Thursday, 29 November 2012

QA Pembaca 1 - Kidxx obito


Bismillaahirrohmaanirohiim..
Assalamualaikum wbt sidang pembaca yang dihormati lagi disanjungi..





Post ini saya buat khusus bagi menangani pertanyaan yang memerlukan jawapan panjang. Jawab pendek-pendek takut maksud saya tak sampai. Follower saya, Kidxx obito (gambar atas) yang dah ada blog sendiri, timurbangkit.blogspot, bertuah sebab komen beliau adalah yang pertama saya ulas. Yang lain akan menyusul kemudian. Komen ini diberikan beliau selepas membaca Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 12). Dah jawab dalam ruangan komen tapi tak cukup ruang la pulak, tu yang copy paste bawa ke sini. (ni gambar anda sendiri ke Kidxx obito?)

Kita ikuti komen beliau :

1)  dlm surah kahfi menceritekan pemuda yang lari dri sistem pemerintahan yg zalim pada zaman tersebut. bagaimana kita mahu mengaitkannya untuk menjadi perisai mukmin kpd dajal?

2)  sy masih mushkil perihal sungai yg dibawa dajal. kalau ikut logik akal seperti metafora/kiasan tp bole jgk jd realiti, ape2 pun kehendak Allah jua.

ini teori dari sy, sekirenya ia realiti ape mungkin sungai yg dijanjikan itu merupakan sungai yg perlu dilalui bukan sekadar meminumnya. ia seolah seperti jalan yg akan menuju ke suatu destinasi (alam ghaib yg telah disiapkn dajal) bagi memanipulasi penontonnya (kitalah). kenapa air? tu sy tak tau tp yg pasti air mempunyai pengaruh yag teramat kuat contoh seperti berwuduk, sumber kehidupan, evolusi cell binatang yg bermula dari air, tubuh dipenuhi air, syaitan bergerak memasuki tubuh melalui darah dan bnyk lg lah.

Bayangkan sekirenya dajal kononnya sebagai penyelamat yg akan menyelamat kn manusia yg ketika itu dlm kesusahan telah menawarkan sebuah PLANET BARU yg boleh didiami dengan syarat menyembah dia. Kalau inilah terjadi bayangkan macam mana keadaan nya, oh ya sudah tentu satu promosi telah dibuat untuk mind control ke arah DUNIA BARU tersebut dan kita pula melihat kejadian itu seperti mainstream aja.

3)  Sy jangkakan imam mahdi sekurg kurng nya mempunyai ilmu laduni hakikat seperti nabi khidir yg menjadi antara faktor beliau berjaya dlm perjuangannya menentang yg batil. Keadilan pun senang dicapai dengan adenya ilmu seperti nabi khidir itu. sesuai dengan jolokan imam mahdi sebagai pemerintah yg adil.

28 November 2012


Kidxx obito dan anda semua, sila baca jawapan saya yang tak seberapa, semoga ada yang boleh diambil  :

1)  Persoalan ini menyentuh tentang aqidah dan kepercayaan kepada yang ghaib. Benteng yang bagaimana, kita kena yakin dan serahkan kepada Allah saja kerana Dia yang lebih mengetahui. Bukan yakin gitu-gitu aje, ianya mesti disertai dengan iman yang kuat. Setakat percaya tapi iman takdak, Allah tak pandang and we can go to hell! heee... seram.

Tapi sekarang kita ada pengetahuan tentang aura. Semua benda dalam dunia ni tak kira hidup atau mati, benda atau binatang, ada aura tersendiri. Saya percaya setiap huruf dalam Al-Quran juga ada aura tersendiri. Bayangkan bila aura huruf-huruf itu digabung menjadi satu surah dengan perintah tertentu daripada Allah swt sendiri melalui lidah Nabi yang ummi, mesti begitu kebaboom hasilnya. Tapi sebab tak nampak, kita tak perasan kehebatan itu kecuali jin dan syaitan. Jadi, kita pun malas nak baca...

