Sunday, 11 November 2012

Dajjal Dan Teknologi Misterinya Siri 9



Assalamualaikum wbt

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim


Jumpa lagi kita... Cerita ni tak habis lagi laa.. Ingat tamat kat Atlantis aje ke? Banyak lagi nak story ni. Meh duduk dekat-dekat sikit.

Kita mulakan kisah ini dengan misteri kaum Maya.

Kaum Maya berlokasi di Semenanjung Yucatan sekitar Teluk Mexico tidak jauh dari perairan Bermuda dan sedikit ke arah barat laut Florida. Check the maps out.. Dah macam belajar geografi pulak ya...

     


Kaum Maya pada asalnya adalah kaum yang lemah dan mundur. Mereka hidup di kawasan pedalaman dengan tanah yang tidak subur dan bergantung kepada padi huma dan jagung sebagai makanan ruji. Mereka jarang berhubung dengan dunia luar dan sering ditindas oleh puak yang lebih kuat. Mereka sering terdedah kepada bencana alam, penyakit dan serangan musuh dari kaum lain. 

Justeru itu mereka telah mengadakan ritual persembahan korban kepada sang dewa hujan, langit, hutan atau gunung dan lain-lain lagi buat melindungi mereka. Korban yang dipersembahkan adalah terdiri dari kalangan kanak-kanak, anak gadis sunti dan kalangan pahlawan dari pihak lawan yang disiksa dan dipancung kepalanya. Tubuh korban akan dihumban dari tebing tanah tinggi selepas jantungnya direntap keluar semasa masih berdenyut.

Namun kehidupan mereka yang mundur mula berubah drastik apabila berjumpa dengan seorang lelaki aneh dan misteri ini. Lelaki ini mengajar mereka tentang agama, memperbaiki kehidupan sehingga perlahan-lahan mereka berupaya bangkit membina piramid dan kompleks yang menakjubkan. Kehidupan mereka menjadi lebih maju. Mereka mahir  dalam bidang pentadbiran, ekonomi, astronomi, mempunyai kaedah pengiraan yang tepat, mempunyai kemahiran senibina dan seniukir yang mengkagumkan dan sistem pertahanan yang kuat sehingga berjaya menyatupadukan jiran-jiran di sekeliling mereka.

Dari pembacaan melalui pelbagai blog berkenaan tamadun Maya, perkara yang menjadi pertanyaan, iaitu kemajuan yang ditinggalkan tidak lagi menjadi misteri. Sebenarnya jika dikaji, tidak langsung menghairankan saudara. Perpindahan besar-besaran boleh saja disebabkan peperangan antara pucuk pimpinan, perebutan harta dan kuasa. Kekacauan yang terjadi membuatkan Maya tidak stabil dan kaum itu tidak lagi merasa selamat.

Kajian terbaru pula menunjukkan kawasan itu pernah dilanda kemarau berpanjangan sehingga menjejaskan kehidupan dan tanaman kerana keporosan tanah yang teruk. Ini kerana kawasan itu merupakan kawasan yang mengalami proses evaporasi (penyejatan) yang pantas. Sekiranya berlaku kemarau yang teruk, sukar bagi mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka pun mencari petempatan baru yang lebih sesuai dan semakin berkembang. Lama kelamaan, mereka semakin serasi tinggal di petempatan yang baru. Seperti di Malaysia, banyak tapak-tapak bersejarah yang pernah menjadi pusat pentadbiran juga ditinggalkan, contohnya tapak pentadbiran Johor Lama di Johor. Nak contoh lain boleh tambah sendiri. Sangat logik kan hipotesis ini? Takde maknanya nak misteri-misteri lagi.

Inilah sebahagian apa yang ditinggalkan oleh kaum Maya semasa pemerintahan mereka yang panjang itu.

 
 
     
Chichén Itzá, a famous archaeological site of the Maya civilization, helps make the Yucatán peninsula a popular Mexican tourist destination.
Lord Pacal Votan of the Maya

Penulis buku menunjukkan dengan jelas bahawa teknologi, ilmu dan kemahiran kaum Maya sebenarnya diperolehi dari seorang lelaki misteri yang datang dari arah laut, mendarat di pesisir pantai Amerika Selatan lalu memudiki sungai dan memasuki kawasan pedalaman. Kenyataan ini beberapa kali diulang dan ditemui dalam teks kajian mereka. Lelaki aneh ini akhirnya dianggap sebagai manusia dan dewa agung. Perhatikan petikan di bawah:

"This I was now beginning to understand was closely linked to the teachings of the great god-human or avatar the Aztecs called Quetzalcoatl and the Mayan, Kukkulcan. Perhaps it was from him that they learnt about sunspots cycles or at least obtained their astronomical knowledge. I felt sure that underneath the myths and superstitions there was a real human being, a wise teacher, who had once instigated a religion, based upon self transformation".

Terjemahan :

"Di sini saya mula memahami kaitan rapat adanya ajaran tuhan-manusia atau dewa (avatar) yang dipanggil Quetzalcoatl oleh puak Aztec atau dipanggil Kukkulcan oleh puak Maya. Barangkali dari dialah mereka belajar tentang kitaran titik matahari atau paling tidak ilmu astronomi. Saya berasa yakin bahawa di sebalik mitos dan kepercayaan tahyul, ada manusia sebenar, pengajar bijak, yang mencetuskan ajaran beragama, berdasarkan perubahan diri".

Dr.Maurice dan Adrian percaya bahawa individu itu adalah seorang pengembara. Dia menggunakan jalan laut untuk sampai ke Mexico dan bukan dengan pesawat terbang. Ini sekaligus menafikan bahawa ilmu dan kemahiran kaum Maya datangnya dari makhluk asing (kenyataan ini untuk orang barat yang taksub dengan UFO. untuk muslim, kita percaya akan makhluk ghaib).

