ia hanya diketahui bila para pengkaji mencampurkan jus anggur alkaline ke dalam silinder tersebut lalu bzzztt bzztt lah, keluar karen lah.



7. Tablet Cuneiform Babylonian memapar tahap peralihan planet venus, pergerakan 4 bulan planet jupiter dan 7 satelit saturn. Menurut pakar pengkaji moden, tidak ada satu pun di antara peta kosmik ini dapat di kesan jika tanpa menggunakan teleskop moden.


8.Penemuan tapak-tapak misteri seperti Stonehenge dan Bukit Silbury di Britain, garisan panjang yang aneh di Nazca Peru, Great Serpent Mound di Ohio dan Rock Wall di timur Dallas membuktikan terdapat teknologi purba yang hilang.




9. Bekas pegawai NASA, Marie Chatelain menulis terdapat 13 tapak misteri di kesan sekitar 450 batu persegi sepanjang Delos sebuah kepulauan Greek, dihubungkan oleh satu garis lurus sehingga menghasilkan satu garisan silang Maltes menyerupai salib kesatria. Menurut Chatelain, garisan itu hanya boleh dihasilkan dari jarak ketinggian tertentu menggunakan sejenis alat terbang.

10. Hasil kajian Maurice Chatelain juga telah menemui duit syiling purba yang hampir sama bentuk dan saiz berserakan di lokasi berlainan dunia dengan jarak beribu batu jauhnya. Lebih menakjubkan, ia turut wujud di ZAMAN berlainan dan terpisah oleh masa dan sesuatu bangsa. Inilah keanehan sebenar seolah-olah ada manusia yang boleh wujud di berlainan zaman. Anda terfikir sesuatu?
Op! Op! Ada beberapa lagi tapi sambung nanti. Hadam yang ni dulu. Wasalam.

Sambungan Artikel (Siri 4)

Assalamualaikum wbt. Bersua sekali lagi di ruangan MoM. Kepada yang tak sabar nak tahu apa misteri seterusnya, meh kita mengembara lagi.. Terlupa sampai mana hari tu.. jap nak scroll atas……………… okeh, dah sampai no. 10. Jadi kita sambung no. yang ke 11 :
11. Penemuan peta oleh seorang laksamana Turki, bernama Piri Reis. Peta bertarikh sekitar kurun ke 16. Peta ini melakar kedudukan basin Amazon di Selatan Amerika dan jajaran pantai Utara Antartika dengan TEPAT. Menurut pengkaji topografi, tidak ada satupun di antara lokasi ini dapat dipetakan KECUALI setelah pesawat terbang dicipta sekitar kurun ke 20. Tanda tanya timbul bagaimana peta Antartika ini dapat dilakar sedangkan jajaran itu terbenam di bawah ais yang sangat dalam selama -/+ 4,000 tahun. Teknologi apa yang diguna agaknya ya… brrrrrrrrrr sejuk!! (ahahaha, kelakar, badan pun ikut menggeletar).

(PERHATIAN : MAKLUMAT TERKINI TENTANG PETA PIRI REIS ADA TERKANDUNG DI DALAM ARTIKEL PEMBETULAN MAKLUMAT YANG DIBUAT KHAS UNTUKNYA. TERIMA KASIH)











12. Satu struktur pembinaan zigurat (piramid) di dasar laut Okinawa, Jepun yang dibina -/+ 8,000 tahun sebelum masehi. Ia jelas menunjukkan keupayaan teknologi yang wujud ribuan tahun lamanya sebelum zaman sains kita ni. (ada yang cuba mengaitkan dengan Alter Terahsia Bangsa Melayu kerana dijumpai tulisan rencong melayu kuno dan beberapa bilah keris. Tak kisah pun sebab semua kejadian pasti ada ceritanya dan ia semakin jelas terkait dalam otak saya ni. Tapi takmo la cerita sekarang, nanti dah tak surprise lagi.)


13. Misteri kaum Maya yang hebat sehingga mampu membina bangunan mencerap bintang, piramid dan binaan-binaan hebat yang lain. (waaaah, memang hebat… tapi @akucahaya, jangan pula cakap tamaddun ni terbina daripada “kebijaksanaan beragama” atau dari “jalan muhd” sebab diorang ni kaum penyembah syaitan, malah melakukan ritual penyembelihan korban manusia sebagai persembahan. heeeee, saja menyakat bro, jangan marah. Sekadar memberi pencerahan. Bukan semua teknologi adalah daripada “orang beragama”). Ini adalah fakta sebab ditemui banyak longgokan tulang temulang manusia di lereng gunung yang menjadi tapak ritual tuuu.



