Assalamualaikum wbt & Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum apa-apa, saya nak ucapkan terima kasih kepada para pengomentar a.k.a motivator peribadi yang sudi menukilkan komen di blog ni. Kepada silent reader, saya suka jika anda dapat memberikan komen-komen tentang artikel yang saya tulis. Anda semua puas hati kah dengan cara penyampaian saya? Ada yang anda tidak suka atau tidak berkenan? Ada yang perlu diubah atau ditambah baik?
Jom la, jangan malu-malu say hi to me... Nak juga tahu apa feedback daripada anda semua. Saya pasti, ada kelemahan di sana-sini. Asyik nak baca aje tak aci.. (ya, saya tau aci ada kat india... tapi kat Malaysia pun ada jugak). Tak sempat? Ye la, saya tau anda semua bizi. Mana nak sambung kerja lagi, nak belajar dan ulangkaji lagi, nak makan lagi, nak minum lagi, (kalau dah malam, nak tidur lagi) nak blog-hopping lagi sampai berderet-deret penuh link kecik-kecik kat atas tu kan?.... hiiiii bizi-bizi-bizi.... (ok, dah-dah lah tu puan ibu membebel...).
Jom kita sambung balik cerita kita yang terhenti hari tu. Masih dalam bab Atlantis lagi kan? Melalui siri yang lalu kita dapat tahu bahawa Atlantis adalah tempat tinggal dajjal walaupun semasa penceritaan, tiada langsung fakta yang mendukung pendapat itu. Sebenarnya ada, tetapi sebelum saya mengutarakannya lebih lanjut, anda baca petikan di bawah sekejap.
Di dalam satu kajian teks lama yang dikenali sebagai 'Shipwrecked Traveler" yang berusia 2000 hingga 1500 sebelum masehi (himpunan kisah pengembaraan pelayar yang diguna sebagai rujukan pelayar silam), salah satu ceritanya tercatat sebuah kisah mengenai seorang pelayar yang terdampar di sebuah pulau yang indah. Pelayar itu bertemu dengan dengan seekor naga emas. Di dalam catatan itu, naga emas tersebut boleh berbicara dan memberitahu bahawa dia akan diselamatkan dan pulau itu tidak akan ditemui lagi kerana ia akan tenggelam satu ketika nanti. Bicaranya :
"...but never more you shall see this island because it will be swallowed by the waves". (petikan dari buku yang saya baca terus sambung cerita yang lain).
Saya macam nampak something fishy di sini yang penulis buku tak dapat kaitkan. Apa yang naluri saya rasa ialah, bahawa si dajjal itu sendiri yang sebenarnya menempatkan diri dan kononnya menyamar menjadi pelayar itu untuk menyampaikan mesej kewujudan dan kemisterian pulau tersebut. Benang tipuan dan rahsia itu sebenarnya berselirat dan bergumpal, ada yang betul dan ada yang rekaan. Jadi kita kena pandai ambil yang mana bukan rekaan.
Saya umpamakan seperti ini : syaitan sebelum zaman nabi Muhammad selalu mencuri dengar berita dari langit lalu berita itu disampaikan pula kepada dukun-dukun secara berulang-ulang. Mungkin berita yang benar hanya satu, tapi dengan ulangan-ulangan bisikan, berita itu dimasukkan unsur-unsur pembohongan sehingga jadi beratus-ratus pembohongan. Begitu juga dalam pembikinan filem, kerana cara ini adalah propaganda dajjal yang paling ampuh untuk mengatur jalan pemikiran kita. Dia menyelitkan kisah-kisah hidupnya yang benar hanya sedikit, tetapi mencampurkan lebih banyak yang bersifat rekaan dan tambahan.
Saya umpamakan seperti ini : syaitan sebelum zaman nabi Muhammad selalu mencuri dengar berita dari langit lalu berita itu disampaikan pula kepada dukun-dukun secara berulang-ulang. Mungkin berita yang benar hanya satu, tapi dengan ulangan-ulangan bisikan, berita itu dimasukkan unsur-unsur pembohongan sehingga jadi beratus-ratus pembohongan. Begitu juga dalam pembikinan filem, kerana cara ini adalah propaganda dajjal yang paling ampuh untuk mengatur jalan pemikiran kita. Dia menyelitkan kisah-kisah hidupnya yang benar hanya sedikit, tetapi mencampurkan lebih banyak yang bersifat rekaan dan tambahan.
