Tuesday 27 November 2012

Dajjal Dan Surah Al-Kahfi (Siri 12)


Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt. Berjumpa lagi kita... harap anda sihat-sihat hendaknya.. Artikel yang lalu menceritakan bagaimana akan kemungkinan Perang Dunia Ketiga di masa kita atau di masa  anak cucu kita. Kegetiran hidup yang akan dihadapi. Keperitan yang akan membelenggu umat Islam yang bagai terpinggir di bumi sendiri. 

Ketika dajjal muncul, saat huru hara dunia pun bermula. Malanglah bagi kita yang belum mengenali Tuhannya yang sebenar. Malanglah bagi kita yang masih tipis imannya. Malanglah bagi kita yang Islamnya hanya sekadar di bibir saja. Ini kerana, dengan kualiti pegangan yang sebegini, kita pasti akan mudah terpesona dan menyongsong kedatangan dajjal. Bukan mudah untuk menolak apa yang ditawarkan (harta, wang ringgit, kemewahan, kemasyhuran, perempuan dll). Pada saat dajjal muncul, semuanya sudah terlambat. Kita hanya akan bergantung kepada apa yang kita usahakan selama ini. Jika ketika ini kita sibuk mengejar kemewahan dunia dan meninggalkan amal, maka waspadalah. Jika ketika ini kehidupan kita masih bergelumang dengan maksiat, maka ingatlah. Kita mungkin calon terbaik yang akan ditarik ke dalam 'wilayah pengaruh dajjal'.

Ingatlah, dajjal akan datang umpama ribut taufan atau fitnahnya umpama sekawan lebah hitam yang mahu mengerumuni kita. Dia bersama sekutunya dari kalangan jin, syaitan dan manusia bergabung tenaga di dalam jumlah yang tidak dapat dibayangkan. Mereka akan datang sehingga ke depan pintu rumah kita dan akan memasuki kamar anak-anak kita. Dia dan wakilnya akan menarik kita dan kaum kerabat untuk bersatu di bawah payung kekuasaan dajjal. Jika tidak berjaya, kita akan diancam sehingga hidup di dalam ketakutan.

"... lalu Allah mengizinkan dajjal, segerombolan syaitan-syaitan yang ada di timur dan barat dan mereka pun datang berbondong-bondong ke hadapannya dan menunjukkan kesediaan mereka untuk menuruti perintahnya. Mereka berkata kepada dajjal : "Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu". Dajjal menyambut : "Ya, aku akan berbuat demikian. Maka pergilah kamu kepada sekalian manusia dan berusahalah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkan kepada mereka bahawa aku telah membawa syurgaku dan nerakaku". Kemudian, syaitan-syaitan itu pun bertebaran di mukabumi dan masuk ke rumah orang-orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk setiap rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma di dalam bentuk ayah dan ibu tuan rumah (yang telah mati), di dalam bentuk rupa anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya.....".

Bagi mereka yang terpedaya dengan fitnah dajjal, dan bagi mereka yang tetap mahu mengikutinya atau hanya pasrah dengan segala fitnah dajjal, maka ingatlah peringatan daripada Nabi Muhammad saw ini :

".... barangsiapa yang beriman kepadanya (dajjal), membenarkannya dan mengikutinya, maka amal kebaikannya yang terdahulu tidak ada gunanya....". (hadis riwayat Imam Ahmad).

Umat Islam yang berpegang teguh akan dimusuhi bahkan diperangi. Mereka yang bersimpati dengan umat Islam akan disisihkan. Umat Islam akan di'cop' dengan pelbagai gelaran hina. Pada masa ini saja, umat Islam  sudah dipalitkan dengan label pengganas, militan, ekstrimis dan sebagainya. Apatah lagi ketika dajjal berkuasa, umat Islam pasti akan lebih tertindas. Pada waktu itu, kita akan berada di dalam keadaan yang paling getir. Ujian yang peling berat yang disebut oleh Nabi Muhammad saw telah bermula dan kita tidak ada masa untuk mencari iman pada ketika itu. Sedangkan kita begitu perlukan perlindungan diri. Siapkan dan usahakan ia dari sekarang sebelum tiba saat segalanya sudah tidak bermakna lagi.

Sungguhpun saat yang digambarkan amat getir, namun janganlah berputus asa. Allah tetap akan menjadi pembela dan pelindung umat Islam selagi kita melindungi dan berpegang kuat dengan agama kesayangan kita ini. Itulah janji Allah swt melalui lidah Rasulullah saw dan ia adalah intipati tauhid. Jangan berputus harap. Di dalam keadaan tertekan, umat Islam akan ada pemimpinnya. Umat Islam akan bernaung di bawah panji Imam Mahdi.

Kedatangan seorang pembela tidak dapat dipisahkan dari skrip kemunculan dajjal. Pembela yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi. Oleh kerana itu, subjek Imam Mahdi ini perlu disentuh dengan teliti. Imam Mahdi datang bertepatan dengan kemungkinan huru hara perang ini. Dia akan tampil untuk membela umat Islam.

"Dari Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasulullah saw bersabda : Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunan nabi) yang namanya sama dengan namaku". (hadis riwayat Tarmizi).

"Bahawasanya Allah memilih buat keluargaku akhirat daripada dunia dan keluargaku setelah pemergianku (wafat) akan mendapat bencana, penyingkiran dan pengusiran, sehingga datang satu kaum dari arah timur, mereka membawa bendera berwarna hitam, lalu mereka meminta roti namun tidak diberikan lalu mereka (tentera Imam Mahdi) memeranginya maka diberikanlah apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya, sehingga mereka serahkan kepada seorang daripada keluargaku, lalu dia memenuhinya dengan keadilan sebagaimana meluasnya kekejian, barangsiapa di antara kamu yang mendapatnya, maka datangilah dia walaupun terpaksa merangkak di atas salji.".

Turutan perjalanan akhir zaman perlu difahami. Jika diizinkan Allah, huru hara dunia akan sampai ke satu puncak yang tidak dapat dielakkan iaitu Perang Dunia Ketiga yang hebat dan dahsyat. Musuh di seluruh dunia akan bersatu di bawah payung dan pimpinan kroni dajjal untuk menentang umat Islam. Bagaimanapun, kemenangan umat Islam di dalam memerangi dajjjal tidak akan tercapai di tangan Imam Mahdi. Sebaliknya kemenangan total akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. Sebelum itu, dajjal tetap dan masih bermaharalela. Dajjal tetap mempunyai pengaruh, justeru persiapan pengetahuan adalah perlu.