Di dalam versi lain, terdapat catatan bahawa kaum Maya pernah dikunjungi oleh seorang pelayar bernama  Pacal Votan. Dia mengharungi Lautan Atlantik dan menuju ke Kepulauan Canaries sekitar Bermuda. Pacal Votan dikatakan sebagai seorang tua berjanggut dan memakai jubah labuh memudiki Sunga Usumacinta. Dia tiba di daerah Palenque dan hidup dengan kaum di daerah itu.


Perhatikan pula petikan kata-kata Erich Von Daniken, pentaksub UFO ini :

"He came from unknown country of rising sun in white robe and he wore a beard. He thought all the people all the science, arts and customs and left very wise laws. It was said that under his direction, corncob grew as big as a man and the cotton grew already colored. When Quetzalcoatl had fulfilled his mission, he returned to the sea, preaching his teaching en route and boarded a ship there which took him to the morning star".

Terjemahan : "Dia datang dari negeri matahari terbit yang tidak diketahui, memakai jubah putih dan berjanggut panjang. Dia mengajar manusia tentang pelbagai cabang ilmu sains, seni dan cara hidup dan meninggalkan hukum perundangan yang tinggi. Dikatakan bahawa, di bawah ajarannya, hasil jagung membesar sebesar saiz manusia dan pohon kapas tumbuh dengan hasil siap berwarna. Apabila misi Quetzalcoatl tercapai, dia kembali ke laut, sambil mengajarkan ajarannya di sepanjang perjalanan dan menaiki kapal laut yang membawanya ke arah bintang fajar (dawn)".

Walaupun taksub dengan teknologi makhluk angkasa, barisan penulis masyhur seperti Erch Von Daniken, Edgar Cayce, Prof. Charles Hopgood dan Adrian Gilbert, semuanya merujuk kepada kehadiran seorang lelaki misteri yang datang dari arah laut, hidup sebagai ketua biara (priest), diterima sebagai dewa agung (human-god avatar), mengajari ilmu-ilmu ketamadunan dan kemudian pergi (dalam teks yang lain, dia digambarkan sebagai mati dengan penuh keajaiban) dan berjanji akan kembali semula di saat dunia memerlukannya.

Mana-mana penulis dan pengkaji tamadun Maya akan menemui fakta ini : seorang lelaki aneh yang pada awalnya diterima sebagai penasihat, kemudian dianggap sebagai dukun agung dan akhirnya diterima sebagai dewa di dalam bentuk manusia. Ironisnya, fakta ini seolah-olah mereka abaikan atau tidak mampu diungkapkan. Fakta ini mengingatkan kita kepada pesan nabi Muhammad saw bahawa dajjal di saat kemunculannya akan tampil sebagai penyelamat manusia, kemudian mengaku dirinya nabi dan akhirnya mengaku sebagai tuhan manusia.

"Tidak ada lagi kesamaran tentang dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian menyeru atas namaku sehngga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan dapat menguasai mereka dan dia masih berbuat seperti itu hingga ke Kufah. Lalu dia menampakkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian setelah itu dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah nabi". Dengan ucapan itu bingunglah orang-orang yang masih memilki hati dan akal yang lurus lalu meninggalkannya. Dajjal masih terus hidup sehingga dia mengatakan : "Aku adalah Allah". Dengan itu matanya akhirnya tertutup, telinganya terpotong dan di antara kedua keningnya (dahinya) tertulis perkataan 'kafir'....". (riwayat Imam At-Thabrani dari Sulaiman bin Syihab).

Sekarang cuba anda baca teks kuno yang ditemui oleh Muhammad Isa Dawud :

"Dajjal setuju dengan mereka, padahal dia menyembunyikan sesuatu di dalam dirinya. Tibalah saat yang dinantikan. Dajjal menghadiri upacara kemunculan syaitan. Tetapi anehnya, syaitan yang mengaku sebagai tuhan itu tidak juga datang atau ia datang tetapi tidak menampakkan dirinya. Setelah berlalu dua hari, ketika mereka yakin bahawa ia tidak muncul, kerana pelbagai kesibukannya menguruskan alam ini (menurut dugaan mereka), tiba-tiba pada hari ketiga, ia menampakkan diri kepada mereka di atas gunung di dalam kegelapan. Tubuhnya seakan-akan fosforus, menyala atau membiaskan cahaya. Ia menyeru mereka untuk bersujud. Maka melumuri tubuhnya dengan satu bahan seperti fosforus atau bahan itu memang fosforus yang disapu pada tubuhnya. Lalu ia menampakkan dirinya kepada mereka dengan sinar cahaya atau permainan api. Dia berkata kepada mereka :

"Tanda keredhaanku ke atas kamu semua ialah adanya seseorang yang akan hidup di tengah-tengah kamu. Dia adalah puteraku. Aku mengutusnya kepada kamu dan seluruh alam. Dia adalah raja kamu dan anak tuhan. Jika dia memerintahkan sesuatu, taatilah, jika dia meminta sesuatu, berilah. Jika di memberi kepada kamu maka bersujudlah kepadanya...." "

Pastu baca yang ni pula, petikan daripada Dr.Maurice M.Cotterell :

"When they reached the place they were searching for, now again there he, (Quetzalcoatl) wept and suffered. In the year 1 Reed (so it is told, so it is said), when he had reached the ocean shore, the edge of the sky water, he stood up, wept, took his attire and put his plumes, his precious mask. When he was dressed of his own accord, he burned himself, he gave himself to the fire. So that where Quetzalcoatl burned himself is called 'The Place of Incineration'. And it is said when he burned, his ashes rose up and every kind of precious bird appeared and could be seen rising up to the sky. .... and after he had become ashes, the Quetzal bird's heart rose up, it could be seen and it was known to enter the sky. The old men would say he had become Venus, and told that when the star appeared, Quetzalcoatl died. From now on he was called 'The Lord of the Dawn' ".