Satu lagi, saya janji nak cerita pasal map kat atas tu kan? Sebenarnya itu adalah peta yang di reka untuk produksi penggambaran King Kong arahan Peter Jackson. Kalau ikut skrip cerita king kong, kononnya peta itu dilukis oleh pelaut Norway separuh gila yang terselamat setelah terdampar di sebuah pulau. Kalau anda dapat perhatikan, ada lukisan gorila, pintu gerbang dan lakaran-lakaran lain selain kabus tebal di mana-mana melitupi pulau tersebut. Hasilnya adalah seperti lakaran peta di bawah. Gambaran pulau seperti yang dilakar oleh artis dengan sekumpulan batu-batu yang membentuk petak bumi. Sila ulang baca keterangan tentang pulau Atlantis dari Muhammad Isa Dawud :
Pulau itu sebenarnya kecil bagai kumpulan batu-batu yang membentuk satu petak bumi yang dipenuhi pelbagai mata air tawar dan segar serta dikelilingi pepohonan rendang yang saling berjalin dan berpintalan. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber kebaikan, baik berupa bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, mahupun pohon-pohon epal berwarna kuning, berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi, dan tidak seperti kepala syaitan, yang berbentuk hodoh dan berwajah buruk. Iklim pulau itu selamanya sejuk dan sering hujan.
Sesiapa yang biasa dengan teori konspirasi pasti akan dapat melihat satu kebetulan yang menghairankan. Di sinilah permulaan dajjal memperkenalkan diri melalui tempat tinggalnya. Walaupun diletak nama berbeza (skull island), mungkin itulah sebenarnya suasana pulau yang ingin diperlihatkan. Sebuah pulau yang amat dirinduinya. Begitu misteri, mengerikan dan mengujakan. Walaupun hanya sebagai rekaan, boleh pula orang yang terdampar ketakutan dapat menerangkan keadaan pulau dengan begitu terperinci. Sempat pula pula tu explore keseluruhan pulau. Sebenarnya, hanya orang yang tinggal di situ sahaja yang tahu akan kedudukan dan keadaan pulau itu. Dan yang tahu hanyalah dajjal (selain Allah, malaikat dan rasulnya). Tidak mustahil dia turut mengarahkan sekutu-sekutunya menulis skrip jalan kehidupannya yang panjang.
Di dalam sebuah karya lain berhubung Atlantis bertajuk 'Merlin and The Dragon of Atlantis' (1983) karya Rita dan Tim Hilderbrand menceritakan :
"..... Merlin is a scientist from Lumeria, a land adjacent to Atlantis but far older, which has adopted more peaceful and mystical ways than those of it powerful neighbour. Merlin's thirst for knowledge brings him into alliance with those working on the project. However when it is succesful and the dragons are set free, they are taken by evil forces (waves) and Merlin subsequently helps to destroy them, thus also initiating the premature fall of Atlantis and the destruction of all that he loves. But Merlin himself does not die, he places himself in an induced state of hibernation from which he will one day awake to bring about realization of a new dream , the creation of new Atlantean state in the world of Arthurian heroes".
Terjemahan :
"Merlin merupakan seorang saintis dari Lumeria, sebuah pulau yang berhampiran dengan Atlantis tetapi lebih tua, yang menerapkan soal keamanan dan pengamalan mistik berbanding jirannya (Atlantis) yang lebih berkuasa. Kegilaan Merlin di dalam menuntut ilmu membawanya bergabung dengan Atlantean dalam pelbagai projek (kajian). Bagaimanapun, setelah projek itu selesai, dan naga-naga pun sudah dibebaskan (ular-ular besar yang menjaganya), pulau-pulau itu telah diambil oleh kuasa jahat (gulungan ombak) melalui pertolongannya juga (Merlin), Atlantis pun tenggelam dan turut memusnahkan segala apa yang disayanginya. Sungguhpun demikian, Merlin tidak mati, dia menempatkan dirinya di dalam keadaan hibernasi di mana, suatu hari dia akan bangun untuk membina apa yang menjadi impian barunya iaitu penciptaan negara Atlantean, di dunia yang dipenuhi dengan pahlawan-pahlawan Arthur".
"..... Merlin is a scientist from Lumeria, a land adjacent to Atlantis but far older, which has adopted more peaceful and mystical ways than those of it powerful neighbour. Merlin's thirst for knowledge brings him into alliance with those working on the project. However when it is succesful and the dragons are set free, they are taken by evil forces (waves) and Merlin subsequently helps to destroy them, thus also initiating the premature fall of Atlantis and the destruction of all that he loves. But Merlin himself does not die, he places himself in an induced state of hibernation from which he will one day awake to bring about realization of a new dream , the creation of new Atlantean state in the world of Arthurian heroes".