Kemunculan dajjal, zahirnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s adalah saling berturutan. Ia terkandung di dalam satu skrip yang sama. Itulah kisah yang telah tertulis. Zahirnya kehadiran Imam Mahdi adalah untuk membantu dan menguatkan umat Islam, menegakkan yang haq dan memusnahkan yang batil. Munculnya dajjal sebagai fitnah terakhir dan turunnya nabi Isa a.s sebagai satu-satunya orang yang mampu menghapuskan dajjal.

Cerita mengenai kedatangan Imam Mahdi bukan sekadar penyedap halwa telinga. Saya pasti, tentu ramai daripada anda di luar sana yang bercita-cita amat tinggi untuk menyertai ketumbukan tentera Imam Mahdi. Di sini, check and balance itu penting. Bercita-cita itu tidak salah saudara, tetapi keputusan samada kita layak atau sebaliknya adalah kerja Allah swt, bukan kerja kita. Kerja kita adalah berusaha untuk mempertingkatkan iman dan taqwa. Samada kita terpilih menjadi tentera Imam Mahdi atau tidak, ia bukan dengan penentuan dan kehendak kita. Seperti mana Imam Mahdi sendiri, bukan baginda yang ingin menjadi Imam Mahdi. Baginda dipilih Allah apabila sudah tiba masa dan ketikanya.

Satu perkara yang perlu kita fahami adalah, sebenarnya kemunculan Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s telah dipergunakan sepenuhnya oleh dajjal untuk meluaskan jajahan takluk kekuasaan. Dia telah melancarkan propagandanya di setiap kitab dan di segala kesempatan (kecuali Al-Quran). Dia menyatakan bahawa Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s yang ditunggu-tunggu oleh sekelian manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah merujuk kepada kemunculannya. Inilah fitnah yang tidak disedari oleh kebanyakan umat manusia. Propaganda kedatangan penyelamat disambut oleh segelintir umat Islam tanpa usul periksa. Kerana dungu atau tidak berilmu barangkali, sebahagian besar umat Islam bahkan menyambutnya kerana terikut-ikut dengan kepercayaan golongan kufur dunia yang menyatakan bahawa tuhan mereka adalah sama, maka mereka harus bersatu hati menunggu penyelamat yang sama. Na'udzubillah, semoga kita dijauhkan dari terjebak ke dalam fitnah ini.

Ketika orang kristian menanti kemunculan Nabi Isa a.s, ketika kaum yahudi menunggu Moschiach, ketika penganut hindu menunggu kelahiran semula Krishna, umat Islam pula sedang ternanti-nanti Imam Mahdi tanpa memahami susur galur hadis Nabi Muhammad saw. Tambah parah apabila dikatakan bahawa kita semua sedang menunggu individu yang sama. Betapa bahayanya jalan fikir sebegitu.

Jika kita membaca maklumat yang tersebut di kalangan penganut kristian sendiri, hal seperti ini telah menular sehingga masuk ke inti ajaran kristian itu sendiri. Turunnya Nabi Isa a.s yang disebutkan di dalam kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, jelas jauh menyimpang dari konteks asal. Dajjal dan sekutu-sekutunya menokok tambah sehingga seluruh versi kitab mereka turut berubah dan menyatakan bahawa nantinya yang turun untuk menyelamatkan umat manusia adalah Dajjal The Anti-Christ. Kepercayaan kembalinya Nabi Isa a.s di kalangan orang kristian juga tidak sama dengan kepercayaan kita. Asas utama perbezaan itu adalah mereka percaya bahawa Nabi Isa a.s itu wafat dan akan kembali hidup sedangkan umat Islam meyakini bahawa Nabi Isa a.s telah diangkat Allah swt ke langit sebelum sempat disalib.

Kekalutan insiden kembalinya Nabi Isa a.s dapat dilihat dalam karya-karya kontemporari ahli gereja. Jika diteliti, karya Dan Brown melalui novel The Da Vinci Code yang diterjemahkan ke layar perak adalah menifestasi akan hakikat ini. Sungguh suatu pembohongan. Masyarakat umum mengangkatnya sebagai sebuah karya bestari sedangkan ia mengandungi rahsia-rahsia yang sulit untuk difahami. Filem tersebut mengisahkan bagaimana pihak gereja yang berlainan kepercayaan mencari waris Jesus untuk membuktikan Jesus adalah manusia yang berkahwin dan punya anak. Fenomena ini mula disedari oleh golongan konservatif gereja dan mereka mulai menyerang balas idea aneh yang diketengahkan. Ini dilakukan oleh pihak gereja untuk memulihkan kembali ajaran kristian yang sememangnya sudah terpesong yang mengangkat Jesus sebagai tuhan.

Oleh itu, seluruh umat Islam perlu dingatkan supaya tidak meniru sikap kaum yahudi dan nasrani ini yang dimomokkan dengan harapan palsu dan begitu menunggu-nunggu akan kedatangan seorang penyelamat. Sungguhpun benar sabda Nabi Muhammad saw bahawa Imam Mahdi akan datang membela nasib umat Islam, namun sikap menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa adalah sesuatu perkara yang salah, sia-sia dan perlu diubah. 

Ketahuilah, sebesar apapun masalah yang ada di atas mukabumi ini, Allah swt telah menjelaskan penyelesaiannya di dalam kitab suci Al-Quran. Kitab Al-Quran tidak hanya untuk dibaca dan kemudian dialmarikan atau dipojokkan. Sebaliknya, kitab suci ini harus dibaca dengan kefahaman dan jadikan kefahaman itu dalam setiap amal dan tindakan seharian. Barulah kita akan selamat dari azab hari akhirat. Walaupun kita akan terpaksa menderita di alam dunia, Allah swt telah menjanjikan setiap penderitaan dan kesengsaraan kita dengan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita redha dan ikhlas menerima ketetapan Allah swt.

Cakap memang senang, namun jalan untuk menuju syurga tidak semudah membaca abc atau alif ba ta kan saudara? Apalagi kita seringkali dilalaikan dengan begitu banyak hiburan, keselesaan dan kebahagiaan hidup, harta benda dan wang ringgit yang melimpah ruah (ni pada sapa yang banyak harta la konon ni), apa yang kita hendak, semua boleh dapat tanpa bersusah payah. Kesenangan seperti inilah yang membuatkan kita sukar untuk melepaskan diri. Kita sudah terperangkap terlalu dalam. Kita sudah terlalu selesa. Kekayaan dan keselesaan inilah yang menyukarkan hubungan kita dengan Allah swt. Jadi, nak buat macamana sekarang ni? Macamana kita nak mulakan langkah pertama? Anda ada idea?