Bila kita rajin baca dan hafal sehingga jadikan kebiasaan, dan kita yakin akan janji Allah, sudah tentu cahaya aura pertahanan yang Allah swt kurniakan kat surah tu, turut jadi benteng juga untuk kita, sampaikan jalur-jalur dan aura fitnah yang dibawa konco-konco dajjal itu hancur begitu saja. Semakin lama dibaca, maka semakin terang pula cahaya aura itu akan meliputi kita. Kepada anda yang punya ilmu lebih tentang ini, sila lah kongsi dan perbetulkan persepsi saya ni jika tersilap. Sesungguhnya, ini hanya mengikut kefahaman saya sahaja.

2)  Yang tentang 7 pemuda tu, mungkin telah tiba masanya Allah swt mahu kita belajar tentang relativiti matter, time and space dengan lebih jauh. Dajjal telah menguasai ilmu ini seperti makan kacang putih (maksudnya dah terer sangat ar tu) dan tujuannya tentulah untuk menipu manusia iaitu dengan menggunakan ilusi silap mata bagi mengelabui mata kita. 

Contoh paling cun adalah filem The Matrix. Dengan memanipulasi reseptor-reseptor tertentu dalam otak, minda diprogramkan dan dipergunakan untuk merasakan semuanya walaupun secara realitinya badan hanya terbaring kaku. Jadi, semuanya berkaitan dengan minda yang ingin disilap matakan. Seolah-olah seperti kisah 7 pemuda yang dialih-alih oleh Allah swt ke tempat lain dalam abad yang berbeza dan dikatakan akan dibangunkan semula untuk membantu perjuangan Imam Mahdi. Kan macam silap mata tu.. tetapi silap mata Allah is the greatest, so yakinlah dengan Allah. Al-Quran pula, sebagai mukjizat yang nyata, sentiasa sesuai dengan matter, time and space. Dari sejak zaman Nabi Muhammad saw sampai zaman sains dan teknologi, pelbagai persoalan yang dikemukakan, penyelesaiannya pasti ada dalam kitab suci ini walaupun seringkali disanggah oleh mereka yang jahil dan kufur.  Macam tak percaya? Tapi itulah hakikatnya.

Kemusykilan tentang sungai pula. Cuba anda bayangkan Allah swt yang mampu melakukan apa saja dengan kun fayakunNya. Allah telah memberi dajjal peluang untuk menjadi tuhan walaupun palsu selama 40 hari.  Kalau dah jadi tuhan, mestilah macam-macam boleh buat, kan? Minda kita hanya dapat mengungkap logik dan rasional melalui pemikiran (IQ) dan emosi (EQ), jadi tanpa kecerdasan spiritual (SQ - tahap keimanan dan keyakinan yang tinggi), memang sukar untuk kita memahami yang ghaib. Kerendahan tahap SQ inilah yang sedang dimanipulasikan dengan sehebat-hebatnya oleh dajjal. So, Allah mahu kita sebagai hambanya yang begitu banyak kekurangan ini, hanya percaya dan yakin padaNya dan ayat-ayatNya. I think that's the whole point. 

TAPIKAN, kalau ikut pemikiran akal saya yang sempit ni, sungai-sungai dajjal tu boleh juga dilambangkan sebagai air yang diisikan ke dalam 2 jenis water tank yang super duper besar, ada gambar api yang menyala-nyala dan satu lagi gambar air yang jernih lagi sejuk. Letak atas lori, datang buat agihan, tinggal kita nak pilih yang mana. heeee... boleh gitu?

Kalau anda ingat tentang ley lines dan binaan batu-batu, yang dibawahnya terdapat sumber-sumber air bawah tanah, mungkin dari situlah dia akan mendapatkan air (ni dajjal mesti marah sebab kita dah tahu rahsia dia). Kena ingat tau, kita kena pilih air yang ada gambar api yang menyala-nyala, jangan minum yang gambar air sejuk dengan ais kerketul-ketul macam iklan coca cola tu.. (ini berkaitan dengan ilusi minda juga, dah la haus-haus rasa macam nak mati, lagi nak pilih api, mati la kita.. naya je yeob.. tapi kena pilih juga sebab Nabi Muhammad saw dah pesan). Zaman huru-hara macam tu dah tak terfikir kot nak mandi ke nak cantik-cantik lagi dah, bersuci pun dengan tayammum, nak bersuci dari hadas pun guna batu.