Terjemahan :
"Merlin merupakan seorang saintis dari Lumeria, sebuah pulau yang berhampiran dengan Atlantis tetapi lebih tua, yang menerapkan soal keamanan dan pengamalan mistik berbanding jirannya (Atlantis) yang lebih berkuasa. Kegilaan Merlin di dalam menuntut ilmu membawanya bergabung dengan Atlantean dalam pelbagai projek (kajian). Bagaimanapun, setelah projek itu selesai, dan naga-naga pun sudah dibebaskan (ular-ular besar yang menjaganya), pulau-pulau itu telah diambil oleh kuasa jahat (gulungan ombak) melalui pertolongannya juga (Merlin), Atlantis pun tenggelam dan turut memusnahkan segala apa yang disayanginya. Sungguhpun demikian, Merlin tidak mati, dia menempatkan dirinya di dalam keadaan hibernasi di mana, suatu hari dia akan bangun untuk membina apa yang menjadi impian barunya iaitu penciptaan negara Atlantean, di dunia yang dipenuhi dengan pahlawan-pahlawan Arthur".
(Saya cuba menghubungkan petikan di atas dengan kemusnahan pulau yang dihuni dajjal. Bantuan kemusnahan Atlantis oleh Merlin a.k.a dajjal adalah sudah ditakdirkan Allah swt. Ini berlaku sesudah wafatnya nabi Muhammad saw untuk dia mula keluar memulakan operasi menghidupkan benih-benih fitnah yang sudah ditanam sejak sekian lama. Dengan keluarnya dia untuk kali terakhir itu, Atlantis pun tenggelam).
Baik, ini pula petikan kata-kata Stephen Lawhead mengenai Merlin :
".... his long life, including years of wondering in the hills, is chronicled, as is this love for Ganeida and his association with Ambrosius, Uther and finally Arthur (king) himself. Lawhead's long and intricately woven chronicle place Merlin squarely center stage and links him both to dim and distant realm of Atlantis and to the founding of the great Arthurian kingdom which is so much his own work".
Terjemahan :
".... kehidupannya yang panjang, termasuk tahun-tahun di mana pengembaraannya di perbukitan, semuanya tercatat, sebagaimana kasihnya kepada Ganeida, pengikut-pengikut setianya seperti Ambrosius, Uther dan akhirnya Arthur (si raja) itu sendiri. Dalam jalinan cerita yang panjang dan berbelit, Lawhead meletakkan Merlin, sebagai punca kepada segala cerita yang menghubungkan kisah antara alam Atlantis yang kelam dan samar-samar kepada pemerintahan kerajaan Arthur yang penuh keagungan dan kekuasaan yang mana semuanya adalah hasil dari tangannya sendiri".
Saudara dan saudari pembaca yang dihormati, jangan persoalkan akan kaitan sesuatu pengkisahan dengan konspirasi, sikit-sikit konspirasi, sikit-sikit konspirasi (ada yang bersuara tu.. saya tau) sebab kita sekarang hidup di zamannya, zaman konspirasi, zaman fitnah di mana kita sebagai manusia tidak kira muslim atau kafir, diasak dengan pelbagai fitnah melalui pendengaran, pandangan, pembacaan, perasaan, jiwa dan raga. Kesemuanya itu dilakukan melalui pakatan konspirasi antara iblis, dajjal dan sekutu-sekutunya.
Amat bertuahlah anda jika roh dapat berjaya keluar dari badan dalam keadaan baik dan berseri-seri. Sehingga malaikat berkata dengan takjub "aku hairan roh ini dapat keluar dengan tenang sedangkan godaan yang dialaminya sangat-sangat hebat". Ini kerana malaikat dapat melihat ikatan benang-benang negatif, api-api negatif yang dihasilkan oleh fitnah-fitnah tersebut dan syaitan-syaitan yang sentiasa mengitarinya untuk membisikkan perkara-perkara yang menyesatkan walaupun roh sudah di ubun-ubun. Cuba umpamakan diri kita seperti gula-gula yang besar, penuh dikerumuni semut-semut merah, hitam, kuning, coklat dan sebagainya, bertindan-tindan dan terjungkit-jungkit ekornya kerana ingin mencicipi kemanisan sehingga tidak kelihatan lagi akan bentuk gula-gula itu.
Begitulah hebatnya saudara, kerumunan fitnah kepada setiap manusia sekiranya kita nampak akan bentuk dan keadaannya. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kaum kafir itu lebih hebat godaannya dan lebih ramai pula syaitan penghasutnya berbanding sebahagian muslim yang mudah tunduk mengikut bisikan mereka. Para syaitan takut jika si kafir ini tertarik kepada Islam kerana keikhlasannya dalam mencari jalan kebenaran (bukan sebab nak kawin), bukan sahaja dia akan menjadi muslim yang baik tetapi akan diikuti pula oleh anak, isteri, dan orang di sekelilingnya. Insya Allah, bila-bila ada waktu senggang, akan saya perkenalkan sebahagian mereka kepada anda.