Mungkin anda di luar sana tergolong di dalam kumpulan yang warak dan beriman, tak lekang bacaan zikir dan puji-pujian kepada Rabb kita. Namun, untuk orang seperti saya, yang biasa-biasa, banyak kelemahan dan kekurangan, cetek pula pengetahuan ilmu agama. Saya hanya praktikkan apa yang saya tahu. Sebagai permulaan, kita harus mulakan perubahan secara perlahan-lahan. Sekiranya kita ikhlas untuk berubah, Allah akan memudahkan segala urusan. Mulakan dengan mandi sunat taubat dan solat sunat taubat 2 rakaat. Cuba jaga solat sebaik mungkin, itu yang penting. Nescaya yang lain akan menyusul. Dah kukuh tiang agama kita, barulah move on to yang sunat-sunat. Tapi yang penting, JAGA SOLAT. (puan ibu, jangan pandai nasihat orang, awak pun sama kena jaga solat awak tu, asyik terlewat aje, berblog punya pasal ... heeee, insyaAllah...).

Baiklah, back to our topic. Yang ni menceritakan keistimewaan Surah Al-Kahfi. Sekiranya kita membicarakan tentang dajjal, Surah Al-Kahfi memang tak boleh tinggal. Anda pasti tahu kisah apa yang ada di dalam Surah Al-Kahfi kan? Tapi takpe, kita baca lagi. Surah Al-Kahfi ini masyhur dengan kisah 7 pemuda Ashabul Kahfi yang melarikan diri ke gua daripada pemerintah yang zalim ketika itu. Pastu ada kisah Iskandar Zulkarnain yang membina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj dan kisah Nabi Musa a.s yang bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Namun yang peliknya, di dalam Surah Al-Kahfi ini tidak menyinggung sedikitpun tentang dajjal. Bagaimana pula surah ini boleh menjadi benteng pertahanan antara kita dan fitnah dajjal? Nabi Muhammad saw bersabda di dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Darda' :

"..... Sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah dajjal".

Di dalam versi lain, riwayat Muslim dari Abu Darda', Hajjaj berkata : "Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhr Surah Al-Kahfi....".

Berdasarkan hadis nabi Muhammad saw, Surah Al-Kahfi adalah senjata ampuh untuk menghadapi dajjal. Ramai yang bertanya, mengapa surah ini, sedangkan tiada disentuh langsung mengenai dajjal? Terdapat juga persoalan bagaimana surah ini berfungsi melindungi kita di dalam keadaan huru hara dan penipuan yang dahsyat nanti.

Bagaimana mekanisme perlindungan Surah Al-Kahfi dari fitnah dajjal? Wallahu a'lam, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Yakinlah dengan janji Allah tanpa banyak tanya. Tapi, kita sebagai manusia ni tak dapat lari dari banyak bertanya. Untuk mengetahui sesuatu duduk perkara, kita kenalah bertanya. Kalau tak bertanya macamana nak pandai. Tapi sebenarnya dalam kes ni, kita tak tanyapun. Dah penulis yang nak terangkan, kita baca ajelah, kan?

Kembali kepada keajaiban Surah Al-Kahfi, surah istimewa ini sunnah dibaca pada setiap Jumaat. Kebanyakan daripada kita melazimkan pembacaan Surah Yaasiin. Paling kurang, bacaan dibaca pada 10 ayat pertama jika mahu berlindung dari fitnah dajjal. Lebih bagus, tambah 10 ayat terakhir. Apa yang pasti surah ini mengandungi rahsia tersembunyi. Mungkin dengan mengamalkan pembacaan surah ini, raga/jasad kita mempunyai benteng aura yang kukuh menjadikan gelombang panahan fitnah-fitnah dajjal menjadi sirna dan hilang kesannya.

Mudah-mudahan takdelah sesiapa yang menggantung surah ni kat depan pintu rumah nanti ya. Konon untuk mengelakkan dajjal dan konco-konconya daripada memasuki rumah kita. Dah terlambat dah saudara, selagi kita tidak berubah, fitnahnya mengelilingi kita 24/7. Sebenarnya, kerjasama antara dajjal, iblis dan manusia sudah berjalan sejak lama dahulu. Manusia pengikut dajjal gigih mencipta propaganda dan menyampaikan mesej-mesej tersembunyi (subliminal message) melalui filem tidak kira filem kemanusiaan, sci-fi, fantasi, peperangan, komik, game anak-anak, lagu-lagu, novel dan sebagainya. Tempat-tempat hiburan dan maksiat mesti didirikan dimana-mana supaya senang manusia nak release stress. Dia yang buat kita stress, dia yang nak hilangkan stress. Memang baguih perangai dajjal ni no.. Sungguh baik hati nak releasekan stress kita..

Karya filem lucah pula diangkat dan tidak dikeji. Perlakuan yang di luar batas adab manusia seperti hubungan sesama jenis mesti disokong. Piagam hak asasi manusia mesti diperjuangkan. Mesti dipertahankan. Mana boleh dibiarkan. Ini harus dilakukan semata-mata untuk melemahkan minda anak-anak muda dan mengacu kepada kehidupan bersifat penuh materialistik dan hedonistik. Mereka mahu punya kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan tanpa ada kekangan dan aturan. Jalan inilah yang sedang dilorongkan kepada anda dan saya supaya bila tiba masanya untuk penyembahan satu tuhan, satu agama, kita sudah bersedia melakukannya dengan rela. Bagaimana? Anda di pihak mereka kah? Anda pendokong hak asasi kah? Keluarlah saudara, selagi anda masih ada masa... Tinggalkanlah kawan yang lebih mebawa kepada kesesatan. Pulanglah ke pangkal jalan.

Syaitan pula, dengan greenlight daripada ketua mereka si iblis, sungguh, dengan penuh dedikasi dan kerja keras melakukan hasutan-hasutan dan pujukan-pujukan halus membuatkan semua perbuatan songsang dan serong terlihat indah, mulus dan menyenangkan hati. Mereka menghembus kata-kata pujukan :

"engkau nak berubah? engkau nak sembahyang? sekarang?
nantilah dulu kawan... relaxlah sekejap... chill bro... 
buat apa nak buat cepat-cepat.... 
malam masih muda... masa masih panjang... 
engkau masih muda... kita enjoy dulu... 
rugi bro engkau taubat sekarang...
nanti semua benda tak boleh nak buat dah...
dah puas enjoy barulah taubat... 
esok-esok pun boleh taubat.... 
dah tua-tua nanti pun boleh taubat... 
dah nak mati nanti pun boleh lagi taubat what... 
Allah kan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya...." 