Terjemahan :  "Apabila mereka tiba di tempat yang di cari, di sana sekali lagi dia bersedih dan menderita sakit. Pada tahun inilah (seperti yang diberitakan, seperti yang disampaikan) ketika dia tiba di tepi pantai, di gigi air, dia berdiri, menangis, mengambil pakaian kebesarannya dan memakai topeng kemuliaannya. Bila pakaian kebesaran sudah siap dipakai, dia membakar dirinya, membiarkan dirinya terbakar dalam marak api. Maka terbakarlah Quetzalcoatl di tempat yang dinamakan 'Biara Pembakaran'. Dikatakan ketika dia terbakar, abunya naik ke udara dan bertukar menjadi burung-burung istimewa yang berterbangan ke udara..... dan sesudah jasadnya bertukar menjadi abu, burung-burung Quetzal seperti yang dapat dilihat dan diketahui, terbang menjulang naik ke langit. Menurut kata orang tua-tua, dia telah menjadi bintang kejora dan ketika bintang tu terbit, itulah tanda Quetzalcoatl telah mati. Mulai saat itu, dia menjadi apa yang dipanggil 'Dewa Fajar' ".

Kembali kepada tajuk perbincangan. memang benar petikan ini tidak tepat secara berturutan, namun insiden pembakaran diri pada hakikatnya berlaku. Dinyatakan di dalam dua teks yang berbeza, ia merujuk kepada proses penipuan dajjal yang mempersona (transform) dirinya menjadi tuhan, Lord of the Dawn. Dr.Maurice menceritakan di dalam bukunya bahawa, berlaku proses kelahiran semula (reinkarnasi). Daripada manusia kepada tuhan manusia. Justeru Quetzalcoatl itu menjadi immortal - kekal muda dan tidak mati.

Bermula daripad Zammna menjadi Kukkulcan, daripada Kukkulcan menjadi Quetzalcoatl dan seterusnya Quetzalcoatl menjadi Lord of the Dawn. Pada asalnya Zammna ini hanya seorang manusia yang datang dari Atlantis seperti yang dinyatakan di dalam bukunyat :

"... The Atlanteans would have appeared gods, their leader Iltar being called Zammna by them anda revered as the father of the other gods...."

 Terjemahan : "Orang-orang Atlantis merupakan jelmaan tuhan-tuhan. Ketua mereka Iltar dipanggil Zammna oleh mereka (kaum Maya) dan menjadi bapa (ketua) kepada tuhan-tuhan yang lain... ". (tuhan matahari, langit, gunung, mambang merah, mambang kuning, mambang hijau, mambang biru dan sebagainya.. hahahaha (sendiri rasa kelakar pulak).

Yang ni dari petikan Adrian Gilbert pulak, anda baca terjemahannya, dah malas nak tulis teks english. Ini menyatakan tentang perwatakan manusia misteri tu :

"Merujuk kepada kepada lagenda Aztec dan Toltec (tamadun pra-maya), Quetzalcoatl seorang yang tinggi, berkulit cerah, berjanggut dan sungguh berilmu dalam segala hal termasuk spiritual. Sebagai raja, dia memerintah dengan adil dan aman ke atas semua rakyatnya yang diistilahkan sebagai zaman keemasan. Bagaimanapun dia dipaksa pergi  (yang sebenarnya  masa untuk dia kembali ke alam hibernasi jin) ..... dia belayar ke arah timur dengan rakit berbentuk naga. Sebelum dia pergi ke arah matahari terbit, dia berjanji bahawa satu hari nanti dia akan kembali lagi memerintah dunia dengan keadilan".


Yang ni dari Erich Von Daniken. Dia jumpa teks mitos tentang manusia misteri semasa mengkaji tamadun Inca di Pergunungan Andes, Peru : Viracocha juga dianggap bapa kepada semua tuhan yang disembah :

Inca Civilizationmp

"Viracocha adalah manusia elemen suci dan purba... dia memakai pakaian seperti seorang tua. Viracocha menjelajah pergunungan Andes dan sepanjang pesisir pantai. Kerapkali kehadirannya tidak diterima dengan baik. Ketika di Cacha, dia amat tersinggung dengan penerimaan penduduk di situ lantas dia membakar tebing dan langsung memusnahkan seluruh negeri. Viracocha meneruskan pengembaraan, memberi petunjuk dan nasihat dan banyak biara dibina sebab kehadirannya. Akhirnya dia perlu mengucapkan selamat tinggal di daerah Manta dan hilang di samudera seperti di telan ombak, namun dia telah berjanji akan kembali lagi". (di sini pun ada the I WILL BE BACK part).

Lelaki misteri ini wujud di sebalik setiap tamadun dan monumen dunia yang penuh misteri dan berjanji akan kembali dengan satu misi untuk menyelamatkan dunia. Anehnya, lelaki misteri ini seolah-olah tidak mahu dikenali nama dan wataknya. Dia hanya mahu dikenali sebagai manusia yang akan kembali semula ke dunia sebagai tuhan dalam bentuk avatar.

Kesimpulannya : Kod-kod rahsia dalam bentuk ukiran, tanda-tanda aneh, simbol-simbol, ciri-ciri tertentu hanya boleh dibaca oleh orang tertentu. Ia sebenarnya adalah kapsul masa untuk dibongkar di masa kita,  konon nak kita heran sangat la pasal manusia misteri yang akan kembali ni. Ok guys, nak heran sekejap boleh, tapi jangan lama-lama. Sebab kita dah tahu siapa dia.

Untuk senarai teknologi yang lain seperti yang dinyatakan di awal artikel, jalan cerita tentang manusia misteri ni lebih kurang sama. Tup-tup, baru nak tutup, saya terjumpa sesuatu yang amat-amat menarik tentang tamadun Maya. Saya rasa ramai yang tak tahu tentang perkara ni. Jom saya tunjukkan apa yang menarik sangat tu....