Air memang essential dalam kehidupan. 70% badan kita adalah air. Beberapa hari tak makan takpe, janji ada air. Di sini, dajjal mengambil peluang mempengaruhi manusia untuk beriman dengannya juga melalui pengagihan air (setelah tiga tahun tak hujan dan bumi menghentikan hasil secara berperingkat). Kalau ikut logik, mana kita boleh hidup dengan bacaan zikir, kan macam mustahil kan? Tapi di sinilah kita kena betul-betul yakin dengan Allah swt. Tapi bagaimana? 

Dengan ilmu dan iman untuk menolak tipuan dajjal. Dengan zikir, tasbih dan tahmid untuk dijadikan makanan oleh tubuh badan. Walaupun takde makanan untuk dimakan, takde air untuk diminum, namun, nampak tak janji Allah untuk memelihara umat Islam yang mukmin? Mata memang tak nampak makanan, tangan memang tak menyuap, mulut memang tak dapat nak merasa, tapi jiwa raga, hati dan minda kita dapat terus bertahan hidup dengan zat-zat yang Allah beri melalu kalimah-kalimah zikir tersebut. Maha Suci Allah, tiba-tiba terasa rindu denganNya.. Jom cepat-cepat perbaiki iman dan kukuhkan keyakinan kita... jom, jom.

Jangan lupa, syaitan juga menggunakan air untuk mengumpan kita supaya kufur semasa sakaratul maut. Semuanya berkaitan dengan deria. Dalam kita sakit dan rasa kehausan yang amat sangat, tiba-tiba syaitan yang menyamar sebagai ibu dan ayah kita, bawa air yang sejuk nyaman macam air dalam iklan coca cola (tengok lah, ini namanya mind control melalui iklan, so far, daripada iklan mind control pasal air minuman, ni yang paling bagus sekali, tak ingat air lain lagi dah). Tinggal kita nak terima ke tidak. Memang malang sungguh kalau kita terima. Dengan perkataan : "iya, aku mahu air itu", terus dia menghilang. Dengan air-air sekali hilang. Dengan iman-iman sekali melayang.  Maka tabir neraka pun terangkat dan itulah yang kita lihat di penghujung hayat. Bukankah itu permainan ilusi namanya? Dari ilmu inilah syaitan mengajar dajjal tentang fantasi ilusi ni untuk memanipulasi minda kita semua..

Tentang promosi dan propaganda dunia baru, planet baru, jangan terlalu difikirkan. Perkara ini hanya dibesar-besarkan oleh manusia jahil dan hanya akan diikuti oleh mereka yang sama jahil, kufur dan lemah iman. Memang nantinya dajjal akan memperlihatkan lembah syurga dan lembah nerakanya setelah tabir alam jin terbuka melalui gerbang-gerbang stargate yang kita dah bincangkan dulu. Jin syaitan memang terrer bab-bab silap mata ni. Kat sinipun mungkin dia suruh kita pilih, nak syurga ke nak neraka.

Kalau pilih syurganya, segala kenikmatan keduniaan zahir batin boleh anda kecapi. Maksiat berleluasa dan semuanya halal belaka. Tempat tinggal anda subur, rumah besar, makan minum tak jadi hal kerana semuanya berkecukupan sehingga harta melimpah ruah. Tapi kalau pilih nerakanya, kering kontanglah kampung kita bak padang jarak padang tekukur. Semua harta yang tertanam ikut dia pergi. Yang ada hanyalah penderitaan. Itu belum kira anak isteri yang lari meninggalkan kita kerana terpesona dengan kilauan harta kebendaan. Pada masa tu kita hanya ada Allah, hanya kepadaNya lah tempat kita mengadu. Jadi saudara, tugas kita sekarang. Tingkatkan iman dan takwa, jangan tangguh lama-lama sangat, nanti takut tak sempat. Ajar sekali anak-anak dan isteri untuk sama beringat-ingat.

3)  Imam Mahdi sebagai waris keturunan paling istimewa, sudah pastilah baginda pun istimewa juga. Tugas untuk memimpin umat adalah tugas yang bukan calang-calang, mesti disertai dengan ilmu yang besar. Apalagi yang nak diperangi adalah dajjal dan kaum-kaumnya. Yang tu, kita tak perlu risau sebab semuanya adalah kerja dan perancangan Allah swt semata-mata. Apa yang kita perlu buat adalah, yakin dan yakin seyakin-yakinnya akan perancangan itu.