Baik, kita sambung lagi. Tidak ramai yang akan percaya sekiranya kita sandarkan penceritaan Atlantis sebagai pulau yang dihuni dajjal dengan mitos dan dongeng semata-mata. Nanti dikata, cerita lebih kepada fiktif dan imaginasi sendiri pula kan? Maka itu, ada himpunan fakta lain yang lebih terang dan meyakinkan bagi menghubungkan kisah Atlantis dengan seorang manusia aneh yang penuh misteri. Ia adalah hasil kajian terperinci yang ditulis oleh Dr. Maurice M. Cotterell dan Adrian Gilbert di dalam karya 'The Mayan Prophecies'. (Kalau mat salleh yang berkaliber kaji dan buat buku, barulah orang boleh percaya. Kan?).
Buku yang dihasilkan mereka ini cuba membongkar rahsia sebenar pembina piramid dan kompleks binaan agam kaum Maya di Selatan Mexico. Di dalam percubaan mencari asal usul dan pencetus sebenar tamadun Maya, mereka telah membuat analisis yang panjang tentang Atlantis. Dari sinilah ditemukan fakta bahawa kaum Maya mempunyai hubungan terus dengan penghuni Pulau Atlantis.
Misteri tamadun Maya memang aneh. Ia terbina begitu lama, wujud dengan penuh kegemilangan namun akhirnya terbiar dan ditinggalkan. Penduduk asli Maya meninggalkan tamadun mereka dengan penuh misteri. Seluruh penduduk kota hilang begitu sahaja. Dr. Maurice M. Cotterell dan Adrian Gilbert mengkaji siapa pencetus sebenar tamadun yang wujud di tengah-tengah hutan belantara Mexico yang tebal itu. Yang pasti ia bukan lahir dari kaum asli Maya atau dengan kata lain ia bukan berasal dari nenek moyang mereka. Ia datang dari luar.
Itulah kesimpulan mereka. Namun siapakah orang luar itu masih menjadi tanda tanya. Ramai yang percaya tamadun mereka datang dari makhluk angkasa seperti pendapat Erich Von Denikan. Beliau menjadi masyhur dan dikenali dalam dunia misteri UFO apabila bukunya, 'Chariots of Gods' menjadi international bestseller. Namun pada ketika yang lain, Dr. maurice dan Adrian Gilbert membuktikan sebaliknya pula. Mereka dapat menemui secara pasti bahawa pencetus sebenar tamadun Maya sebenarnya datang dari arah laut, bukan angkasa.
Menurut mereka, tamadun yang wujud, seolah-olah berserakan dan berkembang dengan perlahan mengikut jejak seorang pengembara. Ia berjajaran dari pesisir pantai hingga ke pedalaman Mexico, membawa ke tanah tinggi Peru hingga ke Afrika. Corak kewujudan dan tinggalan monumen misteri ini dapat dipetakan secara jelas. Ia membuktikan pencetus tamadun ini menggunakan jalan laut dan seterusnya berkelana mengikut jalan darat.
Dari sinilah dapat di kesan kelahiran nama-nama yang berkaitan dengan pulau Atlantis wujud secara misteri. Dr. Maurice dan Adrian percaya semua ni bukan secara kebetulan bahkan ia mempunyai makna yang tersirat. Menurut beliau, Atlantis tidak hanya merujuk kepada sebuah pulau, malah terdapat sebuah gunung di benua Afrika yang dikenali sebagai Gunung Atlas yang sudah ada sejak zaman purba lagi. Terdapat juga sebuah pekan lama di pinggir pantai Amerika Selatan yang diberi nama Atlan oleh orang dahulukala. Kaum pribumi yang tinggal di jajaran pantai utara dan barat Afrika pula digelar Atlantes manakala kaum pribumi Amerika digelar sebagai Aztec dari Aztlan.
Sementara itu, laut yang membentang sehingga ke benua Asia Barat dinamakan Lautan Atlantik. Semuanya berakar dari kata nama Atlantis. Ia berlaku dalam tempoh masa yang berdekatan serta nama-nama ini telah wujud secara warisan.
".... look at it! An Atlas mountain on the shores of Africa, an Atlan town on the shores of America, the Atlantes living along the north and west coast of Africa, and Aztec people from Aztlan in Central America, an ocean rolling between the two worlds called Atlantic, a mythological deity called Atlas, holding the world on this shoulders, and an immemorial tradition of an island of Atlantis. Can all these things be an acident?"
Terjemahan :
".... lihatlah! Dengan Gunung Atlas di pesisir pantai Afrika, dengan bandar Atlan di pesisir pantai Amerika, dengan kaum Atlantes yang tinggal di utara dan barat Afrika, dan kaum Aztec berasal dari Aztlan di Amerika tengah, dengan lautan Atlantik yang membentang di antara dua dunia, adanya tuhan mitos dipanggil Atlas yang memikul dunia di atas bahunya, dan tradisi memperingati sebuah pulau bernama Atlantis. Apakah semua ini berlaku secara kebetulan?".