 Binaan di kawasan Comalcalco

Comalcalco adalah sebuah bandar pelabuhan utama Maya. Mereka membina bangunan besar daripada lumpur yang dibakar menjadi bata dan apa yang menarik adalah.... ada inskripsi (sejenis tulisan) di sebelah dalamnya. Daripada 3,671 bongkah bata yang berinskripsi, 2,129 bata mempunyai inskripsi Maya manakala 499 bata lagi punya inskripsi yang tidak disangka. Ada tulisan Arab, Phonecia, Libya, Mesir, Ogam, Tifinag, Cina, Burma dan Paliburma. Bata yang lain, tidak diketahui jenis tulisannya, ada yang berukir binatang-binatang seperti gajah dan binatang lain yang tidak terdapat di sana. (http://www.myanmars.net/myanmar-history/mayan-civilization.htm). Terus terbuka mata akan hubungan tamadun ini dengan nusantara. Tapi ini bukan masanya untuk diterokai kaitan itu (eiiii.. ada orang sudah excited). Kalau nak juga, kaji dulu sendiri, pastu boleh beritahu saya rujukan anda. Buku apa, link apa dsb untuk kita sama-sama muatkan dalam satu artikel khas yang lain. Atau anda pun boleh buat sendiri dalam blog anda. Ok sesangat. Boleh saya pergi jenguk-jenguk ke blog anda pula nanti. :P

Lawa-lawa gadis utara Mexico (daerah Tabasco) yang ni kan. Paras sebijik-sebjik macam muka malayu nusantara.


End with Mayan Incan, let us meet in Shi Huang Ti (Qin Shi Huang) Era.

Seperti semua sedia maklum, ada terdapat beberapa piramid di Cina. Kali ini kita pergi ke daerah Xian. Ia jauh dan kelihatan terpencil namun sebenarnya ia terletak di antara ladang dan sawah padi yang luas. Sebuah lubang misteri dijumpai pada 1974 apabila seorang petani secara tidak sengaja terpijak sebuah lubang besar yang disangkanya rekahan atau jurang (tak pasti samada penemuan itu tidak sengaja atau memang disengajakan, keran sudah sampai masa kapsul itu dibaca orang). Well, the rest was history. Terkejut badaklah masyarakat ketika itu apabila mendapati figur-figur bersaiz manusia berpakaian panglima tentera maharaja cina dahulukala tertimbus di situ.

Patung-patung terracotta dan piramid yang ada di Xian sebenarnya saling berhubung. Ia adalah hasil kerja seorang maharaja cina yang penuh misteri (penat sebenarnya nak sebut-sebut misteri ni). Maharaja tersebut hadir dengan penuh magis dan mewujudkan sesuatu yang mustahil dilakukan oleh manusia biasa.  Sekali lagi Dr. Maurice M.Cotterell menulis fakta-fakta yang menakjubkan dengan membongkar misteri di sebalik simbol dan kod patung terracotta di dalam bukunya ' The Terracotta Warriors : The Secret Codes of the Emperor's Army' (buku terbaik selepas The Mayan Prophecies).  Buku tersebut melanjutkan pencarian makna serta persamaaan dengan ritual kepercayaan kaum Maya, pengikut Tutankhamun di Mesir dan pengikut Viracocha di Peru. Hanya setelah meneroka semua misteri patung terracotta, jawapan itu ditemui.

Patung terracotta itu adalah patung perajurit Maharaja Shi Huang Ti. Dibina mengikut saiz sebenar manusia dan seberat 500kg setiap satu. Jumlah keseuluruhan patung adalah 8,000 buah dan sudah berusia lebih 2,000 tahun.

Dr. Maurice berpendapat, patung tersebut dibina dengan tujuan tertentu seperti kapsul masa.. Kompleks itu dibina dengan makna dan maksud yang tersembunyi. Setelah kod dan simbol itu dileraikan, ia menjelaskan rahsia di sebalik rahsia ; kewujudan tuhan yang hidup di sebalik penjelmaan matahari. Tuhan ini diabadikan sebagai matahari yang terbit pada waktu pagi. Matahari adalah lambang keabadian tuhan. - Son of God.

Kalau diteliti, masa sekarang adalah masa di mana semakin banyak misteri terbongkar. Banyak penemuan arkeologi ditemui. Penemuan-penemuan baru di tempat yang sama pun baru-baru ini terbongkar. Contohnya : Penemuan harta karun di tapak arkeologi Maya dan tinggalan bersejarah di bawah tapak kaki kiri Sphinx di Mesir yang tidak dapat dikesan sebelum ini. Apa yang menarik (semua di sini memang menarik), penemuan itu terbongkar melalui ramalan Edgar Cayce yang lebih dkenali sebagai The Sleeping Prophet. Dia mendapat semua ilmu termasuk perubatan semasa tidur (saya sangat pasti, segala bentuk bantuan itu datang daripada  pengaruh jin atau syaitan).

Samada mempercayainya atau tidak, Dr. Maurice telah menemui persamaan misteri antara Tutankhamun, Maya, Viracocha dan patung terracotta. Semua menuju ke satu arah yang sama - kelahiran semula Super God. Doktrin-doktrin ini wujud setelah semua simbol dan kod dihuraikan, malah ia turut menyamai misteri lakaran di binaan agam dan monumen aneh dunia sama ada di Mexico, Peru, Mesir dan sekitar Eropah.

Petikan Dr. Maurice :

".... kajian kami mendedahkan bahawa formasi perajurit, begitu juga dengan bentuk tubuh terracotta mengandungi kod maklumat tersembunyi yang sama dengan yang didapati di makam Lord Pacal (Mexico), Tutankhamun (Mesir), Viracocha (Peru).... : (dengan mesej) rahsia Tuhan Matahari dijelaskan dengan susunana angka-angka".

Hakikat sebenar Shi Huang Ti diceritakan oleh seorang penulis China sendiri yang bernama Ssu-ma Ch'ein (The records of the Historian). Seperti sejarah Maya, Shi Huang Ti dikenali sebagai Dewa Agung. Dan seperti manusia misteri yang lain, Shi Huang Ti disemadikan di dalam sebuah piramid (tidak dapat dipastikan kematiannya kerana ia dikaburi dengan kisah, kononnya dia sudah mati selama 50 hari baru sampai ke istana untuk dilakukan upacara persemadian. kalau dah 50 hari tu kira mayatnya dah tak rupa dia la. sedangkan pada masa itu, proses pengawetan mayat sudah berjaya dilakukan. yang sebenarnya dia tidak ingin dikenali, kalau dikenali dah tak jadi misteri lagi. kan?).