14. Piramid Sakkara di Mesir (dulu masa kecik-kecik, kita cuma tau piramid tu ada kat Mesir, tapi sekarang dah melambak-lambak merata dunia ada.. kenapa ea? apa sebab ianya dibina? oh ya, nak kaitkan dengan susur galur orang melayu purba yang hebat juga kah?? whatever pun boleh lah jang).


15. Taburan dan timbunan binaan aneh bongkah batu di Carnac, Perancis. Haaa.. dikatakan binaan dan aturannya ada signifikan tertentu (yang tu pun ada rahsianya… heeee pengembaraan semakin mendebarkan, tak sabar nak cerita tapi nanti la dulu. sila bersabar).



16. Ingat tentang ribuan patung tentera terracotta (tanah liat) yang ditemui di Xian, China? Kan pernah heboh sekejap tu. Tak tau eh? Jangan tak tau, kat sana sebenarnya pun ada piramid juga cuma tak berapa nak popular sebab China tak beri kerjasama untuk membenarkannya dikaji. Selepas patung terracotta tu ditemui, barulah teka-teki piramid itu terjawab… ini pun rahsia juga. nanti-nanti baru cerita… haha, dengki tahap dewa..


17. Yang ni rasanya semua orang tau. Tembok Besar China. Aik? Apa kena mengena tembok besar dalam ini cerita?….. Adalah ceritanya… (anda yang skeptikal nak cakap mengarut boleh, nak cakap bull**** boleh, apa-apa pun boleh, saya faham, tak semua orang boleh hadam).


18. Saffron Walden Turf Labyrinth, Somerton Turf Maze dan banyak lagi yang ditemui di beberapa bahagian Britain dibina dalam bentuk-bentuk tertentu seolah-olah ada sesuatu yang tersirat sepert kod-kod tertentu.


19. Tamadun Machu Pichu Inca di Pergunungan Andes. (lebih kurang macam tamaddun maya)
20. Kepala-kepala batu yang berterabur dan tersusun di sekeliling Pulau Easter. Mula-mula dijumpai nampak kepala, rupa-rupanya ia sejenis binaan yang tertanam setelah terbiar sekian lama. Setelah digali barulah nampak patung batu tu diukir dalam keadaan duduk bersusun seolah menunggu kedatangan seseorang. (di belakang dua idol yang baru ditemui terukir petroglyph dengan simbol yang mewakili vaka (canoe) sekaligus terkait dengan identiti si pembinanya.




Sebenarnya ada baaaaaaaanyak lagi binaan misteri, tamaddun misteri, teknologi misteri dan macam-macam misteri yang lain (malas saya nak cari dan tambah lagi, rasanya cukuplah yang ni pun kan… dah banyak dah tu). Sekiranya anda teruskan membaca, semua itu bukan lagi misteri sebab misteri itu mungkin akan terungkap (ikut versi buku yang saya baca dan logik saya sendiri la, tak caya sudah). Jadi, jangan biarkan diri anda terus diselubungi, misteriiiiiii…. (sila baca macam ala-ala TV3 presenter tu).
21. Last but not least (sempat lagi tu), nombor yang ke 21 ni saya nak selitkan nama MERLIN yang riwayatnya bermula di Great Britain. Bukan ke Merlin tu cuma mitos yang kita tonton dalam siri-siri TV tu kan? Nak tahu mitos tak mitos, terus la kena membaca. Sekian, maaf dan terima kasih sekelian alam (wink wink).
















p/s : kepada yang berminat, saya rasa saya nak buat blog sendiri untuk sambungan kisah ni.. tapi bukan kisah ni saja sebab saya pun ada lain story-story menarik yang boleh dikongsi. Tapi yang pasti bukan copy paste. Idea datang daripada mana-mana bahan bacaan, tapi penulisan akan saya buat dengan gaya saya sendiri. Mudah dibaca dan mudah difahami. Sebab saya tau, anda pun bukan ahli falsafah yang boleh membaca sesuatu makna yang tinggi nilai estetikanya (cehh… macam saya jugak). Lagipun kalau dalam blog, boleh tepek gambar. Kat sini tak boleh (frust sesangat)…