Menurut Dr. Maurice dan Adrian, semua ini tidak terjadi secara kebetulan. Ia pasti mempunyai susur galur sejarah yang tersendiri. Sudah menjadi tradisi dan lumrah pengembara atau perintis untuk menamakan lokasi yang dijejaki oleh kakinya dengan namanya sendiri. Sungguh, perintis dan pengembara ini mahu dikenang sehingga akhir umur dunia.
Ketika mereka berusaha menjejaki 'pencetus tamadun misteri' ini, mereka telah menemui tanda-tanda bahawa semua ini berasal dari orang yang sama. Malah mereka telah sepakat dengan satu kesimpulan, bahawa tamadun ni telah dicetuskan oleh seorang manusia misteri yang diangkat menjadi tuhan dan diberi pelbagai gelaran. Antara penemuan yang mengukuhkan hipotesis mereka ialah apabila mereka dapat mengesan kewujudan upacara ritual atau amalan yang serupa pada lokasi dan tapak monumen misteri ini. Ia seolah-olah berakar dari satu sumber sedangkan jarak lokasi di antara tempat-tempat ini jauh dan berbeza.
Apa yang cuba digambarkan adalah, manusia misteri ini telah diberi pelbagai gelaran dan nama bersesuaian dengan lokasi operasinya. Dia bertanggungjawab memperkenalkan ilmu baru (sihir) dan membina tamadun (ilmu sains tabii) bersama penduduk asli. Setelah kehadirannya dapat diterima baik, maka dikerah seluruh tenaga manusia untuk membina monumen aneh mengikut citarasanya. Oleh kerana itulah, binaannya mempunyai ciri-ciri mistik dan secara kultus serta persembahan korban yang dilakukan setiap tahun untuk memperingati dan memuliakan bangsa syaitan yang menjadi sembahan mereka.
Menurut Dr. Maurice dan Adrian lagi, kaum Maya telah mencapai tahap kemuncak pentadbiran pada waktu itu. Mereka berupaya menjajah daerah lain, menjadikan kaum yang dijajah sebagai korban sedangkan sebelum ini mereka adalah kaum yang mundur. Di masa ini, tumbuhan dan tanaman hidup subur, pelbagai kecemerlangan lain diperolehi. Semua ini berpunca dari manusia aneh yang hidup bersama mereka.
Dari semua teks dan kitab lama tinggalan masyarakat purba Maya, jelas menggambarkan, manusia aneh yang digelar sebagai 'perintis' oleh kedua pengkaji ini mempunyai cita-cita besar dan dia bukan calang-calang manusia. Ini kerana, dia diterima sebagai dewa dan penyelamat oleh masyarakat purba Maya. Lebih mengejutkan lagi, di dalam terjemahan teks yang ditemui, individu misteri itu menyatakan bahawa dia akan kembali pada suatu hari nanti (the I WILL BE BACK part is here again). Malah dia turut meramalkan tarikh kemusnahan dunia (kiamat) iaitu pada tahun 2012.
Siapakah manusia aneh dan misteri ini? Dia datang dari arah laut, menggunakan pelbagai gelaran nama dan menghubungkan kehidupannya dengan Atlantis. Kenapa Atlantis begitu signifikan dengannya? Atlantis wujud dengan penuh propaganda. Di pulau itulah wujudnya tuhan bernama Atlas yang memikul dunia di atas bahunya. Dialah tuhan yang mahu menguasai dunia. Dialah dajjal yang ditunggu-tunggu oleh pengikutnya yang setia. Pengikut Arthurian yang setia. Dan pulau misteri itu adalah Atlantis yang pernah dihuninya.
Wassalam.
26 comments:
Menarik...
semacam boleh meneka dimana atlantis tue
Thanks ibu
assalamu'alaikum,
ibu boleh tuliskan pula akan kisah dan tanda si dajjal itu di tanah melayu ini pula... dan seluruh nusantara amnya...
era bila dia dah kesini...
raja malayu yg mana pernah interaksi dgn dia nih...
tq, ab
Salam semua,
@Matahari Dan Bulan : Peta itu sebagai gambaran sahaja. Bukan yang sebenar-benar peta Atlantis. Yang nak ditunjuk sebenarnya KEWUJUDAN dan SUASANA PULAU, bukan bentuk pulau. Harus diingat, Atlantis sudah tenggelam. Yang pulau kat peta tu dikatakan berada di perairan Indonesia (saya dah lupa apakenama pulau tu).
@ab : Kalau nak diceritakan, itu sudah di luar kuasa saya. Saya belum terjumpa mana-mana pembacaan tentang ni. Tapi mungkin sesuai kalau dikatakan bahawa pembinaan itu is way long before ada tanah melayu dan nusantara. Dajjal berinteraksi dengan puak-puak pagan yang percaya akan semangat-semangat hutan, semangat pokok dll (anda mungkin dpt meneka siapa mereka sebab mereka yang dilantik sebaga penjaga terpercaya, terror bab selok-belok hutan).