Sila baca petikan :

"Bukti dari khazanah Shi Huang Ti menunjukkan bahawa dia adalah seorang pemimpin spiritual yang mengetahui tujuan sebenar kehidupan di dunia. Shi Huang Ti, seperti pendiri tamadun Maya, mampu melihat masa lalu dan akan datang. Dia meramalkan siapa yang akan datang sesudahnya....".

Profil sebenar Shi Huang Ti masih menjadi tanda tanya. Banyak karya yang menggambarkannya sebagai seorang manusia yang penuh kesaktian. Dia berkuasa mencipta piramid, menyatukan bangsa dan suku kaum yang pelbagai (sebelum ni asyik bergaduh dan berperang saja) dengan doktrin pemerintahan yang digeruni, melahirkan mitos dan kepercayaaan aneh serta segala misteri lain yang menyerupai kuasa tokoh legenda Quetzalcoatl, pendiri kerajaan Maya. Untuk mengukuhkan bahagian utara, Shi huang Ti telah memerintahkan hamba-hamba dan banduan-banduan  untuk membina barisan pertahanan yang kini dikenali sebagai Tembok Besar China.

Emperor Qin Shihuang- an eternity emperor

Patung-patung perajurit itu dibina dengan unik. Wajah-wajah patung tu membawa makna dan diukir dengan maksud tertentu. Ia dbentuk berdasarkan l0 tulisan cina iaitu : shen, ryh, jiah, yuor, young, jih, muh, fehng, tirr dan guor. Apabila abjad ini disusun dan ditafsirkan, ia membawa maksud seperti berikut :

".... lihat dan perhatikan dengan teliti wajah dan kedudukan tentera di dalam lorong-lorong, dan huraikan rahsia matahari dan tuhan, dari dulu hingga sekarang".


Well! Well! Well! Terdapat pesanan di sebalik mimik muka para perajurit perang itu rupanya. Pembinaan patung-patung ini dengan sengaja mahu menyampaikan mesej-mesej tertentu secara sembunyi. Mesej tentang keabadian tuhan dan hubungannya dengan kuasa matahari. (perhatikan bagaimana semua perajurit berdiri mengadap matahari terbit seolah-olah menanti kedatangan seseorang yang dijanjikan. di bahagian atas terlukis perjalanan sejumlah bintang-bintang). Kapsul masa lagi...

Salah satu penemuan msteri yang lain ialah kemunculan angka 666 dan 999. Angka-angka itu kerapkali muncul. Ketika menghitung susunan bilangan perajurit, ketika menghitung titik-titik tombol di baju perajurit sehingga ke jarak patung-patung ini : ia disusun dengan kesudahan angka-angka ; 666 merujuk kepada kejahatan dan 999 merujuk kepada anak tuhan atau 'son of heaven'. Angka-angka ini juga ditemui oleh Dr.Maurice di dalam kajian Mayan Prophecies, Tutankhamun Prophecies dan dalam The Lost Tomb of Viracocha (angka 999 adalah angka khusus yang dikaitkan dengan tuhan dan melambangkan Super God atau dewa agung).

Dr. Maurice cuba merungkai makna kewujudan angka ini di dalam mitos Shi Huang Ti. Adalah sesuatu yang membingungkan, bagaimana angka yang sebenarnya terkandung di dalam kitab perjanjian lama terdapat di dalam mitos di zaman Shi Huang Ti. Kewujudan angka-angka ini bukanlah satu kebetulan. Ia telah dirangka secara sengaja. Kini is wujud sebagai satu kepercayaan. Bagi kita yang membaca teks ini beranggapan, ia seperti mitos purba yang penuh mistikal, tetapi tidak bagi mereka yang hidup di zaman Shi Huang Ti - ia adalah sebuah keyakinan dan kepercayaan. Kepercayaan bahawa maharaja mereka adalah 'Son of Heaven' yang mempunyai kuasa sakti. Dia juga adalah dewa agung yang akan kembali memerintah dunia pada satu hari nanti.

Pada awalnya, agak sukar untuk menerima bahawa lelaki aneh ini wujud di setiap kisah mitos dan misteri dunia. Bukan sekadar terpencil untuk kaum Maya, ia tampil dengan pelbagai nama dan gelaran serta diterima sebagai penasihat dan dukun agung. Apa yang pasti dia bukan antara nabi yang ramai jumlahnya kerana tiada bukti menunjukkan dia meninggalkan ajaran agama tauhid yang mengesakan Allah.

Sila perhatikan petikan-petikan berikut ;

1. "Still numbers of questions remains unanswered, why did so many different cultures, so distant from one another, find satisfactions in criss-crossing their landscape have similar attributes with straight lines?".

Terjemahan : "Masih terdapat beberapa persoalan yang tidak dapat dijawab, mengapa sekian banyak peradaban, yang jaraknya jauh antara satu sama lain, mempunya persamaan dan ciri yang serupa?".

2.  "Plate 16c shows a terracotta figure of a white man with a beard that was found in a Han tomb near Anking ..... suggesting that a story of a white man with beard, who shared something in common with the Sun-shield. Similar stories from the Mural of Bonampak explain that Lord Pacal was born in stable, performed miracles and died in sacrifice on the wooden cross".

Terjemahan : "Plet 16c menunjukkan wajah seorang lelaki terracotta berkulit putih dan berjanggut ditemui di makam Han berdekatan Anking..... ia seolah-olah berkongsi kisah tentang seorang lelaki kulit putih yang berjanggut (artifak the Sun-sheild). Kisah hampir sama dari Mural of Bonampak (kisah Viracocha di Peru) menyatakan bahawa Lord Pacal yang telah dilahirkan di kandang kuda, melakukan keajaiban dan mati mengorbankan diri di atas kayu salib".

3.  "The Sun-shield of the Zapotec period, AD 700 was made at around the time that a white man with a beard (Quetzalcoatl) was thought to have lived in Mexico".