Anda ingat, kita kah yang fikir benda-benda ni semua? Inilah hasutan-hasutan iblis dan syaitan yang selalu kita ikut tu saudara. Fitrah kita sebagai manusia, hanya mahukan yang baik-baik saja. Tapi bila nafsu sudah menjadi raja, kita adalah puppet yang mudah diperkotak-katikkan, seperti kuda yang mudah ditarik tali kekangan, seperti bola yang boleh disepak terajangkan (frust betul team malaysia kalah 3-0 dengan singapura). Inilah sebenarnya yang iblis mahukan sejak terhumbannya dia ke dunia. Untuk menyesatkan anak cucu Adam seluruhnya. Apa lagi, besarlah hatinya apabila ada kalangan anak Adam sendiri datang menawarkan khidmat hanya kerana nafsu besarnya yang ingin menjadi tuhan yang disembah. Inilah manusia, walaupun ilmu yang dianugerahkan baru sekuman, dunia sudah diinginkan dalam genggaman.

Bahagialah mereka yang masih menjadikan Islam sebagai pegangan, bahagialah mereka yang masih kukuh memegang tali iman. Semoga kami  berada dalam golongan tersebut ya Allah, amin.

Ooops, terlebih sudah tazkirah....

Mambaca Surah Al-Kahfi ini amat menarik. Ketika kita yakin ia dapat menjadi pelindung di era fitnah dajjal, menghayati maknanya pula seperti membaca buku cerita. Penceritaan di dalam Al-Quran bukan sekadar cerita-cerita kosong dan khayalan, tetapi ia mempunyai pengajaran samada terang atau tersembunyi. Allah mahukan hambanya berfikir.

Di sini, penulis buku menyingkapkan dua pendapat dari dua tokoh ilmuan yang mengupas Surah Al-Kahfi dari sudut sains Islam iaitu Adnan Oktar yang lebih dikenali dengan nama penanya, Harun Yahya dan Almarhum Dr. Muhammad Al-Mahdi. Pendapat dua tokoh ini telah berjaya merintis hubungan Surah Al-Kahfi dengan fitnah dajjal secara langsung dan tidak langsung. Dr. Muhammad Al-Mahdi adalah seorang ahli psikologi muslim berbangsa Amerika. Beliau pernah menetap di Malaysia dan mengasaskan Institut Khalifah.

Dari wacana ilmiah dan perbincangan ringkas ketika menyorot pandangan beliau mengenai 'Modern Science Finds God', beberapa maklumat menarik telah dapat disingkap. Antaranya perbincangan mengenai subjek matter, time and space (benda, masa dan ruang) yang hangat bertebaran di laman-laman blog dewasa ini. Seolah-olah semua orang sedang membincangkannya atau sekadar mengutip pengetahuan daripadanya.

Beliau merujuk kepada Surah Al-Kahfi sebagai inti perbahasan. Perkara ini telah dikupas dengan lebih terperinci oleh Harun Yahya di dalam bukunya, 'Matter, The Other Name For llusion'. Sungguhpun tidak semua subjek perbincangan secara khusus mengarah kepada fitnah dajjal, namun ia jelas mengungkap hakikat dan penipuan manipulasi dajjal yang amat kompleks.

Ketika membahas Surah Al-Kahfi, Dr. Muhammad Al-Mahdi telah merujuk kepada pertemuan di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s sebagai satu huraian yang penuh dengan tamsilan sains. Pertemuan ini terjadi ketika Allah swt memerintahkan Nabi Musa a.s untuk mencari seorang lelaki di pertembungan dua arus laut. Perintah ini terjadi ketika Nabi Musa a.s terdetik di hatinya, bahawa dialah manusia yang mengetahui banyak perkara berbanding manusia biasa kerana mukjizatnya yang mampu berkata-kata secara langsung dengan Allah swt. Oleh kerana sikap itu tidak harus ada pada seorang nabi, maka baginda ditegur kerana kesombongannya itu.

"Sesungguhnya pada suatu hari, Nabi Musa a.s berdiri di khalayak Bani Israel lalu baginda ditanya : "Siapakah orang yang paling berilmu?". Jawab Nabi Musa, "Aku". Lalu Allah swt menegur Nabi Musa a.s dengan firmanNya : "Sesungguhnya di sisiKu ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua buah lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu". (Surah Al-Kahfi, ayat 66).

Salah satu pandangan menarik daripada Dr. Muhammad Al-Mahdi adalah, pertemuan di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s adalah pembuktian yang tersirat bahawa telah berlaku pertemuan antara insan alam nyata (Nabi Musa a.s) dan insan alam ghaib (Nabi Khidir a.s). Di sinilah wujud pembuktian bahawa alam ghaib itu ada mempunyai fungsi serta berjalan tanpa henti walaupun ia tidak diketahui oleh para manusia secara terperinci. Terdapat sempadan yang memisahkan dan hanya dengan izin Allah swt, sempadan itu dapat disingkap.

Pertemuan dua arus laut masin dan air tawar, sekali lagi menurut Dr, Muhammad Al-Mahdi membuktikan sempadan yang dimaksudkan. Satu garis pemisah yang tidak kelihatan namun jelas memisahkan. Inilah yang dimaksudkan di dalam ayat berikut :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi (Surah Al-Furqan, ayat 53).

Satu tamsilan mengenai alam ghaib dan alam nyata dipisahkan oleh satu sempadan yang tidak kelihatan dan sukar untuk diungkap oleh manusia seperti kita. Bagaimanapun, perbahasan mengenai dua alam yang difahami sebagai terpisah dijelaskan dengan tamsilan yang sungguh baik di dalam Surah Al-Kahfi. Hari ini, alam ghaib yang telah disebutkan di dalam Surah Al-Kahfi cuba dialihkan kepada konsep fantasi dan ilusi oleh dajjal. Di sinilah titik penipuan dajjal bermula. Terdapat arus atau kecenderungan yang mahu mengubah persepsi alam ghaib ini kepada alam fantasi-ilusi. Alam ghaib juga di sebut di dalam Surah A-Baqarah :

"....kitab Al-Quran tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfaqkan rezeki yang kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah, ayat 2-3).

Alam ghaib adalah alam halus yang dihuni oleh pelbagai makhluk di dalam lapisan alam yang berbeza. Termasuk di antara mereka adalah para arwah, para jin, para syuhada', para malaikat dan segala makhluk yang tidak kita sedari kewujudannya dan tidak kita ketahui akan namanya. Ia adalah lapisan alam barzakh, alam mahsyar, alam mizan (timbangan), alam syurga, alam neraka, 'arasy dan alam yang tidak diketahui oleh manusia melainkan di dalam pengetahuan Allah swt Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Bijak mengatur segalanya.

Di dalam bicara ahli sufi, terdapat lapisan alam halus yang tidak dapat dikesan oleh indera mata manusia iaitu alam malakut dan alam jabarut. Di sana, terdapat himpunan lapisan alam halus yang di luar jangkauan batas akal, logik dan rasional manusia. (Ibrahim Mohamad : Cahaya Di Atas Cahaya, m/s 19-21).