Rasanya salasilah raja malayu tidak berkait dengan piramid tapi kalau ada fakta yang lain saya tidak tahu pula. Sebab mereka berpencar ke nusantara dengan sudah bertamadun.
Tentang bila piramid itu dibina, itu kena tunggu Malaysia bagi kebenaran untuk kajian. Dengan teknologi yang ada sekarang, sebenarnya pengkaji sudah boleh meneka secara tepat atau hampir tepat masa ia dibina. Tapi kalau nak simpan, sampai bila pun tak akan tahu. Rahsia sangat. Kan? Tak tahulah generasi ke berapa baru dapat tengok piramid tu.
Jika ramai yang berminat, mungkin saya akan masukkan artikel piramid dalam agenda artikel saya. I Just need some feedback from the readers.
guwa silent rider..hahah
Ye ibu...saya faham..
Ade seorang penulis kata atlantis tue ade di indonesia ..lupa dah nama dia dan bukunya tu
Salam Ibu,
Ni kali ketiga saya key in kalau tak dapek gak tak tau la..
Sekadar kongsi fakta yg pernah baca menyatakan kelompok Melayu Purba terawal ni berasal dari keturunan Yaafah (Yafet) dan berada di Musantara dengan ketamadunan yang amat tinggi bidang sains dan teknologinya. Dan bila sesuatu ketamadunan tu mempunyai teknologi sebegitu semestinya ia didalam pengetahuan pemimpin dan pemerintahnya betoi dak? hehehe
samb
...dan teknologi piramid yg kita sedia maklum, terkandung teknologi yang amat tinggi dan sosfikated sekali so kira2 senada la info ni disilangkan...
Assalamualakum korang :
@Fathul Farisah : Lu rider ape sis? Basikal eh? Tu yang silent jer takde preng preng bunyi motosikal.. heee
@Matahari Dan Bulan : Saya kelakar baca statement awak tu.. ye ibu... saya faham... macam baru lepas kena marah... hahahaha..
@Jimio : Menarik juga tu, saya jadi terfikir binaan candi yang agak serupa dengan yang ada pada tamadun-tamadun terkenal ni. Besar kemungkinan dajjal ni turut bergaul dengan rakyat setempat. Arghhhh.... nanti-nantilah di kupas benda tu, saya nak concentrate dengan artikel ni dulu. Ada beberapa siri lagi baru nak habis.
Keep on reading guys..
assalamu'alaikum,
1.ibu lebih cenderung utk mengaitkan bahawa binaan-binaan itu dgn si dajjal sendiri sebagai pelopor atau arkiteknya dan org setempat @ paganist yg membinanya...
2.sesetengah yg lain pula cenderung utk mengaitkannya dengan nabi @ keturunan nabi yg mendapat petunjuk dan mewarisinya kpd keturunannya...
3.sebahagiannya cenderung dgn no 2 diatas kemudian datanglah si dajjal utk memesongkan dan menyelewengkan ajaran dan binaan-binaan yg asal kpd kesesatan dgn penipuan dan kebolehan tertentu sehingga diikuti oleh masyarakat setempat...
4.harus ibu bisa mengeluarkan artikel yg lebih fokus akan interaksi si dajjal dgn umat malayu nusantara ini khususnya di tanah malayu...
tq, ab
Salam En. Ab, saya ni masih terlalu mentah untuk menukilkan sesuatu yang bukan dalam bidang saya. Artikel saya nipun adalah berdasarkan penulisan orang lain yang ingin dikongsi (saya dah nyatakan beberapa kali). Cuma pengolahan dan dapatan-dapatan terbaru mengikut gaya penceritaan saya.
Buku ini banyak mengaitkan peranan dajjal dengan tamadun dunia. Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada no. 3. Namun, ia memerlukan kajian yang lebih terperinci. Saya tak berani nak bersangka-sangka sebab ia berkaitan dengan sejarah. Kalau salah, masak saya En.Ab... Apa-apa pun saya cuba usahakan, cuma bukan dalam waktu terdekat. Banyak buku nak kena baca kalau nak tulis bab ni.
Terima kasih di atas sokongan dan buah fikirnya.
haha..mmg wa naik basikal..tu yang lambat sikit sampai sini..
meh ar singgah blog kite ibu..entri baru :produk dajjal-samsung s3..haha
Insya Allah, I will be there.. tajuk macam seram..
salam keatas pemilik blog...
ibu..slot piramid episod bp bru kuar..hihi
sbnrnya..dajjal itu sudh berada dlm era kita..yakjuj mkjuj pun sdh kua..yahudi khazar pon sdh mnonjolkn diri mrk...jika sy slh,minta y ariff btolkn..sy bdk bru blaja..