Lagi satu, saya rasa macam mengganggu kelancaran trafik kat blog MoM ni. Blog ni mostly cerita pasal military, tup-tup ada cerita dajjal dan piramid. Pastu dengan komen yang banyak dan adakalanya panjang-panjang, serba sedikit mengganggu kelancaran jalan penceritaan. (@akucahaya, jangan ambil hati. saya suka baca tazkirah dan nasihat anda walaupun nak kena baca banyak kali untuk memahami apa yang ingin disampaikan).
Untuk pengetahuan semua, saya bukan ahli agama, ahli sejarah atau apa-apa ahli. Jadi, kalau ada kesilapan di mana-mana, silalah tegur. Saya hanyalah orang biasa. Semoga apa yang ingin dikongsi, dapat memberi manfaat. Jangan hanya dibaca untuk keseronokannya. Carilah cara untuk memulakan benteng pertahanan dari sekarang dengan cuba berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita tidak boleh terus berlari tanpa merangkak, bertatih dan berjalan terlebih dahulu. Jadi, mulalah dari mana yang anda mampu, nescaya anda mampu mengubahnya… (dah macam iklan pulak bunyinya)
*next series tak tau bila, sebab mungkin nak terus proceed buat dalam blog. boleh buat panjang-panjang, puas sikit nak baca. sesiapa yang berminat untuk meneruskan pengembaraan boleh beri nama blog anda atau facebook atau apa-apa sajalah untuk saya invite di sini. nanti kita sama-sama rasmikan pembukaannya (esok tak mungkin, lusa pun tak mungkin, tengoklah, minggu-minggu depan ke, bulan-bulan depan ke.. heeee, dengki).

Assalamualaikum semuanya (macam ramai sangat yang baca). Jumpa lagi.



TAMAT ARTIKEL DI BLOG MILITARY OF MALAYSIA



** Dah habis baca? So dari situlah keluarnya idea nak buat blog ni. Selepas post artikel siri 4, saya tak tunggu lama (walaupun saya kata kepada pembaca tunggu minggu-minggu depan ke, bulan-bulan depan ke, saya dah tak sabar). Saya pun terus berjuang (ececeh), godeh-godeh sana, godeh-godeh sini dengan pemantauan dan nasihat yang tak berapa pakar anak kedua yang berumur 14 tahun) PLING!!! Jadilah blog...., pastu bila sign out, hilang pula blog yang dah siap. Sedih dan kalut juga sekejap derr. Tetapi dengan izin daripada ALLAH swt, nasib baik dapat retrieve, kalau tak macam lemah semangat jugalah nak meneruskannya. Mungkin berkat ikhlas kot (eeei perasan).

Jumpa nanti. Harap tak lama lagi. Tapi sebelum tu, apa kata anda tentang presentation blog ni?   Ada apa-apa yang perlu diubah? Seperti nak tulisan lebih besar ke, nak tukar warna ke, background tak best ke atau apa-apa sahaja demi nak buat mata kita lebih best melekat lelama kat sini. Weehee.... boleh gitu? Gambar pula ditepek selepas pembuatan blog. Penat juga nak cari gambar untuk dicopy paste. Dah le wifi slow tahap siput sedut. So, tengoklah mana yang ada dulu.

Wassalam.



26 comments:

shahpaskal said...

Tahniah di atas pemilikan blog sendiri...supaya ilmu yang disebarkan dapat melastik idea dalam pemikiran pembaca

. said...

Salam ibu,

'Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi ...

"serta apa yang ada di antara keduanya,"

... Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).' (Surah An Anba’ ayat 37)


Lepas ni ..bolehlah kita mencari 'Inhumanoids' ye ibu.

khir said...

Tahniah & teruskan usaha anda. Saya sentiasa menunggu untuk terus membaca artikel anda.

Ibu Separuh Masak said...

Salam Tn. Hj Shah. Terima kasih, terima kasih tuan sudi singgah. Tak sangka.... InsyaAllah akan diusahakan mana yang saya mampu.

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam wbt.

Terima kasih sudi singgah. Inhumanoids tu apa? Nampaknya kena buat appointment dengan en. google lepas artikel ni siap. Kalau ada kelebihan ilmu di pihak anda, marilah kongsikan bersama.

Ibu Separuh Masak said...

Salam En.Khir. Terima kasih sudi singgah. Amat dihargai oleh orang seperti saya yang baru nak berjinak-jinak di lapangan blog ni. Mana silap sila beri tunjuk ajar.

Anonymous said...

cepatlah ibu buat next series plak.. :D

Matahari Dan Bulan said...

Teruskan Ibu....

support u always..

Ibu Separuh Masak said...

Terima kasih Matahari Dan Bulan. Sedang diusahakan. Bulatkan tarikh 29/10/2012 di kalendar anda. InsyaAllah, next post pada tarikh itu. :D

Ibu Separuh Masak said...

ye, ye, sedang diusahakan. ada dalam draft mode.