Terjemahan : "The Sun-shield (artifak) pada era Zapotec sekitar 700 tahun masehi telah dibuat pada ketika seorang lelaki kulit putih berjanggut (Quetzalcoatl) diperkirakan hidup di Mexico".

4.  "We have seen how Lord Pacal was known as both feathered snake and the stag. The dragon of China was also a feathered snake and a stag. And the dragon was chosen insignia of Shi Huangdi, the first Emperor of China who, legend says was the Son of Heaven, just like Lord Pacal, Jesus, Tutankhamun (tut-ankh-amun - the son of god), and Viracocha - foam of the sea. Shi Huangdi never died but became a dragon that flew to the sun to live for ever. The dragon is the feathered snake and the feathered snake is the sun which means that Shi Huangdi must, like the other sun kings - Lord Pacal, Tutankhamun and the Viracochas, have been the sun itself - GOD".

Terjemahan : "Kita sudah melihat bagaimana Lord Pacal dikenali melalui gambaran rusa jantan dan ular bersayap. Naga di dalam kepercayaan China turut dilambangkan sebagai rusa jantan dan ular bersayap (naga). Dan lambang naga telah menjadi simbol pengenalan Shi Huang Ti, maharaja pertama China, di mana legenda menyatakan bahawa dia adalah 'Son of Heaven', sama seperti Lord Pacal, Tutankhamun (anak tuhan), dan Viracocha - buih lautan. Shi Huang Ti tidak mati, malah dia telah bertukar menjadi naga yang terbang ke arah matahari dan hidup selama-lamanya. Naga itu adalah ular bersayap dan ular bersayap melambangkan matahari, yang bermakna, Shi Huang Ti, seperti Lord Pacal, Tutankhamun dan Viracocha - adalah matahari itu sendiri ".

Tak sabar nak habiskan artikel ni. Macam tak habis-habis. Bersabarlah anda membaca perkongsian ilmu ini ya. Walaupun saya tahu pembaca-pembaca blog ni lebih banyak pengetahuan dan pengalaman berbanding saya. Layankan aje...



Wassalam.





28 comments:

Matahari Dan Bulan said...

thanks ibu

Teringin nk lawat tapak arkeoligi kaum mayan ni

Syaq

Unknown said...

nice article.
bagi pendapat aku la,memang benar terdapat bnyk persamaan jalan cerita selain dari cerita diatas ,tarikh lahir jesus 25 disember pun bnyk same dgn tarikh tuhan2 dulu mcm tuhan mesir osiris. persoalan die adakah kebetulan atau dirancang. semkain lame mengkaji semkain dpt hidu benang2 yg boleh dijadikan titik penemuan. Cume soalan besar dari aku samada bende ini adalah buatan dajjal atau pun syaitan. Sepekara lagi, memang telah aku akui dunia nie telah ditetapkan takdir jalan ceritanya oleh Allah.Aku pernah membuat eksperimen pasal kesamaan dlm sesuatu perkara(sory tk boleh detailkan) keputusan nye,hasil eksperiment itu tiada jalan lain selain titik notah.dan hasilnya teori yg same timbul. samada kebetulan atau mmg tu jelah jawapan die aku masih tktau lagi.tp eksperiment nie pun tk bape nak perfect sgt.
akhir sekali terime kasih add aku. salam

Anonymous said...

assalamu'alaikum, ibu1/2masak

agak nya era kini jika ada tokoh yg memenuhi spt ciri-ciri itu... mungkin dgn;
i.dakwaan keilmuan yg pelbagai bidang dgn umpama meyakinkan-menakjubkan- mengkagumkan...
ii.dakwaan dan pengakuan yg mencenggangkan berbau kerahsiaan, misteri etc...
iii.dakwaan mewarisi, memiliki kekayaan bertrilion2... emas berpukal2... yg boleh digunakan utk kemashalatan? umat manusia...
iv.dakwaan mewarisi darah kebangsawanan, keturunan diraja atau tokoh2 keagamaan... etc
v.dakwaan menguasai alam dan makhluk nyata dan ghaib?... etc
vi.dakwaan memiliki dan menguasai segala kunci-kunci perbendaharaan yg nyata dan ghaib?... etc
vii. dakwaan etc.etc.etc...

DAKWAAN DAN PENGAKUAN DAN PEMBUKTIAN....

mungkin nanti ibu boleh buat artikel tentang tokoh2 zaman kini yg ada membuat dakwaan, pengakuan etc ini...

tq, ab

Anonymous said...

Assalam ibu,

teori tentang kedatangan semula tokoh yang berambut panjang,berkulit putih etc ni memang dibincangkan oleh Graham Hancock dalam bukunya 'Fingerprints of the Gods' ...
Teringat pula 'giant statue heads'di Rapa Nui aka Easter Island ....mereka itu semua tersusun menghadap ke suatu arah yg sama seolah-olah menanti kepulangan 'seseorang'? Telah dibuktikan di dalam kajian arkeologi baru-baru ini bahawa 'statue' tersebut bukan berbentuk kepala sahaja malahan merupakan struktur badan seperti manusia yang lengkap, cuma telah terkambus.

Ibu Separuh Masak said...

Salam semua,


@Matahari Dan Bulan a.k.a Syaq : Sama-sama. Boleh aje kalau nak pegi ke tapak lawatan. Those places are open to tourists sebab dah takde apa-apa artifak yang tinggal. kalau adapun, yang masih tak dapat detect lagi.


@Kidxx obito : 25 Disember bukan hari lahir nabi Isa a.s. Kenapa tak nak share kajian anda tu? Terlalu sensitif kah? Rugi tau kalau ilmu simpan sendiri (mode nak korek rahsia). Tak semestinya perfect untuk berkongsi. The most perfect is Allah swt ONLY. Tentang persoalan semada misteri itu kerja dajjal atau syaitan, saya memberat ke arah dajjal (dengan bantuan syaitan of course). Perhatikan kepada the I WILL BE BACK part yang saya selalu ulang-ulangkan. Itu adalah ayat favorite atau tagline dajjal.