@biskut merry
Salam biskut merry..
Memang benar apa yang diperkatakan. Sebab tu lah, walaupun new world order conspiracy sudah banyak dibongkar dan kenyataan sudah terpampang depan mata, kita takde rasa apa-apa. Maknanya apa yang mereka tanam sudah membuahkan hasil.
Kita sudah rela dalam paksa menerima tataan dunia baru dengan tangan terbuka, malah mengalu-alukannya. Tak boleh nak buat apa dah biskut.. hanya iman dan aqidah yang kukuh mampu melepaskan kita. Kita diasak dari semua penjuru.
Kisah piramid kena buat artikel sendiri. Kat artikel dajjal dan teknologi misterinya, sebut sikit aje.
kebom................!!!!!
wa latang naik naga ma.........
selamat bekenalan.....
wa lasa wa tatak mimpi, betul ma....
lajal sulahpun tawan kita semua.....
susah mahu lepas ma....
tok imam, tok lebai, tok pekong, to sami, tok padeli.......... juga sama sulah kena tawan.............
hanya yang hati belesih ma..... mukin lapat lepas ma.........
tapi bukan lekat sini........
lekat alihat....oooo akhilat.... ooo akhirat............
manyak susah sebot.....
maaf maa.........................
alios...........
salam ma..........
Salam alolymous... (hmmm.. there's always a 1st time for evelything..)
Waaa.. lu punya laga manyak busat lorr.. lu mana mali?
Lagi manyak telima kasih lu sulah suli latang wa punya blog. Wa halap lu sukak sama wa punya blog maaa..
Lu musti ingat alolymous, hati belesih tatak cukup lorr.. lu mesti angkat Islam, angkat manyak cantik, angkat manyak baik. Bikin apa yang di suluh, tinggal apa yang di lalang, balu boleh lepas maa itu ahilat.. heeee lilah wa manyak bilit-bilit mau cakap ini pelkala... jangan wat wa ini macam la kawan... :P
Welcome to my blog and I hope you enjoy just being here.
Terima kasih, wassalam.
jemputla ke blog saya http://semangkukcawan.blogspot.com/
blog tuan telah saya letakkan didalam blog list saya.. nice info
salam ibu, ini kali pertama sy komen. sy ada terbaca beberapa artikel mengatakan nusantara ini dulu sebenarnya adalah atlantis? betulkah?
Salam diberi dan diterima,
@remoih serr : Terima kasih sudi senaraikan blog saya dalam bloglist anda. Rasa macam tak layak pun ada, duduk sebaris dengan blogger-blogger yang jauh lebih handal dan berpengalaman. Terasa begitu kecil kerana saya baru saja berjinak-jinak di lapangan ini.
Saya dah berjalan dan melihat-lihat blog semangkukcawan (saya rasa nama ini comel) sambil mencari-cari klu untuk artikel akan datang. Terima kasih sekali lagi.
@NabiKuMuhammad : Terima kasih juga sudi komen. Saya agak keberatan untuk mengiyakan nusantara ini dulunya adalah Atlantis.. Tapi walaubagaimana pun, nanti saya usahakan cuba cari maklumat-maklumat lain tentang ni. Saya ada juga baca tentang perkara ini tapi kebanyakan blogger Indonesia yang buat hipotesis itu kerana kesamaan tamadun Maya dan Bali dari segi arkitektur dan spirtualnya. Malah ada antara mereka menyatakan bahawa nabi Nuh a.s juga berasal dari nusantara hanya kerana kononnya kayu bahtera baginda hanya tumbuh dan berasal dari Indonesia. Hmmm macam susah sangat nak dipercayai..
Till then..
Wassalam
Pasal bahtera tu xboleh disangkal. ye ke kat Indonesia? hehe
Boleh ibu bagitaw kat belah mane negara arab ada hutan belantara untuk buat kapal yang besar? hehe
Kayu Cengal Batu. Sekarang pun dah jarang2 ada. rrrr .. dah xder kot. hehe
keep writing, n i will read. hehe~
Ish, nakal anon ni usik saya. Kalau anda tahu sesuatu, share la dengan kita semua.. Kami semua nak tahu ni.. Dia umpan kita dengan 'hehe'.. Mesti dia tahu sesuatu yang kita tak tahu ni... Cepat cakap.. ;p
salam.blog ni sangat menarik.semoga ibu teruskan dengan kajian2 mengenai dajjal dan akhir zaman.saya selalu mengikuti ceramah syeikh imran hussin.beliau berpndapat yang britain dulu adalah pulau yg didiami oleh dajjal.ape pendapat ibu?