Kan saya dah kata jawapan ni panjang. Dah macam artikel dah kan? Harap Kidxx obito dan anda semua boleh terima jawapan saya yang tak seberapa. Kalau salah tolong tunjukkan.


Wassalam.





15 comments:

budin said...

Best2....

details huhu insaf2

Anonymous said...

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
KATA KUNCI : AL QURAN

2.(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
KATA KUNCI : PENGAWAS, UNTUK MEMBERI AMARAN

3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
KATA KUNCI :BALASAN BAIK SELAMA-LAMANYA

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
KATA KUNCI : ALLAH MEMPUNYAI ANAK (AWAS KAUM MANA YANG BERKATA-KATA SEBEGINI)

5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
KATA KUNCI : SYIRIK, DUSTA

6.Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
KATA KUNCI : JANGAN BINASAKAN DIRI DISEBABKAN KECEWA JIKA MEREKA ENGGAN BERIMAN

7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
KATA KUNCI : BUMI SEBAGAI PERHIASAN, MENGUJI MEREKA
8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

9. Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
KATA KUNCI : MENYANGKA KISAH ASHAABUL KAHFI DAN AR RAQIIM SHJ YG MENAKJUBKAN, MEMBUKTIKAN KEKUASAAN

10. Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
KATA KUNCI : BERDOA, KURNIAKAN RAHMAT, KEMUDAHAN, PIMPINAN, UNTUK KESELAMATAN AGAMA KAMI.

ULASANNYA: CUBA RENUNGKAN, BUKANKAH TELAH DINAYATAKAN, APA YG HARUS MENJADI PEGANGAN, WASPADA DENGAN KAUM YG TERNAYA SESAT, DUNIA HANYA PERHIASAN, BANYAK PERKARA YANG MENAKJUBKAN BOLEH BERLAKU UNTUK MEMBUKTIKAN KEBESARAN/KEKUASAAN ALLAH, JADI BERDOALAH, SERAHKAN DIRI SEPENUHNYA KEPADA ALLAH.......... DARIPADA DIA KITA DATANG KEPADA DIA KITA DIKEMBALIKAN...... MATIKAN DIRI SEBELUM KAMU DIMATIKAN..... INILAH KUNCI MENGHADAPI SERANGAN DAJAL.

Wa Apek, tak leti o....
copy paste ma.........
soli ha........

gila-haih said...

ilusi dajal sebenarnya sedang berleluasa sekarang. lihatlah di sekeliling kita.

lihatlah cara hidup manusia di sekeliling kita. apa yang sedang berlaku. ilusi dajal dari segi cara;

1) kewangan
2) pemerintahan
3) pendidikan
4) perundangan

kesemua keempat empat ini adalah contoh yang sangat bolt yang boleh kita lihat.

bayangkan jika kita tolak cara keempat ini dan gantikan dengan cara seperti yang di ajar nabi, apa akan jadi pada kita?

sudah tentulah kita berada di neraka dajal. tapi mampukah kita menolaknya? lihatlah, mulanya kita ke sekolah dan di ajar dengan silibus yang diluluskan dajal.

sehingga tamat phd, dajal kata owh awak pandai, maka di berilah sekeping kertas. dengan kertas ni, maka kerjalah kita dibawah pemerintahan cara dajal, mendapat duit cara dajal.

apabila didapati bersalah, maka kita dihukum cara dajal, bayar ja selesailah ia.

indahnya dunia. dan apabila kita sedar, mampukah kita menyedarkan anak perempuan dan isteri kita?

maka kita pun bercucuk tanam, ditinggalkan anak isteri.


inilah syurga dan neraka dajal, kita di akhir zaman. cerita dajal ni bukan cerita 'pada masa tu', 'bila dajal keluar nanti'. tidak

tapi sekaranglah! NOW!


pilih syurga dajal, hidup senang.
pilih neraka dajal, hidup susah.
pilih syurga sikit, neraka sikit, hidup sedarhana.


oh susahnya, bagai menggenggam bara api.

y u no see it!


adakah saya gila?





