Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, hamba yang hina memulakan artikel pada kali ini. Semoga apa yang ingin disampaikan dapat diterima pembaca semua Ya Allah, Amin.
Assalamualaikum wbt.
Berjumpa lagi kita di sini. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya? (walaupun tiada yang sudi bertanya) Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan misi yang tergendala oleh kekangan masa dan keadaan. Artikel ini bukan sambungan siri dajal dan teknologi misterinya, tetapi lebih kepada pembetulan dan penambah-baikan.
Baiklah, saya ingin bawa anda semua menjejaki kembali tapak-tapak yang pernah kita tinggalkan. Jika anda masih ingat akan senarai-senarai teknologi dan binaan misteri di siri 1, 2, 3, 4, sebenarnya ada pembetulan yang saya lakukan. Sekiranya saya ada terbaca atau menemui maklumat-maklumat terbaru, maka saya akan perbetulkan untuk mengelakkan salah tanggapan akan sesuatu perkara. Setakat ini ada 2 maklumat yang saya dapatkan iaitu berkenaan tengkorak kristal dan peta Piri Reis.
Pembohongan tentang crystal skull sudah di update di sana, tetapi untuk peta Piri Reis, saya akan buat di sini memandangkan tidak semua daripada anda membaca semula apa yang telah dibaca pada siri-siri sebelumnya. Kita ulang tayang senarai no. 11 di sini.
11. Penemuan peta oleh seorang laksamana Turki, bernama Piri Reis. Peta bertarikh sekitar kurun ke 16. Peta ini melakar kedudukan basin Amazon di Selatan Amerika dan jajaran pantai Utara Antartika dengan TEPAT. Menurut pengkaji topografi, tidak ada satupun di antara lokasi ini dapat dipetakan KECUALI setelah pesawat terbang dicipta sekitar kurun ke 20. Tanda tanya timbul bagaimana peta Antartika ini dapat dilakar sedangkan jajaran itu terbenam di bawah ais yang sangat dalam selama -/+ 4,000 tahun. Teknologi apa yang diguna agaknya ya… brrrrrrrrrr sejuk!! (ahahaha, kelakar, badan pun ikut menggeletar).
*********
Semasa saya bertandang ke blog hijabulcrews, saya ada terbaca berkenaan peta ini dan siapa Piri Reis. Ini kali kedua saya membaca artikel yang sama. Yang pertama, saya tak ingat di mana dan kurang mengambil endah lalu terlupa. Bacaan yang kedua membuatkan saya ingin membuat pembetulan supaya anda yang pernah membaca artikel seumpamanya dapat satu kesimpulan yang tidak memeningkan kepala dan keliru mana yang boleh dipercayai. (rasanya artikel itu dibuat berdasarkan info wikipedia cuma bab illuminati tu ditambah sendiri sebagai penyedap rasa dan ianya habis macam tu aje. maksud saya, ia tergantung dan tiada penjelasan lanjut especially tentang bab ketinggian yang jadi sumber kehairanan pengkaji barat. cuma yang dibanggakan oleh kita adalah peta tu dihasilkan oleh orang Islam, kita jadi terlupa tentang faktor penting itu).
Harus saya ingatkan semula, artikel yang saya tulis ini adalah berdasarkan pembacaan buku yang dihasilkan anak tempatan yang saya olah mengikut suka hati saya, hmmmm... jahat tak saya? Jadi, sekiranya saya terjumpa sesuatu yang boleh dipercayai, saya muatkan sekali sebagai pembetulan dan tambahan. Nama saja manusia, pasti ada kekeliruan di mana-mana. Ada satu dua kekeliruan tidak bermakna semuanya keliru sama. Yang maha benar hanyalah Allah swt. Ingat tu, jangan nak menyalahkan sesiapa. Sebab tu, rajin-rajin la membaca ya, dan guna logik akal yang dikurniakan Allah kepada kita, jangan main ikut saja... yang saya buat ni tak semestinya anda pun boleh terus percaya. Jika anda terjumpa atau terbaca fakta yang lebih konkrit, share lah sama-sama. (buku yang saya maksudkan adalah.... RAHSIA. hanya akan diberitahu selepas artikel ini tamat. Saya nak tengok ada sesiapa tak yang perasan saya menulis bersumberkan buku apa).