@Ab : Saya rasa apa yang anda cari ada kat dalam blog Mistisfiles. Heavy readers suka baca bahan-bahan kat situ.


@Seri Mala : Ya, benar. Saya tak pasti jika anda sudah baca dari mula, tapi sedikit pengenalan tentang keistimewaan Easter Island dan stonehenge juga ada disertakan. Akan dikupas di siri seterusnya. Nantikan.

budin said...

I'll be back .... ayat populer arnold dlm citer terminator. manusia robot dari masa depan.

Anonymous said...

assalamu'alaikum, ibu1/2masak...

1.adanya ramalan-ramalan spt;

i.ramalan nostradamus di banua eropah...
ii.ramalan kaum maya di banua america selatan...
iii.ramalan-ramalan di india dan china...
iv.ramalan JOYOBOYO di NUSANTARA...

2.ada kaitan kah dgn dajjal...

3.apa pengajaran drp hadis berkenaan amalan meramal ini...

tq, ab

Unknown said...

aku tau, tapi itu mengikut kepercayaan penganut kristian.Harap saudara sudi mentelaah perkare itu sebab aku rase berkaitan dengan topik post nie.
Eh aku biase biase je, takde rahsie mane hehe. Sebab sekarang nie pun bnyk rahsie dah tak jadi rahsie, kan ? :)

http://timurbangkit.blogspot.com/

Unknown said...

ibu..lepas saya baca artikel psl dajjal ni..Hati sy tiba2 terasa nk baca psl si SAI BABA di india tu..so sy baca psl di wikipedia..ada beberapa ayat yg mempunyai persamaan dgn DAJJAL yg ibu cerita

1)Indian guru, spiritual figure, mystic, philanthropist and educator

2)rupa dia org tua yg ada janggut putih (gambar)

3)He stated he would be born again eight years after his death at the age of 96.sama dgn ayat i will be
back

4)Dia bina university, hospital n mcm2 lagi

ada byk lagi persamaan tp sy x pandai nk terang.. ataupun sy ni pandai2 jr buat persamaan kot.. hrp ibu terangkan...

Ibu Separuh Masak said...

Assalamualaikum

@budin : bila minda sudah terbuka, kita melihat sesuatu filem dengan pandangan yang lain. Hanya mampu geleng kepala melihat teknologi pemusnah ditayang di layar perak dengan berleluasa sekali (walaupun konon dikatakan hanya fiksyen, sekarang kita tahu kebenarannya).


@ab : sekiranya kriteria-kriteria hampir sama, kemungkinan besar ada kaitan dengan dia. Apatah lagi bila melihat link yang en.budin beri, ia memperlihatkan arkitektur yang terlalu banyak persamaan antara Bali dan Maya sampai saya terkedu. segala persoalan akan cuba dikupas setelah artikel ini tamat. Insya Allah saya cuba.


@Kidxx obito : beri saya habiskan artikel ni dulu baru saya cuba kupas persoalan yang diketengahkan oleh pembaca semua. Insya Allah saya cuba.


@mohd firdous : saya dah baca bukunya. awak nak saya kupas perkara ini dengan lebih terperinci kah? kalau ya, insya Allah, saya cuba. Selepas artikel ini siap.

FADZ said...

pernah tengok siri arrival yang pasal korban dan dia keluarkan jantung uh tapi tak tahu cita apa..he3

adakah dajal yang ibu maksudkan dia akan datang dengan mengajak kita ke arah kebaikan dan berjuang atas nama agama Allah tapi bila dah rmai pengikut, barulah dia tunjukkan siapa dia??

Ibu Separuh Masak said...

Salam @SAYANGKU RAIHANA,

Itu cerita Apocalypse karya Mel Gibson.

Harus percaya apa yang disabdakan oleh rasulullah saw. Dajjal mendatangi setiap kaum membawa kebaikan sehingga dipercayai ramai orang.

Ikutkan memang itulah kenyataannya.

khalidalwalid_13@yahoo.com said...

info yang menarik dan lain dari yang lain mengenai Dajjal..thanx

Ibu Separuh Masak said...

Salam @khalidalwalid : terima kasih di atas kunjungan anda. anda tertarik? jom ikut saya selongkar apa lagi yang ada di siri seterusnya. tapi sedang digodeh-godeh, belum masak lagi.

NabiKuMuhammad said...

assalamualaikum ibu, jika benar nusantara ini dulu adalah atlantis maka orang melayu ini dulu pernah dikuasai oleh dajjal lah kan? tp masa tu dajjal menyamar sbg raja apa pula di tanah nusantara ni? hmmm..

Ibu Separuh Masak said...

Waalaikumsalam wbt,

@NabiKuMuhammad : Atlantis berada di nusantara? Saya masih skeptikal la tentang ni.. Dajjal selalunya bergaul dengan kerabat atau orang yang berkuasa di sesuatu tempat untuk menjadi orang kepercayaan. Seolah-olah sebagai penasihat sambil dengan licik mengarahkan hala tuju sesuatu kerajaan secara halus. Tidak semestinya dia menjadi raja yang berkuasa, cukup pegang tali untuk jadikan raja tu puppet.

Keberadaan dajjal di nusantara masih dalam pemerhatian.. Teruskan menyokong, mana tahu ada hipotesis terbaru yang boleh dikongsi di masa akan datang. (saya tak belajar kat mana-mana institusi pun, cuma guna instinct melalui pembacaan, itupun tak tahulah betul ke idok).

Wassalam

NabiKuMuhammad said...

sy ada lg soklan nk tanya kpd ibu. mcm mana kita nak bezakan binaan yg dibina oleh dajjal dan binaan yg dibina oleh nabi sulaiman a.s(m'gunakan tenaga jin2 yg tunduk kpd nya satu ketika dulu)? kerana dlm Quran ada cerita jin disuruh bina patung2, gedung2 yg tinggi dan piring2 seperti terdapat di jawa(x silap sy). di jawa ada tempat nama wonosobo. saba? maafkn sy ibu sbb bnyk tanya..hehe

Ibu Separuh Masak said...