..
GILA-HAIH!!

maaf ism, buat macam blog sendiri pulak. ahaha. waraskan saya kalau saya gila.maaf maaf

Ibu Separuh Masak said...


Assalamualaikum dan waalaikumsalam,


@budin : betul ni insaf?


@apek : terima kasih sudi berkongsi. sangat dihargai.


@gila-haih : suatu perkongsian yang baik sentiasa saya terima dengan tangan terbuka. Saya lagi suka kerana ada interaksi dari pembaca yang tergerak untuk mengeluarkan apa yang ada di minda. Dengan demikian, kita menyalur pandangan yang orang lain tak mahu dengar atau buat-buat tak dengar di tempat yang ada orang baca, seperti saya..

Tidak dinafikan kita sedang hidup dalam sistem ciptaan dajjal dari semenjak kita dilahirkan. Namun fitnah terbesar masih di sebalik tabir. Zaman getir yang disabdakan baginda rasulullah saw adalah semasa dajjal mula menzahirkan diri dan mengaku sebagai tuhan. Semoga melalui pencarian ilmu, kita tahu mana yang harus dipilih.

Setiap baris ayat dan setiap patah perkataan yang kita ucapkan seharian, umpama doa. Cuba elakkan patah perkataan "saya gila" dalam berbicara (walaupun hanya tulisan, tapi ia cetusan dari minda), takut diaminkan malaikat, jadi betul-betul karang macamana?. Ampunkan dan maafkan saya sekiranya sedikit teguran mendatangkan kecil hati anda. Saya sayangkan semua tetamu saya, tolong jangan marahkan saya ya..


Wassalam.

Unknown said...

Ya ibu this is too much!

Anyway,terime kasih tak terhingge kerane sudi dan sanggup berpenat lelah menjawab soalan sy, huhuu


Oh gamba profile sydiatas bukan lah gambaran yg sebenar. hanya ilusi mengaburi mata.hehe mcm plan dajal pulak.Dont woryy, malah sy lebih hencem . opsss :p

Much Appreciated!

gila-haih said...

maaf ism, saya mengalami interior complex. kerana itu saya bertanya. kerana buruk baik handsome pandai panjang lawak manis masin gila penyayang dan lain-lain sifat adalah suatu yang dibanding-bandingkan.

jika ditanya merah itu macam mana? maka kita membandingkan ianya dengan darah. maka kita kata merah itu warnanya seperti darah.

dalam kes ini, sebagai seorang yang dilabel gila, saya tidak tahu di mana letaknya saya di sudut pandangan orang lain. pandangan orang lain terhadap saya lah yang meletakkan saya di mata orang lain. bagaimanakah saya sebenarnya. adakah benar saya gila. atau apakah. saya tak kisah pun sebenarnya, permainan kanak-kanak ja.

saja ja gunakan orang lain untuk melihat diri sendiri (macam cermin). itu saja.


kerana ISM tidak selesa. saya minta maaf, dan terima kasih atas teguran. ahaha




..
GILA-HAIH!!

Ibu Separuh Masak said...


Salam,


@Kidxx obito : sama-sama. takdelah penat, nak jawab pun tak perlukan buka buku. Keluarkan apa yang ada dalam otak aje.

Awak lagi hensem ke? Kalau berani letak le jadi profile picture.. heee..


@gila-haih : kalau saya jadi cermin, saya akan membalikkan yang baik dan hensem aje supaya yang empunya diri bangga melihat siapa dia sebenarnya. seorang khalifah. bukankah Allah menjadikan semua manusia tu sama? yang membeza hanyalah iman mereka.

berbeza pendapat tak semestinya kita gila la wak, tapi jangan terlalu obses dengan pendapat sendiri, bersederhanalah dalam segala sesuatu. jangan berlebihan..


Wassalam.

Fared said...

Salam Ibu dn para follower kt sini...

Tertarik dgn petikan ini...