Mari kita sama-sama baca dulu petikan berikut dari blog hijabulcrews :
"Peta itu adalah karya Muhiddin Piri Reis. Beliau adalah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer muslim terkemuka dari abad ke-16. (nama penuh beliau ialah Haji Ahmed Muhiddin Piri)
Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander yang Agung, 8 peta karya ahli geografi muslim, 4 peta Portugis dan 1 peta hasil karya Columbus. (di sini tertinggal 1 peta dari tanah arab. Ada pula yang mengatakan 20 sumber)
Kemudan peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkas menjadi satu peta dunia. Ini sesuai pengakuan Piri Reis, "Di dalam abad ini (pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya". Kata Piri Reis lagi, "Dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta.... maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai..." (bertandatangan dan bertarikh pada bulan Muharram tahun 919 hijrah= tahun 1513).
INI PULA PENDAPAT SAYA : Jika diteliti, tak pun menghairankan hasil kejadian peta Piri Reis itu. Sepertinya, beliau hanya membuat penambahbaikan. Yang hairan adalah orang barat, bagaimana peta seumpama itu, yang hanya boleh diambil dari jarak ketinggian tertentu (macam kita tengok google map), boleh dihasilkan oleh Piri. Mana diorang boleh terima kan? Sebab tahap penghasilan peta sehingga nampak sungai, lembah, pergunungan, pulau dan padang pasir sehingga antartika, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit pada abad ini.
Sampai di sini, diorang terhenti, masih termangu-mangu kehairanan dan tidak sependapat. Anda pula bagaimana? Sudah dapat jawapan daripada persoalan ketinggian tu? Kalau nak tunggu feedback anda memang berjanggut saya nak update ni. Tidak mengapa, saya kongsi dengan anda semua apa yang saya dapat simpulkan.
KLU yang saya dapat dari petikan adalah peta-peta Alexander the Great. Bila saya baca tu, terus PLING, keluar mentol yang amat terang di atas kepala saya (hahaha.. jangan anda percaya, tipu aje ni). Tapi serius, secara metaforanya memang begitu. Ini bukan sekadar menduga-duga dan buat hipotesis sendiri tapi diteguhkan oleh fakta hadis nabi Muhammad saw. Anda mungkin tertanya-tanya apa kena mengena peta-peta Alexander dengan hadis nabi kesayangan kita kan? Peta-peta itu memang tiada kena mengena, tetapi Alexander The Great itu yang ada. Tapi kenapa? Sebab....... Alexander the Great itu adalah Iskandar Zulqarnain seperti yang disebut di dalam Al-Quran.
Sila baca hadis di dalam tafsir Al-Qurthubi, seperti berikut :
Uqbah Ibnu Amir menyatakan Nabi Muhammad saw mengatakan kepada segolongan orang daripada ahli kitab yang menanyakan berkenaan Zulqarnain kepada baginda (Nabi menjawab), "Zulqarnain adalah raja muda dari Rom, yang diberikan kekuasaan/kerajaan kemudian berjalan ke Mesir dan membina kota Iskandariah. Ketika selesai, beliau didatangi oleh malaikat dan dimikrajkan (dinaikkan ke langit). Kemudian malaikat itu berkata, "Apa yang kau lihat?" Zulqarnain menjawab :"Aku hanya melhat kotaku (Alexandria) dan tidak melihat yang lainnya". Malaikat itu berkata lag : "Itu adalah bumi semuanya dan [bahagian] yang gelap (sawad) itu yang kau lihat melingkari [daratan] itu adalah lautan (bahr), Allah ingin memperlihatkan bumi kepadamu. Dan menjadikan bagimu kekuasaan (sulthon) di bumi itu. Kemudian berjalanlah di bumi, ajarilah orang yang bodoh dan teguhkanlah orang-orang yang berilmu".
Bagaimana saudara? Apa perasaan anda selepas membaca petikan hadis nabi berkenaan Alexander the Great ini? Itulah dia bird's eye view seperti yang diutarakan oleh pembaca Seri Mala. Cumanya yang melihat bumi itu adalah Iskandar Zulqarnain bukan jin atau binatang bijak suruhan nabi Sulaiman a.s. Malah kedudukan ketinggiannya lebih tinggi daripada burung sehingga ke tahap satelit. Kasihan para pengkaji itu kan? Dalam mereka tertanya-tanya, kita sudah ada jawapan konkrit bagaimana Iskandar Zulqarnain dapat memetakan keseluruhan dunia yang ditambahbaik oleh Haji Ahmed Muhiddin Piri. Iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah dengan cara Alexander diangkat ke langit. AllahuAkbar.