Salam @NabiKuMuhammad : soklan awak tu kan macam lah saya ni jin.. (takde pulak orang nak interview jin tanya benda-benda macam ni kan? kalau ada mesti seronok):D

Saya tengah nak siapkan siri seterusnya, nanti-nantilah saya tengok. Tapi menarik jugak la untuk difikir-fikirkan, cuma jangan terlalu taksub sebab tak membawa manfaat samada kita tahu atau tidak.. kan? Bertanya la banyak mana pun, tak kisah tapi jawapannya mungkin saya tak tahu langsung, heee....

gila-haih said...

tertarik dengan kata @NabiKuMuhammad di atas dan ulasan @Ibu Separuh Masak..

berdasarkan artikal ISM, watak yang dajal bawak apabila datang, ianya tidak diketahui dari mana dia datang, hebat ilmunya sehingga penduduk setempat kagum, mengaku dirinya penyelamat, dan hilang lalu I WILL BE BACK..

di alam melayu, mungkinkah watak ini adalah HANG TUAH?

alasan;
1) HT entah dari mana asalnya
2) HT hebat ilmunya sehingga dikagumi penduduk setempat
3) HT menjadi tulang belakang dan punca kekuatan kerajaan masa itu(penyelamat)
4) hilang entah ke mana

adakah HT juga berkemungkinan sebagai dajjal?


..
GILA-HAIH!!

sekadar berkongsi pendapat dan buah idea saja. tidak berniat apa apa. ya lah, dajjal kan bawa watak hero dan baik. (jangan ada pula yang melenting kat saya dengan cemuhan.bila saya cakap, orang cakap saya gila.hehe.salam ukhwah)

Ibu Separuh Masak said...

Salam @gila-haih : Anda berfikiran kreatif dan kritis. InsyaAllah bukan Hang Tuah. Jika anda mahu, nanti saya selitkan biodatanya di mana-mana artikel yang berkaitan.

Setakat berkongsi idea dan pemikiran, takde sape pun nak marah la. Sedangkan Nabi Muhammad saw pun diduga gila-gila, ini pula Hang Tuah. (sapa-sapa semua, anda jangan melenting tau kat GILA-HAIH ni... tapi nak tau juga, ada ke orang kata awak gila? beraninya dia..) :D

Wassalam.

gila-haih said...

saya tak kreatif dan kritis pun, KBKK saya rendah. orang kata saya gila.

disebabkan ISM nak tau..

bila saya cakap tentang sesuatu yang diluar pemikiran masyarakat setempat, depa kata kat saya "HANG GILA!!".

nasib baik teringat hidayah tu milik Allah. kalau tak ingat, tumbuk muka dia baru tau. berani sangat.

itulah ceritanya




..
GILA-HAIH!

Ibu Separuh Masak said...

Salam GILA-HAIH,

Semakin banyak kita membaca, semakin banyak ilmu yang kita dapat. Tapi tetap semakin terasa kurang. Bila bagitau orang, tak ramai yang boleh terima. Walaupun kita tahu sesuatu tapi tak boleh sampaikan kepada semua. Sebab tu ada blog-blog seperti ini. Khas untuk mereka yang dah sedar dari lena dan nak ambil tahu.

p/s : KBKK tu ape?

Wassalam

gila-haih said...

KBKK tu Kemahiran Berfikir Kreatif & Kritis. ala yang dalam buku latihan budak-budak sekolah tu

ada KBKK tahap 1, ada KBKK tahap 2. lagi tinggi tahap KBKK soalan tu, lagi tinggi lah tahap pemikiran yang diperlukan untuk selesaikan soalan tu.

contohnya macam nak masak kari. kalau tahap 1, semua bahan telah di sediakan, tuang ja dalam kuali.

kalau tahap 2, bahan bahan kena beli kat kedai, balik baru bleh masak.

kalau tahap 3, bahan tak dijual, kenalah lah kupas kelapa, perah santan, kutip cili, dll. baru leh buat kari.

begitulah contohnya KBKK tu.. ianya mengenai tahap menyelesaikan masalah dalam masalah..




gila-haih!

Anonymous said...

Kak..thanks ats perkongsian akak tu. Sy bc non stop sbb excited sgt.

Sblm ni sy ada bli bku misteri dajjal. Buku ni mmg best. Dgn gmbr yg ada mybbkn sy rs nk tahu lg dan lg...

Anonymous said...

Hmm..sy ni mmg suka mmbaca..so kita sm la..hee..
(ni smbungan dr atas)

yana said...

salam ibu...
terima kasih atas semua pkongsian ilmu,fakta2 dan kajian ibu dcni...byk yg telah myedarkan sya..dan mbuat kita bfikir dgn semua kjadian yg blaku slama ni..sya mrupakan peminat setia drama fantasy dr barat..cthnya merlin..lord..harry potter..dan tsentap xtsangka rupa2nya drama2 mcm tu..bkait rapat ngn kisah dajjal..igtkn selama ini drama tu hanyala fantasy semata2 yg xda kna mgena dgn manusia yg hidup...hehe..
apapun ibu..teruskan usaha ibu utk bkongsi ilmu2 dan kajian ibu ya...dan act sya mmg dh jatuh hati ngn semua penulisan dan blog ilmu ibu ni...;)

Ibu Separuh Masak said...

Assalam,


Anon 8 April : awak ni kan, macam saya. Kalau dah jumpa sesuatu bahan yang menarik, tak sabar2 nak habiskan. Thanks sudi singgah ya..


Yana : saya dah lama tak masuk blog sendiri sampai bersawang gila, tak sangka masih ada yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Thanks juga kepada Yana sebab sudi baca. Sebenarnya banyak nak share, larat tak larat je nak tulis panjang2. Doakan supaya saya ter-rajin semula.

thilla said...

Saya seronok bace article ibu
:) meluaskan ilmu,, hebat betul aturan dan kehendak Allah,, kagum dgn kebesaranya,,