' Semakin lama dibaca, maka semakin terang pula cahaya aura itu akan meliputi kita. Kepada anda yang punya ilmu lebih tentang ini, sila lah kongsi dan perbetulkan persepsi saya ni jika tersilap. Sesungguhnya, ini hanya mengikut kefahaman saya sahaja. '

- Aura yg terdapat di dlm surah-surah dan ayat Al-Quran waima Bismillah sekalipun adalah kuat auranya. Satu kejadian dimana kekuatan aura di dlm air yg dibacakan surah Al-Fatihah yg pernah di kaji oleh saintis Barat membuktikan kekuatan molekul2 air bergerak pantas berbanding dgn air yg tidak dibaca apa-apa ayat Al-Quran. ( artikel berkenaan dgn ini sy dh lupa sbb dh lama sngt )

- Dan sy percaya mmg terdapat aura yg kuat di dlm setiap ayat2 Al-Quran bermula dgn Bismillah. :)

Wira Watan.

p/s: hanya jauhari mengenal manikam.

Unknown said...

sory, yg itu sy tak dpt tunaikan. biarlah bergerak dalam dalam bayang bayang dalm internet nie. Ramai pemerhati :)

FADZ said...

@gila haih: saya tertarik dengan komen anda mengenai neraka dajal. saya setuju hidup kita memang dipengaruhi sistem dajjal.

kadang2 saya pernah terpikir nak berhenti kerja, nak lari dari sistem dajal nih. klu boleh saya nak duduk di kampung tanam jagung..nak beribadah jek..hehe

tapi sanggupkah saya nak bersusah-susah basuh pinggan/kain pakai perigi,masak pakai arang, kena maki ngan mak sebab dapat keje elok2 g berenti sedangkan saya mampu beli mesin basuh, dapur dan sebagainya..hahha..ni baru nama keje giler kot!

aada sapa-sapa yang sanggup tak?hehe..

nak lari memang tak boleh lari, apa yang boleh dibuat, hadapinya dan lawan..=)

just my opinion..

@ism: ana suka quote ibu pada gilo-haih
"kalau saya jadi cermin saya akan pantulkan imej yg baik-baik...

satu motivasi untuk ana =)

Anonymous said...

Definitely believe that which you stated. Your favorite justification seemed to be on the
web the easiest thing to be aware of. I say to you, I definitely get irked
while people think about worries that they just do not know about.
You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without
having side-effects , people can take a signal. Will likely
be back to get more. Thanks

Also visit my web-site :: Free Batman Games

zull said...

Salam, terima kasih kerana berkongsikan info yg bermanfaat, sy ada terbaca tntg aura di satu blog ini yg sepertinya mengatakan aura itu dtgnya dr hindhu dan sesat, copy > Melalui ajaran hindu ini, aura
dijelaskan adalah “The sixth
chakra is referred to as the
third eye chakra. It is located in
the central cavity of the brain.
Its basis is the intuition faculty
and all that is governed with
the imagination. The color of
the aura radiated in the open
and balanced sixth chakra is a
deep rich purple, such as
amethyst. It is the link from
which we perceive the higher
zones and higher planes” rujuk
http://www.plf.net/
robinsbiowriting/chakra.html
Ajaran hindu ini telah
berkembang meluas ke serata
pelusuk dunia. Orang Amerika
dan Eropah telah mula
mempelajari amalan ini dan
seterusnya mempraktikkannya.
Memang ini bukan satu
kesalahan bagi mereka kerana
ajaran hindu dengan ajaran
agama mereka adalah
bergurukan guru yang sama
iaitu syaitan dan iblis. Namun
adalah satu perkara yang amat
malang apabila ajaran ini sudah
dipelajari dan diamalkan oleh
anak bangsa kita serta
diamalkan dengan amat
berleluasa. Lihat sajalah laman
web ini http://
www.rakanhot.com/myforum/
modules.php?
name=Blogger&file=display&jid=
4
Lihat sajalah artikel tulisan
mereka:
“ Bicara pasal aura buat
sementara waktu....OK..kita
boleh membentuk diri dgn tau
apa aura kita sebenarnya....
APA ITU CHAKRA?
~ Chakra merupakan tempat
yang menyimpan tenaga yang
dicerap oleh sistem antena
individu iaitu mata, telinga,
hidung, mulut & kulit . ~ Terdpt
7 pusat chakra ~ root chakra
(merah), sacral chakra (jingga),
solar plexus (kuning), heart
chakra (hijau), throat chakra
(biru), third eye chakra (indigo)
dan crown chakra (violet).
FAKTOR YG MEMPENGARUHI
AURA
~ Pencemaran alam sekitar,
jerebu, dadah, arak, penyakit
hati, perubahan emosi, fizikal,
mental, rohani, dan keadaan
sekeliling. ~ Aura berputar
mengelilingi badan kita
mengikut putaran lawan jam
yg berbentuk bujur telur.
Medan tenaga ini berputar
mengikut kelajuan tersendiri
(paling perlahan dibahagian
bawah dan paling laju
dibahagian Crown Chakra). ~ 7
pusat chakra ini akan mencerap
tenaga-tenaga positif
disekeliling kita dan tenaga-
tenaga inilah yg membantu kita
membentuk keperibadian,
kerohaniah & juga kesihatan
kita. Sekiranya pintu-pintu
chakra ini tersumbat, bocor &
aura tidak seimbang, maka
individu berkenaan akan
cenderung terjebak di dalam
konflik atau masalah yang akan
menjejaskan perkembangan
personaliti kita dan kesihatan
diri.Kesemua ini ada kaitannya
dengan AURA, CHAKRA &
kehidupan kita.