Salam @Adamibrahim : Terima kasih sudi singgah dan baca. Melalui pembacaan, saya berpendapat bahawa dari kecil dajjal tinggal seorang diri di sebuah pulau yang tiada manusia di bawah pengawasan malaikat Jibril sehinggalah dia bebas memilih untuk beriman atau kufur. Dia singgah di Britain dan mana-mana belahan dunia untuk mencari dan merekrut anak buah yang dijadikan tangan kanannya untuk menghuru-harakan dunia sebelum dia sendiri datang dengan fitnah terbesarnya (mengaku sebagai tuhan). Tetapi memang dia favour Britain sebab di sana ada King Arthur yang mencorak Arthurian Kingdom. Apapun, setiap pendapat kita tidak selalunya benar. You are free to choose whats best for you selagi ianya tidak melanggar aqidah dan kepercayaan.
Wassalam.
assalammualaikum..
saya tidaklah mempercayainya 100% malah tidak pula menolaknya terus.
terima kasih kerana memberi terjemahan kepada ayat2 bahasa inggeris.iyalah,tidak semua tahu berbahasa inggeris dengan sempurna.
moga dengan pendedahan ini,kami mendapat pencerahan.
terima kasih.
salam ibu,
maaf ler lambat baca hasil buah fikiran ibu, saya nak cadangkan kalau ibu dapat sertakan bahan rujukan macam best juga, link2 berkaitan, video2, perbanyakkan gambar ke contoh gambar buku yang ibu baca ke jadi dapat kami guna rujukan ibu tu untuk kami menilai sendiri dengan akal kami lak..trimas ibu..
salam ibu dan semua,
saya orang baru disini,
tapi saya nak share something pada semua dan ibu sendiri,
terdapat percanggahan ramai pihak mengenai piramid di Tanah Melayu, Samudera dan Dajjal..
namun bagaimanapun, terdapat masjid-masjid yang berkubahkan seperti bentuk piramid,
"Susun atur ruang masjid Islam di Nusantara tidak mempunyai ruang halaman lapang (shan) seperti yang biasa terdapat di Asia Barat. Masjid Kampung Laut di Kota Baru (dibina sekitar 1700 Masihi) dan Masjid Agung Demak (1479M), di Jawa Tengah lebih memberikan penekanan kepada ruang tengah atau dewan sembahyang yang didirikan di bawah bumbung berbentuk piramid atau atap tumpang yang mempunyai tiga lapisan bumbung.
Pada masjid-masjid lama biasanya terdapat kolam (parit) yang mengelilinginya, selain berfungsi sebagai tempat berwuduk juga dikatakan merupakan lambang samudera, Doktrin kosmologi pada ajaran Hindu dan Buddha yang menyatakan bahawa alam ini dikelilingi oleh tujuh samudera yang berpusat di Mahameru, dengan demikian lengkaplah bahawa masjid merupakan lambang makrokosmos.
Di samping berfungsi sebagai masjid, ia juga mengandungi makna simbolisme yang berisi ajaran-ajaran Islam. Unsur-unsur simbolisme tersebut banyak tersimpan pada bentuk senibina masjid dan hiasan yang terdapat pada bangunan masjid, sama ada yang bersifat konstruktif mahupun dekoratif.
Prinsip rekabentuk Masjid Kampung Hulu, Melaka adalah berasaskan rekabentuk Masjid Agung Demak, namun bentuk menara dan bumbung Masjid Kampung Hulu mirip kepada bentuk pagoda (rumah ibadat Cina) atau gaya senibina Cina.
Mengenai bentuk atap bertingkat (tumpang), merupakan adaptasi daripada bangunan Meru yang banyak dikenali semasa pra-Islam. Menurut Saekomo, atap tumpang merupakan perkembangan daripada bentuk candi yang denahnya bujur sangkar dan selalu bersusun, atau dari puncak bangunan stupa yang ada kalanya disusun sebagai payung-payung yang terbuka." - ini saya ambil pinjam daripada satu blog mengenai senibina masjid by azizulazli, daripada fakulti senibina perancangan dan ukur UTM (Cawangan Perak).
" Masjid Kampong Kling di bandar Melaka merupakan salah satu daripada masjid yang tertua di negeri ini gaya rekabentuk Sumatera.
Selain daripada mempunyai sebuah kubah yang konvensional, ia juga mempunyai 3 tingkat bumbung yang berbentuk seperti piramid.
Masjid ini mempunyai menara yang berlainan daripada yang biasa disaksikan, di mana strukturnya yang seperti pagoda memaparkan gabungan pengaruh arkitek Timur dan Barat. Masjid ini terletak di antara persimpangan Jalan Lekiu dan Jalan Tukang Emas " - wikipedia.
so saya nak bertanya, adakah masjid beratapkan piramid itu juga diilhamkan daripada dajjal al-masih ? mohon ibu atau sesiapa yang arif tentang ini menerangkan kpd saya yang khilaf ini.
wassalam. - Rhida -
Post a Comment