Ramai daripada kita kurang menghiraukan subjek alam ghaib kerana kewujudannya yang tidak terlihat. Kerana kewujudannya yang sukar untuk kita mengerti dan fahami. Maksud tidak menghiraukan di sini adalah dari segi kewujudan, fungsi dan kebesaran Allah swt di dalam mentadbir alam ghaib ini. Jika ada pun kefahaman alam ghaib pada generasi muda pada hari ini, amat menyimpang kerana tidak dirujuk kepada Al-Quran. Keyakinan kita tentang alam ghaib cuba dipesongkan.

Oleh kerana terlalu banyak terdedah kepada filem dan drama seram, dimomokkan dengan filem animasi, fantasi dan ilusi, maka alam ghaib yang difahami lebih menjurus kepada magik dan fantasi juga. Seolah-oleh jin dan syaitan lebih berkuasa di sana. Ada pula sihir hitam dan sihir putih. Kita tidak dapat melihat keperkasaan Allah swt dalam mentadbir alam-alam ghaib ini kerana minda kita seolah-olah telah diblock untuk melihat lebih jauh. Maha Berkuasa Allah ke atas setiap sesuatu. Tanpa kita sedari, kita terlepas pandang akan kebesaran Allah mentadbir alam nyata dan ghaib yang saling menyokong dan menetapi fungsi masing-masing. Pemikiran kita bagaikan tertutup untuk menyedari fungsi alam-alam ghaib, seolah-olah ia tidak wujud.

Fahaman alam ghaib sebagai alam magik, fantasi dan ilusi sudah lama mengambil tempat melalui karya-karya yang menghasilkan keuntungan jutaan dollar. Karya-karya ini sengaja dipaparkan secara terancang sehingga terhasil satu keyakinan bahawa ia satu tanggapan yang benar di alam bawah sedar kita. Alam ghaib seperti ini bukanlah apa yang dimaksudkan di dalam Al-Quran saudara. Ia adalah salah satu inti penipuan dajjal untuk menjauhkan kita daripada hakikat sebenar. Untuk menjauhkan keyakinan kita akan kebesaran Allah swt dan apa yang ghaib.

Tanpa kita sedari, perubahan persepsi ini sudah, sedang dan akan terus berlaku untuk mewujudkan lompong kosong yang menerbitkan krisis keyakinan terhadap kekuasaan Allah swt. Secara teorinya, dajjal lebih arif untuk mengisi ruang lompong itu dengan apa. Dengan mengkaji minat dan selera kita, dia menyebarkan fahaman fantasi dan ilusi dengan jayanya melalui penciptaan alam ghaib mengikut versi ciptaannya dengan sewenang-wenangnya menerusi layar perak.

Ramai yang tidak menyedari arus gelombang yang sengaja dicipta secara konsisten melalui karya-karya filem sepert Jumanji, Matrix, Lord of The Rings, Narnia, Stardust, Harry Porter, Enchanted, Golden Compass, Underworld dan senarainya terus memanjang dan berkembang. Ini belum termasuk siri-siri animasi yang menjadi tontonan anak-anak kita seperti pokemon, digimon, avatar, dragon ball dan entah apa lagi yang menjangkau hingga ratusan malah puluhan ribu judul. Bagaimana pula dengan penggunaan permainan interaksi melalui playstation, melalui aplikasi canggih telefon bimbit, melalui komputer dan sebagainya? Semuanya mengarah kepada pembentukan kepercayaan alam fantasi dan ilusi tanpa sedar. Ia masuk secara perlahan-lahan namun konsisten ke dalam pemikiran bawah sedar dan menjauhkan kita dari mempercayai alam ghaib yang sememangnya ghaib dari pandangan mata.

Selama dajjal hidup bebas mengembara, dia tidak pernah tinggal diam. Pengembaraannya dalam mencari ilmu, membawanya melepasi alam jin, alam singgahsana iblis, alam di mana manusia tidak pernah sampai. Boleh dikatakan, alam pengembaraan dajjal sering ditampilkan contohnya melalui filem The Lord of The Rings dan Pirates of The Carribean. Jalan cerita ini seolah-olah diilhamkan sendiri oleh dajjal. Mungkin benar juga apa yang dikatakan oleh Muhammad Isa Dawud di dalam bukunya 'Dajjal Akan Muncul Di Segitiga bermuda' :

"... kadang-kadang, para pembaca merasa hairan kalau saya katakan bahawa dajjal menulis sebahagian autobiografinya dan beberapa kisah yang diubah menjadi filem Hollywood. Autobiografinya yang tersembunyi, kisah-kisahnya berpetualang dan rancangan-rancangan kezalimannya pun tersimpan di bukit benteng besarnya di perpustakaan yang tersembunyi".

Ramai yang curiga akan perjalanan kisah aneh di sebalik layar itu tanpa mengetahui bahawa watak-watak yang tersembunyi adalah kisah perjalanan dajjal itu sendiri. Dia singgah di setiap negeri di dunia ketika manusia belum sempat menjelajah bumi. Allah menganugerahkan kepadanya untuk mengetahui banyak ilmu. Dari sini dia mengetahui banyak sistem perjalanan alam, bintang dan kehidupan manusia. Dari situ dia mengkaji, mereka dan mencipta fitnah, khusus untuk meruntuhkan sistem keyakinan manusia. Dia tahu, dunia hanyalah ilusi yang tercipta daripada pancaindera iaitu dengan apa yang boleh kita rasa, kita lihat, kita bau,  kita dengar dan kita sentuh.

Menurut Harun Yahya, idealisme Barat yang sesat dan berasal daripada dajjal mengandungi benih ini iaitu fantasi dan ilusi. Ia memadamkan kewujudan alam-alam halus yang disebutkan sebelum ini. Dunia telah terkongkong dengan fahaman materialisme yang tidak terkawal. Material itu pada hakikatnya tidak lebih dari penjelmaan melalui pancaindera yang lima. Dajjal dengan kecerdikannya bermain-main dengan elemen ini. Fantasi ilusi di dalam minda manusia termasuk minda bawah sedar kita. Melalui proksinya, dia menyebarkan fahaman fantasi ilusi dengan segala teknologi yang ada.

Untuk apa sebenarnya? Itulah persoalan yang mendekatkan kita dengan garis hujung sebuah pencarian iaitu dajjal sedang membina alam syurgawi versinya. Bahkan dia akan menunjukkan kesaktiannya bahawa dia berkuasa menzahirkan alam ilusi ini menjadi nyata. Ketika dia menyingkap syurga, neraka dari alam fantasi ilusinya, manusia akan percaya bahawa itu adalah alam ghaib yang sebenarnya. Inilah antara fitnahnya yang besar.