http://laman-emjay.blogspot.in/2007/03/hukum-mengamalkan-aura-chakra-kuasa.html?m=1

zull said...

Salam nak tanya, adakah nas2 yg sahih yg
menyatakan bhw setiap huruf dlm al-
quran ada khasiat nya, dan ada
'penjaga'/penunggu nya?

http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/penjaga-huruf-al-quran.html?m=1

zull said...

byk pulak link adoyai maaf ya

http://taotauajer.blogspot.com/2011/02/omg-rahsia-air-apabila-dibaca-ayat-suci_06.html?m=1

silent reader aslnya

zull said...

Salam,

Ayuh kenali ciri-ciri golongan
Wahabi/Salafi/ Ghair
Muqallid atau yang seibu atau
sebapa dengan nya....
Ciri-ciri Wahabi dari sudut
AQIDAH(kepercay aan
dalam hati):
01. Gemar membahagikan-
ba hagikan tauhid kepada
tiga bahagian
iaitu Tauhid Rububiyah,
Uluhiyah dan al-Asma Wa al-
Sifat lantas
menyamakan umat Islam kini
dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj
Asyairah dan Maturidiyah
yang
merupakan dua komponen
utama dalam Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
03. Kritikal terhadap sistem
pengajian Sifat 20.Selalunya
mereka suka menghina
ajaran sifat 20 sebagai ajaran
falsafah Yunani dan Greek.
04. Gemar membahaskan
ayat-ayat mutasyabihat dan
membahaskan perihal istiwa
Allah Taala, tangan Allah
Taala, di
mana Allah Taala dan lain-lain
ayat mutasyabihat lagi lantas
memahami ayat-ayat itu
dengan zahir ayat dan
mencerca mereka
yang mantakwil ayat-ayat ini.
Akhirnya mereka secara tidak
sedar
termasuk di dalam golongan
Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu
fiqh dalam bab aqidah,
seperti
tawasul dan istighatsah
lantas mensyirikkan dan
mengkafirkan
amalan-amalan yang tidak
sehaluan dengan mereka.
Juga
mensyirikkan amalan yang
tidak dipersetujui contohnya
mambaca
salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan
kalimah syirik dan kufur
terhadap amalan
yang mereka tidak persetujui
(Khawarij Moden).
07. Amat kritikal dan benci
terhadap tasawuf serta
tarikat(jemaah zikir) dan
mengatakan
bahawa tasawuf dan tarikat
diambil daripada ajaran
falsafah
Yunan, agama Buddha dan
dll.
Ciri-ciri Wahabi dari Sudut
FIQH:
01. Kritikal dan tidak hormat
terhadap mazhab-mazhab
fiqh yang 4 dan menganggap
sesiapa yang berpegang
kepada satu mazhab adalah
taksub dan
jumud. Mereka akan
menyarankan mengikut fiqh
campuran atas
corak pemahaman mereka
dan menamakannya sebagai
Fiqh
Sunnah. Selanjutnya >>


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=394934320649579&id=120292974780383&refid=17