Alhamdulillah, kelegaan melanda saya. Sudah saya sampaikan kepada anda sebuah kebenaran tentang misteri Peta Piri Reis. Dari hasil penemuan peta itu juga dapat lebih mengesahkan bahawa Alexander the Great dari Macedonia adalah Iskandar Zulqarnain yang disebut di dalam Al-Quran. Alexander Zulqarnain bukan anak dewa Zeus atau anak dewa Ammon. Dia bukan kafir. Dia bukan berfahaman animisme atau penyembah berhala. Dia bukan gay. Dia adalah muslim dan mukmin sejati sehingga namanya terpahat di dalam Al-Quran, anugerah istimewa yang menjadi sebutan dan tauladan untuk kita, golongan yang terkemudian.
Ya Allah, Maha Suci Allah yang memberi kita pengetahuan. Saya rela jika anda sebar-sebarkan maklumat ini supaya mereka pun turut berpengetahuan seperti kita. Saya juga faham jika ada di antara anda di luar sana tidak bersetuju Alexander the Great adalah Iskandar Zulkarnain kerana sehingga kini masih terdapat banyak percanggahan akan siapakah sebenarnya individu yang bernama Iskandar Zulqarnain itu. Ada sesiapa yang berminat dengan kisah ini?
Wassalam.
p/s : Sekarang sedang sibuk mengolah bahan untuk siri 8 dajal dan teknologi misterinya. Harap anda semua sabar menanti.
9 comments:
Cool Ibu...
Thumbs up
Mungkin ada antara peta yang dihasilkan semasa zaman Nabi Sulaiman, dengan mukjizat Nabi boleh menguasai pelbagai makhluk ...mungkin peta dari pandangan udara (aerial view,bird view) dapat dilakukan?
salam, Ibu ni cikgu ke? rasa macam masuk dalam kelas. :))
Salam Semua,
@Matahari Dan Bulan. Tengkiu.
@Seri Mala. Waah kita ada orang baru. Selamat datang. Jawapan tu ada la sipi-sipi sikit.
@Rose. Selamat datang rose. Saya bukan cikgu. Dah baca semua artikel kat sini?
so..apakah jawapan daripada persoalan ketinggian tu?heehee..gtaw la mama...
@biskut merry
Salam @ Biskut Merry : its already here.. cekidaut..
Bab iskandar zulqarnain di mikraj tu saya percaya tp ibu ada bukti ker alexander the great tu Iskandar Zulqarnain..sbb kat tv ari tu kata lain.. sorry yer ibu....bukan nk menyoal tp perasaan nk tau jer
Salam Mohd Firdous, terima kasih sudi bertandang ke blog saya.
Hendak dibuktikan 100% memang tak boleh, hanya ada dalam pengetahuan Allah swt yang Maha Tahu. Yang kat TV tu lain sebab pengkajinya orang lain dan saya tidak tahu dia membuat kajiannya melalui apa (sebab saya tak baca buku dia). Memang ada banyak buku di luar sana turut memberi tafsiran sendiri akan siapakah Iskandar Zulqarnain itu. Tetapi ada satu buku yang saya baca, terus melekat macam magnet, mantap dengan fakta dan cross reference (perbandingan). Saya dapat jawapannya di situ. Kalau Mohd Firdous ada apa-apa yang ingin tahu, berkenaan apa-apa perkara tentangnya , tanya dan soal saja. Selagi saya boleh jawab, saya jawab. Kalau tak tahu, saya kata tak tahu.
ga ngerti ap yg anda tulis d artikel ini, kbyakan dr umat Muslim bercerita slalu d rekayasa. seperti cerita wali songo yg d gadang"kan brasal dr jawa dan salah satu wali yg menikahi seorang putri cina pd jaman dulu tdk mempunyai kturunan. smua itu bhg dan rekayasa, wali songo adalah asli cina muslim yg merapat k tnh jawa n anak keturunan dr wali songo yg mnikahi putri cina itu pun ad. dlm sjarah wali songo, sang putri dan anaknya d kucilkan dr cerita sbnarnya. mrka pikir itu aib yg tdk pntas d msukan k dlm sjarah wali songo, knp bs bgtu? tny ma penulis crita yg fanatik
Post a Comment