Umat Islam sepatutnya lebih dahulu memahami hakikat ini supaya tahu bagaimana mahu membeza. Titik krisis keyakinan itu akan berlaku iaitu ketika syurga, neraka, alam barzakh (alam kematian), sirat dan alam mahsyar akan diterima oleh generasi hari ini dan anak-anak kita sebagai sesuatu ilusi dan fantasi semata-mata. Cuba kita perhatikan hadis Nabi Muhammad saw ini :

"Dan keluarlah dua lembah bersama dajjal, salah satunya lembah syurga dan satu lain adalah lembah neraka, kemudian dia berkata kepada manusia : "Bukankah aku ni tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan manusia?". Dia bersama dengan dua orang malaikat yang berupa nabi di mana aku tahu namanya dan nama bapanya, jika aku ingin maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. Salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian dajjal bertanya : "Bukankah aku ni tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?" Salah seorang dari keduanya berkata : "Kamu dusta", tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakan yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawab : "Kamu benar", dan jawapan itu didengari oleh semua manusia".

Yakinlah, insiden ini akan berlaku secara hakikat dan bukan secara takwilan. Insiden dajjjal menbawa syurga dan neraka zahir ke dunia adalah kemuncak fitnah yang sebenarnya. Ketika itu dia akan menampakkan dirinya yang sebenar. Individu yang buta sebelah matanya. Kita diberitahu bahawa dajjal akan menggunakan helahnya untuk menipu manusia tetapi bagaimana? Nah, di sinilah fenomena fantasi ilusi itu akan terjadi. Dajjal akan menyingkap tabir sempadan alam jin yang dihuninya selama ini seperti alam Hobbit di dalam filem The Lord of The Rings. Alam jin memang ada yang seindah itu, padang rumput hijau yang luas, pepohon rendang dan bunga-bunggan yang harum. Kalau di sebelah rantau ini, alam itu dikenali dengan nama alam bunian. Barangkali alam ni menepati deskripsi yang dimaksudkan. Bagi yang sudah terpedaya dengan doktrin fantasi ilusi, akan mudah percaya bahawa syurga neraka itu ada wujud di dunia dan tidak perlu lagi menempuh sebuah kematian.

Ingat lagi tentang gerbang stargate? Ingat lagi tentang susunan batu-batu stonehenge di sepanjang ley lines dan pusat tenaga bumi? Begitu juga dengan kejadian di ladang gandum dengan formasi-formasi yang aneh. Masih ingat lagi tak? Mungkin di sinilah dajjal akan menyingkap tabir ke alam fantasi dan ilusi tersebut.

Struktur kepercayaan bahawa syurga hanya boleh dimasuki setelah mati melalui alam barzakh, mahsyar dan mizan telah dirombak semula oleh dajjal. Ia berlaku hari ini melalui fahaman agama inkarnasi (proses mati hidup semula). Menurut ajaran inkarnasi, alam kubur dan seksanya hanyalah mitos shaja. Syurga dan neraka itu sebenarnya ada di dunia. Bukankah fahaman begini sedang menular di dalam jagat pemikiran masyarakat hari ini, menyerap ke dalam ideologi aneh New Age. Bahkan sudah ada yang menyebarkannya melalui fahaman yoga dan gothic.

Perihal dajjal membawa syurga neraka versinya bukanlah mustahil kerana dajjal telah lama diam di alam jin. Bahkan dia sendiri mempunyai jalur keturunan jin. Dia telah lama berhubung dengan bangsa jin dan hidup bersama mereka. Dia mengetahui secara terperinci mengenai rahsia sempadan alam jin dan alam manusia. Dia berupaya merungkai sempadan alam dunia jin dan alam dunia manusia untuk beberapa ketika. Dia diizinkan Allah untuk melakukannya. Namun keindahan alam jin yang diperlihatkan hanyalah satu ilusi yang melekakan bagi setiap pengikutnya. Oleh kerana itu,  Nabi Muhammad saw berpesan :

"Sungguh aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya, mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar". (riwayat Ahmad di dalam Musnad dari Huzaifah). Tidakkah anda melihat sesuatu di sini? Apa yang diperlihatkan dajjal hanyalah ilusi.

Surah Al-Kahfi mengungkap hakikat alam realiti, alam benar yng sedang kita tempuh dan alam yang sedang menanti iaitu alam ghaib (akhirat) berbanding alam fantasi ilusi ciptaan dajjal. Surah ini benar-benar memberi petunjuk bentuk kejahatan yang akan dicetuskan dajjal.

Ada keajaiban lain yang tersingkap dari Surah Al-Kahfi ini. Ingat tentang Nabi Musa a.s yang mengakui bahawa dialah manusia paling berilmu? Namun tidak lama kemudian baginda ditegur secara langsung oleh Allah swt - Tuhan yang memiliki segala ilmu - bahawa ada seorang soleh yang hidup pada zamannya memiliki ilmu yang lebih daripada apa yang dimilikinya.

Tentu amat mengejutkan apabila Allah berfirman ada manusia lain yang lebih berilmu daripada baginda. Sukar untuknya menerima hakikat itu kerana baginda telah menerima banyak ilmu daripada Allah swt secara langsung. Apakah mungkin ada ilmu lain yang tidak diketahuinya? Kerana itulah Nabi Musa a.s begitu teruja untuk bertemu dengan orang yang dinyatakan oleh Allah swt iaitu Nabi Khidir a.s .

Nabi Musa a.s bersama Nabi Harun a.s (ada yang mengatakan bersama Nabi Yusya' a.s) menyusuri gigi pantai untuk mencari manusia yang memiliki kecerdasan itu. Kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s disebut secara terperinci di dalam Surah Al-Kahfi. Ketika berjumpa Nabi Musa a.s, terlebih dahulu Nabi Khidir a.s telah mengetahui apa tujuan Nabi Musa a.s untuk bertemu dengannya. Kecerdasan apa yang dimiliki oleh Nabi khidir a.s ini?

Sepanjang perjalanan mereka berdua, terdapat beberapa tindakan Nabi Khidir a.s yang tidak dapat diterima oleh logik dan pemikiran Nabi Musa a.s. Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil, merosakkan sampan keluarga miskin dan menampal rumah orang yang memusuhinya. Oleh kerana Allah swt yang mengarahkan pertemuan itu, Nabi Musa tidak boleh mengingkari tindakan Nabi Khidir a.s tetapi tidak sedikitpun baginda dapat menerima tindakan itu. MENGAPA? Kerana mereka menggunakan kecerdasan yang berbeza. Nabi Musa a.s mengukur tindakan itu dengan hanya menggunakan kecerdasan akal (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) melalui pancainderanya, sedangkan ukuran tindakan Nabi Khidir a.s pada ketika itu adalah melalui kecerdasan spiritual (SQ) iaitu tahap kecerdasan yang paling tinggi.