Dzulfikr said...

Assalammualaikum ibu...

Tahniah Ibu untuk blog nie... nak tunggu artikel seterusnya! Follow dari blog MOM tp silent reader jer heheh...

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam wbt En. Dzulfikr. Terima kasih sudi follow. Artikel yang ditunggu dah tiba...

jimio said...

Tahniah dan teruskan, niat yg baik dan nurani nescaya lambat cepat akan dtg hasilnya...

Ibu Separuh Masak said...

Terima kasih En.Jimio.
Singgah-singgah selalu.

manusio.biaso said...

salam ibu.. ^_^


xsmpai 24jam lg sy tersesat kat sini..

terbaik dr ladang bile sistem phadaman sy akn bkerja lg stelah lame terbengkalai pas blog MF & SRIKANDI jrg2 sgt post sumthing..

kbenarannya sy slalu sgt kat MoM tp xview kt comment2..

tahniah kt ibu ats sgala usaha ibu tuk mlahirkan blog ni..

moga2 ibu dlimpahkn rahmat & keberkatan dari-NYA sntiasa..

AMIN.. =D

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam wbt @manusio-biaso,

Akhirnya kelihatan nama anda di sini setelah sekian lama saya hanya baca komen-komen anda di MoM. Terima kasih sudi singgah, terima kasih sudi komen, terima kasih sudi doakan saya.. aminnn.. rajn-rajinlah singgah.

Fared said...

Salam Ibu...

Baru tertengok blog ini... Menarik kisah2 yg dipaparkan. Teruskan merungkai mana2 misteri yg boleh dirungkaikan.

Wira Watan.

Ibu Separuh Masak said...

Wslm En.Fared a.k.a Wira Watan,

Selamat datang, terima kasih sudi singgah.. Silakan melihat-lihat..

tcer_mai said...

Tahniah, nanti saya letak kat bloglink saya. bagus untuk anak-anak..

Anaknda Bertuah said...

Assalammu'alaikum...Ibu. Anaknda tumpang lalu. Sedap hidangan2 ibu kat sini walaupun separuh masak...

Terima kasih Ibu... minda anaknda sedang mencerna hidangan2 ibu...

Ibu Separuh Masak said...

Assalamualaikum wbt,

@tcer_Mai : jumpa lagi kita, terima kasih ticer.

@Anaknda Bertuah : Wa'alaikumsalam anaknda. Jemput dan silakan singgah bila-bla masa.

Wassalam.

Anonymous said...

Dusta semata-mata

yana said...

salam ibu..
tahniah wlpon dh agak tlewatkan..hehe..
sya mmg suka dgn gaya penulisan ibu ..ilmu2,kajian dan jga pendapat yg ibu kongsikan dcni..juga sikap ramah ibu yg mbalas smua komen2 di blog ibu ini..
bg sya apa yg ibu kongsikan sgt bmanfaat dan bole dterima akal fikiran yg logik...klu x kberatan bole tak ibu mbuat artikel dan kajian pasal lautan bermuda segitiga yg penuh misteri tu...selalunya bila sya klik pak google je...smua kajian n fakta mgenai bmuda sgitiga tu dtg dr blog2 negara jiran yg sukar utk difahami bahasa kseluruhannya...dan jarang skli ada blog2 dr tanah cni yg mnbitkan artikel ttg isu bmuda ni...n melihat keupayaan ibu dan bakat ibu mbuat kajian n mgupas scara mdlm n tperinci ..sya rasa ibula org yg tepat utk mbuat kajian ttg bmuda yg penuh misteri tu...harap2 ibu dpt laksanakan(jika ada msa tluang) ya ibu....ok ibu..sorry komen pjg sgt...wassalam..;)

Ibu Separuh Masak said...

Assalam Yana, terima kasih sudi singgah dan kena dengan selera. Sorry, komen pendek sangat.. hehe..



Unknown said...

Teruskan perjuangan..best2

Unknown said...

Thank you very much because you have always shared many new things to us
I am very happy because I can get articles that are very weighty contents
Maybe I will come back to your site. Greetings :)

Obat Benjolan Di Vagina Obat Benjolan Di Selangkangan Penyebab Sering Buang Air Kecil Cara Menghilangkan Budug Ciri-Ciri Benjolan Di Payudara Karena Kanker & Non-Kanker Obat Herbal Kaligata Cara Menghilangkan Benjolan Di Vagina Obat Infeksi Lambung Cara Mengobati Infeksi Jamur Pada Miss V dan Area Selangkangan Obat Herbal untuk Menyembuhkan Usus Buntu