Satu penyakit orang kita, kalau diberitahu bahawa kecerdasan spiritual ini ditemui oleh orang barat di dalam kajian mereka, kita dengan mudah akan menerimanya. Tetapi kalau dikatakan ianya adalah ilmu khasyaf atau ilmu laduni berkat karamah para kekasih Allah, ramai pula yang menyanggahnya. Jalan fikir umat Islam telah dicemari, bercampur di antara dogma barat yang terkepung di dalam lingkungan akal semata-mata. Ini kerana mereka tidak yakin dengan kalam Allah. Ketika pengkaji barat berusaha membuktikan penemuan Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient) dan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient), Al-Quran telah terlebih dahulu menemui hakikat ini bahkan, Al-Quran itu sendiri sangat sarat dengan inti kecerdasan spiritual.

Mari kita perhatikan apa kaitan surah ini dengan kedatangan fitnah dajjal di akhir zaman. Tapi kena tunggu di siri seterusnya iaitu siri yang terakhir kisah dajjal ini. heee.. dengki.. tapi ini dengki yang last, lepas ni takde lagi dah... happy reading you all..



Wassalam.






26 comments:

Anonymous said...

Salam,

Wa selba salah ma......
caakap salah, tak caakap salah......

Islam itu mulah lagi indah ma....
manyak malang, ini hali.....
islam manyak susah.....
manyak kusut ma.....

wa mau belaja.....
pasat gaib gaib ma..... olang kata salah.....

wa mau kenal lili.... olang kata salah.....
nanti sesat lagi losa ma....
itu lajal sulah pusing ma...
wa lasa la.....
ini ilimu..... lajal sulah kuasa...
lia pusing-pusing la.....
macam gasing ma.....

wa manyak mingung.....

Soli ha....

Wa Apek tatak belaja
minta ampun ma
salah ciakap nanti kena lokap ma...

Soli ha...ha..ha..

Wa Apek.

Unknown said...

menarik..kisah pertemuan nabi musa dan nabi khidir ni ..

tak sabar tunggu next episod

naza said...

mama,paraghaph last tu sangat sangat menyentuh hati saya mama

Unknown said...

tq mama atas info...

Unknown said...

dlm surah kahfi menceritekn pemuda yg lari dri sistem pemerintahan yg zalim pada zaman tersebut. bagaimana kita mahu mengaitkanya untuk menjadi perisai mukmin kpd dajal ?

sekian, salam sejahtera IBU :)

Unknown said...

sy masih mushkil perihal sungai yg dibawa dajal. kalau ikut logik akal seperti metafora/kiasan tp bole jgk jd realiti ,ape2 pun kehendak Allah jua.

ini toeri dari sy, sekiranye ia realiti ape mungkin sungai yg dijanjikan itu merupakan sungai yg perlu dilalui bukan sekadar meminumnya.ia seolah seperti jalan yg akan menuju ke suatu destinasi(alam ghaib yg telah disiapkn dajal) bagi memanipulasi penontonya nya(kitalah). kenapa air? itu sy tak tau tp yg pasti air mempunyai pengaruh yg teramat kuat contoh seperti berwuduk, sumber kehidupan,evolusi cell binatang yg bermula dari air,tubuh dipenuhi air, syaitan bergerak memasuki tubuh melalui darah dan bnyk lg lah.

Bayangkan sekirenya dajal kononya sebagai penyelamat yg akan menyelamat kn manusia yg ketika itu dlm kesusahan telah menawarkan sebuah PLANET BARU yg boleh didiami dengan syarat menyembah dia.Kalau inilah terjadi bayangkan macam mana keadaan nya,oh ya sudah tentu satu promosi telah dibuat untuk mind control ke arah DUNIA BARU tersebut dan kita pula melihat kejadian itu seperti mainstream aja.



Sy jangkakan imam mahdi sekurng kurng nya mempunyai ilmu laduni hakikat seperti nabi khidir yg menjadi antara faktor beliau berjaya dlm pejuangannya menentang yg batil. Keadilan pun senang dicapai dengan adenya ilmu seperti nabi khidir itu.sesuai dengan jolokan imam mahdi sebgi pemerintah yg adil.

budin said...

ISM...

apa pandangan..

http://puteramariam.blogspot.sg/2012_11_27_archive.html

Unknown said...

ibu lepas isu dajjal ni...boleh tak bincang psl Iskandar Zulqarnain?? ada yg kata zulqarnain tu alxendar the great..tp ada yg kata CYRUS the great..yg mana satu...

Unknown said...

ibu sorry post benda yg lain drpd dajjal...blog ni membuktikan cyrus the great adalah Zulkarnain yg dia cerita dlm surah al kahfi

http://sangtawal.blogspot.com/2009/09/siapakah-yang-layak-di-gelar-zul.html

Ibu Separuh Masak said...

Assalamualaikum & waalaikumsalam


@Apek : Tak pelu mingung lor.. yang penting, belaja musti ala gulu, jangan belaja lali intenet maa, jangan belaja lali buku maa.. cali gulu-gulu pondok, jangan cali ayah pin.. tapi kita musti angkat baik-baik itu lukun islam lukun iman lulu pun sutak cukup maa.. mau tau manyak ilmu gaib, kena lajin itu solat tahajud, insyaAllah Allah kasi..

@Matahari Bulan : Sedang dalam proses. Saya pun tak sabar nak habiskan.


@naza : Iye-iye naza ni, part mana aje ntah yang menyentuh hati dia tu..


@Fairul Fazil : Iya, sama-sama.


@Kidxx obito : Jawapan tunggu dalam artikel "Persoalan Pembaca" yang akan dipost kan nanti. Sebab agak panjang.

@budin : Tentang artikel yakjuj terracota di Malaysia tu ke? Pada saya, ia hanya sebagai perlambangan saja. Sebab tidak menepati kriteria yakjuj sebenar.


@mohd firdous : Insya Allah boleh. Tapi selepas kita merungkai pertanyaan dan persoalan yang diajukan pembaca dulu.


Wassalam

Ibu Separuh Masak said...


Salam mohamd firdous,

Takde apa nak disorikan. Kebetulan kita sedang membincangkan Surah Al-kahfi, kisah Iskandar Zulkarnain pun ada kat surah itu.

Tentang siapa Iskandar Zulkarnain, nanti kita kongsikan siapa dia sebenarnya. Jangan risau. Saya rasa, ramai juga yang berminat tentang kisah ni.

Wassalam.

Anonymous said...

to apek top comment : islam memang indah, muktamad.sebab tu ilmu camni tak sgt kelua di arus pedana untuk tantapan umum sebab bukan fardu kifayah dan wajib untuk semue. belaja yg wajib sudah memadai dan belaja lah dengan guru guru diluar sana yg diiktiraf ilmunya.dari kajian seperti inilah boleh menapis segala tahyul mitos dan sebagainya.anggap ia seperti eksperimen yg belum berhasil.selagi tidak lari dari al quran dan sunnah ape salahnya kan.kalau barat dengan sain fiksyen nya, dan anda mempercayainya pelik bukan?
hanya sesuai untuk yg ahlinya atau yang mencarinya, seperti anda yg mencari dan membaca blog kat sini. eh kenape anda ?

p/s persoalan dan ketidk fahaman itu bagus dan kalau rajin mencari ilmu dapatlah jawapan, seperti yg ibu ckp kat atas.

gila-haih said...

air yang bersih, menghasilkan lembu yang sihat, serusnya menghasilkan susu yang segar dan berkualiti. itulah babak yang saya ingat masa kecil-kecil dahulu selepas menonton iklan fernleaf di tv.

merujuk kata @Kidxx obito. sebenarnya vaksin adalah kuman dalam bentuk cecair iaitu nanah. air ini sungguh kotor.

dajal kata air ni bagus, lalu dicucukkan ke setiap bayi yang baru lahir, ketika kanak-kanak dan hampir dewasa.

jika kita mengimbau kembali, zaman nabi dulu tak da pula cucuk vaksin. apa kuman ni berevolusi dengan rancaknya selepas nabi wafat ka? padahal umat manusia ni sejak nabi adam dah lama dah, kuman tak berevolusi pun. tak kan lepas nabi Muhammad baru kuman berevolusi, level up.

kata lifeboey, kuman tak berehat. kita ditakut-takutkan dengan kuman. sana kuman sini kuman. padahal anak-anak kita dan kita pun ducucuk dengan kuman, kuman lemah kononnya. tapi ingatlah, kuman tu akan jalan ikut saluran darah, ditapis di hati dan lekat kat sana sampai kita mati. yang buatkan kita lemah IQ, EQ dan SQ sepanjang hidup kita. inilah punca gejala sosial.

itu lah air baik yang dibawa dajal.

air paip juga sebenarnya beracun. kononnya ditapis dan disaring. tapi bila cuci luka dengan air paip, terasa sangat pedih, kerana dalamnya ada racun. luka tak terasa pedih dengan air hujan, air sungai, air kolam dll. cubalah try, saya dah, anda bila lagi.

air beracun ini digunakan untuk berwuduk, mandi mayat, dan membancuh kopi.

kononnya matikan kuman dengan klorin. klorin bersifat menghakis. melengahkan badan, sendi otot, lemah otak, tulang reput, rabun mata, gugur rambut, malas.

susahlah muka nak hensem dan cantik, berwuduklah 10kali sehari pun, jerawat pun tak hilang. vaksin tu lah punca penyakit sebenarnya, telah di suntik awal-awal lagi ketika bayi ditambah dengan air paip. menjadi duri dalam daging, barah itu barah ini.


itulah fitnah dajal. air yang bersih dikatakan berkuman, air yang berkuman dikatakan bersih.





....
wa cakap sama orang, orang cakap wa gila

kepada apek, sapa mau lokap lu? Allah itu Esa, tiada bandingan, apa takut? islam bukan agama melayu, bukan agama arab, tapi untuk sekalian alam. apa takut?



GILA-HAIH!!!!

Ibu Separuh Masak said...

Salam semua.

Kan saya dah kata, tetamu pembaca kat sini ber'isi' semuanya.

Saya perasan sesuatu di sini, semakin banyak saya kongsi, semakin banyak saya dapat. FYI, anak bongsu saya (tahun 2013 darjah 4), saya tak beri vaksin, sihat je sampai sekarang, cuma semasa lahir memang pihak hospital dah kasi. Ni kalau pihak kesihatan tau, kena tangkap woo.. hahaha..

Terima kasih Anon 29Nov dan gila-haih.

fendy said...

terbaik la ibu..

Ibu Separuh Masak said...

Salam, thanks fendy. glad you like it.

naza said...

mama, tang `satu penyakit orang kita...` tu....... memang betul kata mama. kalau omputeh punya research... cukup percaya punya... tapi kalau orang sendiri bersuara... banyak la songehnya....

walkstar said...

ibu...terima ksih di atas segala pandangan yang bersumberkan hadis dan al-quran,juga info yang ibu dapat dari sumber penyelidikan ulama islam samada yang terdahulu mahupun sekarang...Moga usaha ibu ini akan menjadi ilmu yang bermanafaat buat kita semua,dan akan diberkati olehNya (Allah swt,insyaAllah.Terima kasih ibu :)

Ibu Separuh Masak said...


Salam semua,


@naza : betul betul betul, namun ia hanya segelintir, sebab semakin ramai yang sedar dan bangga bahawa asas kepada pencerahan ilmu barat adalah dari sumbangan Islam.


@walkstar : sama-sama dan terima kasih juga sudi singgah dan baca. Amiiiin.

FADZ said...

terbaik punya entri ibu..i like it very2 much..akhirnya, penat jugak baca post yang lepas2 sebab panjang tp ini adalah yang terakhir, sangat berbaloi..heee

@ gilo-haih..sekali baca komen awk sy macam setuju tapi vaksin bukanlah seperti air kosong, ia adalah sejenis kuman yang dilemahkan dan bila disuntik ke dalam badan, secara automatik badan akan menghasilkan antibodi melawan kuman tersebut.

dan bila dia terdedah kepada kuman tersebut, badan dia da dapat kenal kuman tu so badan dia akan lebih bersiap-sedia nak lawan..alah, macam kita tahu kelemahan musuh kita la..

sebelum ni ramai kanak-kanak yang kena diphteria(batuk kokol) , poliomyelitis(jangkitan yang boleh menyebabkan lumpuh) dan lain2 meninggal dunia dan ramai juga kematian/kecacatan dapat dikurangkan selepas pemberian vaksin ni.

sy x kata vaksin tu bagus tapi saya rasa pemberian vaksin untuk kanak-kanak ada juga betulnya, lainlah vaksin untuk H1N1, memang kuman buatan.

tak mo beri anak vaksin its up to masing-masing la kan, memang boleh selamat, insyaallah..tapi pemberian vaksin adalh untuk mengurangkan risiko..

alamak, da panjang da nih komen bu..sori..balas dendam lama x singgah kan??hhaha

Ibu Separuh Masak said...

Salam @SAYANGKU RAIHANA : komenlah panjang manapun, saya tetap sudi baca punya. Lama blog ana tak berupdate. Bizi ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ibu.. ibu kat mana :( mana sambungan artikelnya huwaaaa :'((